Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cara terbaru Untuk dapatkan kredit hp percuma
Lorderion

Date:
Cara terbaru Untuk dapatkan kredit hp percuma


Dear kawan- kawan, Di sini aku ada berita baik
untuk menjimatkan poket kawan-kawan yang
sentiasa kering. Cara mereload prepaid tanpa
membayar duit. Pelik bukan? Rahsia ini diketahui
daripada seorang rakanku yang bekerja di dalam
bidang telekomunikasi. Dia pun bagitau lah aku
cara-cara nak mereload prepaid ini secara
percuma. OK, sila baca keterangan berikut untuk
kegunaan talian 012, 016 dan 019 sahaja.

Anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke
kedai handphone lagi untuk mereload prepaid
anda. Di sini ada cara untuk mereload handphone
dengan cara yang agak illegal yerr.. tapi cara
mereload handphone ini hanya boleh digunakan
pada 10 dan 11 haribulan pada setiap bulan. Ini
kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-
masa ini.

Kepada pengguna talian 012, 016 dan 019, dail
1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan
dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga
bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan
tekan nombor telefon anda. anda akan dengar dia
cakap "please insert your pin number" masukkan
011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata
nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk KL,
0406 untuk yang duduk di Selangor. Anda akan
mendengar "for airtime top-up press
1723"selepas dail nombor tadi tekan nombor
telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi
bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5
saat.

OK, yang ni agak banyak sikit, dial 1918 lepas 3
saat dial 4451 dan masukkan siri 0117-445227
1145527 tunggu selepas bunyi dail diangkat terus
dail 55524785933 dan selepas anda
dengar "please key in your password" tekan
****2+253+7891*+546322, tunggu sampai dia
kata "your passwords accepts" dan dia akan
kata "please insert your emey number" tekan
nombor telefon anda lagi sekali sampai anda
dengar seperti bunyi dial diangkat, anda dial
1566 dan anda akan dengar dia kata "re-confirm
your emey number" lepas tu dial nombor tepon
anda seperti berikut, contoh = 6011556 2245334
+ no telefon anda....

Selepas beberapa saat, anda akan
mendengar "your pin number is accept" anda
terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emey
number is accept" terus dail 4566 dan anda akan
dengar "your password is accept" terus dail
nombor tepon anda dan anda akan
dengar "kepala hotak kau, kat dalam dunia ni
mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena
bayar 20 sen" dan anda terus matikan handphone
anda atau baling kearah dinding kerana dikhuatiri
akan mengganggu fikiran anda...

sekian,terima kasih......

heheh aku pun terkena sama gak.... jgn mare



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard