Kakitangan kerajaan China diarah merokok bagi lariskan jualan
SEORANG lelaki menghisap rokok di sebatang jalan raya di Beijing semalam.
BEIJING - Semua kakitangan awam di daerah Gong'an, Hubei, tengah China diarah menghisap rokok bagi melariskan jualan hampir suku juta kotak rokok buatan tempatan setahun jika tidak mahu didenda.
Menurut akhbar Global Times, kerajaan di wilayah Hubei mengarahkan kakitangannya menghisap rokok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut akhbar itu, jabatan kerajaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan akan didenda.
"Peraturan itu akan meningkatkan ekonomi tempatan melalui cukai rokok," kata seorang anggota pasukan pemantauan pasaran rokok Gong'an, Chen Nianzu.
Menurut akhbar tersebut, peraturan itu dikuatkuasakan sebagai usaha melariskan jenama rokok tempatan seperti Huanghelou yang menghadapi persaingan daripada rokok keluaran wilayah Hunan.
China mempunyai 350 juta perokok namun sebanyak sejuta orang meninggal dunia pada setiap tahun kerana menghisap rokok. - AFP
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
erk... ganjil punye gomen china ni.... hikhikhik... dah ketandusan idea sangat lah tu mcm mn nak tambah pendapatan ngra sampai paksa org merokok atau pun senagaja buat supaya rakyat die yang sengal2 mcm mrbingkai tu cepat2 menambahkan peratusan kematian kerana merokok... kuikuikuiiiiiiiiii
*sjak kotak rokok ade gambar mengerikan ni aku dah berhenti merokok...bagus2..
erk... ganjil punye gomen china ni.... hikhikhik... dah ketandusan idea sangat lah tu mcm mn nak tambah pendapatan ngra sampai paksa org merokok atau pun senagaja buat supaya rakyat die yang sengal2 mcm mrbingkai tu cepat2 menambahkan peratusan kematian kerana merokok... kuikuikuiiiiiiiiii
*sjak kotak rokok ade gambar mengerikan ni aku dah berhenti merokok...bagus2..
hoh..??? ade jer nmer aku teselit2 di celah2 komen beliau.... nk cari gado ker bai...?? mai la gelanggang boxing mlm nie.... kita mkn gado2....
ala takat ko berenti mrokok tu x kesah la.... aku taw bkn ko benti sbb gambo pnyakit tu kan... ko benti sbb okok da naek harga..kan..kan..kan
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
bagi sesape yang x merokok tu aku ucapkan takziah kerana anda tergolong dalam golongan yang kurang membantu ekonomi negara.....bagi sesapa yang merokok tu aku juga ucapkan takziah kerana anda sedang menempah maut....adalah lebih afdal jika duit yang ada tu ko dermakan sahaja kat umah anak-anak yatim, rumah orang tua dan badan-badan kebajikan...
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
bila korang (lelaki2) dah menempah maut, maka bertambah payah la utk aku mencarik bakal suami dan seterusnya sehidup semati... ini adalah kerana aku akan hidup lagi lama berbanding korang (lelaki2) yg sudah menampah maut dan akan mati pd bila2 mase... adoiii... apalah nasib aku ni... huhuhu! BIGBOSS... ko je la harapan aku.... ekekeke!!!
skali lagi nak kene nie... woi..woi.... kite kan dah declare jadi laki bini... mane ko bulih menggatal gan orang lain... kan aku jeles, aku lari balik umah mak aku kang....
sebenarnya merokok ini amatlah tidak baik serta membahayakan kesihatan...oleh itu aku menyarankan agar anda semua dapat berhenti merokok...tapi jika niat anda ingin membantu ekonomi negara...merokok amatlah digalakkan demi mencapai negara maju....
(mane lak rokok daun aku ni.....wei rie cipan!!!ko guna wat balut ek)
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..