Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Bacalah puisi ini...


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
Bacalah puisi ini...


SAYU TERHENTI SEBAK MENANTI

 

Dalam derita, aku berbicara

Dalam duka, aku menyapa

Dalam gembira, aku ketawa

Dalam lara, aku terseksa

 

Aku mengerti dalam cinta

Aku fahami dalam makna

Aku sedari dalam leka

Aku bersaksi dalam cerita

 

Kerana cinta tak pernah hilang

Kerana makna tak pernah padam

Kerana hampa itu ketentuan

Kerana saksi itu perjanjian

 

Derita itu ujian

Duka itu kekuatan

Gembira itu keriangan

Lara itu kesengsaraan

 

Namun ujian tak pernah hilang

Kerna itu sebagai cubaan

Walau gugur sejuta bintang

Tetap berdiri menjunjung awan

 

Suatu hari bakal menjelma

Tidak berkata tiada bicara

Hanya amalan mampu bersuara

Di hadapan Tuhan Yang Maha Esa

 

 

 

Nukilan,

NicenizaR@Sastera Kreatif USIM
Macam mana?komen puisi saya....TQ



__________________
NICENIZAR
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard