Tersebutlah kisah pada satu ketika tak lama dulu..Ada la sepasang merpati sejoli ni..Yang lelakinya nama Fauzi, yang pompuan nyer lak nama Rita..... (dua2 nih nama samaran maa..)..Kisah percintaan mereka ni start masa mereka kat skolah menengah lagi..Kiranya masa kat skolah tu orang kata depa ni one of the hot couple la..Rita ni nak kata lawa tak la jugak,tapi kira gadis kampung la..ada daya tarikan tersendiri..begitu gak dengan Fauzi nih..Tot tet tot tet, ..masa berjalan dan sampailah kepada mereka tamat spm dan abis skolah..
Nak dijadikan cerita,keputusan spm pun kuar dan Fauzi kira lulus elok la berbanding Rita yang cukup2 makan je nih..Dan kebetulan ada rezeki Fauzi, dia ditawarkan belajar kat oversea selama 4 tahun..Punyalah mak bapak Fauzi ni gembira sebab anak dia membanggakan keluarga..Fauzi pun gembira la gak sebab tak sia-sia usaha dia belajar selama ni...Tapi satu je yang sedih..Fauzi ni terpaksa la berpisah dengan Rita..Memang diorang sedih giler nak hadapi perpisahan yang sementara nih..Pujuk punya pujuk,bincang punya bincang,etc,..akhirnya Rita tabahkan hati jugak untuk lepaskan si Fauzi ni pergi jauh dari dia demi masa depan mereka sebab Fauzi dah janji yang bila dia abis belajar,balik Mesia dan dah ada kije yang bergaji besar nanti,dia akan terus pinang Rita dan ajak nikah terus..Punyalah sayang si Fauzi ni kat Rita..
Sampailah masanya Fauzi berangkat ke luar negeri..Bagai nak rak Rita ni nangih sebab sedih nak berpisah...4 tahun lak tu..Lepas pada tu,diorang selalu la lepas rindu dendam kat surat...nak tepon slalu pun bill mahal beb..kang tak pasal2 kena main saham free ngan syarikat tepon..heh...
Masa demi masa berlalu..si Rita yang dengan sijil spm yang cukup2 makan pun dah mulai bekerja di salah sebuah kilang kat kampung dier..dalam masa dia kerja tu,banyak la kawan yang dia kenal..,termasuklah sorang mamat nih..baik punya baik,akhirnya hati si Rita terpaut pada mamat nih sebab mamat tu pandai ambik hati dia dan sekaligus dapat lupakan ingatan rindu dia kat Fauzi..tak lama lepas tu,si Rita ni hantar surat kat abang Fauzi dia,mintak break..tercengang2 jadiknya si Fauzi atas apa yang berlaku.. memang tanpa sebab tetiba jea Rita mintak clash..dah la masa tu dia nak xm final..tak tentu arah dibuatnya.. nasib baiklah Fauzi ni jenis tabah dan cepat boleh paham keadaan atas apa yang berlaku..dah Tuhan dah kata takde jodoh diorang nak wat camner kan..dia pun dah nak grad tak lama lagi..so,nanti balik Mesia boleh siasat keadaan..
Yang si Rita ni pulak,..akhirnya tertipu dengan mamat tu..rupa2nya mamat tu dah pun kawin dan ada anak..punyalah sedih hati Rita..ingin sekali dia kembali kepada Fauzi,tapi apakan daya,perpisahan mereka pun dia sendiri yang mintak.. rasa malu jea nak mintak sambung balik.. Tapi si Rita ni tak tau yang sebenarnya si Fauzi ni setia..giler2 punya setia.. dan sedar tak sedar tak lama je lagi Fauzi dah nak balik mesia..dah grad..
Balik mesia,Fauzi pegi jumpa Rita,nak tau cerita sebenar kenapa Rita ni boleh buat keputusan camtu..masa gi jumpa Rita tu,Fauzi ni bawakla gitar kapok kesayangan dia,sebab nak tunjuk skill kat Rita yang dia dah terer main gitar.. Diorang pun jumpalah kat taman permainan berhampiran rumah Rita..Dalam pada nak menyampaikan perasaan dia kat Rita nih,si Fauzi main la gitar kapok dia..,dan nyanyikan lagu Mr.Big,kump fav dia kat Rita..greng..greng..greng..
HOLD ON LITTLE GIRL.. SHOW ME WHAT HE'S DONE TO YOU STAND UP LITTLE GIRL.. A BROKEN HEART CAN'T BE THAT BAD WHEN IT'S THROUGH,IT'S THROUGH FATE WILL TWIST THE BOTH OF YOU SO COME ON BABY COME ON OVER LET ME BE THE ONE TO SHOW YOU
I'M THE ONE WHO WANTS TO BE WITH YOU DEEP INSIDE I HOPE YOU FEEL IT TOO WAITED ON A LINE OF GREENS AND BLUES JUST TO BE THE NEXT TO BE WITH YOU..
"Errr..abang..Rita nak bagitau sesuatu nih.."..kata Rita..si Fauzi buat derk jea..,malah dia sambung nyanyi lagi..
BUILD UP YOUR CONFIDENCE SO YOU CAN BE ONE TOP FOR ONCE WAKE UP WHO CARES ABOUT LITTLE BOYS THAT TALK TOO MUCH I SEEN IT ALL GO DOWN YOUR GAME OF LOVE WAS ALL RAINED OUT SO COME ON BABY,COME ON OVER LET ME BE THE ONE TO HOLD YOU...
"Abang..!!!..dengar la ni...!!.."..kata Rita lagi..Fauzi tersentak dan terus berenti main gitar kapok dia.."Apa dia..??.."..Tanya Fauzi..
"Errrrrkkkk.....Rita tak pandai Inggelish la....spm pun fail.."..
PENGAJARAN MORAL : CINTAILAH BAHASA KITA ..DAN BELAJARLAH BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PERANTARAAN..
aku lagi la... walaupun aku tak baca... aku pun kena tipu gak... tapi kena tipu ngan apek kedai runcit ni la... ada ke aispong ni dia jual 40 sen.. tipu betul... masuk neraka la ko apek sebab nipu aku....
tapi keropok cekedis ni dia jual 50 sen, murah plak....