Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Boleh caye ke sume ni ek


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:
Boleh caye ke sume ni ek


Nak tanye la.. betul ke kalau kite belikan baju ke suar ke tok pasangan kite nanti kitenye hubungan tu xkekal lame... ade sape2 yang penah ade pengalaman x.. bole shre dgn bby x... bby na tau...



__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

jangan percaya la bende-bende karut macam tue...
aku dulu...dengan abang rie,tak beli baju pown kat dia..
clash jugak..ada jodoh ada..tak der sudah...

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Ape daaa.... Jap... Aku kasik pakai ketayap dulu...
OK... sekarang meh ustaz bagi ceramah sikit...

Kite sebagai orang Islam, hidup kite berlandaskan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan hidup...
dan andai kata terdapat satu masalah yang baru, baru la Fatwa dikeluarkan (Contoh macam klon, klon tak wujud mase zaman Rasulullah)...

Aku pon takde la pandai sangat... tapi pernah tak jumpe ayat Al-Quran yang mengatakan tak leh hadiah baju kat orang lain???

Ataupon, pernah tak Rasulullah melarang para sahabat menghadiahkan baju pada orang lain???

Aku takde jawapan untuk soklan Cik Baby tersebut...tapi pikir-pikir la sendiri.... kita ada akal untuk berpikir....jangan jadi macam Rie, ade akal letak kat umah.....tu yang dok tayang Spare Tyre kat LHTA tu...

__________________





Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

yela.. bby tau la.. xpatut pecaye kan sume tu.. tapi bby takut ar.. ade gak kwn2 bby ckp yang dorang pun mcm tu gak.. bile beli baju ke ape ke xkekal... ade yg nasihatkan bby kalau nak beli gak,belikan kain ela je... abistu kalau beli kain ela xmelekat ke kat badan kalau dibuat baju.. tu yang kdng2 bby konpius la..



__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:



mmmmm...MAT, pinjam jap kopiah ko..bg aku lak ckp...
berdasarkan soalan Baby ni, ade kaitan ngan takdir n nasib , so ini jwpn dier....
( sebenanya aku amik dari surat kabor je)


Memang nasib seseorang itu ada kaitan dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa taala. Walaupun demikian, ia juga ada kaitan dengan sebab musabab yang dilakukan oleh manusia. Orang yang bekerja keras untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi gaya hidup menghapuskan semua hasil yang diperoleh juga boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia terus menerus bekerja termasuk di bulan puasa.

Ahli sunah wal jamaah berpendapat bahawa semua yang terjadi di dunia ini telah ditentukan oleh Allah. Dalam surah al-Hadid: 2, terdapat firman Allah: Tidak ada sesuatu bencana yang terjadi di bumi dan tidak ada pula yang terjadi pada diri kamu melainkan itu ada dalam kitab sebelum Kami laksanakan berlakunya. Bahawasanya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Yang dimaksudkan dengan kitab di sini ialah lohmahfuz.

Lebih jelas dikatakan di sini bahawa setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh Allah terlebih dahulu. Suratannya telah tercatat di Lohmahfuz. Itulah yang dinamakan sebagai qadak dan qadar Tuhan.

( so rasanya kepercaya bg seluar la, spender la, xde kaitan la ngan hubungan x kekal lame kan)

Dalam surah an-Nahl: 61 terdapat firman Allah: Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezaliman mereka, nescaya tidak ditinggalkan di muka bumi makhluk yang hidup, tetapi Allah memberi mereka janji hingga waktu yang ditetapkan. Maka apabila tiba ajalnya, maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya dan juga tidak ada yang dapat mendahulukannya.

Dalam surah Hud: 34 pula dijelaskan tentang nasihat-nasihat Nabi Nuh kepada kaumnya yang ingkar perintah Allah. Nasihatnya tidak sedikitpun memberi faedah kepada salah seorang daripada kaumnya apabila Allah telah mentakdirkan seseorang itu sesat.

Hal demikian memperlihatkan bahawa nasihat yang diberi oleh Nabi Nuh itu tidak boleh mengubah takdir apabila Allah tidak mengubahnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa Allahlah yang menentukan jalan hidup seseorang hamba.

Dalam surah at-Taubat: 51 pula dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.

Begitu juga dengan kejadian alam yang lain, yang terdiri daripada binatang-binatang dan manusia. Dalam surah Hud: 6, terdapat firman Allah: Dan tidak ada sesuatu haiwan yang melata di muka bumi, melainkan Allah yang memberi rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggalnya (di dunia) dan tempat penyimpannya di akhirat, semuanya telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz).

Berdasarkan keterangan ini, Allah yang memberi rezeki manusia, memberi makanannya dan menetapkan berapa lama mereka akan hidup di dunia. Manusia hanya menjalani takdir Allah juga.

Kepandaian manusia hanya menanam, memasukkan benih dalam tanah hingga tumbuhan hidup subur dan boleh dimakan. Namun yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang sebenar adalah Allah jua, manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghidupkannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Masud, beliau berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bahawasanya setiap kita dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa nutfah (air mani), kemudian bertukar menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging. Lalu dikirimkan kepadanya malaikat dan ditiupkan padanya roh. Diperintahkan malaikat itu supaya mencatatkan empat perkara, iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya dan untung buruk atau untung baik.

Baginda ada bersabda: Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang daripada kamu boleh beramal serupa amalan penduduk syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratan takdirnya mendahuluinya, lalu dia melakukan perbuatan penghuni neraka menyebabkan dia masuk ke sana. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dan neraka hanya sehesta tetapi, suratan takdirnya mendahului dia, lalu dia beramal seperti amalan penduduk syurga dan dia akhirnya dimasukkan ke syurga - (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Ada orang yang melakukan kebaikan ketika hidupnya, tetapi ketika dalam keadaan sakaratul- maut ia berubah menjadi kafir seperti yang telah ditetapkan oleh takdir untuknya, maka masuklah dia ke neraka. Begitulah sebaliknya, iaitu orang yang jahat ketika hidupnya tetapi pada akhir hayatnya dia menjadi manusia baik-baik, bertaubat, kembali menjalani jalan yang benar dan taubatnya diterima Allah, maka dia pun masuk syurga seperti yang telah ditetapkan oleh takdirnya.

Dalam sebuah hadis daripada Sayyidina Ali, beliau ada berkata, pada satu hari baginda duduk. Di tangannya ada satu batang kayu yang digunakan untuk menggores-gores. Baginda mengangkat kepalanya lalu berkata: Setiap daripada kamu yang bernyawa telah ditetapkan tempatnya di syurga atau neraka. Lalu bertanya para sahabat: Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah. Adakah lebih baik kita bertawakal sahaja.

Mendengarkan kata-kata sedemikian rupa baginda bersabda: Jangan! Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Percayakan takdir itu penting dalam kehidupan manusia, kerana ia membolehkan manusia menerima qadak dan qadar yang telah ditetapkan dengan rela hati. Tidak ada orang yang boleh menyanggah ketetapan Allah yang mahukan setiap hamba itu reda dengan ketentuan-Nya.

Dalam surah al-Hadid: 23 dijelaskan bahawa reda terhadap ketetapan Allah itu bertujuan supaya manusia jangan bersedih hati atas sesuatu yang hilang dan jangan pula terlalu gembira dan sombong diri berpunca daripada anugerah Allah. Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.

Takdir terbahagi kepada beberapa bahagian, di antaranya ialah takdir yang ada dalam pengetahuan Allah, di mana Allah telah mengetahui apa akan terjadi sama ada di dunia atau akhirat tidak ada yang tersembunyi, biarpun ia belum berlaku. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu (al-Baqarah: 29). Takdir seperti ini tidak berubah yang diistilahkan sebagai qadak mubram ataupun takdir yang pasti (Qaf: 29).

Seperti yang dijelaskan bahawa takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz. Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.

Sebagai contoh, seseorang itu menurut takdir akan mati ketika berumur 69 tahun, tetapi kalau ia sentiasa menjaga kesihatan dan berubat apabila sakit, umurnya ditambah menjadi 10 tahun lagi. Dalam surah ar-Ra'd 39 terdapat firman Allah: Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya dan pada sisi-Nya adalah Ummul Kitab.

Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.

Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan: Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.

Sayyidina Omar al-Khattab ketika tawaf di Kaabah menangis sambil berdoa: Ya Allah, andainya Engkau takdirkan daku termasuk dalam lingkungan orang yang berbahagia, maka tetapkan daku di situ, tetapi andainya Engkau telah mentakdirkan daku termasuk dalam golongan orang yang celaka juga orang yang berdosa, maka hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah daku dalam golongan orang yang berbahagia dan memperoleh keampunan. Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang telah Engkau kehendaki dan pada sisi-Mu Ummul Kitab.

Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan. Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.

Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa. Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.

Manusia yang rajin bekerja senang hidupnya. Itu adalah takdir Allah. Dan apabila manusia yang banyak wang hasil daripada ketekunan bekerja itu menghabiskan semua wangnya ia menyebabkannya miskin. Itu pun tetap takdir Tuhan.

Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin,

Lot 3673, Jalan Aman,

Kampung Sungai Merab Luar,

43000 Bangi, Selangor.

sekian.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

mork... mekasih ek kutbah yang panjang menjela tu.. wlalupun mork just copy paste je tuk bby... tp bile bby bce ape yang mork bgi tu,sukurang2 dapt gak le leraikan sikit kekusutan kat pale bby ni... huhuh.. mekacih2.. sayang kat mork...smile



__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

heheh..ehem2...mork pun sayang kat baby gakk...jom la dating...abg mork  je yg tulen dalam gc ni..yg lelain to sume gay....sabar yek baby....( budi bahasa tggi btl la aku ni kan...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

yeke tulen ni abg mork.. aww.. bleh buktikan kan ke kat bby.. huhuh.. slalunye orang yang tulen xngaku die tulen tau.. Hik3x.. so xleh la kite kuar deting ceng gini kan 



__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

baby ni umo ???



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

woi mork... kalo yer nak g dating pon...
kopiah aku bak la sini balik....
takkan nak wat harte kot....
g beli kat pasar malam... sploh hinggit tige...

(lalu matematik pon memulakan langkah beliau menuju ke surau)

__________________





Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

24.. apsal ek waty tanye umo bby...

__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:


nah, amik balik kopiah ko ni mat ....
( kata mork sambil bepegangan tangan dgn baby shakira menuju pasar mlm)

ala mat, aku tau ko pun nak deting kan???
ko dating la ngan waty...aku bg duet wat blanje...


eh2, baby 24 yek???abg mork 25..mmg secocok la kita ni kan...
( mork berkata kepada baby sambil mkn jagung bakar di pasar malam)

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

Wooo00...baru umur 24 ek..
da besaq-besaq,pangil baby jugak ek..hehehe..
bole jadik mak baby dah nie...aisehhhh

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

cam citer lawak lak da...hahaha

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

ala... xper la.. ni tgh xde bby lagi leh la panggil bby.. sok2 da ade bby bau la leh trun pangkat panggil mak bby plak.. kan bang mork kan... huhuh
alamak... mcm ne abg mork leh tau ni pebret bby adalah jagung bakar.. hik3x.. smile



__________________
AnDai EngKau BisA TerBang kE LanGit bIrU DaN hEndAK CecAH kE bUMi,dARatkAN KakiMu kEbaHu Ku.NeScAyA aKu AkaN mENyaMbUT mU,waLAu TeraSe AnGIn BerTiUp MengHeMBusMu LebiIH jAUH DariKU...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

adeh jeles tgk mok ah!!! ( dalam hati berkata : klau aku ceramah sket kat baby ni, untung2 aku pun dapat g dating ni. Yes!!! )

meh aku ceramah sket. adeh, songkok tinggi pun tinggi la (bapak aku nye) heheh. aku pena dgr jugak pasal beli pakaian ni, kate tak kekal. lain2 contoh yg aku pernah dgr macam adik bradik perempuan klau kawen sekali maka salah satu nye tak kekal atau akan kematian. hasil mmg berlaku kat aku. sepupu aku kawen adik bradik dalam satu majlis. selang setahun kemudian suami si adik meninggal dunia.

perlu ke kita letak kan mind set tuk percaya kearah tu? atau jadikan satu ketakutan dalam diri secara tak lansung menyebab kan kita menjadi paranoid. time kisah sepupu aku ni berlaku, aku nampak. ade yg percaya dgn kata2 songsang tadi. dan mereka jd paranoid tuk lansungkan perkahwinan anak mereka serentak. aku, cuma pegang prisip diri. paranoid jika jahil dan musuh itu kejahilan.

klau betol kawan2 baby ramai yg tak kekal, cube baby tye yg kekal. tak kan dorang tak beli ape2 pakaian buat hadiah kepada kekasih dorang?? soal kekal ni cuma satu je jawapan nye. cube ingat sifat 20 allah. ade jawapan nye. kekal cume tuhan. klau bagi ais krim je pun kat kekasih. klau tetulis tak kekal, maka tak kekal lah. heheh. so percaya kepada perkara karut cuma si jahil. si jahil pula mudah menjadi kurafat. bila kurafat dah tentu jadi kafir. dan kafir terus menjadi kufur. bila kufur mudah mensyirikan tuhan. nasihat kat kawan2 baby, keteguhan bercinta ni bukan terletak atas pemberian pakaian. tp terletak di hati dan permikiran. heeheh.

patot pakai baju ke sluar ke, spender ke dari pemberian kekasih, pasangan makin rapat. yelah, time dok tgh pkai baju tu teringat pasangan kite kan. hehe.

bapak aku : lawa songkok??
aku : eheh.. eheh... lupe.. pinjam sat ek..

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

jodoh di tangan TUHAN mehh... mane ade jodoh kt BAJU & SELUAR DALAM!!!



__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard