Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sayang bini tangan-tangankan..[


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Sayang bini tangan-tangankan..[


January 23rd 2008
Kisah ni diceritakan sendiri oleh Kamal(bukan nama sebenar) pada kawan waktu kawan lalu dekat Puduraya haritu.Rasa lama dah kot.Tahun 1996 rasanya.
Dia kata dia sayang sangat kat bininya.Waktu masa bercinta macam belangkas, tak boleh terlepas kemana sahaja.Kalau tak jumpa tu rasa macam ada yang tak kena sahaja.Lagi pulak nak merasa manisnya bercinta.Di pendekkan cerita, Kamal ni pun berkahwin lah dengan pilihan hatinya.Buah hatinya yang tercinta tu..Bermulalah kisah rumah tangga mereka berdua.Di awal perkahwinan bahagia tak terkata.Yelah darah manis lah katakan.Kamal ni pun berjanjilah yang dia akan menjaga dan menyintai isterinya, Maizatul(bukan nama sebenar gak) sepenuh hatinya.Si isteri bila mendengar suami berkata begitu, mestilah terharu hatinya sampai menitis air matanya.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tidak juga dikurniakan anak kepada mereka berdua ini.Rasanya belum ada rezeki kot, fikir si suami dan si isteri.Mereka pun berserah pada Ilahi setelah apa jua usaha dilakukan.Tup tupmasuk tahun ketiga mengandunglah si Maizatul, isteri kesayangan Kamal.Bergembira tak terkatalah si Kamal dengan anugerah tuhan yang Esa.Berkatalah si suami pada isterinya:"Abang akan menjaga ayang dan anak kita sampai bila-bila.Itulah janji abang pada ayang dan abang akan setia pada ayang selagi hayat ini ada.".Sebak la si isteri mendengar kata-kata suaminya.Itulah suami yang diinginkan detik hatinya.
Lahirnya anak tersebut melimpah-limpah lagi rezki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kamal pun dinaikkan pangkat dalam pekerjaannya. Maka si isteri pun tumpang gembiralah dengan berita tersebut.Semakin bangga lah si isteri dengan suami kesayangannya.
Selang setahun kemudian, si isteri mengandung lagi.Di awal bulan bukan main gembira lagi Kamal dengan berita tersebut begitu jugalah isterinya.Di tambah lagi dengan berita kenaikan pangkat lagi oleh si suami.Bertambah gembira dan cerialah si isteri.Namun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan. Semenjak Kamal di naikkan pangkat, sentiasa sahaja dia balik lewat.Perkara tersebut tidaklah di senangi oleh isterinya, Maizatul.Adat dalam perkahwinan kadang-kadang ada panas ada sejuk.Dalam diam-diam Kamal telah berkenalan dengan seorang gadis lain.Maka terabailah sementara isteri di rumah.Setiap kali habis bekerja pasti Kamal akan berjumpa dengan gadis tersebut sehinggalah lewat malam.Isteri mana yang tak risau kalau suami balik lewat sampai pukul satu dua.Perkara tersebut masih lagi menjadi rahsia Kamal dan tidak diketahui olek Maizatul.Tidak pun kalau Kamal dah balik rumah pasti dia akan bergegas semula keluar setelah mandi.Katanya ada mesyuarat kelompok dengan rakan sepejabatnya. Namun Maizatul tidak dapat berbuat apa-apa.Hanya biarkan sahaja suaminya begitu.Masih tidak timbul lagi syak wasangka pada suaminya kerana sayangnya yang kuat pada suaminya itu.
Pada suatu malam ketika Maizatul tinggal berdua dengan anak sulongnya tiba-tiba sahaja perutnya terasa sakit yang teramat sangat.Kamal entah kemana lupa dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan.Maizatul pun cubalah menelefon ke pejabat Kamal.Ketika itu baru pukul sembilan, tetapi yang menjawap telefon cumalah jaga yang menjaga bangunan tempat Kamal bekerja.Apabila ditanya memang dah takde satu orang pun di dalam pejabat tersebut. Semuanya dah balik jawab jaga tersebut.Bertambah hairanlah Maizatul dalam keadaan sakit kerana pagi tadi Kamal ada berpesan padanya yang dia akan balik lewat sebab ada mesyuarat kat pejabatnya sampai ke tengah malam,namun lain pula yang di dengar dari jaga tersebut, dan yang membuat Maizatul bertambah hairan ialah jaga tersebut menyatakan yang En Kamal sedang bercuti pada waktu ini.Apabila Maizatul cuba menelefon telefon mudah alih Kamal, tidak dijawab.Kesakitan pada perutnya semakin bertambah-tambah. Sekarang ni kandungan baru je 7 bulan, takkan dah nak keluar kot fikir di benak hati Maizatul.Namun oleh kerana tak terlalu tahan Maizatul pun menelefon ambulans..
Kamal pula sedang asyik bermain perasaan dengan gadis yang baru dikenalinya. Gadis tersebut pun Kamal kenal melalui bos besarnya.Katanya sepupu bos di tempat kerja Kamal.Bos Kamal pun jenis yang open minded, bininya pun ada 3.Jadi dia pun tak kisah Kamal berkawan dengan sepupunya.Lupalah sementara tentang rumah tangganya.Kamal masih tidak sedar lagi apa yang berlaku di rumahnya.Apabila Maizatul menelefon dia, dia biar sahaja hingga masuk peti suara.
Berbalik pada Maizatul,apabila ambulan sampai, hairanlah jiran-jirannya melihat ambulan tersebut.Bergegasla h mereka ke rumah Maizatul.Maizatul sudah hilang tenaga dan tak bermaya menahan sakit.Tumpah darah yang banyak.Anaknya yang sulong pun di jaga oleh jirannya mankala Maizatul dibawa ke hospital.Sampai di hospital Maizatul terus diletakkan ke wad ICU kerana darah dah banyak keluar dan terpaksa di bedah untuk mempercepatkan kelahiran.Waktu itu baru masuk jam sebelas setengah.
Tepat pukul dua belas Kamal sampai ke rumah.Hairan Kamal kerana kelibat Maizatul dengan anaknya Boboi tiada di rumah.Dia pun mundar mandir di dalam rumah.Takkan la bini aku nak neranak kot, belum sampai masanya lagi,kata hatinya.tiba- tiba dia nampak darah yang banyak di lantai dan ketika itu jirannya sampai menghantar anaknya apbila mereka sedar yang Kamal telah pulang.Namun semuanya telah terlambat ketika Kamal tiba ke hospital.Semuanya berlaku ketika dia lalai dengan keasyikan sementara.Dia hanya diam terpaku melihat tubuh kaku dibilik mayat.Doktor mengesahkan yang Maizatul meninggal kerana kehilangan terlalu banyak darah ketika dalam perjalanan ke hospital.Namun kuasa Allah SWT itu amat luas.Anaknya selamat dilahirkan tanpa sebarang cacat cela cuma tidak cukup bulan sahaja.
Menyesal yang tak terkira Kamal ketika itu.Apa yang berlaku memang tidak dapat diubah lagi.Aku sayangkan bini aku,aku sayangkan bini aku, aku sayangkan bini aku
AKU SAYANGKAN BINI AKU..Itulah kata Kamal pada semua orang yang ditemuinya di Puduraya setiap kali orang lalu lalang di Puduraya.Dengar kata anak-anak Kamal telah diserahkan pada jirannya sebab Kamal pun dah tak mampu nak jaga dirinya sendiri.
MORAL OF THE STORY,SAYANGILAH BINI ANDA.KATA-KATA ITU MEMANG INDAH DAN MUDAH,DAN IA AKAN BERTAMBAH INDAH JIKA DILAKSANAKAN


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

padan la org maleh nak post...nak bace pon semak da...panjang tu...huhhuh~~~

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

riepannnnnnnnnnn..... meh jap... aku nak bg penangan skit ni... apahal ada lagi makhluk jenglot yg suka dok antar posting sehari sampai byk2 posting nih.... ko dah kasik sebat ke blum ngan jenglot2 pasir ni..... berbuih je tangan ko ari tu dok taip JANGAN..JANGAN.... tp ada jugak yg telinga cap gajah yg tak dgr2 ye..... pang..pang.....pang.... (ini kes bini kasik pelempang laki beliau) debus..debus.... (ganas nii)

(woiiiiiiiii..... apasal aku meroyan niiiii!!!!!!!!!!)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

itu la pasal..nape ko meroyan tgh2x pagi bute nih...abih smue jiran2x terbangun sbb dengar sore ko...huhu~~

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard