Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cinta


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Cinta


Cinta itu boleh membuat orang menjadi gila.
Cinta itu membutakan segalanya.
Cinta itu memerlukan pengorbanan.
Cinta itu anugerah dari Tuhan.
Cinta itu sabar.
Cinta itu murah hati.
Cinta itu tidak cemburu.
Cinta itu tidak sombong.
Cinta itu ada mahunya.
Cinta itu perasaan yang timbul dari dalam hati kecil yang paling dalam.
Cinta itu kejam.
Cinta itu sangat romantis.
Cinta itu indah sebagai kenangan.
Cinta itu pasrah.
Cinta itu dusta.
Cinta itu menyesatkan.
Cinta itu ada timbal baliknya.
Cinta itu tak mengenal waktu.
Cinta itu tak mengenal kaya ataupun miskin.
Cinta itu dikenal sejak lahir.
Cinta itu takdir.
Cinta itu tak boleh dipaksa.
Cinta itu tak boleh dibeli.
Cinta itu perasaan.
Cinta tak mengenal perbezaan.

Cinta itu membuat kita diam sampai tak boleh berkata apa apa hanya tangis air mata yang turun dari hati.

Cinta itu bagaikan sebuah pesawat, disaat terbang kita senang namun disaat mendarat hati kita bagaikan tersiyat seperti ikan yang dipotong.

Cinta itu adalah bunga hati yang diberikan oleh allah.
memberikan kita cinta dan semua ini hanyalah untuk menguji  mental seseorang untuk menghadapi apa yang akan terjadi ?

Cinta adalah kekuatan yang tak akan pernah ditundukkan, kalau kita berusaha mengendalikannya, cinta akan menghancurkan kita, kalau kita berusaha mengurungnya cinta akan memperbudakan kita, kalau kita cuba memahaminya, cinta akan meninggalkan kita dalam kebingungan.

Cinta adalah penyakit yang tak seorang pun ingin bebas darinya. Mereka yang terkena tak ingin sembuh, dan mereka yang menderita tak ingin diubati.

Namun itulah yang dinamakan cinta
Siapakah cinta kita sebenarnya?
Siapakah yang layak mendapat cinta kita?
Hanya Tuhan yang tahu, kerana dialah yang satukan kita, biarlah itu menjadi rahsia, biarlah itu menjadi keinginan kita
Kita menginginkan namun hanya Tuhan yang merestui begitulah cintaku


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim
tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.
Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat,
mungkin dialah orangnya untuk dirimu.
Selalunya insan yang kita sangka tidak mungkin dimiliki itulah yang menjadi teman hidup kita.
Jika benar lelaki telah jatuh cinta, dia tidak kisah tentang asal usulmu
dan akan menerima dirimu seadanya.
Jika benar si dia bersikap begitu tidak syak lagi dialah jodohmu.
Lelaki yang jujur menerimamu mampu melawan segala arus rintangan.
Kamu buatlah perangai macam mana sekalipun dia pasti dapat bersabar kerana cinta lelaki memang utuh.
Apabila sampai peringkat mahu memperkenalkanmu kepada orang tuanya,
saat itulah tandanya si dia benar-benar serius dan telah bersedia untuk memperisterikanmu.
Hubungan sejiwa kadangkala bukan diukur melalui berapa lama kamu mengenali diri masing-masing.
Cukup sekadar beberapa saat mata bertentangan.
Kiranya dalam diri wujud suatu rasa keselesaan dan keserasian, maka itulah namanya cinta sejiwa
dan jangan sekali-kali melepaskannya.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard