Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sesuci Kasih Nur Hanna


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Sesuci Kasih Nur Hanna


(Petikan Mingguan Wanita)

"Mak tak suka!Mak tak suka!"bentak Halimah kasar. Meja makan dari kayu bermutu tinggi itu bergegar dengan hentakan Halimah yang bertubi-tubi. Nafasnya turun naik menahan amarah. Kocak di dadanya hampir menenggelamkan akal warasnya.

Badrul selamba. Langsung tidak mengendahkan Halimah yang mencerlung matanya. Dia tahu semakin dilayan semakin menjadi amukan Halimah. Sudu berisi nasi lemak yang hampir masuk ke mulut Badrul ditepis Halimah. Berterabur di atas meja. badrul terkesima. tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan emaknya.

" Apa ni, mak.pagi-pagi dah nak mengamuk.Rezeki pun susah nak masuk,"Badrul mengusi nasi yang bersepah di atas meja.

"Kalau tak nak mak mengamuk, jangan asyik naikkan darah mak. Boleh tak bad dengar cakap mak.Susah sangat ker nak ikut kehendak mak ni!"bentak halimah lagi. Sekali lagi permukaan mejanya ditumbuk kuat.

Badrul menggeleng. Akal nakalnya mula memikir alangkah bagus sekiranya emak marah sambil menumbuk sambal. Pasti rasanya enak dek halusnya sambal yang ditumbuk.

"mak, ni soal hati . Bad tak boleh bohong hati bad. lagipun,apa salahnya dengan hubungan kami ni mak."

"tak salah?Bad kata tak salah? Hei, dia tu perempuan entah dari mana asal usulnya. Entah dari longkang man di[pungut orang. Entah berbapa entahkan tidak. Itu Bad kata tak salah?Mana mak nak sorok muka mak ni kalau orang tahu siapa perempuan tu. Mak tak kira,Bad mesti putuskan hubungan dengan perempuan tak guna tu,"lancar saja Halimah menghambur kata.

Badrul bangkit dari kerusi. Hilang selera bila diherdik pagi-pagi begini. Boleh cair tahi telinganya. Satu sikap mak yang tidak disukainya sejak dulu...membebel dan memperkecilkan orang lain. Pantang ada yang tak kena pasti amukan emak memecah bak halilintar. langsung tidak memikir akan ada hati yang terguris dan terluka.

"Nak kemana tu?mak belum habis cakap lagi,"jerit halimah bila melihat badrul sudah mengambil kunci keretanya dari atas meja konsul.

"Bad nak kerja, mak. Bad sarapan akt luar saja. Dengar mak membebel buat Bad hilang selera. mak, perempuan yang mak marah sangat tu ada nama. Nur Hanna namanya. "Pantas saja badrul keluar dan memecut laju keretanya.

Halimah bungkam. Sekali lagi meja makan itu menjadi mangsa amukannya.

Masih jelas terbayang di layar ingatannya pertemuan pertama dengan gadis manis bertudung itu. Badrul tergamam bila gadis itu masuk ke bilik dan meletakkan secangkir kopi. Lidahnya kelu apatah lagi bila senyuman manis menghiasi bibirnya.

Sejak itu Badrul menjadi pemerhati. Dia tak tenang di pejabat. Sesekali dia menggerling Nur Hanna di mejanya. Tidak jemu memandang wajah manis yang asyik tersenyum.

Hmmm,pandai Lokman mencari pengganti setiausahanya yang berhenti secara tiba-tiba kerana masalah keluarga. Kerap juga dia menjadi mangsa usikan Lokamn bila dia asyik terleka setiap kali mereka mengadakan perbincangan di pejabat.

"Hei, kawan!Sudah-sudahlah tu. Kalau hati sudah berkenan, cakap terang-terang aje. Tak ada gunanya kau meliahat dari jauh..nanti disambar orang baru melopong mulut kau," usik Lokman bila Badrul langsung tidak memberi perhatian pada perbincangan mereka sebalinya matanya jauh tembus ke dinding kaca yang memisahkan biliknya dengan meja Nur Hanna di luar.

Badrul termalu sendiri.Ketara sangatkah kegilaanya yang satu ini?hah,apa boleh buat. Dia lelaki.Nur Hanna pula perempuan. Bukankah lelaki pasangannya perempuan dan ianya bagaikan tarikan mangnet yang menarik kuat. Kerana tarikan yang kuat itu jugalah Badrul cuba menghampiri. Dia bersorak bila Nur Hanna menerima cintanya. Bukan mudah. Berkali dia menolak atas alasan dia dibesarkan di rumah anak yatim. Tidak tahu sipa ibu dan bapa kandung sendiri ataulahir dari benih yang sah atau tidak.

Namun Badrul tidak peduli. Baginya Nur Hanna tiada cacat celanya. Nur hanna gadis yang baik budi pekerti dan tinggi amalan agamanya. Itu jugalah yang mengikat hati badrul dari mempersiakan Nur Hanna.

Tapi mengapa Halimah tidak mengerti? Tidakkah dia dapat melihat kejernihan mata Nur Hann. Tidakkah dia terpesona dengan ketenagan wakahnya atau sekalipun cair dek senyum manis gadis pujaannya.

Keras hati. memang Halimah degil dan keras hati. Halimah sentiasa mahu kemahuannya dituruti. Dia tidak suka orang yang ingkar.

Selama in Badrul patuh atas segala kemahuan Halimah. Tidak membantah atau mempersoalkan tindakannya. Tapi kali ini lain. Biarlah kali ini Badrul pula yang berkeras. Bukan mahu berkurang ajar tapi dia teramat yakin dengan kedegilannya yang satu ini.


*******sambungan

"Kita kahwin,"spontan saja Badrul melafazkan ayat keramat itu. Nur Hanna yang menunduk mengangkat muka. Wajah Badrul dipandang penuh persoalan.

"APa maksud abang ni?"Badrul tertawa. Dia tak tahu derai tawa itu untuk apa. Kerana soalan Nur Hanna atau dia sendiri yang dungu kerana berterus terang.

"Abang nak kahwin dengan Hanna. Sudikah Hanna jadi isteri abang?"Sekali lagi Badrul bertanya tapi kali ini lebih serius nada suaranya.

Nur Hanna menunduk.AIr m ta merembes keluar. Tiba-tiba saja hatinya dipalu pilu. Rupanya masih ada lelaki yang sudi melamarnya walau ada kisah hitam yang melingkar hidup.

"Kenapa, Hanna.Hanna tak suka jadi isteri abang?" Dia mencari anak mata Nur Hanna yang merah. Sayu hatinya melihat airm ata Nur hanna yang tidak berhenti mengalir.

" Abang tak menyesal?"
"Menyesal kerana apa?"
"Menyesal kerana melamar Hanna. Menyesal kerana menerima Hanna."

" Abang akan lebih menyesal kalau lepaskan Hanna."

"Emak abang?Abang sanggup lukakan hati emak abang?"soal Nur Hanna. Dia maklum dengan penolakkan Halimah. Dia juga sudah lali dengan kehadiran Halimah yang tidak diduga di pejabat semata-mata untuk memberi amaran kepadanya. Minta dilepaskan badrul Aswad dan kalau boleh nyah dari tempat itu.

Tiada kata dari Badrul. Senyap dan terus sepi. Sesekali rambutnya dikuak ke belakang. Kemudian dia memeluk tubuh pula. Sekejapan lagi menunduk sambil merenung hamparan rumput yang menghijau di kaki bukit.

Suasana dingin kawasan rekreasi Gunug Lambak tidak mampu membekukan hatinya. Sebaliknya dai terasa hangat dengan soalan yang dibangkitkan Nur Hanna.

"Abang tak rasa apa yang abang buat ni salah. Ya, mungkin sekarang mak tak dapat terima Hanna tapio abang yakin dia akan sedar Hannlah menantub yang sesuai untuk menjaga dia di hari tua. Menjadi ibu kepada cucu-cucnya!"

Ya, Badrul sedar bukan mudah menjadi menantu keluarga Halimah. Badrul anak tunggal. Sudah pasti Halimah perlukan menantu yang boleh mengurus sakit peningnya.

Apatah lagi Halimah hanya bergantung padanya seorang. Abah sudah lama tiada. Jadi tanggungjawab menjaga dan memberi perhatian pada emaknya terletak sepenuhnya di atas pundaknya. Dan dia yakin Nur Hanna mampu menjadi menantu terbaik untuk Halimah. Dia amat pasti...

Dia merenung tajam Nur Hanna. Tidak berkelip. Wajah mulus itu hampir disentuhnya.

"Kita kahwin," ulang Badrul lagi. Kali ini bersama harapan yang terlalu menggunung. Lebih tinggi dari Gunug Lambak di belakangnya.Atau mungkin juga lebih tinggi dari segala jenis gunung yang ada di muka bumi ini.

Nur Hanna mengangguk. Malu lantas tertunduk. Tubir matanya terasa hangat. Tanpa sedar mata Badrul juga berkaca. Terharu. Terlalu gembira.

Halimah mencebik. Benci benar menatap wajah Nur Hanna. Dia akui menantu yang seorang itu ringan tulang orangnya. Sebelum pergi ke pejabat sarapan pagi sudah elok tersedia.

Selepas balik dari pejabat pula dia bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka. Halikmah tidak perlu bersusah lagi. Segala kerja rumah dilakukan Nur Hanna sendirian.

Sengaja dia tidka membantu . Biar Nur Hanna serik. Biar Nur Hanna tahu kehadirannya tidak dialu-alukan.Biar...


Pernah juga dia memasukkan kain bersih ke dalam bakul pakain kotonya. Suka benar bila meliaht Nur Hanna keletihan melakukan kerja rumah. Suka melihat wajah pucat itu tidak bermaya melakukan itu dan ini. Namun apa yang menambah ras benci tidak sekali Nur hanna merungut apatah lagi mengadu pada badrul tentang perbuatan Halimah. Malah bibirnya sentiasa mengukir senyuman paling manis buatnya.

Hati Halimah mendongkol geram. Dia benci. Dia benci bila melihat kemesraan badrul dan Nur Hanna. Benci bila melihat badrul memaut erat tubuh Nur Hanna. Dia jijik.

Hari pertama Badrul membawa Nur Hanna sebagai isteri ke rumah itu dia membaling pasangan pengantin baru itu dengan perhiasan kristal dari atas meja konsul. Habis berderai. Langsung tidak terasa ralat dengan harga perhiasan kristal yang dibelinya di luar negara.

Lebih menyedihkan bila Badrul nekad menikahi Nur Hanna walau tanpa izinnya. Tiada majlis besar tanda ada sebuah perkahwinan yang diraikan. Hanya akad nikah di pejabat kadi berhampiran. Itu pun tanpa pengetahuan Halimah.Kalaulah Halimah tahu pasti dia akan memastikan majlis itu tidak akan berlaku.

"Jemput makan,mak."Sepiring kuih talam keladi diletakaan di atas meja.Kuih kegemaran Halimah tapi tidak sedikit pun mencairkan hati Halimah. Kopi yang dibancuh Nur Hanna juga dibiarkan tidak terusik.

Badrul mengerling Halimah. Dia mengeleng melihat sikap degil emaknya. Matanya bertamu ke wajah Nur Hanna.Bibir isterinya basah dengan senyuman. Seperti tiada apa yang berlaku.

Belum pun sempat Nur Hana meletak punggungnya di atas kerusi Halimah sudah memekik.

"Air apa yang kau buat ni. Tawar hebeh langsung tak terasa. Rumah ni dah habis gula ke?" Halimah mengelap sisa kopi yang tersembur.

"Hanna kurangkan gulanya mak. Mak kan ada kencing manis."

"Hei, aku belum nk mati lagi. Kalau aku mati cepat pun sebab kau juga.""

"Mak,apa mak cakap ni. Jangan salahkan Hanna. Bad yang suruh hanna kurangkan gula dalam masakan kita. mak sakit kenalah jaga makan," Badrul membela Nur Hanna. Tidak sampai hati melihat isterinya dihamun emaknya.

"Engkau pun sama nak mak mati cepat. Tak habis-habism enangkan perempuan ni,"semaikn kasar bicara Halimah. Nur Hanna terkocoh-kocoh ke dapur mengambil kain lap.

"Ha,tu..entah-entah anak jantan mana yang dikandungnya.Dasar perempuan tak sedar diri>"Mata Halimah memandang atajam ke perut Nur Hanna yang masuk lima bulan.

"Jantan mana lagi mak, Badlah roangnya." Balas Badrul. Geram dengan sikap Halimah yang sengaja mahu menyakitkan hatinya.

Mata halimah terjegil. Dadanya panas dek amarah. Mahu saja dia menapar pipi Badrul. Sejak mendirikan rumah tangga, Badrul semaikn kerap membantah cakapnya. Walaupun dia memang tahu ia memang wajar kerana dia yang sengaja mereka cerita dan meperkecilkan Nur Hanna.

Dengan rasa marah yang membara dia menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas. Berselisih bahu dengan Nur Hanna di pintu dapur. Dijelingnya saja menantunya itu dengan jelingan paling tajam.

"Mak tak minum dulu? Kalau mak nak Hanna buatkan yang lain."Lembut bicara Nur Hanna. Langkah Halimah terhenti di tengah tangga. Menoleh ke belakang.

"Aku tak ingin nak merasa air tangan kau. Kau tu perempuan yang tak ada asal usul tau ktak!" Pekik Halimah. Nur Hanna tergamam. Sayu hatinya. Badrul memeluknya erat. Memujuk Nur Hanna yang jelas kecewa.

Bibir Halimah tidak berhenti-henti membebel.Entah apa yang diomelnya.Tidak lama kemudian..

"Bad!"jeritan Halimah lantang. Badrul dan Nur Hanna terpaku melihat Halimah tergolek di anak tangga.

Tuala lembab dilapkan ke seluruh tubuh Halimah. Lembut pergerakannya langsung itdak menyakitkan kulit tuanya.

Halimah terkebil-kebil memandang Nur Hanna. Bibirnya sentiasa melakar senyuman buat emak mertuanya yang sedang terbaring. Tidak merungut jauh sekali menarik muka masam menguruskan keperluan Halimah sejak sebulan lalu.

makan,minum,ubatmalah mandi dan berak kencingnya juga diuruskan Nur Hanna. Setiap malam kaki Halimah yang lemah disapu minyak panas. Rambutnya disikat malah disapukan bedak ke wajah tuanya. kadangkala Nur Hanna mengalunkan bacaan ayat kursi sebe;um Halimah melelapkan mata. Buat peneman agar tidak bermimpi ngeri

Badrul juga tidak lepas tangan. Tapi tahu sajalah, dia perlu bekerja.Setiap pagi dia tidak lupa menjengah Halimah di dalam bilik untuk mengucapkan selamat pagi dan memberi ciuman sebelum berangkat ke pejabat.

Balik dari pejabat pula dia akan ke biliknya dulu sambil bertanya kesihatan emaknya. Terketar-ketar Halimah menjawab. Dia tidak berdaya. Mungkin kerana terlalu kuat membebel dan memaki hamun badrul dan Nur Hanna, tuhan menarik kembali nikmat untuknya bersuara lancar seperti dulu.

