Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wanita Dan Hari Lahir Mereka


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:
Wanita Dan Hari Lahir Mereka


ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.



__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Wanita yang lahir pada hari Deepavali plak cam na? Cam kaktusbulu tu...

mesti dia suka menari dan tengok citer hindustan kan?

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

aku copy jap..... tak perasan lak ada topik ni... aku ingatkan topik ni ckp pasaraya hari hari......


RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.



aku nak komen dan summarize jap:

dendam..... mmg tu tabiat aku....jahat...itu mmg sifat mazmumah aku.... tp pandai dlm pergaulan, pandai amik hati org dan mghargai org mmg sifat terpuji aku....semua yg baik2 tu aku mmg setuju... tp ada lg.... keputusan tak seimbang n kurang pengalaman tu aku not agree sbb aku ada dacing kat umah aku tu.... elok je tegak tak senget pun.... pandai carik duit tp tak pandai simpan @boros tu mmg bkn sifat aku.... dan yg kat barisan bwh sekali tu mmg aku aaaammmaaaaattt setuju..... TAPIKANNN...... aku ni lahir hari RABU ke????????? RABU tu apa???? bukan RABA ke?????



-- Edited by radinnaz at 14:08, 2008-04-15

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

nak tanye semua ni btul k?

__________________
ira


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

jujur nya ko ni irah..ni ramalan je ..jgn la mudah pecaya..tp stil leh jadi petunjuk...
huhuh...klu ni btl2 tepat senang la aku nak cari bini..pilih ikot hari jela...
heeheh

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

err..incik mok..ak lahir pada sume hari d atas..
bleh la incik mok amik ak sbg istri...

__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 248
Date:

CTIE wrote:

err..incik mok..ak lahir pada sume hari d atas..
bleh la incik mok amik ak sbg istri...





da ko lahir kt sume ari..
byk sgt prangai buruk ko ctie...
kami xtau la kami lahir ari pe????
tp ari sabtu cam besh je....
kami cuti..ley g poye2......
bukan korg tnye bla kami free ley g men bowling ke????
jom r..sabtu free ni...

__________________
sedapnye cokelat!!!!!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

true..true..
mmg byk prangai buruk ak..xde
1 pun prangai baek....
slaen dari prangai2 buruk
di atas de 1 lagi prangai buruk ak yg
coklat xtau..
ko nk tau coklat???
meh cnie tlinge ko ak nk bisik....

aku : sok...sek...sok..sek..buruk kan prangai ak...

coklat : xdengar pe pun..dgr angin de la...

aku ; sah..mmg ko xkorek tlinge sejak ko dlm pangkal rahim mak ko lagi...


__________________

"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

>>hampir2 betul la...huhuhu

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

ish! sama lah kita pinses...
semua hampir2 betul cuma suka menyinggung hati org lain tu je yang salah...
n cakap kesat tu pun salah jugak...
klu seksualnya tinggi tu x pasti lagi...hikhikhik

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 115
Date:

no Wahai sahabat2 ku usah percaya pada ramalan, nanti syirik jadinya. Org2 kafir sentiasa menyesatkan umat Islam.no

__________________

"Hanya dikau dihatiku, onak & duri, ombak & badai kita tempuh bersama."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

hehe i lahir hari ahad. i nak carik jalan lain tuk ransangan2 ni. sapa mau. huhu. i nak ransang perbelanjaan harian i. u all bleh masuk bawah i klau mau. i jadi bos u all. ahahahahah.

ramalan pe yg syirik. adui. ramalan kaji cuaca dan ramalan ekonomi tu syirik gak ke? ahahahaha. think positif. ramalan cuma cermin diri. tgk kot2 ada yg tersama dgn diri sendiri, ubah jd yg baik dan kepada yg terbaik. tiada ramalan, tiada persediaan tau. huhu syirik tu percaya selain tuhan. klau kita rasa ramalan itu syirik, buka kitab tauhid.

aku sendiri percaya fungshui, mahupun horoskop sebagai mana aku percaya minyak yg menggerak kan kereta. adakah ini syirik?? kamu percaya siapa yg menggerak kan tangan untuk menggaru jika gatal?? adakah tuhan? tidak, tetapi diri sendiri. kerana ini lah kuasa tuhan. memberi kita upaya untuk meramal, berusaha sendiri dan memikir sesuatu.

orang kafir sentiasa menyesat kan umat islam?? hehe ini sebab tak ramai islam mengislamkan orang kafir. uhuhu. klau kita islam kan semua orang kafir, jadi siapa kafir lg yg tinggal tuk menyesatkan kita?? hehehe.

aku curik isi sket dari al kuliyah. ehehe.

__________________
http://www.audioentertainment.blogspot.com   ^_^
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard