Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hantu rambut kot


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
hantu rambut kot


Semua orang mempunyai pengalaman masing-masing mengenai dunia hantu ni. Aku pun begitu juga. Kalau boleh, pengalaman ini ingin aku lupakan sahaja, tapi apakan daya hati ini tak berdaya nak melupakannya. Korang tentu pernah dengar tentang Sekolah Agama **** , kan ? Ya , aku pernah belajar kat sana dulu , dan aku tinggal kat asrama. Disitulah pengalaman ngeri aku bermula. Bila mendapat khabar aku diterima ke ****, aku sangat gembira.

Bila jer masuk mendaftar, aku ditempatkan di satu bilik yang paling belakang ,dan yang bestnya hanya aku sorang jer kat bilik itu. Itulah yang aku ingat sehinggalah bila sampai kat bilik tu, rupanya dah ada orang kat situ. Mungkin ker maklumat yang aku dapat tu salah ? tapi, takpalah, dari sorang lebih baik berdua.

Roomate aku bernama Izyan ,tapi dia lebih senior dariku. Izyan seorang yang periang , tapi kulihat ada cahaya redup dalam sinar matanya. Mungkin ada rahsia yang terpendam tapi belum bleh rasanya aku bertanya apa masalahnya. Minggu pertama berlalu dengan baik bagi aku. Aku dan Izyan menjadi kawan baik, tapi ada beberapa perkara yang aku musykil. Pertama, Izyan kulihat tak pernah sembahyang. Dia selalu keluar setiap kali aku sembahyang. Kedua, kitorang tak pernah berjalan seiringan ke kelas mahupun dewan makan, kecuali pada waktu malam. Tapi, aku tak kisah sangat bab tu. Yang aku tak tahan ialah kenaper dia tak sembahyang. Takkan hari-hari "datang bulan" kot ?Aku pon pompuan aku tahu selok-belok hal nie jugak.

Bila dah hampir sebulan, aku perhatikan Yan mula berubah. Bukan dari segi sahsiah, tapi fizikal. Kulihat rambutnya mula memanjang pada kadar yang menakjubkan. Aku kira dia nie pakai ubat yang best giler, tapi macam mana dia sorok rambut tu bila ke kelas. Aku tak tahu, dan aku pun malas nak jaga tepi kain orang.

Suatu hari, Ustazahku bertanya aktiviti yang sering aku lakukan ketika di bilik. Aku dengan "humble"nya menceritakan tentang sahabatku, Izyan yang sering menemankan aku. Ustazahku tergaman bila nama Izyan disebut. Dia bingung, dia ketakutan. Dengan segera dia meninggalkan kelas tanpa berkata apa-apa. Aku pelik , bebudak kelas aku pun rasa pelik tapi kitorang lagi happy sebab tak yah belajar ari tu .Bila balik ke bilik, aku ceritakan pada Izyan hal tu, tapi response yang kuterima mengejutkan.

"Memang patut pun dia rasa takut. Aku jadi macam nie pun pasal dia la!"Kata Izyan dengan nada yang marah.

"Apa kau cakap ni member, tak baik kutuk orang tau. Dia tu ustazah kita."Kataku pula.

"Ustazah ? Kau tahu apa yang dah dia buat kat aku ?"Izyan menyambung lagi .

"Apa dia ?Aku lihat kau lain macam jer nie. Aku rasa tak selesa la."Kataku dalam nada yang gementar.

"Kau patut takut pada aku. Aku bukan macam kau"kata Izyan.

Bukan macam aku ? Habis tu macam sapa ? Pelik pulak member aku nie.

"Dulu ,ada sorang budak baru masuk **** nie,"tiba-tiba Izyan bercerita.

"Budak tu, Jawi tak reti, Quran pun setakat boleh baca jer. Tapi budak tu tak kenal erti putus asa .Dia tetap berusaha untuk menjadi yang baik. Tapi, ada seorang Ustazah yang hina budak tu. Dia kata budak tu bodoh , dia kata...,"Izyan terdiam, tak mampu menghabiskan kata-katanya.

Aku pun diam. Peluh dah mula membasahi pipinya. Aku dah rasa pelik, tapi aku tak boleh tunjukkan .Aku dah lihat sendiri. Rambut Izyan memanjang ketika dia bercerita. Aku tahu ada yang tak kena tapi aku kena kontrol perasaan,.

"Budak tu..,"kata Izyan"rasa terhina dengan sindiran Ustazahnya. Jadi ,dia berusaha sedaya upaya untuk maju, tapi suatu malam, ketika sedang asyik menghafal, budak tu tak sedar, dia kat katil tingkap dua. Dia berdiri, lalu....."Izyan diam lagi.

Aku makin diam. Aku dah faham, tak yah lah nak cerita lagi Izyan. Kan aku nangis kan sapa yang susah(sebenarnya aku sendiri yang cari susah, apsal aku citer pasal ustazah tu).

"Roh budak tu tak tenang , dia merayau-rayau di asrama nie, tapi dia tak kacau orang. Dia cuma tak puas hati dengan ustazahnya."Kata Izyan lagi.

"Kenapa, kenapa awak tak puas hati dengan saya ? "Tiba2 satu suara halus kedengaran. Rupanya itu suara Ustazah Fatihah.

"Awak tahu tak , masa mula2 awak masuk saya dah rasa awak ada bakat, awak ada masa depan. Cuma awak perlu berusaha. Saya sindir awak semata-mata nak pastikan awak berusaha",kat Ustazah dengan panjang lebar.

"Berusaha ? Ustazah boleh berkata apa sahaja ketika nie!"Izyan menjawab pantas. Matanya kian merah bak saga.

"Awak tahu tak ,saya sendiri tak tenang lepas awak pergi sebab.."Ustazah diam lagi.

"Sebab apa, hah ? Sebab tak ada orang lain awak nak maki ?Izyan berkata ,keras dan tegas.

"Sebab awak adalah anak murid kesayangan saya, awak tak ubah macam anak saya !"Ustazah menangis teresak-esak.

Izyan tertunduk. Dia tahu Ustazahnya ikhlas. Pada ketika itulah, bayang-bayang Izyan mula hilang. Mugkin rohnya telah tenang, hasil pujukan dari Ustazah. Sambil tersenyum, Izyan berkata"Erin , terima kasih kerana menjadi kawan Yan selama nie. Yan rasa bahagia".

Aku pun begitu. Jasad Izyan tak kelihatan lagi. Ustazah berkata"Saya yang salah. Saya tak patut simpan rambutnya sebagai kenangan".

Aku terkejut. patutlah rambut Izyan kelihatan panjang. Rupanya ustazah menyimpan rambut Izyan yang telah terputus ketika kepalanya dipenggal oleh kipas asrama. Mungkin, sebab itulah Izyan tak tenang.

Sahabatku , Izyan, walau dimanapun kau berada aku pasti kau gembira. Al-fatihah ini aku hadiahkan untukmu, semoga persahabatan kita kekal abadi. Walau apapun dikau, walau siapapun dikau, bagiku , tiada lagi Izyan yang kedua.

Kepada pembaca coretan ini, ingatlah, persahabatan perlu dihargai kerana ia adalah harta yang tak ternilai dalam dunia ini.



__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

ermmmm.....??

-- Edited by GreeN AppLe on Monday 22nd of November 2010 12:32:02 AM

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

ni copy paste ke?
dah mcm drama aku tgok..........


__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

Ramai betul kaki copy and paste..

Aku je tidak..

Sebab tu aku malas nak post topik..

Dah kering idea tak tau nk tulis apa lagi..

Tunggu la ada idea baru nnt baru aku post..

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

aku ada byk cite nak posting...
tapi masa xda langsung...
hukhuk........
x keje kang xda wet dah satu hal.....


__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

aah..xder dwet cemaner nk kawen kan..?
miaahahhahaa

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

jual botol la..
x pun join fizie part tyme kat chowkit..
ada vacancy lagi x fizie...hahahaha

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

chow kittt!!??...

eh tu sejenis haiwan ke atau sejenis nama tempat..

aku tak tau la perkataan chow kit tu apa..

maklumlah masih lagi berskolah..

tak faham sgt bahasa kiasē ni..

erk!!

epal tolong jelaskan skit apa itu chow kit...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

alah...buat2 lupe pulak..
meh sini aku hantuk sikit kat tiang lampu..
mana tau bleh ingat balik tmpat kau slalu buat bisnes mlm tu..


__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

erkkk!..

betul lah aku mmg tak tau apa itu chow kit..

ko kias mcm mana sekali pun aku tetap tak faham..

maklumlah aku..

aku ni asal usul dari kampung..

ceruk plak tu..

so bila ko sebut pasal chow kit tu mmg aku tak tau..

cuba ko bagitau apa sebenarnya chow kit tuu..

leh aku menimba ilmu dari ko yg tak seberapa byk ilmu tu...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 305
Date:

apple ckp org...
ntah2 dia yg selalu bisnes dadih kat situ....
hari biasa harga tetap, mlm mgu leh runding....


__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

ewhh..bukan kau ke yg jual dadih perisa oren kat tempat tu..
cewwaaahh..mengata orang lebih ye...
kan kau slalu je bg diskaun 20% kat citu kalau malam ladies nite..
mcm aku x tau c mat n pijie tu..pelanggan tetap kau....

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 159
Date:

sy ska bca citer mister oren neh...setiap kali bkak ruangan citer seram..msti sy cari cerita yg ditulis oleh saudara oren nie...pape pon truskan ngan crita seram anda..crita anda mmng seram..smpai nk p tndas mlm2 pon tkot..wlaupon tndas dpan bilik jew...muahahaha..chaiyok2 mister oren...biggrin



__________________

AkU bErSyUkUr DeNgAn ApE yG AkU AdA....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard