Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.
Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.
Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.
Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam. Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????