Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BACA HOROSKOP, 40 HARI SOLAT TAK DITERIMA


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:
BACA HOROSKOP, 40 HARI SOLAT TAK DITERIMA


copy n paste jer....BLOM TENTU SUME BACA SAMPAI ABIS...(aku perli nie)



Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Ya Allah...Ya Tuhanku..
Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. 

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi  wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," 
katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat 
orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan... 

__________________





MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

horoskop tu hape ha???? stetoskop ke??? ke endroskop?


(sori mat...aku tak brape nak serius ni.... lalok jap)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

adussss...
terkeluar bijik mate ctie
bce posting mat nie....
hmmm...
ctie de gak bce horoskop nie tpi
xslalu la...
kirenye jgn bg ctie jumpe la
horoskop nie kalo
ctie jumpe kompem ctie bce
punye....
ermmm....
2 berkaitan ngan horoskop
cm ne lak ngan
ramalan sikap2 se2org
individu yg d ramal berdasar kn
bulan kelahiran???

uztaz mat???
sile le jwb???

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hmmm... kena bahas lagi ni... takkan baca saja pun solat dah tak terima 40 hari? Kena banyak rujukan lagi ni... Mat... ko cari lagi artikel2 yang berkaitan agar kuat lagi nas-nas yang dibahaskan... aku pun akan cari jugak...

kalau baca horoskop, just baca je, solat dah tak terima 40 hari...

bagaimana pula kalau kita membaca HOLY BIBLE? Atau apa2 dakwah dari agama lain?

takper2... jangan kaget-kaget.... aku akan banyak bertanya lagi...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ntah la Incik Rie(tak tambah cipan sebab menghormati ramadhan)... mesti Incik Rie(tak tambah cipan sebab menghormati ramadhan) tak baca sampai abis..

--Katanya(Yusuf al-Qardawi), perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."--

--Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.--


__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 323
Date:

betul ckp CETI....stuju2...

baca xpe kot...

sebab bnde da de depan mata.....

kata ulat buku=rajin membaca...

xpaham tul nape xley baca walaupun xcaye..

walaupun tau bnde tu kekdg kebetulan/saja suke2...

macam ne ni...sape suh dorg letak topik horoskop dlm majalah!!!!!!!!

kita baca je.... ramalan ttg bulan kelahiran....

tp sume tu ...... ntah la...

byk lg ramalan..... pe ni????

__________________
YucHi Not EppY \:D/ hehehehe


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Mat tHe MatiCs wrote:

ntah la Incik Rie(tak tambah cipan sebab menghormati ramadhan)... mesti Incik Rie(tak tambah cipan sebab menghormati ramadhan) tak baca sampai abis..

--Katanya(Yusuf al-Qardawi), perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."--

--Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang dilangit.--






betul la tu mat the matics (tidak memanggil mat the nyahtics demi menghormati bulan eid-al-mubarraq).... memang la bila kita datang ke dukun dan kita membenarkannya solat kita tak terima 40 hari... KALAU KITA MEMBENARKANNYA... yakni PERCAYA akan dukun... masalahnya artikel ni.... berkata "MEMBACANYA WALAU TIDAK MEMPERCAYAI" terus terang la aku selalu baca horoskop... tapi sumpah aku tak pernah PERCAYA kan nya.... sama macam holy bible... aku pernah baca Holy Bible dengan niat nak mengetahui isi kandungannya... tapi aku tak pernah percaya dengan apa yang terkandung dalam holy bible....

so persoalan aku... benar.. kalau kita percayakan dukun... horoskop atau ramalan.. adalah syirik.... tapi kalau takat membacanya sahaja... takkan itu menjadi kesalahan? sebab tu aku mintak kena banyak kaji lagi.....bukan aku menolak ayat-ayat diatas... tapi jangan terlalu menakutkan sesama muslim, kerana Islam itu mudah lagi mempermudahkan.... aku bukan suruh tolak pernyataan ni.. tapi suruh kaji lagi.... agar aku dan semua muslim tak konfius...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

"bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari."

Ini adalah satu petikan ayat diatas...

"Katanya(Yusuf al-Qardawi), perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Ini pula ayat Hadis yang dibaca oleh Yusuf Qardawi.... nampak tak hadis tersebut berkata "DIA MEMBENARKAN TERHADAP APA YANG DIKATAKAN OLEHNYA"... yak ni percaya dengan dukun... yang ni baru betul syirik dan amalan tak terima 40 hari...

tu yang aku konfius tu... yang diatas kata walau baca suka-suka pun solatnya tak diterima....


ini yang bahayanya.... mintak dikaji lagi oleh ulama'.... tapi syirik tetap syirik....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

(ini pula pendapat aku..)

semua agama mementingkan TAUHID. sebutlah ape jugak kitab yg diturunkan, TAURAT (yg turun di zaman Nabi Allah Musa), ZABUR (zaman Nabi Daud), INJIL (Holy Bible- di zaman Nabi Isa) dan ALQURAN ( zaman Nabi Muhammad SAW). Kalau kita membaca kitab yg benar2 asli, di dalamnya semua menceritakan tentang keesaan TUHAN. sb itu, mengikut hukum, org yg ahli kitab, binatang sembelihannya boleh kita makan. apa yg terjadi ialah sekarang ini byk antara kandungan kitab2 suci itu telah ditukar dan diputar belitkan. Hanya ALQURAN masih asli kerana Allah telah berjanji bhw kitab ini akan tetap dipelihara sehingga Kiamat. itupun dh ramai yg cuba menambah2 fakta.

untuk topik di atas ni, membaca horoskop itu secara suka2 boleh TAPI apa yg berlaku ialah bila kita membaca walaupun pada mulanya hanya suka2, kesudahannya ialah sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi diri kita. bukankah semua perbuatan kita telah di'set'kan di minda. jadi kalau horoskop kita baik pada hari itu minda terus akan mengatakannya baik dan segala tindak tanduk kita baik tapi jika sebaliknya berlaku?? di sinilah akan timbulnya kepercayaan pada ramalan itu. (kl dh sampai melanggan sms, tidakkah itu dh jadi bukti kukuh kpd percaya - takkan nak kata suka2 lagi, buang duit buat ape..sedekah kat fakir miskin lg baik) jadi, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Dan bercakap pasal ramalan..ia berkait pula dgn BOMOH..TUKANG SIHIR dll yg bersangkutan. Mereka2 ini berupaya mempengaruhi kita dalam mempercayai sesuatu ramalan dan bila begitu, jadilah kita ini percaya kepada 'mereka' dari percaya kepada Tuhan. Bukankah percaya kepada segala benda selain Tuhan, itu SYIRIK??
(dah le kawan2, rentikan le..kl bomoh tu terer, diapun g spital jugak time demam)

maafkan jika pendapat ini memesongkan atau tidak menepati PIAWAIAN. segala yg baik itu dari Tuhan, yg buruk itu dari hambanya yg Dhaif..

-- Edited by gayah at 15:20, 2008-09-11

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

bagus..bagus.... jawapan yang best dari gayah.. teruskan kaji lagi.. teruskan kasik pendapat...

(lalu rie meneruskan agenda makan-makannya di siang bulan romadhon dengan memesan nasik kari aladin 3 bungkus)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:

btl kata gayah... mula2 baca pun mmg utk seronok... pastu bila ada persamaan, sedikit sebyk terdetik gak dlm ati..." eh.. btllah...' pastu nk menyedapkan ati.. kebetulan je ni... tp sebenarnya dah mcm mula percaya.... apa pn thanks Mat the Matics... biggrin.gif

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Aku nie reti bace jer...terang tak reti.... aku paham ape yang aku paham... tapi aku tak paham mane yang korang tak paham.... yang aku paham bace tak salah, tapi dikuatiri mempercayai dalam keadaan separuh sedar...

ikut nasihat Puan Gayah(aku tak memanggil Puan Gajah Airwick kerana menghormati ramadhan), mencegah lebih baik dari mengubati....

kesimpulannye, elakkan dari membace.....

__________________





Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

klau dah ade hadith sahih cakap cam tu. terima je la. jgn la kite bace..matlamat x menghalalkan cara.bace sebab suke2 ke, ape ke..dah x bley nak wat camne.dulu x tau.skang ilmu tu dah sampai kat kite.praktik kan.pastu sampaikan la kat org lain plak.

tp ade kelongaran skit.klau nak jugak bace.. bace la dgn niat untuk menentang, pastu jelaskan bende ni salah. kan senang tu. tp klau rase iman senipis kulit bawang tu ..toksah la bace langsung..kang rosak akidah.

pepehal pun thanks for the info Mat.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

tu bru baca..blom g percaya ngn hosroskop tu..

__________________

YAT


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

AMBOI DUK SEDAP JER PERLI MEMERLI ORANG YER..........

__________________
ape-ape ajer


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

bace boleh...percaya jangan....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

mane satu nie..jap bce leh..
jap bce xleh...
pening pale lutut ak...
sng2 xyah amik tau abis cite...
bile amik tau nk bce..
nile nak bce percaya..
bile percaya lgsg terpesong akidah...
de la mksd tersirat 2 asal xleh bce...

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

betul sesgt baik abaikan je tu semua xb'faedah
baik baca intisari rancangan tv

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

so.....bace horoskop nie memang x diterime langsung amalan untill 40 days???
or............bace suke-suke tapi percaye jangan??????????
judges........all of you must made desicion.........WiLL YOU?????!!


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

ad0y..
kdg2 tbace gak bab2 h0r0sk0p nie..tp tade a caye..
karut2..
eps gals a slalu tgk h0r0sk0p..
ye a nk taw psl cnta la..stdy..m0ney..huh wuteva..
pasney kene k0yak tr0s ruangan tu..

__________________
cadryonez luv ez


Senior Member

Status: Offline
Posts: 221
Date:

kalo beli remaja bab pertama carik mesti horoskop


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

true..true..ak
kalo beli remaja
1st yg ak bukak
ruangan horoskop la...

(kate Zati pada ak)

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

pergh nk terkuar bijik mate aku ney nk bce cite ko ney..
tpi dmi mu mat the gereh aku akn bce jugak..haha

-- Edited by OuT$!deR at 10:31, 2008-12-23

__________________
Konichiwa..Arigato..Sayonara..


Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

ish...
nasib baik aku tak bace2 benda2 begini...
bagi aku xyah bace langsung...
mmg mula2 tu suka2...
bila kebetulan ramalan tu hampir2 sama dgn yang kita ada
di situlah mula timbul sedikit kepercayaan yang boleh m'bawa kpd kesyirikan!!

MASYa'ALLAH!!!

__________________

"ZeitGiest"



Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

sampai cam tu sekali ye..baca pon salah..
percaya tu aku rase betul la..iskh..iskh...


-- Edited by cisqo87 at 01:25, 2008-12-27

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

nie yg aku was2 nie ! tp taper ! berkat iman aku yg kuat nie ! nescaya ...........................

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

kalau betul lah ramalan macam tuh berdusta..dan menyebab kan
semabhyang 40 hr tak d terima...

Macam ne lak ngan Ramalan Pada bulan kelahiran oleh
Dato' Dr. Fadilah Kamsah???......

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Yang dato fadila kamsah tu bukan ramalan...

tapi kajian berdasarkan pengalaman hidup manusia dari beribu2 tahun dahulu...
Dr. fadilah bercakap mengenai manusia2 yang lahir pada bulan2 tertentu berdasarkan dengan kajian dari beribu2 manusia yang telah lahir...

sebagai contoh... orang yang lahir bulan februari.. perangainya demikian-demikian... ia dirujuk dengan orang yang lahir bulan februari pada zama dulu-dulu...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

o0wh...
thx Abg RIe ku........

Kau Lah penyelamat Ku..
Malam ni..dapat upah...
Datang lah umah..

Muahahhahahaha..

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Di dalam pengajian ikhtiqat dan tauhid dari Universiti Madinah ada menggariskan kaedah2 modern yg being adopted from zaman Jahilliyah.....sonang kato bentuk2 Jahilliyah modern lah...so, bertolak dari sini.....byk pandangan2 yg berbeza dari ulama serata dunia....jadi school of Tauhid dar Universiti ini menggariskan 3 peringkat:-

1) Jika tak tau kesan dari membaca ramalan2 ini....ianya tetap haram...tapi x merusakkan amalan & tauhidnya

2) Tapi jika sudah diberitahu....tapi masih melakukkannya....maka rosak lah amalannya....(tauhid x disebut pd peringkat ini)

3) Dan jika dia masih tetap mahu melakukkan....selepas itu setelah diberitahu bahawa amalannya akan rosak....maka jatuhlah pada beliau.....Terbatalnya Syahadah, Tergolong yg Musyrikkin...ijmak ni....mengatakan menjadi halal darah si pelaku jika beliau masih berdegil & x mau bertaubat

Ijmak dari U ni amik setelah meneliti pekara2 yg berlaku pd sorang badwi yg di tegur Rasullullah (peristiwa ni berlaku setelah Rasullullah menegur org menilik nasib pd permulaannya)
denagan kata lain Rasullullah menerangkan kpd badwi tadi 3 level masa melakukkan syirik ini.

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard