Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Semak di dalam Samun [Part 01]


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Semak di dalam Samun [Part 01]


Bulan tidak selalunya indah pada pertengahan kalender Masihi. Bulatnya tidak molek di tapisi kepulan awan tebal meradiusi permukaanya. Mat Piah merenung bulan dengan mata yang tidak berkelip-kelip. Disedutnya asapan rindu dalam-dalam. Dihembus keluar lebihan asap bercabang ke udara bak keretapi stim yang usang. Batuknya berdehem-dehem memaksa kahaknya keluar pantas dari rongga halkum. Dehemnya kuat sekali.

 

Bila lagi Mat Gorn? Mat Piah memula perbualan yang terputus lama. Tidak dikalihnya pandangan ke arah Mat Gorn yang duduk bertinggung di atas para pangkin. Tekun membalut rokok daun. Digentel-gentel tembakau jawa cap harimau kumbang melompat cargas di telapak tangan. Di ricih-ricih tembakau jawa tersebut di bentangan rokok daunnya.

 

Apa? Apa yang bilanya?

 

Bila kita nak ada kes? Piah menjawab deras.

 

Mat gorn mengerutkan dahinya. Ditenyeh bola matanya setelah kemasukan tembakau jawa yang melayang dipukul dingin angin malam.

 

kes? Apa kes? Kes macam main belakang yang naik turun mahkamah tu ker? Lu nak toron gua ker Piah? Ker gua toron lu? Hehehe

 

Pak hang! Kes taman perumahan kita ni la. Bila kita nak tangkap marka-marka yang berkhalwat dengan Bangla jual karpet? Bila nak nak cekup orang kena tangkap basah nih? Kayu besbol gua ni dah macam suci pulak. Terlalu mengidam untuk melihat otak bangla bersepai di kaki lima rumah yang nista!

 

Cilake lu Piah! Cakap boleh tahan sastera lu ek? Apa buku lu dah baca nih?

Mat Gorn menggeleng-geleng kepalanya. Rokoknya sudah siap di balut. Tersisip kemas di hujung senyumannya yang dilantun ikhlas ke Mat Piah. Pemetik api cap cengkerik digesek-gesek menujahkan spark, memercikan api yang ditala sederhana di hujungnya. Asap bercabang-cabang keluar bebas.

 

He he he he. Apa buku lu baca Piah, majalah Wanita? Mastika? Mangga? Ker URTV? Mat Gorn bertanya kembali, matanya melirik sekali lalu ke Mat Piah di hujung pangkin.

 

Buku Diari Tok hang!....kah kah kah....

 

Nak Haron...Mai sini hang! Aku seligi kepala hang!

 

Mat piah berlari mengelilingi pangkin seperti budak darjah dua yang baru dapat kasut berjenama Pallas. Mat Gorn mengejar mengelilingi pangkin.

 

Hantu galah pun belum tentu boleh kejar gua lu tau! Hahahaha! Ketawa Mat Piah berderai di celahan pokok ketapang dan getah di sekeliling pangkin. Memecah kesunyian malam yang gelap.

 

 

Tiba-tiba Mat Gorn terdengar sesuatu. Lariannya diberhentikan di separuh jalan. Permainan mereka terhenti seketika dengan panggilan sayup yang memanggil-mangil namanya.

 

Mat Gorn! Mat Gornnnnnnnnn!

 

Mat Gorn mengamati arah panggilan tersebut. matanya mengecil sesepet mungkin. Lehernya dipendekkan mencari-cari pemilik siapakah suara bak kura-kura gurun sahara tersebut. Dipandangnya kiri kanan atas bawah mencari-cari sama ada dia yang tersilap dengar. Mat Piah masih lagi tergelak kuat menahan perutnya yang keras ketawa berdekah-dekah.

 

Gua macam ada dengar suara orang panggil gua bai? Ada lu dengar Piah?

 

Cilake trick nak bagi gua jangan lari! Kah kah kahtakde maknanya shiall. Hahahah. Kejar lekejar le mat Gorn

 

Mat Gorn.Mat Gornnnnnnnnn suara tersebut kedengaran lagi. Kali ini terasa lebih dekat menghampiri mereka.

 

Shhhhhhh..diam la malaun! Mat gorn menghunus jari telunjuk di mulutnya mengarahkan Mat Piah berhenti bersuara tapir.

 

Mat Gorn.Mat Gornnnnnnnnn

 

Mat piah tersentap. Kali ini dia benar-benar mendengarnya. Matanya membulat. Mulutnya terlopong terperanjat.Mat piah mengeluarkan torchlight kecil dari saku baju melayunya yang lusuh. Tangannya terketar-ketar memagang lampu picit yang menyuluh kelam di sudut-sudut belukar keliling mereka. Disuluhnya lampu merewang ke merata tempat mencari pemilik suara tersebut.

 

Tu..tu dia mat gorn... Bat bebsbol di tangan kirinya dihunuskan kearah lembaga putih yang berdiri tegak di hujung beting jalan raya nun di seberang jalan. Diamati susuk tubuh lembaga berpakaian putih tersebut yang melambai lambai tangan ke arah mereka.

 

Mat piah cuba memejamkan mata mengingati malam apakah hari itu. Tapi otaknya sudah beku kebenakkan dek takutkan lembaga tersebut yang boleh saja memecut bak harimau Cheetah yang menyerang Antelop. Bait-bait babak yang ditonton dalam saluran Animal Planet disulami dengan adegan sundel bolong dan misteri Mak Lampir bersatu padu. Ianya bersatu menjadikan adegan yang super misterius bagi Mat Piah. Lehernya boleh ditokak malam ini!

 

Nahas! Nahas katanya!

 

Gorn! Malam ni malam apa weh? Piah berbisik kecil ke telinga Mat Gorn. Suaranya terketar-ketar.

 

Malam pesta buih dan Songkran di Danok!

 

Cilake gua tanya betul-betul dowh. Malam apa malam nih!

 

Malam jumaat!

 

Demm!!!

 

Tidak semena-mena suara itu kembali bertempik halus di kejauhan jalan. Kali ini ia berubah nama. menembak sang pemilik nama pemuda gempal yang ketakutan.

 

Piah.Mat Piahhhhhhhhhh!

 

Mat piah pucat lesi. Cilake punya Sundel Bolong! Cam mana pulak dia tau nama gua. I.C gua tercicir tengah jalan ker masa tibai lap tadi! Masak gua malam ni. Masak!

 

Mat Piah memegang erat bat besbol di tangannya. Lutunya lemah habis. Mat Gorn masih lagi terkebil-kebil mencari pemilik tubuh bewarna putih tersebut. Terpacak keras di tempatnya tanpa bergerak seinci pun. Piah merapati tubuh Mat Gorn dan menarik-narik hujung baju melayu temannya itu dari belakang.

 

Blah weh Mat Gornblah! Mat Piah berbisik halus. Pundi kencingnya ingin benar meletup ketika itu. Sekali sekali kentutnya tekeluar tiris bak tayar pancit kerana menahan kencing. Saluran itu tidak boleh tidak untuk disekatnya. Baunya bukan kepalang. Bauan buah geduak dan jeruk petai bersatu padu. Baunya macam longkang pasar borong selayang. Tengit sekali!

 

Gawat. Keadaan menjadi lebih gawat. Lembaga putih itu tidak duduk terpacak disitu sahaja. Ianya kini bergerak menuju ke arah mereka. Semakin lama semakin menghampiri. Mat Piah kentut lebih kuat kali ini. Bunyinya seperti mechine gun buatan Rusia. Ratt-tratt-tratt bunyinya. Dia sudah tidak dapat menahannya lagi. Kalau lebih lama tunggu, mungkin kentutnya membuahkan hasil bersama inti patinya sekali. Pastinya cirit hasil buah tangan Tom Yam Claypot Kak Senah menjadi takungan di seluar dalamnya.

 

Piah.Mat Piahhhhhhhhhh!

Pemilik suara tersebut bergerak menghampiri mereka selari dengan panggilan namanya yang disebuat berulang kali.

 

AhhhhhhhAhhhhhh Ahhhhhhh Ahhhhhhh!!!! Mat Piah menjerit-jerit berlari ke arah motor meninggaalkan Mat Gorn yang masih terpacak kaku tanpa bergerak sedari tadi. Pukauan Sundel Bolong merajai sahabatnya itu. Mat piah takut lehernya diratah. Tidak! Janda Esah sendiri tidak pernah meratahnya lagi. Mana mungkin sundel boleh meratahnya dulu.

 

AhhhhhhhAhhhhhh Ahhhhhhh Ahhhhhhh!!!! Suara perempaun pecah bebas dari kerongkong Mat Piah. Jeritannya mengalahkan Ani Mayuni. Di cuba-cuba hidupkan motor tapi tidak berjaya. Lembaga putih tersebut menghampirinya. Peluh di dahi Mat Piah pecah bebas menitik-nitik di meter motorsikal. Sendinya lemah bagai. Mulutnya membaca surah-surah terpilih. Di cuba-cuba mengingati surah untuk menghalau syaitan Laknatullah!

 

Tabbat yada abi lahabiu watab. Maaa..maaamaaa. Mat Piah terlupa kesudahan ayat tersebut. Dia bukan lupa. Memang dia tidak menghafal surah tersebut

 

Bunyi maaamaaamaaa menjadi lebih kuat! Air mata berjurai-jurai di pipi Mat Piah. Matanya dipejam rapat. Takutnya bukan kepalang lagi!

 

Lembaga tersebut semakin mendekati..menjerkah keras Mat Piah!

 

maaa.maaa.maaa..Mak Hang la Mat Piah!"



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard