Pengalaman selama seminggu ini berlaku semasa cuti akhir semester tahun lepas. Kejadian berlaku di sekitar Puncak Alam. Pada masa itu, saya tinggal seorang diri di rumah sewa sebab saya menunggu tarikh ujian JPJ untuk lesen motor. Selama seminggu itu, saya berasa bosan dan nasib baik ada seorang kawan yang juga balik sebab leceh katanya. Lagipun masa itu, kami tengah berlatih untuk KARISMA (festival sukan antara kampus uitm).
Hari Pertama
Petang itu, saya turun berlatih seperti biasa dan menumpang kawan saya yang sorang ini. Nama dia Baof. Panggil Baof sajalah. Balik itu, dia mengajak tidur di rumahnya sebab ada internet dan Astro katanya. Malam itu lebih kurang 11 lebih dia datang untuk menjemput.
Sesampai di rumahnya, nampak anjing rumah jiran sebelah. Jiran sebelah itu Cina dan tidak kisah sangat dengan persekitaran. Pagi pergi meniaga, balik malam tidur. Tidak kisah semua itu, internet punya pasal melepak di depan tv sambil buka laptop. Masa itu, ada perlawanan persahabatan antara Sepanyol dan Portugal. Tidak tidur masa itu. Si Baof pula tidur sekitar pukul 2 lebih dan minta dikejutkan.
Selepas dia tidur, bermulalah kekacauan minda. Pada mulanya, ingatkan hendak hujan di luar sebab macam bunyi angin menderu -deru. Tiba-tiba pintu seakan digoncang. Pelik juga, nak kata anjing yang tolak tidak juga. Takkanlah anjing itu masuk ke kawasan rumah itu. Angin agaknya. Sedapkan hati.
Tidak habis di situ. Tiba-tiba terdengar pintu ditutup di atas. Kecut jugak hati mendengar sebab penakut juga diri ini. Tengok muka Baof, tidak lah sampai nak menciumnya. Tidak ada perasan langsung. Tidur mati agaknya. Tidak kisah semua itu sebab sibuk melayari internet.
Tengah seronok melayan YouTube, tiba-tiba ada bunyi dari dapur. Seakan-akan bunyi bread toaster. Pelik. Bangunlah hendak melihat apa yang ada di dapur. Masa melihat toaster tersebut, terdengar pula gelas kaca berlaga. Tidak kisah sangat sebab mungkin angin la kot.
Pergila duduk balik melepakkan diri tapi dalam hati masih tidak tenang dan ada rasa kecut sebab rasa macam ada orang perhatikan. Dalam pukul 3, game bola mula dan Baof pun bangun. Habis game, masing-masing online lagi dan tertidur dalams sekitar pukul 7.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
mase die bgn tu, ak tnye la kat die...macam nak uajn lebat je...mesti smpai ke pagi..mesti best tdo...mmg ujan kat luar mase tu...tapi xde la lebat sgt..nt ak smbg cte ag...mase tu baof juz xckp byk sgt n die ckp angin n mengiyakan aje ape yg ak ckp..ak xde lak syak yg something wrong..umah org la kan.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
Petang itu, selepas sesi latihan, macam biasa, si Baof mengajak tidur di rumahnya lagi. Sekitar jam 9, dia datang menjemput tapi pergi membeli ais dan makan terlebih dahulu.
Sampai di rumah pun dah pukul 11 lebih. Selepas buat air, si Baof ini biasa la tutup telinga guna earfon dan layan anime. Saya yang hanya bila webcam saja b'earfon pun melayan millionaire city(game dalam facebook). Masa itu, terdengar lah pintu di atas macam dihempas. Kecut macam nak terbelit tali perut.
Aku suruh si Baof pergi tengokkan. Mungkin ada jendela tidak ditutup. Kata dia, 'biasa la tu. biar aje. gpun bukan ade brg xleh basah pun.' So, biar saja lah. Sedapkan hati la kot. Sembanglah juga dengan dia. Angin bertiup saja dari pintu yang gelongsor kat depan. Pergilah tutup sebab sejuk.
Si Baof tidak tahan lama mata dia dan tertidur dalam pukul 2 lebih. Tinggallah seorang berjaga. Pintu kat depan pun bergoncang lagi. Sebab tidak takut sangat dan memang sudah lali dengan bunyi. "mungkin sebab anjing o angin la kot". Tapi goncangan makin hebat kali ini dan pergilah mata ini melihat. Memang nampak macam bergoncang sekali pandang tapi kelip-kelipkan mata, tidak ada apa pun.
Rasa pelik masa itu. Di bawah tangga, ada bilik. Bilik ini bilik Baof. Masa lepas itu, rasa hendak buang air kecil. Bilik air pulak bersebelahan saja dengan bilik ini. Pergi ke situ. Keluar sahaja dari bilik air, terdengar macam orang berbisik dalam bilik itu. Tidaklah mengendahkan dan terus melepakkan diri di depan laptop. Rasa kecut itu tetap ada tapi laptop ada jugak penawar untuk hilangkan bosan dan ketakutan.
hari kedua ini dugaan dia hebat juga. Masa ke dapur untuk mengambil air, mesti korang xpercaya. Kain lap tangan yang di letak di atas almari boleh jatuh betul-betul di atas kepala. Naik cuak aku. Sampai terasa seram2. Menjerit2 kegelian. naik bulu roma. Ingatkan lipas ke ape. Si Baof terkejut masa itu dan tanya apa hal. Aku pun jelaskan dari dapur. Saya pun ambil air dan Baof sambung tidur. Saya tidak ada lah berasa takut sangat sebab mungkin akin itu jatuh tidak sengaja.
Selepas itu, awal tidur, sekitar 4 lebih. Masa tidur, terasa ada orang lalu di tepi. Tengah mamai itu, sempat juga melihat Baof, tapi dia tertidur. Dalam hati, mungkin housemate dia ada balik sebab Baof cakap ada member dia hendak balik keesokan hari.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
kiranya sijerat nie .. diperkotak katikan ngan antu lar ni yea ... ape ko x baling jer ngan batu bata barang seketul dua tatkala mendengar bunyi2an tu ... mengganggu betolll ... huk huk huk ...
-- Edited by baddar on Monday 21st of March 2011 09:42:50 PM
neh la pengalaman ak yg xleh bla. ak lgsg xpasan yg ak jadik mgsa dlm mse smgu tu. mbr lgsg xgtau..cett...
Hari Ketiga
Masuk hari ketiga, Baof datang melepak pula di rumah saya. Sekitar jam 1 pagi, gerak pergi rumah dia sebab hendak tengok cerita apa tah masa itu. CSI la kot.
Saya perasan kepelikan setiap kali saya ke situ, anjing jiran mesti diam dan merenung se satu sudut di rumah sewa Baof. Dia tengok kat cermin. Macam ada orang di situ. Biar sajalah sebab janji ada internet.
macam biasa melepak. Pagi itu, ada bola around pukul 3. Baof pula tidak tidur. Sekitar 230 lebih, pintu bergoncang lagi dan lihat di langsir pintu yang satu lagi, tidak ada tanda-tanda hendak hujan. Petanda ini lah yang menimbulkan kemusykilan dalam hati. Bertanya lah kepada Baof yang sedang asyik melayan anime. "xde pe la tu. angin je kot." masih tidak percaya, saya pun pergi ke pintu dan membuka pintu. betul-betul tidak ada apa-apa. Tapi saya dalam hati, saya berniat hendak melihat anjing di luar rumah. Mungkin sebab itu lah benda itu tidak memunculkan diri.
Masa masuk ke dalam rumah balik, terpandanglah di tangga yang sambung ke atas. nampak macam ada orang kemudian melarikan diri. Tapi rasa-rasa macam betul-betul ada orang. "mainan perasaan kot" Tidak kisah sangat sebab pagi dh kan sebab itu tidak banyak songeh.
Sembang-sembang dengan Baof dan bertanya pasal jiran di sebelah. baof cakap jiran sebelah itu seminggu sekali saja ada di rumah. Pelik. Tadi saya nampak ada lampu di sebelah. "Ko bia btol, hari tu dia ckp dia g Ausie" kata baof.
Pantang dicabar, saya pun bawa la Baof ini pergi tengok rumah sebelah. Betul-betul tidak ada lampu dan tidak ada orang di situ. Kecut juga perut masa itu. Takkanlah silap mata. Semasa melepak sekitar jam 4 pagi, sunyi betul masa itu, Baof pula melayan anime dan saya pula melayan game. Masa itu lah saya terdengar macam tingkapdi dapur diketuk orang.
Spontan saja saya melihat ke belakang dan melihat seakan-akan bayang-bayang orang di belakang. Saya pun pergi ke belakang. Mungkin ada kucing sebab bangun semalam ada ternampak kucing melepak di luar rumah. Jenguk di luar tingkap. Tidak ada apa-apa pun. saya terkejut beruk bila Baof menepuk secara tiba-tiba."Hang carik ape la weh. ngendap mak org ke?.." "gile ape. ak cam npk ade org kat laur tadi." "bia btol.xkn kucing pagi td.dh la. jom tgk bola. nak air ape?" (ade cite di sebalik ini. nt ak u cte kan)
so, saya pun melepak diri di depan tv. Semasa itu, ada game England vs ape la. Lupa. Masa sendirian, ada juga dugaan. dengar lagi pintu di atas macam dihempas. saya jerit kat Baof. "baof, ko xttp lagi pintu kat atas ke? macam nk ujan je neh. angin kuat je tiap2 pagi" (aku ne mmg pantang ade yg xkne).
Tapi hari itu berlalu dengan tenang sebab Baof tidur lambat sikit. Aku tidur awal.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
sori sbb kua xgtau..hihi...g mkn kat pkns td..bapak birokrasi ...gerai je pon camtu..ade ke ptt polis die bagi 3.50..ak yg hensem neh lak 4.50..ke ak ne npk kaye skit dari en. polis tu?
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
bangger ler.... jenjalan ngan anak, org ingat ngan adik.. bila ckp anak org tak caya...haha pernah berlaku kat umah mertua, anak sedara hubby igt aku ni ank buah dia yg darjah 2 siap agah2 n cubit2 pipi lg....hahaha pastu terkedu dia bila anak aku dtg pggl mama...hahaha
Dugaan pada hari keempat ini agaklah berat sedikit sebab malam keliwon. Malam itu, seperti biasa, Baof jemput sekitar pukul 10. Awal sikit sebab dia rasa takut pula malam itu.
Selepas membeli ais, kami pun sampai di rumah. Cuaca malam itu tenang. So, dah set dalam otak malam itu tidak ada angin. Rumah itu agak panas sebenarnya. Itu la sebabnya buka sikit pintu gelongsor di depan. Selepas menonton tv seketika, Baof pun buat air dan tinggallah seorang akt depan.
Waktu sendirian di depan tv, pintu bergoncang lagi. Pelik jugalah kan kenapa pintu boleh bergoncang sedangkan angin tidak bertiup pun. dalam otak pun terpfikir yang angin yang bersandar kat pintu dan menggaru badan. Buat bodoh saja perkara itu. Waktu tenang seketika selama 1-2 jam.
Sekitar jam lepas pukul 12, dugaan menjadi lagi. pintu di atas pula berdentum. Masa itu lah terdengar seakan-akan orang berlari di atas. Bertanyalah kepada Baof. "ade orang ke kat atas ke member hang da kat atas?" "mane de. kucing kot. sll ade kucing dpt msk celah2 pintu balkoni kat atas." (pintu balkoni itu menurut Baof mmg xdpt ttp rapat bcoz da rosak kat bearingnya.)
Tidak berhenti setakat itu, hati dah kecut juga sebab ada tengah menonton cerita antu masa itu. Cerita antu indon. terlupa lah tajuk cerita itu. Terbayang -bayang juga cerita itu. Tengah sibuk melayari internet, terdengar seakan-akan suara orang di luar. Macam tidak percaya pula. Mungkin jiran di sebelah sebab terdengar macam pintu dibuka. Kemudian anjing melolong tidak tentu pasal. pehal lak neh..
Mesti korang pernah terdengar orang ramai berjalan di tingkat atas. Itulah yang saya dengar selepas anjing itu mula melolong. Takkanlah ada meeting di atas la kan. Saya yang takut ini tidak la berapa hendak tidur masa itu. Pergilah ke tandas juga. hendak dijadikan cerita, semasa sibuk di tandas, perasan lampu di luar seakan-akan berkelip-kelip. Ingatkan Baof bangun (Baof da tido mase ne). Masa membuka pintu, lampu dalam tandas pun terpadam. Apa kes. Saya pun keluar selamba saja. Mungkin lampu rosak.
Melepak seketika, masa ini, saya sempat wc dengan member yang da balik. Nak tau, masa tengok ym dengan dia, dia ckp ada orang ke kat dapur?. Pelik.Saya pun pandang ke belakang. Tidak ada seorang atau bayang orang pun. Apa lagi, saya pun terus bungkus & tertidur.
GAntung kejap. nak g distribute questionnaire..hehehe...sori for inconvience services.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
Kengantukan pada hari jumaat memang tidak dapat dinafikan. Bangun pukul 10 tapi tertidur balik dan terperasan Baof sudah hendak bergerak ke masjid. Tapi yang peliknya, sekitar 10minit selepas Baof pergi, dalam mamai, semasa membuka mata, seperti ada orang sedang bergerak tetapi biarkan sahaja dan terlena sampai ke pukul 4. Selepas itu, balik ke rumah untuk bersiap-siap pergi latihan.
Sekitar pukul 11 lebih, Baof datang. Baof mengatakan bahawa ada seorang teamn serumah dia mungkin akan datang malam itu kerana dia turut terlibat dengan KARISMA. Sesampai di rumah, Akam, sudah berada di rumah. Tetapi dia tidak dapat masuk kerana lupa membawa kunci.
Saya kenal juga dengan Adam kerana selalu bermain bola keranjang bersama sewaktu menetap di kolej. Hendak dijadikan cerita, Adam terus sahaja mandi dan bersiap untuk tidur selepas menunaikan solat. Mengantuk katanya. Mata pun sudah kelihatan kemerah-merahan. Adam tidur di bilik tidur utama yang mana balkoninya tidak tertutup rapat.
Tidak sampai 10 minit, Adam turun. Panas katanya dan menyatakan keinginan untuk tidur di bilik Baof. Baof pun mengiyakan. Saya berasa pelik tapi saya senyum sahaja sambil melahap saja dengan nasi himpit dan rendang yang dibawa Adam. ( terlupa. masa tu, Hari Raya Qurban. hihi. aku ne la peneman Baof semasa raya tu. )
Selepas Baof terlelap sekitar pukul 2, mulalah episod goncangan pintu. Kali ini, saya membiarkan tapi mata saya tetap menjeling tapi saya tidak terus memandang tapi cuma mengekor. (Petua,jangan terus memandang, nanti dia tahu kita sedar akan kehadirannya, kalau tidak nampak, nasib kita la tuh. ada satu cerita di sebalik ni, nati saya cerita kan..) Semasa mengekor itu, tidak ternampak apa-apa cuma di luar, pada bahagian langsir, seakan-akan bayang-bayang manusia sedang melintas. Kecut pula hati. Manalah tahu pencuri ke apa.
Tetapi itu semua mainan perasaan kata hati. Pelik kerana mata masih segar walaupun jam sudah menunjukkan angka 3. Mungkin sebab melayan YM. Masa tengah melayan perasaan itu, tiba-tiba telefon berbunyi. Tetapi nombor semacam nombor antarabangsa dan private number ditunjukkan. Tidak berfikir panjang, mungkin member dari US yang menelefon. Tetapi yang kedengaran hanya deru angin. "ish..xkanla xde line kot. xkn la nk kua mlm2 camne."
Matikan panggilan itu dan terus sahaja duduk menghadap laptop. Semasa ini, meremang bulu roma sebab ditiup angin yang menerobos masuk melalui pintu depan. Pelik. Hendak hujan lagi la nampaknya. Tetapi gangguan seperti goncangan pintu sudah berhenti. Dalam melayan games, tiba-tiba gelas di dapur kedengaran berlaga.
Sekelip mata, memandang ke belakang. Mungkin kucing. Hati agak berani juga kerana ada sebingkai gambar dengan ayat-ayat Quran tergantung di ruang tengah yang bersambung dengan dapur. Itulah sebabnya saya agak berani hendak menjengah ruangan dapur.
Semasa di dapur, tidak terfikir hendak membuka lampu. "tidak ada apa2 pun" kata hati. Tidak kisah dan terus menuang teh dan letak sektul dua ais. Semasa hendak melangkah dari dapur, bunyi ketukan di pintu dapur. Naik meremang bulu roma. Uishh..sape lak mengetuk time2 gini..takkan org kutip sampah la kot. tanpa buang mase, automatik je teh o ais dteguk laju n langkah seribu dibuka. Terus sahaja berselimut sampai ke pagi.
Terbangun pagi itu, Adam sudah bersiap sedia dan membangunkan saya dan Baof. Bangun itu, badan seperti sakit-sakit dan seakan letih semacam. Selepas itu, Adam pergilah keluar dan mungkin akan balik malam. Keluar dating katanya.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!