Nur Hannalah yang menjaganya siang dan malam. Dia sanggup meletak jawatan semata-mata kerana halimah...emak mentua yang membencinya.

Sebulan ini dia banyak berfikir. Betapa kejamnya dia terhadap Nur Hanna. Nur Hanna yang tidak beribu dan berbapa. Nur Hanna yang dipungut di tepi longkang. Nur Hanna yang tak berguna dan Nur Hanna yang taksedar diri itulah yang banyak berkorban untuknya.

Ah,kejamnya aku..desis hati kecil Halimah. Mungkin inilah yang dimaksudkan badrul dulu.Satu hari nanti dia akan celik dalam menilai Nur Hanna dan terbukti Nur Hanna menantu yang boleh disandarkan harapan.

Air matanya merembes keluar dari tubir matanya yang tua.

"Kenapa mak?Kenapa mak menangis?Mak sakit ke?"tanya Nur Hanna. Tuala lembap diletakkan semula ke dalam mangkuk berisi air suam.Bimbang sekira dia bertindak kasar ke atas kulit Halimah.

"Mak..mak..min..ta..ma...af,:suara Halimah terketar-ketar.Nur Hanna diam. Seperti tidak percaya itu yang keluar dari bibir halimah. Bening matanya berkaca.

Halimah tidak perlu meminta maaf kerana dia tidak menyimpan dendam. Dia tahu ego seorang ibu tidak ke mana.Ego seorang ibu hanya untuk kebahagiaan anaknya..Badrul, suami Nur Hanna.

"Mak,ber..dosa pa..da hanna" suara itu berketar lagi. Pantas Nur Hanna memeluk Halimah. Perkara yang termamat inign dia lakukan sejak dulu.

Entah mengapa dia merasakan sentuahn tangan seorang ibu membalas pelukkannya.Dia tertanya sendiri jika itu hanya sebuah ilusi. tapi dia terkesima bila melihat memang benar tangan Halimah yang memeluk kuat tubuhnya.

"Mak tak salah apa-apa. Hanna yang salah sebab tak memahami mak," Nur Hanna merendah diri. Tubuh Nur Hanna dipeluk lagi. Lebih erat dari tadi.

Halimah melepaskan pelukkannya. Perlahan tangannya mengusap perut Nur Hanna yang membuyut. Sebuah senyumaman menguntum di bibir tuanya. Nur Hanna membiarkan saja. Menoleh ke pintu dan memandang ke Badrul yang terpaku di situ kerana sebuah keajaiban telah berlaku.


******** Tamat









-- Edited by nadia at 12:56, 2008-02-13

-- Edited by nadia at 15:01, 2008-02-13

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ni pehal post sikit2 nie....abis kan jer la cite tuu....
wat aku sakit hati jer....
ni yang nak gi makan nasik nie...
aku nie kalo marah,mesti lapo....
jom kaktus bulu,makan dalam bilik I...
lapo peha laa....
(lalu kelihatan Mat meratah peha tersebut dengan rakus nya...sambil berkata....waahhh... sedapnye ayam KFC nie...)

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Woi Mat pagi2 ko dh nk marah aku..sabio ler..server tmpt aku ni lembab..xsengaja aku tekan submit tadi..memang nk habis'n pun..dh g makan nasi lemak mu tu dulu..sktkt peha kaktus berduri tu buang karan jer

__________________
Aku IBU si Comel...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

apa bnda la yg korang gadoh...... sepeninggalan aku ni apa citer gc ni..... pjg benar la citer ko nad... disebabkan aku tak larat baca lgpun pusing2 lg kepala aku ni jadik aku suh mat bacakan je le...... sian aku dah 2 ari tak dapat nak kutuk2 korang.... si icu pun dah kena demam gak

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

meh haku sambung lah....!!

Setelah mak bad mengkarate meja mahal tu hingga terbelah dua, mak bad pun terus melayan karaoke sorang diri... sambey mak bad menyanyi lagu trauma nyanyian pasukan elite tetiba tepon begeraknya berbunyi, lalu mak bad pun terus menjawap panggilan itu...

' ello, mak bad cakap nih, sape sana cakap tuuuuuu.....' sambey memuncungkan mulutnya.... 'mak..! nie bad la mak... bad kat luar rumah la, nasik lemak kat mamak depan umah kite nih tak sedap la, mak tlg tapau nasik lemak yg mak buat tu...!! ( blom jadi anak tanggang lagi aku nie, kata bad dalam atinya )
" okeh, roger bad... ko tunggu jap mak nak tapau nasik kat ko....'

lalu dua branak tu pon berbaik2 kembali....! sekeian la adik2, moral story nih, jgn kasi mak karate meja makan umah yeee.... sekian macehhhhhhh........!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Wah mekacih asb cite smbgn ko tu sungguh menyayat hati aku..huhu meleh ayaq mata pagi2 ni pekena sambal tumis nasi lemak buatan asb.


Ala mokcik Raden jari jemari aku ni penat2 duk menaip cite,ko bace je la..ni aku nk tunaikan jnji pd Juliza..mn lak budak srg ni xkuar lg..Aku & Mat biasakla gaduh2 ni..gaduh manja ler kata'n..ko xtau blakang kitaorng bt per..ngeh2

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

true...true...kitaorang gado untuk mengeratkan silaturrahim sesam insan....blom tengok kitorang gado atas katil lagi....seminggu paling kurang dua kali kitaorang gado atas katil...setiap kali ade la sampai pat round....

Pe lagi nadia...lekas la pilih charater ko...aku dah amik Cyclops nie...
(lalu Mat dan Nadia menyabung bermain Playstation)...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

nTAH ko mat..ni kang mak tiri sebelah sepupu pakcik nenek kau, si raden tau ni kang naya jer..ko ler kalah lwn playstation dgn aku dh berguling atas katil tu wakpe..hbs sepah katil dia nih..kot yer pn nk bt perangai budak2 cover2 skit..Maleh aku nk gaduh dgn ko slalu.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

memang la aku yang kalah....tp dari lapan blas frame kite main,aku kalah sekali jer...yang lain sume aku menang....aku kalah pon sebab frame yang ketujuh tu aku gi tandas...mase aku gi tandas,ko leh rosakkan kayuria(joystick) aku lak kan...mau xkalah...tu yang aku berguling2 atas katil tu....

__________________





MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

masyaallah....bersepah2 katil aku dibuat dek beruang dua ekor ni..... hampeh kelapa betul la kumang dua ekor ni..... camne aku nak sambung game aku lak lepas ni..... baru je aku tinggal jap layan citer b-daman jap kat bwh td..... silabau..lahabau..cikabau betul budak2 kelahiran tenuk dan tuyut ni.....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Argh tngk2 ni Mat mak tiri ko dh mengamuk n mengaruk..kayuria ko tu aku pjm wat garu blakang jap..gatal..ada tungau kot..ko main game atas lntai pun ok gak raden..xpyhla nk joint kitaorg y msh kanak2 ribena ni bgumpal atas ktl.Ada ke lyn cite b-daman jer..Baik aku beratur g tngk wyg cite dunia baru the movie..Sokonglah indstri filem tempatan mokcik!

__________________
Aku IBU si Comel...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

tak kose aku nak menempek kat wayang tu.... baik aku beli je cd dia...lantak la cd lanun pun lanun la..... asalkan aku leh baring.... leh nonggeng..... kalu nak terberak pun boleh pause....takpun leh sambil2 makan aiskrim mini cornetto ke...... tak kuasa aku nak gi tempat gelap2 gitu..... silap2 kang ada org raba2 aku.... ces.... sape lagi.... mat.... dia tu bkn leh tgk aku sng nak makan popcorn kalu tgk wayang...siap raba2 mintak tuuuu.....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Mat : mane popcorn nie(sambil meraba2)....eh...eh....ape bende nie...lembik semacam jer....bulat....ade 2 lak tu....

Rajin : woi..woi...nie ape raba2 nie..xmalu ker...

Mat...yang bulat2,yang lembik2,ade 2 bijik nie aper...

Rajin : hep..hep...jangan pegang lebih2...kang laki aku ariepan taw ko pegang bende nie kang die marah....

Mat : bukan riepan balik zimbawe ker??untuk penamaan calon??? xde...xde...nak gak...dapat sebelah pon jadi laaa....

Rajin : mane bulih...ko nak,ko gi la beli sendiri....

Mat : eleh...kedekut...takat KUIH PAU pon nak berkire....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ala sambungan nyer,leceh la..tengah sedap2 baca sambung plak..
nadia cepat la wat sambungan nyer..aku sabo nak baca ni..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

manisayu wrote:

ala sambungan nyer,leceh la..tengah sedap2 baca sambung plak..
nadia cepat la wat sambungan nyer..aku sabo nak baca ni..






sabo sayur manis aku de keje nk bt..curi2 je nk smbg ni..penat aku menaip[ si raden n si mat tu mkn pau je..bkn nk tlg aku..dh la ajk pn xhingin..sadis snggh rs hatiku ini..

__________________
Aku IBU si Comel...


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

kalu ko tunggu kan masinsayur........ baik ko yg sambung balik citer ni... si nad tu bukan leh harap suka buat org ternanti2..... alasan dia nak tberak la, nak tkentut la, nak tcirit la..... baik ko masinsayur yg sambung citer ni.... kang aku sambung jadik citer lain kang....

rajin: mat...ko ni aku tau la kuih pau aku jugak yg ko nak..... pegi la beli kat luar tu...dah takde org q dah... semua dah masuk panggung

mat: tak nak...tak nak..... nak jugak yg riepan punye tuh....

rajin: ish..... makhluk baboon sungguh la dia ni...... amik je la... kang kalu riepan tanye ko buat tak tau je..... pandai2 la aku kata ank dia dlm perut aku ni tgedik2 nak makan.....

mat: dapat jugak aku adjust gundik belaan riepan ni...... yum..yum... sedapnye.... lembut n berkrim

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Mat selepas mkn kuih pau..

Mat: Puih..ni pau ape ko bt ni mokcik?hrp jer gebu tp asem jer..ko letak per ni?

raden : pau initi tempoyak Mat..inti tempe pn ade ni..ko plh je mn bkenan..

Mat : Cis potong stim aku..baik aku teman nadia memerut kt jamban nun..

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 262
Date:

ntah ape2lah korang ni..
tapi aku macam pernah baca jer karya nobel ni.
kalo x silap aku karya terbitan ALAF 21..
ntah ler..
dah lama x layan nobel lg..
apapun memang best..
mana sambungan nyer.., jgn ada byk version dahhhhhhhhhh

__________________

kita adalah musafir yang mencari-cari hentian terakhir...



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

ej........ kalu ko teror ko kasik layan je sambung karya si nad ni... dia tu mana sempat... pekrja dia ramai sgt nak kena layan... kang sempu lak dia nak bkejar nak layan smbg citer tu....

avatar ko ni membuatkan aku teringat kpd ellyza misbun..... mana dia dah ilang ha....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

ej_uputra wrote:

ntah ape2lah korang ni..
tapi aku macam pernah baca jer karya nobel ni.
kalo x silap aku karya terbitan ALAF 21..
ntah ler..
dah lama x layan nobel lg..
apapun memang best..
mana sambungan nyer.., jgn ada byk version dahhhhhhhhhh






Mokcik kan ni cerpen je mn ler pjg2 sgt..dh tamat dh pn....aku cedok kt Mingguan Wanita jer..tp xingt ler bil bape..gmbr depan pelakon Nor Khairiah tu..

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard