Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RENUNGAN MEMUJUK HATI


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
RENUNGAN MEMUJUK HATI


RENUNGAN MEMUJUK HATI

1835708347_9485c7bcc1.jpg?w=348&h=500

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ia datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

wat kengkawan yang tengah frust bercinta ker., fail exam ker.., tengah tanam anggur ker.., tengah dok termenung mikirkan nasib ker..
bacalah posting amir khan ni..
baguih ni..
meh kita muhasabah diri ramai2

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

en amirshah...

anda sedang memeraskan diri atau ada orang yg telah memeraskan anda....
baik2 di ujung jembatan tu..kang ngap dek naga... :)

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

jgnlah terjun bahaya....takkan lah ko ngajuk sampai gitu lalu...biskut taulah ko suka sangat makn biskut chipsmore...tapi takkan biskut abiskannya ko merajuk sampai camtu....biskut ganti lain la....dahlah tu baliklah.....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

Rasa2 nya en amirshah bukan ngajuk .Dia dah nak

TERKUCIL
tu.Nak terjun laut tak reti berenang.biggrin

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Relaxla amirshah mcm org frust jekk cara ckp tu????Soal pengorbanan xperlu timbul klu kite dah sygkan seseorg tu

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

erk? aku pun bermuhasabah gak. tp aku xmacam amir syah. klau dok kat ujung2 jambatan tu aku takot. eh2, silap. berani dan gagah aku ni. tapi gayat. hehe

Soal pengorbanan xperlu timbul klu kite dah sygkan seseorg tu >
oh, klau aku la. klu kite dah sygkan seseorg tu, soal pengorbanan tu kene timbul. koz klau tenggelam susah la. lemas kang. waaaa.. aku tak nak kehilangan yang tersayang...

aku : huhu sayang kat ko la bedah!
bedah : meowwww meoww....
aku : laaaa ko branak lagi? ish...

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard