Pada zaman serba canggih ini, ramai manusia percaya apa yang mereka nampak saja. Ini adalah ciri jelas dunia kebendaan (materialisme). Namun, ramai juga yang terperangkap dan tertipu kerana sebenarnya apa yang dapat dilihat itu tidak semestinya benar, contohnya anda boleh 'super-impose' gambar seorang perempuan seksi duduk di atas riba seorang pemimpin negara kemudian anda reka sebuah kisah skandal seks yang hangat. Ini juga adalah akibat jelas dari dunia kebendaan itu.
Hanya percaya pada kewujudan apa yang dapat dilihat sebenarnya bahaya. Kaum athiest adalah antara golongan yang tidak percaya pada wujudnya Allah yang Maha Ghaib. Percaya pada tahyul juga bahaya. Ramai yang percaya pada hantu. Ada yang berpendapat bahawa hantu adalah jelmaan roh orang mati. Ada yang tegas mengatakan bahawa hantu hanya satu istilah yang bermaksud jin, dan hantu yang dikatakan sebagai jelmaan roh orang mati tidak wujud.
Orang Islam percaya pada yang ghaib. Sekiranya anda merujuk kitab suci Al-Qur'an, tentu anda akan berjumpa ayat yang bermaksud: "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 3).
Sebelum mencatat mengenai pontianak, eloklah saya catat mengenai makhluk yang bernama jin. Mudah-mudahan maklumat ini dapat lebih mendekatkan kita semua kepada Allah.
Jin adalah makhluk yang ghaib. Namun istilah jin (djin atau genie) sebagai makhluk paling jelas dinyatakan dalam Al-Qur'an. Malah Surah 72 (ada 28 Ayat) dinamakan Surah Jin. Dalam masyarakat, lebih ramai orang memanggil makhluk ini sebagai hantu (ghost) dengan segala macam jenis dan bangsanya. Percaya pada kewujudan jin itu wajib bagi orang Islam tapi percaya bahawa jin itu berkuasa dan mampu segala adalah perbuatan yang menyalahi akidah lagi kufur. Ramailah orang yang telah tergelincir akidahnya hingga ke peringkat mempertuhankan para jin. Banyak agama sebenarnya menyembah jin, bukan menyembah Allah.
KEJADIAN JIN
Jin adalah makhluk yang dijadikan sebelum Adam a.s. Dalam kitab lama, jin pertama dikatakan bernama Jan. Ia dijadikan dari lidah api yang sangat panas. 'Azazil adalah nama sebenar kepada Iblis, iaitu raja segala syaitan-syaitan. Iblis adalah gelaran kepada 'Azazil. Iblis atau 'Azazil dan syaitan-syaitan itu semuanya adalah dari bangsa jin.
Jan dijadikan dari lidah api, tapi keturunannya iaitu semua jin lain termasuk 'Azazil itu dilahirkan hasil perkahwinan antara jin lelaki dan jin perempuan. Adam a.s. ditempa dari tanah, tapi anak-cucu Adam dilahirkan hasil perkahwinan juga.
Bezanya ialah 'Azazil (yang bertanggungjawab menghasut Adam a.s. dan Siti Hawa hingga terusir dari Syurga 'Adn) itu tidak mati hinggalah hari kiamat sementara syaitan-syaitan pula (semua bangsa jin yang bukan beragama Islam) itu umur mereka panjang-panjang. Setakat 3,000 tahun itu biasa bagi umur satu jin (saya tidak gunakan perkataan 'seorang' atau 'seekor' jin kerana jin bukan manusia atau orang dan jin bukan binatang tapi ia adalah makhluk yang berakal dan bernafsu sebagaimana manusia).
Dalam kitab lama ada dicatat bahawa sebelum Adam a.s. menjadi khalifah di bumi, planet bumi ini telah ditadbir oleh para jin. Mereka ini dikatakan telah melakukan banyak kejahatan dan kerosakan di muka bumi. Adam dijadikan untuk menggantikan jin sebagai khalifah di bumi, bukan 'Azazil (yang pada ketika itu dianggap antara makhluk yang amat kuat beribadah). Ini mungkin antara sebab mengapa Iblis dendam kepada Adam. Wallahua'lam.
HAKIKAT JIN
Jin tidak mampu dilihat oleh manusia sama ada bentuk dirinya ataupun bayangnya (melainkan sebilangan kecil manusia yang dikurniakan kelebihan boleh nampak jin). Bilangan jin terlalu ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia. Ada kitab menyatakan bahawa nisbah jin ialah 9 jin berbanding 1 manusia. Jin boleh tinggal di mana-mana saja sama ada di atas atau di bawah tanah, di atas atau di bawah air, di udara malah di atas awan. Jin juga boleh menyerupai bentuk-bentuk yang ia mahu serta boleh keluar masuk dengan mudah dari mana-mana tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.
UMUR JIN
Setiap jin berumur panjang dan boleh menjangkau ribuan tahun. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah didatangi jin yang pernah hidup di zaman nabi Musa a.s. Satu lagi hahikat kehidupan jin ialah ia akan kembali muda apabila sudah terlalu tua. Begitulah keadaan hidupnya berulang kali hinggalah sampai saat ajalnya.
BANGSA JIN
Secara asas, jin terbahagi kepada 3 bangsa iaitu (1) Jin yang bersayap dan boleh terbang di angkasa (2) Jin yang merayap atau menyerupai binatang dan (3) Jin yang bermasyarakat sebagaimana manusia, menukar bentuk serta berpindah-randah. Dalam ertikata lain, terdapat haiwan serta unggas dalam alam jin dan mereka ini dari bangsa jin juga. Malah haiwan-haiwan ini boleh diternak, dijinakkan dan dimakan oleh jin sebagaimana juga manusia dan haiwan di alam nyata.
Jin juga mempunyai bangsa dan agama tertentu dan menjalani kehidupan seharian sebagaimana manusia juga. Jin yang beragama Islam melakukan ibadah sebagaimana manusia juga, namun jin kafir dan athiest jauh lebih ramai berbanding yang Islam. Semua jin kafir dipanggil syaitan. Syaitan itu adalah gelaran yang bukan hanya khusus untuk jin kafir dan jahat, manusia yang kafir lagi jahat juga digelar syaitan, malah lebih bahaya berbanding syaitan jin kerana mereka ini walaupun tidak ghaib tapi sukar dikenali dan pandai menyamar.
Dari segi bangsa, ada jin berbangsa Melayu, Cina, Jerman, Rusia, Siam dan sebagainya. Ada banyak agama di alam jin termasuklah Islam, Nasrani, Yahudi, Majusi dan lainnya, malah ada yang 'free-thinker'. Dari segi sistem politik pula, ada yang kapitalis, sosialis, malah ada yang komunis.
NAMA-NAMA JIN
Selain dari beribu-ribu nama atau jenis hantu (semuanya jin), jin-jin ini ada kumpulannya. Semua jin kafir itu berpenghulukan 'Azazil (Iblis) dan kumpulan mereka dinamakan syaitan. Ia adalah nama khas bagi kumpulan jin yang kerjanya tidak lain melainkan untuk mencelakakan kehidupan manusia dan menyesatkan manusia. Semua syaitan menyembah Iblis. Nama-nama lain bagi kumpulan-kumpulan jin ialah Al-Murdah (kerjanya meragu-ragu dan mewas-waskan manusia), Al-A'wan (menjadi pembantu atau khadam), Al-Ghawasun (jenis penyelam), At-Thairun (boloeh terbang), At-Tawabi' (yang suka mengekori), Al-Qarna' (yang suka mengawan atau suka seks) dan Al-A'mar (pemakmur).
JIN BANGSA MELAYU
Jin berbangsa Melayu biasa digelar Orang Bunian. Namun walaupun mereka ini berbangsa Melayu, mereka tidak semestinya Islam dan sukarlah untuk kita kenal sama ada satu jin itu Islam atau tidak (sebab mereka pandai menyamar, sebagaimana juga manusia, pada zaman ini ramai orang bukan Islam boleh menyebut insyaAllah, memberi salam, malah boleh membaca Al-Qur'an dengan lancar). Oleh itu janganlah mudah percaya pada pengakuan satu jin. Sebagaimana kita manusia yang boleh gunakan 'nickname' yang berlainan ketika di internet, jin telah lakukan perkara itu sejak zaman berzaman dan memperkenalkan dirinya dengan nama-nama yang berbagai tapi sebenarnya ia adalah jin yang sama.
Jin Melayu ini ada istilah dan slanganya yang tersendiri. Sebagai contoh, kalau mereka berkata 'mambang di awan' itu bermaksud bertih jagung. Jika mereka sebut 'kuda' itu bermaksud harimau jin. Kalau mereka sebut 'apa berhajat dalam beristana' itu bermaksud apa permintaan anda.
LANGSUIR
Saya punya pendirian tersendiri tentang kewujudan 'langsuir' atau 'pontianak'. Pada saya, ia adalah salah satu jenis jin yang memang wujud. Saya mendapat cerita dari orang-orang yang boleh saya percayai termasuklah bapa saya sendiri (ustaz, guru Al-Qur'an dan imam), sepupu saya (bapanya seorang lebai dan guru agama), ibu saya (guru Al-Qur'an dari keluarga imam-imam). Saya bukan banggakan latarbelakang mereka. Tujuan saya mencatat itu ialah kerana orang-orang begini biasanya tidak bercakap kosong, insyaAllah. Saya percaya 'langsuir' wujud dan ia adalah jin. Ia adalah makhluk sama seperti kita manusia. Tidak ada apa-apa keistimewaan pada pontianak. Ia bukan makhluk yang berkuasa atau mampu segala. Langsuir dikenali sebagai makhluk yang gemar mengganggu manusia. Tapi dalam beberapa insiden, dikisahkan bahawa manusia sebenarnya terkejut bila nampak langsuir kerana rupanya hodoh dan hilaian ketawanya mengerikan.
Pada saya, setakat percaya bahawa langsuir itu wujud (ia bangsa jin) tidaklah jadi masalah. Yang jadi masalah ialah bila kita percaya ia berkuasa lantas tunduk dan memujanya kerana itu adalah perbuatan yang kufur. Sebagai orang beriman, bukan saja percaya bahawa jin berkuasa boleh menggelincirkan akidah, percaya bahawa manusia berkuasa juga boleh menjadikan kita kufur. Sebagai contoh, jika anda takut dan mendewakan seorang pemimpin (dari kalangan manusia) serta memujanya, mungkin pada ketika itu akidah anda sudah tergelincir, na'uzubillah.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
aku rasa mcm nak pelangkung je mangkuk hayun ni... adik... tolong jgn penuhkan posting dgn bnda yg speechless... tolong bcerita ...create any idea.... kalu takde citer g join fb ke... twitter ke... ym ke... ok
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
aku rasa kan beliau ni terlalu teruja sebab terjoin dengan mat2 gay kat sini ko.... sebab tu asyik terkinja2 je... aku rasa kalu aku ngn aliza kasik beliau ni cili api pastu sapu kat ubun2 beliau sudah pasti beliau akan jadik toyol belaan yg setia kot...
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
speechlesss = tak ada tulisan/cakap/postinb/reply/komen/kosong/infiniti/blank (ijat woiii.....)
wei... aku dah bilang slow-slowww x mau pakai... x mau juga budak ijat nie dengor... berbuih2 dah mulut aku hajo kt wet bot (white board) ... eeeeeeeeeeee x paham-paham jugak karangan yang aku dah buat .... apa lagi aku aku nak buat nieeee... wei.... bingai lagi membingaikan larrrrrr.... umur aku 70 taun pun aku bleh blajar lagi...
(naik hangit bulu ketiak aku macam bulu ketiak raddinaz dah nieee... hot betul ... hot betul....cuaca ari niiiiiiii.....)....
X payah ler korg nk risau pasal ijat ni. Beliau br je blk dr kelas rancangan khas. Tgh tungu bas. Maklumla kesan taik gg yg byk telah membuatkn beliau bisu kekal sekaligus buta huruf. sbb tu beliau ni x tulis byk2. x reti upanyer.
aku dgr pijat ni dulu penah masuk sekolah kanak2 istimewa... tak tau plak aku dia istimewa dlm bidang aper... sama2 lah kita bagi sokongan moral kat beliau dengan harapan, keistimewaan beliau akan berkekalan hendaknye...
aku rasa si ijat ni sbenarnye nak naikkan jumlah post dia...yela baru jer join..post pun da byk kn.tu la pasal
tul la wahai amir amirahhh...aku pn ase cmtue...ijatttt..bawa2 brsabaq noooo..walau pn posting aku xde la sehebat maner pn..tp aku sedar diri...dmane langit dpijak dsitu bumi ku junjung...ahahahahahaaa
__________________
~Melukis kekuatan melalui masalahnya.. ~Tersenyum di saat tertekan.. ~Tertawa di saat hati sedang menangis.. ~Tabah di saat terhina.. ~Mempesona kerana memaafkan.. ~Mengasihi tanpa meminta balas.. ~Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi ¯\(°_o)/¯
sebagaimana mislola lala.... aku juga seumpama dan sewaktu dengannya ... di mana bumi diduduk.. disitu langit ditenguk... eh.. eh..dimana bumi dilanyak.. disitu langit dikunjung....kunjung mengunjung amalan yang mulia.....
(selama ni cik mislola lala x sedo diri ke? pengsan ? pitam ke? masuk icu ke? la ni... baru sedao diri... kesian... kesian... )