Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sum-sum tulang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
sum-sum tulang..


PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG (BONE MARROW TRANSPLANTATION) - TANYA-SOAL UNTUK PESAKIT-PESAKIT DAN KELUARGA

Apa itu sum-sum tulang (bone marrow)?

Sum-sum tulang adalah tisu yang didapati di dalam tulang. Sum-sum tulang menghasilkan bahagian-bahagian darah termasuk:

Sel darah putih - berfungsi menentang penyakit
Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksijen
Platelets - berfungsi menolong menghalang pendarahan

Apa itu pemindahan sum-sum tulang?

Pemindahan sum-sum tulang allogeneic - ini adalah pemindahan sum-sum dari penderma kepada penerima (pesakit). Penderma biasanya adik-beradik (abang atau kakak) pesakit yang mana jenis tisunya adalah sama.

Pemindahan sum-sum tulang autologous - ini terjadi bila sum-sum tulang pesakit diambil terlebih dahulu dan disimpan, dan diberikan semula kepada pesakit kemudiannya.

Siapa yang patut menerima pemindahan sum-sum tulang?

Ada 3 perkara yang sangat penting dalam menentukan pemindahan sum-sum tulang:

(i) Umur - lebih meningkat tua umur pesakit, lebih banyak risiko pemindahan kerana meningkatnya kejadian komplikasi. Di Malaysia, had umur tertinggi untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang adalah sekitar 40 tahun.
(ii) Kesesuaian penyakit - Pemindahan sum-sum tulang bukanlah sesuai untuk semua jenis penyakit darah. Ianya sangat berjaya untuk penyakit "acute myeloid leukaemia" dan juga penyakit "chronic myeloid leukaemia" dalam peringkat awal. Bagi penyakit "aplastic anaemia", sum-sum baru diperlukan untuk menggantikan sum-sum tulang yang telah tidak berfungsi.
(iii) Kesesuaian penderma- Pemindahan sum-sum tulang allogeneic memerlukan penderma yang mempunyai tisu yang serupa dengan pesakit. Tiada had umur untuk penderma, asalkan mereka sesuai untuk diberi bius am (general anaesthesia)

Bagaiman tisu dijeniskan?

Menjeniskan tisu dilakukan melalui ujian darah. Nama lain untuk penjenisan tisu ialah "HLA typing". Di Malaysia, penjenisan tisu dilakukan di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.
Pemilihan penderma yang bersesuaian biasanya adalah dari abang atau kakak pesakit. Hanya 1 dalam 4 peluang dari seorang abang atau kakak pesakit untuk mempunyai sum-sum yang sesuai. Walau bagaimanapun, peluang untuk ahli-ahli keluarga yang lain (ibubapa atau anak-anak) untuk mendapat tisu yang serupa adalah sangat rendah (lebih kurang 1 dalam 100). Ini kerana jenis tisu punca dari keturunan dari kedua-dua belah keluarga pesakit. Maka jenis tisu yang sama biasanya kenal pasti dari abang atatu kakak pesakit yang mempunyai keturunan HLA yang sama.



Apakah masaalah yang mungkin timbul perkaitan dengan pemindahan sum-sum tulang?

-Kemandulan (sterility)- ketidakupayaan untuk memperolehi anak merupakan kesan sampingan dalam pemindahan sum-sum tulang. Walau bagaimanapun aktiviti sexual tidak terganggu. Di luar negri, pusat bank air mani diwujudkan sebagai pilihan untuk pesakit lelaki.
-Perubahan kulit dan keguguran rambut- rambut akan gugur hanya sementara dan akan tumbuh semula selepas pemindahan dilakukan. Manakala perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kemoterapi yang dilakukan semasa pemindahan tetapi ianya juga hanya sementara.
-Mucositis - semasa pemindahan , semua pesakit akan mengalami sakit mulut disebabkan kesan kemoterapi dan ianya untuk tempoh sementara. Pada masa ini pesakit tidak boleh makan dan bergantung kepada saluran intravena untuk zat-zat makanan.
-Graft-versus-host-disease - ini merupakan komplikasi baru pemindahan berpunca dari tindakbalas sel-sel immune (pertahanan tubuh) penderma terhadap penerima (pesakit). Ini boleh menyebabkan ruam-ruam, peradangan buah hati dan juga peradangan tali usus.Komplikasi ini biasanya dapat dirawat dengan ubat.
-Jangkitan (infections) - Semasa dan selepas pemindahan sum-sum tulang, pesakit akan mengalami risiko tinggi mendapat jangkitan dan akan diberi antibiotik dan juga penjagaan yang teliti selama lebih kurang satu tahun. .

Apakah yang akan dialami oleh pesakit semasa rawatan?

Pesakit akan dirawat di hospital selama satu bulan dan selepas tempoh ini, dikehendaki datang tiga kali seminggu untuk rawatan rapi seterusnya untuk tempoh dua bulan.Ketika berada di hospital, sejenis alat khas yang dipanggil "Hickman catheter" dipasang (dengan menggunakan cara pembedahan kecil) - ianya bertujuan untuk memberi pesakit cecair, kemoterapi, transfusi darah dan juga zat-zat makan terus ke darah.
Pesakit seterusnya akan menerima "conditioning kemoterapi" iaitu membuat persediaan bagi sum-sum tulang untuk menerima sum-sum tulang baru. Kesan sampingan "conditioning kemoterapi " ini termasuk muntah, cirit birit dan kadang-kadang pendarahan dari pundi kencing (bladder).
Sum-sum baru yang diambil dari penderma kemudiannya dipindah kepada pesakit. Kiraan darah pesakit akan jadi rendah untuk tempoh dua hingga tiga minggu sebelum sum-sum tulang baru berfungsi.
Pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk tempoh satu tahun.

Apakah yang akan dialami oleh penderma?

Penderma akan menjalani peperiksaan perubatan untuk memastikan kegerasannya untuk bius am. Seunit darah akan diambil seminggu sebelum pembedahan dan ini akan diberi kembali kepada penderma pada masa pembedahan. Ini untuk mengurangkan keperluan untuk transfusi darah tambahan. Pembedahan atau "bone marrow harvest" akan dilakukan dibawah bius am (general anaesthesia) dan sum-sum tulang akan diambil menggunakan jarum istimewa dari tulang pelvis (hip bone). Tidak ada kesan sampingan cuma penderma akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk beberapa hari selepas pembedahan. Penderma biasanya duduk dalam hospital untuk tempoh tiga hari sahaja. Kadangkala, penderma dan keluarga dikehendaki untuk menderma darah platelets untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Ini dilakukan dengan menggunakan mesin khas untuk mengambil darah (dari saluran darah vena di tangan) yang dinamakan "cell separator". Mesin ini akan mengambil sel platelet sahaja dari darah dan kembalikan sel darah merah kepada penderma. Ini merupakan prosedur sakit luar sahaja (mengambil masa 1-2 jam) dan diperlukan lebihkurang 20% pemindahan sum-sum tulang apabila tranfusi darah platelets yang biasa tidak berkesan.


Di mana pesakit boleh membuat pemindahan sum-sum tulang dan berapakah harganya?

Di Malaysia, pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit-pesakit dewasa sedang dilaksanakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak, pemindahan sum-sum tulang dilaksanakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Untuk membuat pemindahan sum-sum tulang di luar negeri, belanjaan amat tinggi, lebih kurang MR200,000.
Rancangan pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit dewasa di Hospital Universiti telah dilaksanakan pada tahun 1993 dan perbelanjaan dikalangan MR40-60,000 setiap orang pesakit.


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Hi, memang tak ada langsung kesan sampingan kepada penderma sum-sum tulang?



__________________
ely
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard