Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: jejak kasih


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
jejak kasih


Ibu seorang pelajar datang berjumpa suatu petang. Katanya anak perempuannya tidak pulang ke rumah. Setelah disemak kedatangannya dengan guru kelas didapati dia juga tidak datang ke sekolah.

Ibu itu menangis di hadapan saya. Dia seorang ibu tunggal. Suaminya entah sudah hilang ke mana. Oleh kerana kesempitan dia terpaksa membuat pelbagai jenis kerja untuk menyara hidup dan menanggung dua orang anaknya yang sedang bersekolah.

Anak sulungnya seorang perempuan yang sedang belajar di Tingkatan Dua. Anak keduanya seorang lelaki yang sedang belajar di sekolah rendah. Anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah.

Saya kenal akan pelajar ini kerana pernah dirujuk kepada saya atas masalah ponteng. Dia pernah didenda, dan diberikan nasihat. Pelajar ini agak cantik tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas.

Ibunya memberikan beberapa nama pelajar lain yang sering kali bersamanya. Dia meminta saya mencari anaknya. Dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya kerana sudah semalaman tidak pulang ke rumah.

Setelah berbincang dengan pembantu saya, kami keluar mencari pelajar yang hilang. Kami mencari di bandar, di tempat-tempat hiburan dan di taman-taman. Akhirnya berjaya juga kami menemui pelajar tersebut bersama seorang pelajar lain sedang bermain buaian.

Mereka tidak lari melihat kedatangan kami dengan bas sekolah. Mereka juga tidak kelihatan takut. Mereka penat dan seolah-olah hilang arah tuju. Kami membawa mereka kembali ke sekolah.

Secara berasingan kami betemu dengan kedua-dua orang pelajar sekembali ke sekolah. Oleh kerana permintaan ibunya, saya memilih untuk menyoal pelajar Tingkatan Dua tadi. Kami berbual agak panjang. Saya tidak marah kepadanya kerana tidak pergi ke sekolah tetapi cuba mendapatkan cerita sebenar di sebalik tindakannya itu.

Dia tidak banyak bercakap pada mulanya. Tetapi apabila soalan yang sama tetapi ditanya dengan pelbagai cara akhirnya dia terperangkap dan rahsia terbongkar sedikit demi sedikit. Dia keluar bersama teman lelakinya. Mereka berdua-duaan dalam kerete di tepi pantai. Sebelum subuh mereka kembali ke rumah teman lelakinya. Ibu bapa lelaki itu sudah tidur. Mereka tidur bersama.

Itulah pengakuannya setelah hampir sejam kami bercakap. Dia tahu dia telah melakukan kesalahan dan tidak berani pulang ke rumah kerana tidak mahu menghampakan ibunya. Dia sayang dengan ibunya dan mengharapkan kasih sayang tetapi ibunya terlalu sibuk mencari nafkah.

Dia faham akan tanggungjawab dan pengorbanan ibunya terhadap dirinya dan juga adik lelakinya. Dia juga sedar betapa tinggi harapan ibu kepadanya. Dia anak sulung. Dialah yang diharapkan akan dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berjaya.

Namun apakan daya, sebagai seorang gadis meningkat remaja dia juga mengharapkan kasih sayang daripada ibu bapanya. Bapanya sudah menghilangkan diri entah ke mana sejak dia masih kecil. Ibunya sekadar dapat memberikan keperluan material kepadanya.

Bentuk kasih sayang yang dapat diberikan oleh ibunya adalah sekadar keperluan asas. Pengorbanan ibu untuk anak-anaknya sebenarnya lahir daripada kasih sayang yang amat mendalam. Tetapi anak kecil yang membuat perbandingan dengan orang lain, dengan kawan lain, dengan keluarga lain yang lebih bahagia, merasa kecil hati dengan apa yang apa pada dirinya.

Meminta seorang gadis muda berumur 14 tahun untuk menerima realiti hidup pada usia yang terlalu muda amat kejam. Dia tidak dapat menerimanya. Lalu dia mencari kasih sayang daripada kawan-kawannya, dan berakhir dengan teman lelakinya.

Apabila sudah terlanjur dengan perbuatan diri sendiri ditambah dengan kesempatan yang diambil oleh teman lelakinya, penyesalan sudah terlambat. Apa lagi yang boleh dilakukannya?

Saya sedar dan turut bersedih akan perasaan dan apa yang menimpa dirinya. Saya bertambah sedih memikirkan perasaan ibunya apabila diberitahu keadaan yang sebenar. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksinya nanti.

Tetapi apa lagi pilihan yang lebih baik yang ada untuk kami jika tidak memberitahu perkara ini kepada keluarganya? Nasi sudah jadi bubur. Setelah berbincang dengan pembantu saya dan setelah mendapatkan nasihat daripada pengetua kami, kami mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.

Pada ketika itu sudah hampir jam tujuh malam. Semua guru dan pelajar sudah pulang meninggalkan sekolah semenjak jam 6 petang lagi. Hanya kami berempat sahaja yang masih tinggal di sekolah.

Sebentar kemudian ibunya datang dengan seorang lagi ahli keluarga lain yang tidak kami kenali. Dengan hati yang berat kami memaklumkan apa yang kami dapati daripada siasatan kami. Ibunya terkejut besar mendengar apa yang kami katakan.

Kedua beranak itu terus memeluk satu sama lain dan mula menangis. Tugas kami terpaksa dihentikan setakat itu sahaja. Kami tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga mereka. Mereka terpaksa mencari penyelesaian yang terbaik.

Beberapa hari kemudiannya kami dimaklumkan pelajar tersebut telah meminta untuk berhenti sekolah. Teman lelakinya sanggup mengahwininya setelah sedar bahawa jika dia tidak mahu bertanggungjawab dia akan dihukum merogol gadis bawah umur.

Apa yang boleh kami lakukan sekadar mendoakan semoga mereka bahagia. Tetapi doa kami tidak kesampaian. Belum sampai setahun mereka berkahwin mereka telah bercerai. Pelajar perempuan berumur 14 tahun tadi menjadi janda dalam sekelip mata. Teman lelaki atau bekas suaminya terlepas daripada sebarang pendakwaan undang-undang.

Bayangkan masa depan seorang gadis dihancurkan begitu sahaja apabila tersilap langkah. Bayangkan betapa hancurnya hati ibunya yang banyak berkorban untuk anaknya. Menanggung malu barangkali perkara yang kedua tetapi apabila masa depan seorang anak dimusnahkan begitu sahaja bukanlah senang untuk diterima oleh seorang ibu tunggal.

Apa yang terjadi sudah terjadi. Tiada gunanya kita persalahkan sesiapa kerana yang hilang tetap sudah hilang. Tetapi siapakah pula yang akan menjadikan kejadiaan ini sebagai teladan kepada ramai lagi anak-anak muda yang sedang menjejak kasih yang tidak mungkin? Siapakah yang akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berlaku lagi pada anak-anak yang lain?

Biarpun peristiwa ini sudah lama berlalu tetapi apa yang berlaku masih jelas dalam ingatan saya. Ia menyentuh hati saya dengan begitu mendalam sekali. Saya cuma sedar apabila sesuatu yang buruk berlaku biar apapun yang kita lakukan kita tidak dapat mengubahnya.

Biarpun kita sering memberikan nasihat dan memberikan peringatan, sebelum seorang benar-benar terjerat dan terperangkap dalam rasa ingin tahunya sendiri, dia tidak akan dapat memahami betapa nasihat seorang guru atau ibu bapa begitu penting.

Anak-anak muda yang sedang meningkat remaja biasanya terlalu mudah untuk dipengaruhi. Tanpa hubungan yang rapat di antara anak dengan ibu bapa pada waktu ini, satu kesilapan kecil sahaja mungkin membawa padah yang terasa sehingga seumur hidup.

Berapa hari yang lepas apabila saya mengunjungi sebuah syarikat kerana urusan pekerjaan. Salah seorang kakitangan di sana mengecam saya. Katanya dia pernah berjumpa dengan saya beberapa tahun yang lepas. Saya memerhatikan wanita tersebut beberapa ketika tetapi saya tidak dapat mengingati sama ada saya pernah berjumpa dengannya atau tidak.

Dia kemudian memberitahu saya bahawa dia pernah berjumpa dengan saya semasa saya menyampaikan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. "Cikgu Leelah yang best," katanya. Merah muka saya dipujinya.

Dalam sesi motivasi tersebut saya menekankan pentingnya ibu bapa menjalinkan hubungan yang mesra biarpun anak-anak mereka meningkat remaja. Adalah menjadi kebiasaan anak-anak remaja lebih suka berkongsi masalah dengan rakan sebaya mreka.

Bagi saya ibu bapa harus mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan di sekolah dan juga di luar rumah. Jika ibu bapa kurang mengambil tahu dengan alasan sibuk maka hubungan mereka dengan anak akan menjadi renggang.

Anak-anak akan beranggapan ibu bapa mereka semakin hari semakin tidak memahami perasaan mereka. Ini secara tidak langsung memaksa anak-anak kita mencari sahabat lain dan mendapatkan kasih sayang yang mereka perlukan daripada orang lain.

Saya juga mencadangkan bahawa salah satu cara untuk merapatkan hubungan di antara anak dengan ibu bapa ialah dengan cara sentuhan secara fizikal dan yang paling baiknya dengan pelukan. Malah saya membuat demonstrasi dengan meminta semua yang hadir bangun dan cuba memeluk diri mereka sendiri.

Saya bertanya kepada mereka apakah perasaan apabila dipeluk. Mereka jawab seronok. Ada yang menjawab merasa diri mereka diperlukan. Kemudian saya meminta mereka berpelukan antara ibu atau bapa dengan anak-anak mereka.

Permintaan saya ini tidak disambut dengan segera. Ramai yang merasa begitu janggal walaupun sekadar memeluk anak mereka sendiri. Setelah permintaan saya diulangi dan diyakinkan bahawa berpelukan begitu sebenarnya satu tanda kasih sayang.

Maka satu demi satu mereka mula mendekati satu sama lain dan mula berpelukan. Percayalah saya tidak pernah melihat keadaan yang begitu terharu sekali. Begitu ramai anak dan ibu bapa yang menangis apabila mereka berpelukan. Pelukan yang begitu lama diharapkan tetapi tidak pernah dizahirkan. Hari ini saya telah berjaya membawakan pelukan yang mereka tunggu-tunggu. Saya sendiri turut menitiskan air mata menyaksikan suasana yang sungguh mengkagumkan.

Saya dapat bayangkan telah sekian lama hubungan yang renggang di antara ibu bapa dengan anak-anak mereka telah menjejaskan komunikasi yang sebenar di antara mereka. Biarpun dengan satu pelukan ini, saya percaya saya telah berjaya merapatkan hubungan mereka. Pastinya hubungan yang baik akan dapat memberikan lebih banyak sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Bagi saya matlamat sesi motivasi saya telah berjaya. Apabila bertemu semula dengan ibu bapa yang pernah mendengar ceramah saya dan diberitahu bahawa anaknya telah berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada dijangkanya, saya bertumpang gembira.

Saya hanya mengharapkan lebih ramai ibu dan bapa memeluk anak-anak mereka dan begitulah sebaliknya. Biar apa juga keadaan keluarga kita, tidak usah menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku. Kita sendiri dapat memberikan kasih sayang, biar dalam bentuk yang berbeza. Kita sendiri bertanggungjawab untuk mencari kebahagiaan untuk keluarga kita.


 

p/s:Tidak usahlah menjejak kasih dari luar, semuanya ada dalam tangan kita. Mahu atau tidak, itulah yang membezakannya.



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

menitis air mata aku bila baca.. aku pun x ingat sama ada aku pernah peluk mak aku atau x.. yg pasti aku x pernah peluk ayah aku, cium ayah aku mahupun salam tangan dia.. Aku selalu harapan satu hari nanti aku akan berada dalam pelukan mak dan ayah aku..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

alhamdulillah..
setakat ni aku x lupa peluk dan cium mk aku
dr dulu sampai la aku dh idup bedikari kt luar skrg ni....

seronok raser nyer...
setiap kali cium tgn mk, ayah n peluk mk sblom keluar
jiwa raser tenang, hati raser tenteram....

tp bila aku peluk kucing aku....
tgn aku sakit pulak sbb kena cakar...biggrin.gifbiggrin.gif

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

hee kesian..kena cakar gan kucing ye...

mcm mna la leh kena...x mandi kot huhuhu....

nk nk nk luk luk luk dari ina_meow

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

huh...aku pun x pernah cium mak aku...
sbnyer family aku x diajar cm tuh...
aku ciom tangan jer la...
tringin gk nk ciom mak...tp...alahaiiiiii...malunyer....
x pe...nnti aku akan ciom mak aku....tkut x sempat...uhukkhukhhhukk...


makkk...along syg makkk....biggrin

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 88
Date:

DAH LAMA AKU TAK PELUK MAK AKU ...RINDU RASANYA.....MAK AKU DAH LAMA TAK ADA......KAU ORANG YANG MASIH ADA MAK SELALULAH JUMPA DIA.......BILA JUMPA DIA JANGAN LUPA PELUK DAN KATA PADANYA MAK SAYA SAYANG MAK......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

salam...
sama la situasi nie ngan den masa memula den nak peluk cium ibu n ayahnde den... masa memula nak buat tu, rasa janggal n malu na, n masa first time buat, ibu n ayahnde den tekujat...( masa tu dalam ati diowang da pk pelik2...anak aku nie buang tebiat ke per..)

saat pertama lepas dapat peluk cium tu, rasa dalam jiwa nie, ilang sumer keresahan.. rasa lapang jer dada...n yang buat lebih bermakna bila ibu n ayahnde membalas pelukan tu....rasa cam diri ni disayangi sesangat...

nasihat den, buatlah sementara diowang masih ada, dah takder sok, tak dapat da nak buat...
n pada ibu2 n bapa2...latihla ank2 yg masih kecil tu untuk
1-solat berjemaah
2-makan bersama (ustaz cakap, waktu nie la kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan...minumla dari satu gelas yg sama.. dimulai dari ayah, kemudian ibu kemudian diikuti oleh anak2 yg lain, insyaallah,anak2 akan dengar cakap)
3-sebelum keluar rumah, latihla anak2 untuk
            a)salam,
            b)cium tangan
            c)cium pipi
            d)peluk mereka..

p/s: alhamdulillah, walaupun waktu den memula buat tu, umur den da 17,tapi masih belum terlambat dan hingga sekarang, den masih mengamalkannya...akan rasa janggal kalo tak buat..

just me 2 cent..aww

 



__________________
~i yem meself...~ :devilish:


MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

lagi2 la kalu dgn pasangan memasing kalu nak peluk cium sblm gi keja pun takpe.... tp jgn la sampai mengghairahkan..... nanti silap2 kena amik mc sbb tak tertahan.........

woi..woi.... tak tahan nak tercirit birit la... mlm tu bini masak lauk sambal tpedas sgt......... mula la otak pikir lain je.....

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

radinnaz wrote:

lagi2 la kalu dgn pasangan memasing kalu nak peluk cium sblm gi keja pun takpe.... tp jgn la sampai mengghairahkan..... nanti silap2 kena amik mc sbb tak tertahan.........

woi..woi.... tak tahan nak tercirit birit la... mlm tu bini masak lauk sambal tpedas sgt......... mula la otak pikir lain je.....



 hak hak hak giggle.gif  ayat stok2 double meaning... waakkakak biggrinbiggrin

 



__________________
~i yem meself...~ :devilish:


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 88
Date:

betul kata kau adzha mss,kau orang yang masih ada mak dan ayah masih beruntung kerana walaupun sebelum ni kau orang tak pernah buat cam ni masih ada peluang memperbaikinya......
aku mak dah tak de......sebelum ni aku selalu peluk mak aku ...sampaikan kekadang aku tido pun dgn dia, bila dia dah tak de aku rasa kehilangan............rindu......rindu............mak ina rindu mak............

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

norazlina wrote:

betul kata kau adzha mss,kau orang yang masih ada mak dan ayah masih beruntung kerana walaupun sebelum ni kau orang tak pernah buat cam ni masih ada peluang memperbaikinya......
aku mak dah tak de......sebelum ni aku selalu peluk mak aku ...sampaikan kekadang aku tido pun dgn dia, bila dia dah tak de aku rasa kehilangan............rindu......rindu............mak ina rindu mak............




 yer loo.. dikesempatan yg ada nie, kita buat la...mana tau kita yg pergi dulu...takder da nak dapat peluk......aww



__________________
~i yem meself...~ :devilish:


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

aku dgn mak n ayah jarang lah peluk2 ni...
bila tgk dorang buat krj aku teringin gak nak peluk dorang n ckp aku sayang dorang...
tapi aku malu....la.....
nanti dorang ckp aku buang tebiat....
hehehehehe.....

__________________

Siapa Adamku??? 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 127
Date:

nur izzati wrote:

aku dgn mak n ayah jarang lah peluk2 ni...
bila tgk dorang buat krj aku teringin gak nak peluk dorang n ckp aku sayang dorang...
tapi aku malu....la.....
nanti dorang ckp aku buang tebiat....
hehehehehe.....



salam..
den masa memulo nak buek pon malu yo tapi buat la masa nak kuar gi kojo.. takder la malu na sbb lepas salam cium tangan peluk cium, trus kuar umah...

p/s: masa memulo den buat, waktu solat berjemaah...makanya takder la malu na...

buatla sementara masih berkesempatan...aww

 



__________________
~i yem meself...~ :devilish:
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard