Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aktiviti Sebelum Subuh


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:
Aktiviti Sebelum Subuh


Versi Pendek

Masa sekolah asrama dulu, aku dapat idea nk mengelat dari bangun sebelum subuh tiap pagi cuti sekolah. Akibat ustaz yg extreme garangnya, aku telah standby tikar &  bantal di bawah katilku. dengar aje bunyi ustaz tersebut mengamuk di bilik sebelah, aku dgn selambanya beralih tempat, sambung tidur di bawah katil.

Sehinggalah berlaku kejadian seram pada satu pagi Jumaat di mana setelah berbaring di bawah katil, aku menyedari bahawa di sebelahku ada makhluk yg menyeramkan macam syaithan, gigi besar menyeringai dan berbau busuk, wajah putih menyeringai menghadapiku dgn lopak mata yg gelap kosong tidak berbijik mata. Diriingi suara menderam makhluk tersebut, aku akhirnya terlena dalam ketakutan...

gambar hiasan: HantuGigih.jpg Hantu Gigi (credit to http://nasi-kerabu.blogspot.com/2010/07/hantu-gigi.html)

(bagi yg terasa malas nk membaca, cukuplah sekadar yg di atas)

 

Versi Panjang

Salam semua. Perkenalkan diriku, seorang lelaki miang berusia 30-an yg baru sahaja mendaftarkan diri di forum ni selepas hampir setengah mlm mengadap membaca cerita2 dlm topik seram ni.

Kisah ini berlaku sewaktu aku masih belajar di sebuah sekolah agama rakyat di utara Perak. 4 tahun aku di sana, bermacam jenis hantu yg berjaya aku saksikan, justeru status aku sebagai salah seorang pelajar yg tinggal di asrama sekolah tersebut.

Rutin pagi sebelum subuh, biasanya kami dikejutkan oleh ustaz yg menjadi warden asrama mahupun abang2 senior yg bersekongkol dgn pengurusan asrama tersebut. Kalau abang2 yg kejutkan, biasanya ada kasihan lagi tapi kalau ustaz yg kejut, jika culas atau liat bangun, selalunya kalau bukan tapak kaki, punggung laa yg berbirat akibat penangan rotan si ustaz hehe..

Sewaktu kami di tingkatan 3, aku dan rakan2 yg sekepala selalu sahaja mengulangkaji hingga lewat malam terutamanya Khamis mlm Jumaat (sebab sekolah aku hari Jumaat cuti). Akibatnya esok paginya memang liat nk bangun subuh. Yg asrama aku ni pulak setiap subuh Jumaat biasanya ada sessi tazkirah atau kuliah subuh yg kekadang berlanjut sampai jam 7:30 sebab hari tu cuti.

Jadi sebagai salah seorang pelajar yg pintar merapu dlm dorm, aku telah mengatur rancangan jahat aku sendiri. Rancangan keji itu bermula dgn melesapkan segulung tikar jerami di surau & sebijik bantal dari junior di kelas peralihan, dan berakhir dgn kedua2 objek tersebut tersimpan kemas di bawah katilku.

Dgn kebijaksaan aku, hasilnya aku beroleh tidur yg melampau2 cukup (tidur dibuai setan) beberapa Jumaat selepas itu. Bila terdengar sahaja bunyi panggilan kejutkan dari tidur, aku dgn bingkas beralih tempat menyambung tidur di bawah katil. Kebetulan masa tu abang2 senior saja yg bertugas membuatkan aku semakin berani & melupakan jerat yg menanti.

Sehinggalah di satu pagi Jumaat, sebelum subuh tiba2 kedengaran nyaring bunyi besi katil di bilik sebelah diketuk dgn pembaris besi iaitu trademark ustaz tersebut mengejutkan pelajar di dorm. Aku yg agak lali kerana tidur lewat dari biasa agak lambat bertindakbalas, mungkin sedikit alpa kerana dah berminggu2 dikejutkan oleh abang senior yg lebih berhemah mengejutkan pelajar bangun subuh.

Kelalian aku bersepai seketika kemudian bila bunyi besi katil diketuk dgn pembaris tiba2 sahaja kedengaran di katil pertama dlm bilik kami. Aku bingkas bangun terduduk dgn mata meliar memandang hala ke pintu bilik, terlihat susuk tubuh ustaz membongkok seperti merotan kawan aku di hujung sana. Dlm panik, aku melihat katil sebelah ku sudah kosong, sedangkan mlm tadi sebelum tidur kawan sebelahku si Zairin sudah berpesan supaya mengejutkan beliau sebelum subuh.

Sekelip mata aku turun dan menyusup ke tempat tidur alternatif di bawah katil. Aku memerhatikan gerak langkah ustaz yg menjengah kelompok katilku di hujung bilik. Berpuas hati semua pelajar sudah tiada di katil, beliau berlalu ke bilik sebelah utk merotan pelajar di sana pula.

Setelah keadaan kembali aman baru aku tersedar yg keadaan di bawah katilku sedikit berbeza pagi itu. Aku terasa dingin, sedangkan sebelumnya ia tak pernah sedingin itu. Tiba2 saja entah mengapa aku berasa seram-sejuk dan gubra bila terasa seperti ada sesuatu di bawah katil tersebut bersamaku. Bau busuk juga tiba2 menusuk hidung. Bila mendengar bunyi seakan haiwan menderam, aku menoleh ke kanan...

MasyaAllah!! Di sebelahku menyeringai wajah serba putih dgn bahagian matanya lopak kosong gelap betul2 mengadap mukaku, dgn tubuhnya juga dibaluti kain serba putih. Aku yg menggelabah, panik cuba bangun lari dari makhluk tersebut lalu terhantuk dahiku benjul tapi makhluk tersebut masih seperti memandang ke arahku dgn lopak kosong matanya...dgn gigi menyeringai...

Seluruh badan menjadi lemah, aku hanya mampu memejamkan mata menunggu kawan2 lain pulang dari surau sehingga akhirnya terlena begitu sahaja. Akibatnya pagi itu aku terlepas sarapan pagi kegemaran iaitu nasik lemak dgn ikan masin goreng.

Bila ditanya kenapa dahiku enjol, aku hanya mendiamkan diri. Kalau orang lain tahu mesti aku kena kutuk tak sudah..

Baru2 ini aku menghadiri majlis reunion dgn rakan2 lama dari sekolah tersebut. Dlm keasyikan berbual, terkeluar juga topik bangun pagi subuh Jumaat. Dlm banyak cerita, baru aku tahu pagi celaka tersebut rupanya si Zairin dah terlebih awal mengambil tempat di bawah katil, siap rampas tkar jerami aku lagi. Pulak tu baru aku teringat, malam tu sebelum tidur Zairin ada pakai bedak sejuk, nk bagi hilang parut jerawat kat muka katanya. Dan gigi beliau memang la jongang ke depan sedikit, bahkan bau mulutnya memang selalu menjadi bahan kutukan rakan2 lain masa di sekolah dulu.

Hampes ko Zairin...



-- Edited by Van C-Twenty on Friday 1st of April 2011 12:41:00 AM

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

tu la...makne nye jgn mnyelinap tdo kt bwh tu...hehehehe...al kisah,dh tertipu...hik3

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

muhahaa...time tu memang nakai x ingat donia... tido bawah katil, hisap nkotin pulak atas siling asrama...

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

ish..cik van semput ne xbek tau post cte cam tu...dok senak tarik napas ingt seram sgt tetibe je kelegaan..ahahahahaha..

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

aisehmen abam gerard sorry ye kalau keseraman cerita tu tak sampai tahap inzal ekekee...

maklumlaa cerita dah lama berlaku, time jadi tu memang seram tapi bila baru ni aku dapat tau membe aku yg sebenarnya membuat onar, aku pun hilang rasa seram timbul rasa macam nk melapah orang hehe..

ada satu cerita masa aku sekolah asrama tu, ada sorang mamat ni dia senior 5 tahun dari aku. mamat ni kepala dia memang x senonoh, pernah bawak buah epal ke kelas lepas tu taknak share dgn member punya pasal, dia letak epal tu dlm seluar, bawak keluar cium2 kemudian makan depan org lain. sapa yg berani share kalau dah camtu hehe..

anyway, satu ketika beberapa hari sebelum mamat ni ambil exam SPM, dia sudah buat satu kerja gila. study malas, tapi takut pulak kalau fail SPM so satu
petang dia pergi ke kubur di belakang sekolah (ye sekolah & asrama tu sebelah kubur je hehe) dan mengambil sebatang batu nisan, curi2 dibawa pulang ke bilik dormnye. mamat tu buat kerja tanpa pengetahuan rakan2 beliau...dgn niat dia bernazar utk lulus cemerlang dalam exam SPM dgn hikmat batu nisan tersebut.

apalagi malam tu ribut angin berpusar laa dlm dorm beliau. mengikut cerita abam senior, katil double decker mamat tu bergoncang dan terangkat beberapa kali, bantal beliau dicampak keluar, dan bila diamik balik ada macam berbekas tanah lumpur. sama laa tilam & cadar juga berpalit lumpur. dlm keadaan kelam-kabut mamat tu menangis2 mengaku semua salah beliau, dan bila ditunjukkan batu nisan tersebut kepada kawan2 sebiliknya, ada yg lemah lutut pangsan kat situ jugak.

akhirnya selepas ustaz yg jadi warden asrama (ustaz lain bukan ustaz yg sama dgn ustaz cerita pertama tadi) campur tangan, baru la mamat tu terpaksa mengaku semua cerita sebab-musabab dan natijahnya.. dan kemudiannya oleh kerana rakan2 beliau sapa sorang pun taknak terlibat, ustaz tersebut terpaksalah menemani mamat tingtong tu memulangkan kembali batu nisan tersebut ke lot tanah kubur yg terbabit, malam tu jugak.

masa kecoh2 malam tu, aku baru dlm tahun pertama kat sekolah tu. pintu bilik kami memang dikunci selak dari luar oleh senior yg menjadi ketua bilik dgn amaran kalau sapa2 keluar kena denda tekan tubi 1000 kali pada esok hari. tapi time tu cuma aku dgn 2-3 orang je yg kena warning pun sebab budak2 lain semua dah tido, dah jam 3 pagi pun...

dan in the end, mamat tu gagal dgn jayanya dlm exam SPM. dia ingat macam He-Man ke, bila nk menghadapi cabaran je mesti bergantung kepada kuasa tengkorak kelabu, batu nisan dan seumpamanya..

Sekian..




-- Edited by Van C-Twenty on Monday 4th of April 2011 06:34:01 AM

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

ade ke... brani tol dia amik batu nisan sensorang... padan muke..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ngehehehehehe ... best jugak ko punyer citer ni cik van ... dah ler ko menyimpan seram bertaun-taun ... at last .. member molot busuk jer hupernyer ... x ke haru .... citer kedua pon ... geli gak bulu idong aku nih .... ade ke niat kat batu nisan ... hik hik hik .. (gelak pon nak bagik tau orang ke...?)



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

fffuuhhh akhirnya datok baddarr sudi gak mencemar duli beliau mengomen2 kat sini hehee..
err... bese le adat resam manusia suka-suki buat benda merapu2 selagi belum kena panah lintar huhuu...

pasal citer member mulut busuk tu, sekarang ni aku dilanda seram takut kena saman pulak maklumlaa mendedahkan beliau bermulut busuk ke seantero dunia nyahahaa nasib baik laa beliau x baca forum ni...

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

mengenai tanah kubur lama kat belakang sekolah aku tu, pada satu tahun, kalau tak silap tahun 1990 agaknye, aku dgn segerombolan rakan2 sejiewa telah nekad mencuri2 keluar dari kawasan asrama (panjat pagar/keluar ikut longkang besar/celah pagar yg dah kena kerat pastu sambung balik kunun tak nampak macam sudah bolos) kemudiannya berjalan merentasi kawasan kubur tersebut menuju ke rumah sorang budak kampung kat situ,
semata2 untuk menonton rancangan tv Juara Lagu Muzik2 siaran langsung pada malam tu (mlm tu masa Wings buat persembahan, drummer diorang iaitu Black buat gimmick stop playing sambil melambung drumstick ke udara).

Tapi bila dah habis nonton tv, masing2 dah kecut perut nk balik ikut jalan merentas kubur so kitorang gamble je la ikut jalan kampung yg biasa walaupun berisiko tinggi terserempak dgn ustaz2 balik dari kedai kopi sobsobsobbss... seram woo, kalau kantul dgn ustaz alamatnya kena rutan kat perhimpunan sekulah ya amponnnnnnnn!!!

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

honeybees wrote:

ade ke... brani tol dia amik batu nisan sensorang... padan muke..


 

 cik hanibi, saya imagine laa kan, time tu mungkin dia kata "kalau aku berjaya simpan batu nisan ni bawah katil selama satu malam maka aku akan berrjaya dlm peksa SPM dgn cemerlang. lebih kurang mcm tu la kot?

anyway, maknusia ni bermacam ragam maka tu yg best membaca cerita2 diorang tuh nyahahaa...



__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:


lor...membe..iskh3...giler ah tahap bangkai tol la gitu bau hahahaha

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

Tido bawah katil? kalo double decker sonok a. Kalo yang atas lantai tu fobia skit.coz tkt sesak napas. mmg xske sgt tmpt yg sempit2 ne..kalo sempit yg len tu mau la.

adakah keadaan masa tu begini?

underbed.jpg



__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

opocot hisyyyy kau ni gerard terkejut aku tekukurrr semangat! aku ingat apo bondo tadi tu dok tesengih dlm posisi yg sungguh pelik itu..

a'ah ye laa gerard lebih kurang camtu laa tido bawah katil tapi itu zaman aku dok asrama dulu aje laa, zaman sekarang ni jgn harap le aku nk muat lagi dahh utk masuk bawah katil tu sobsobsobbss...

ariff,

dan cuba ko bayangkan bila satu malam tu kitorang beramai2 kena detained dgn senior ketua bilik sebab kerap sangat monteng,

dan mamat ni bila disoal "pegi isap rokok ke?!" sampai mampus dia tak mengaku,

maka ketika itu ketua bilik tersebut telah mengarahkan kepada sorang lagi roomate aku utk bertindak sebagai 'human cigarette smell detector' - tahan muka depan mulut mamat ni dan mamat ni hembus nafas utk membuktikan keinnocent-nan beliau.

time tu walaupun semua kami tengah hiba sebab baru lepas makan penampar berkali2, kami tetap jenuh tahan ketawa + simpati sikit2 kepada member yg diarahkan jadi smell detector tersubut.

tapi sumpah, kawan2...baunye memang nirrojims tahap horror yg teramat!!!!! doh



-- Edited by Van C-Twenty on Wednesday 6th of April 2011 08:41:54 PM

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

mslh obesiti ke ? atau mslh kengadungan lemak selamanya? ahaha..

nth la..mmg terasa seram bawah katil. coz teringat cerita antu yg pernah tgk dlu n ladybrinth. antu kuar dari bwh katil..ish2...

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

hak hak hak hahahahaha ...... apa penyer molot kawan ko tu ..? kalo bau bangkai (macam aripan tu kater ..) okey jugak ler  .... ni kalo dah tahap horror ngalahkan bau yang dalam mangkuk tu ha ... mangkuk jamban ...ngahahahaha ..

(cian mkhluk tu cik van ti ... dapat pahala pree jer dia tau ... abis... dok kita ngater dia jer ... macam ler molot kita nie bau kasturi ... ngeeee...)



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

betul tu tak baik kita mengata mulut org busuk padahal mulut sendiri pun apa kurangnya (sambil menjuihkan mulut menunjuk ke arah inche baddar sebagai menguatkan perumpamaan cerita)

tapi incek baddar, mesalahnya kawan aku tu memang spesis taik gigi tebal (gigi bertelingkah) dah laa tu malas menggosok pulak tu. sedangkan mangkuk jamban kalau malas diberus pun meninggalkan gambarajah yg sungguh horror, ni kan pulak mulut kawan aku tu..

err...bersempena dgn abam baddar memuji2 aku ni kununnya hansem sikit dari mat, maka di sini aku paparkan wajah terkini yg sedangkan gunakan tatkala semilir berlalu pergi ni. terimalah *jeng jeng jenggggggg*....

                                                panda_ero2.jpg

amacam seram tak hihihiiii

*sambil berlari2 anak akibat keseraman sehingga menggigil bukulali. tiba2 aku terlanggar tunggul, tersungkur betul2 jatuh terlentang di bawah skirt ................................... (insert mana2 nama members forum GC yg anda berkenan)* ngeeee....

menjawab pertanyaan encik gerardo, ye...sebab banyak sangat makan pucuk bamboo nyehehe...



__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

oohhhh .... adik vanci ni ... kire nak kemukakaan dalil lar yea tang kawan yg bertaik gigi tebal tu .... biar taik gigi tebal ... jngan taik mata tebal ... susah oooo ... kalo taik mate tebal nih ... x nampak haper bende sudahnya .... wakakakaka ...

(err... gambor tu .. sebijik huper kawan haku yang name dia wanci duplo ... tu .. heran aku ... mane ko curik gambor ni vanci..)



__________________

make me feel it



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

cam bengong.haha

__________________
..What Goes Aroud, Comes Around..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

huhhh lamanya x menyibuk kat forum ni...

utk sementara waktu ni aje le yg ada nyehehe

pinhead2.jpg

have a nice weekend y'all...

*miss atie leklaa apsal cakap camtu period ke?



__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

incik vanci ... amat sadis ko punyer gambor niii ...  uat per ler ko bagik gambor ... err... tajuk pilem haku luper plak ... yang ade HELL ... oohhhh ... otak sudaah mari ... HEL RISER  ... eeeee... paling haku x suker pilem nii ... kojammm den ....



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

dalam kbykn pilem la...rasenye pilem blue la yg sadis,....hehehe...opss...

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard