SI TUASI 1 A : Ada boyfriend? B : Ada. A : Dia bekerja dalam negara ke? B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara. A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini. B : Mengapa ?? (nada terkejut) A : Emm kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .
SITUASI 2 A : Kamu ada teman wanita? B : Tiada. A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke? B : Pernah mencuba tapi tak berjaya. A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita. B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi. A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu. B : Tapi kenapa encik? A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.
SITUASI 3 A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan?? B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya. A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut). B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar. A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya. B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya. A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu? B : Setiausaha. A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami. B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik. B : Haalagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu A : Gulp
SITUASI 4 A : Ada girlfriend? B : Ada. A : Cantik tak dia? B : Biasa je. A : Hmmmaaflah kamu tidak layak bekerja di sini. B : Tapi kenapa encik ? A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun biasa je. B : Haa(melopong)
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????