Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 25 sebab suami angin


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
25 sebab suami angin


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun
ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun  dia tak tau.. bla
bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu  sangat dan selalu
dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak
"
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat
dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus
buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV
plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis
sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam
telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli
garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh
singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya
kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan
gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat
rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC  tanpa
memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan
you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan  ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot
pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh
baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,  kat rumah
pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.  ie. "
sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih  betul
betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam  besen
lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi
jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat
dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda  benda lain.
ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.  ie. "pasukan
hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam
nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre
client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan
I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla
bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak
nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti  henti nih...GRO
universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu
makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang  suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan  rojak
pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."
DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok
drama susuk nih  dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast
dan nak masukkan  pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol.....


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard