Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ~ Perasaan Dalam Kekeliruan


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
~ Perasaan Dalam Kekeliruan


Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.Semua pelajar SMK Bandar keluar dari kelas masing-masing.Fizah yang berjalan seorang diri sambil meletakkan sedikit bedak di mukanya,hampir sahaja terlanggar seorang budak lelaki.Langkahnya terhenti,bila melihat jejaka idamannya,Fariz.'The hottest guy ever',bak kata Fizah.Tapi sayang,Fariz sudah berpunya.Malah dia setia,dengan kekasihnya.Yang hanya orang biasa,dan tidak terlalu cantik.Namun cinta itu memang istimewa,ada sahaja yang tak terduga.

"Fizah !Sini kau kejap!"

"Apa??", Fizah menjawab.

Aina berdiri di hadapan Fizah.Matanya merenung tepat ke arah Fizah.Ada satu perkara yang ingin diselesaikannya.Perkara yang penting baginya.Tentang perasaan dan kepuasan diri sendiri.

"Fariz cakap,kau call dia semalam.Apahal kau call dia??Penting sangat ke?!",Aina berbicara dengan kasar.

"A'ah ye,aku call dia semalam.
So?"

Kemarahan Aina semakin membuak-buak.Perasaan geramnya tak tertahan lagi.Apatah lagi setelah mendengar jawapan Fizah.

"KAU..!Jangan kacau Fariz lagi!Dia tu teman lelaki aku !Kau jangan nak carik pasal dengan aku.Silap haribulan aku tumbuk kau baru kau tahu!Ini baru aku kasik amaran.Kalau kau kacau Fariz lagik!There will be no chance for you !",Aina memberi amaran.Perasaannya tak tertahan!Rasa ingin dilepaskan waktu itu juga.Namun dia masih dapat bersabar.

"Ek'eleh!Apa kau ingat Fariz tu suami kau ke??Dia tu hanya TEMAN LELAKI kau lar.Tak lama lagi putuslah tu!"

Kata-kata Fizah membuat kemarahan Aina meninggi!Ianya sudah mencapai tahap maksima!

"Dush!"
Satu penumbuk hinggap di mulut Fizah.Fizah yang terkejut,terduduk.Sakit rahangnya.Bibirnya berdarah.Pelajar-pelajar lain di sekeliling mereka hanya memandang.Ada yang berbicara kecil,tentunya pasal insiden yang baru berlaku tadi.Aina tersenyum apabila melihat airmata Fizah berlinangan.Puas hatinya tak terkata!

Tiba-tiba Cikgu Ismail muncul di hadapan mereka.Guru Disiplin yang amat garang itu.Aina merasa cemas.Barulah dia tersedar.Dirinya dikuasai syaitan!Dia telah mengikut nafsu dan tidak menggunakan akal fikiran serta berfikir dengan waras.Aina beristighar beberapa kali.Hukumannya,tentunya gantung sekolah.Dia tahu dirinya bersalah.Apalah yang dikatakan oleh ibubapanya nanti.Fariz juga,tentu Fariz akan menyangka dirinya seorang pencemburu yang hebat.Ada harapan untuk hubungan mereka putus!Aina terduduk,kini airmatanya yang mengalir.Tanggapan ibubapa,kakak dan adiknya,juga Fariz.Amat merunsingkannya.Malah bila terfikir tentang gantung sekolah,tentunya banyak pelajaran yang akan ketinggalan.Peperiksaan tidak lama lagi,tentu keputusannya merosot.'Ya Allah,apakah yang telah hamba-MU ini lakukan!' ..bisik Aina.

____________________________________

"Kak,kenapa akak tak pegi sekolah ari ni?"
Soalan cepumas yang diajukan oleh adiknya itu benar-benar membuatnya runsing.!

"Sekolah cuti lar dik."

"Kenapa cuti?Sekolah adik tak cuti pun??"
Satu lagi soalan !Bagaimanakah ini???

"Alar..banyak tanya pulak.Buat larh kerja rumah tu,nanti cikgu marah esok!Ada jek kena gantung sekolah."

"Okey akak!"
Akhirnya adiknya masuk ke bilik.


Semenjak Aina digantung sekolah,ibubapanya tidak bercakap dengannya.Sepatah ditanya,sepatah dijawab.Timbul rasa kesal dari hati Aina.Bukan ini yang ibubapanya inginkan!

Fariz pula,tiada langsung menghubunginya.Makin meyakinkan apa yang difikirnya pada hari itu.Mungkinkah dia sudah mempunyai pengganti??

Aina hanya duduk termenung pada hari itu,hari yang memenatkan otaknya,kerana banyak yang difikirkannya.


[bersambong..]
___________________________
p/s:ini rekaanku sendiri,sori atas ke'takcantikan' bahasa yang digunakan.tu jer perkataan yang aku tahu.tak dapat aku pikir bahasa yang amat sekolah buat masa ini.kay2!!cita ini tentang kehidupan remaja..tu jer.muakakka!kaylarh.dh tyme sahur... Assalamualaikum.. peace.gif


-- Edited by phia_1001 at 19:06, 2007-09-15

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

amboiii... tulisan..
den ni dh la rabun.. bertmbh power den...
bg la yg besar2 cikit...weirdfaceweirdface

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

wukeyh..tu dh besa dh tu.kalo x nampak jugak..alahaii!

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.Semua pelajar SMK Bandar keluar dari kelas masing-masing.Fizah yang berjalan seorang diri sambil meletakkan sedikit bedak di mukanya,hampir sahaja terlanggar seorang budak lelaki.Langkahnya terhenti,bila melihat jejaka idamannya,Fariz.'The hottest guy ever',bak kata Fizah.Tapi sayang,Fariz sudah berpunya.Malah dia setia,dengan kekasihnya.Yang hanya orang biasa,dan tidak terlalu cantik.Namun cinta itu memang istimewa,ada sahaja yang tak terduga.

mcm nama sklolah aku la....
nmpk dh phia, telebih terang...
best2 nnti smbung lgbiggrinbiggrin




__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

smk bandar tu nama salah 1 sekulah di bintulu ini.aku xde nama nk letak..idea sebenar nak ltak smk bijak-nye .tp x siyes la plak bunyinye kan..huahua!

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

kt tmpt aku pon ader nama
SMK Bandar, SMK bandar easter...


__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

ooww...

aku tgh memerah otak memikirkan adegan seterusnya..tunggu & lihat yerk!

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

jan lambat2 tau post sambungan cite 2 ye...


__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

"Kring..kring.."
Aina mencapai telefon bimbitnya yang terletak tidak jauh dari katilnya.Nama yang tertera di skrin telefonnya itu benar-benar membuat hatinya gembira.

"Fariz!!!!!!!" ,Aina menjerit kegembiraan.

Tanpa melengah-lengahkan masa Aina menekan punat hijau di telefon bimbitnya itu.

"Hello Fariz"

"Hai Aina ... ," Aina??Fariz tak pernah memanggil nama sebenar Aina.Selama ini Fariz hanya menggunakan nama panggilan yang dia reka sendiri.Aina sedikit hairan.

"Lama awak tak call saya ye..Fariz"

"Aah.Aina,aku ada benda nak cakaplah..Leh tak jumpa hari Ahad ni??"

Erk!Sekali lagi ayat yang diucapkan oleh Fariz membuat Aina tersentak.Aku??Aina??

"Awak nap.."

"Jumpa kat tempat biasa ya.Pukul 2.00," Fariz mencelah.Kemudian gagang diletakkan.Talian terputus.Aina masih dalam kebingungan.

"Kenapa Fariz berubah sekelip mata,"Aina bertanya kepada dirinya sendiri.


=================++++++++++++++++==================

"Hazwan!" Suara Wanie membingitkan telinga setiap pelajar di kelas 2 Amanah.

Wanie mengejar Hazwan sekeliling kelas.Hazwan berlari dengan sepenuh tenaga yang ada.Tapi kalau dah biasa berlari setiap hari,apa nak letihnya.Wanie yang hampir kehabisan tenaga itu terduduk di kerusi nya.

"Aiyark!Letih la..Kalo aku tak letih lagi nanti aku paku kepala kau kat tiang bendera tu."

"Woo..Janganlah ganas sangat.Kau nak jadi pembunuh ke??Bisa aja,tapi kau nak kena hukum gantung??Bisa jugak!"

"Eii Hazwan!Kau ni kalau tak mengusik anak dara orang tak boleh ke??"
Haziqa mencelah.Ada pelajar-pelajar yang berbisik-bisik setelah Haziqa berkata-kata.

Hampir seluruh pelajar di kelas 2 Amanah mengetahui tentang perasaan Haziqa terhadap Hazwan.

Hazwan hanya memandang Haziqa dengan penuh makna..

[Bersambong ..!]
==============================

waaaaaaaaaaaa!dh sambung dh..isi pendek jek!biggrin

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

ape ni phia..asyik2 sambong...dah lah isi pendek2....klu drama pun pling cikai 30 minit tau tak..ni kan pulak baru 15 minit je..iklan jelebih...ni yg aku nak marah nie...

erm mana coklat...coklat....aku nak cadbory....(eja pun salah itu mknannye aku masih berpuasa)

-- Edited by bob_Woohoo at 16:44, 2007-09-21

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

ini ler citer melayu.......tayang seminit iklan sejam.

oiiiii bob meh sini ambik bubur lambok kat masjid jamek aku pi ambik nih banyak sangat ler sampai tak ter makan nih.....eehhh eehhhh tak terbawa.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

aiseyh!!

sowie2!semalam aku taip ni dlm reply tu [maksodnye xde save mana2 cm kat notepad ke]..
tiba2 lak kilat guruh suma dtg.tu lar aku trus tkan submit.surhi lah yerk!

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Dalam kesayuan mata Hazwan memandang Haziqa.Cikgu Adam muncul di muka pintu.Suasana menjadi kelam kabut seketika.Semua
murid duduk di tempat masing-masing.Haziqa yang tersentak kerana dipandang oleh orang yang dicintainya itu,memalingkan wajahnya.
Dia terus berlalu ke tempat duduknya.Hazwan hanya tersenyum tanpa sedikit kegembiraan pun di hatinya.Kemudian Hazwan pun
duduk di tempatnya sendiri.

"Haa Wan,apsal ko tengok Haziqa lama betul tadi??Ko dah jatuh cinta ngan dia ke??" Sofian bertanya.

"Aku suka kat dia??Aiseyh!Kau bergurau ke?Kambing betul kau ni!Camne aku nak suka ngan dia??Dengan muka dia yang tak cantik tu..Isk!Tolong sikit.."

Haziqa yang terdengar perbualan Hazwan dan Sofian menundukkan wajahnya.Tiba-tiba rasa sayu menyerang hatinya.Air jernih mengalir
di pipinya yang agak tembam itu.Disekanya air mata yang mengalir.

"Nisa,temankan aku pergi tandas.Please!! "

Nisa terpaku seketika.Kemudian dia mengangguk.

Haziqa meminta izin daripada cikgu untuk pergi ke tandas.Hazwan hanya melihat.Kemudian dia memandang ke mejanya dengan
pandangan yang kosong.Dia sengaja menguatkan suaranya supaya Haziqa mendengar kata-katanya.Itu sahaja caranya supaya
Haziqa mengetahui yang Hazwan tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

"Cara baik atau cara buruk,dia tetap akan terluka.." Bisik Hazwan kepada dirinya sendiri.Sofian yang dapat mendengar sedikit apa
yang dibisikkan oleh Hazwan hanya memandangnya.Kemudian berpaling memandang ke arah papan hitam semula.Dia paham akan
perasaan kawan baiknya itu.

=================================================

Aina bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu apabila terdengar namanya disebut.Aina memulas tombol pintu dan menarik
pintu perlahan-lahan.Lalu terdengarlah Aina perbualan ibubapanya di ruang tamu.

"Abang,tak payahlah tukarkan sekolah Aina.Hal kecik aje tu.."

"Hal kecik awak cakap??Mail,Nab,Jamil semua tanya abang pasal Aina.Soalan sama je,abang dapat hafal tau tak??"
Bapa Aina bersuara.

"Lar,abang sanggup ke biarkan dia tinggal kat kampung dengan adik abang tu??Kampung tu bang,bukan bandar macam dekat
sini.Takut nanti Aina tak biasakan diri.Kan susah nanti." Puan Saleha menyuarakan kebimbangannya.

"Abang dah bagitahu Zubaidah.Dia cakap boleh,takde masalah.Pasal sekolah dia boleh uruskan.Lagipun rumah Zubaidah tu dekat
aje dengan sekolah menengah.Aina boleh biasakan diri punya!", kata Encik Hashim dengan yakin.

"Apa-apa pun keputusan abang,tanya dulu dekat Aina.Kalau dia tak setuju,jangan paksa.Jangan sampai dia lari dari rumah",
pesan Puan Saleha pula.

"Ish!Takkan lah sampai macam tu sekali.Dekat kampung tu senang sikit nak kawal dia.Kasik dia berdisiplin.Tolong Bedah cuci
pinggan ke ,sapu lantai ke.Suruh dia buat kerja orang perempuan biasa buat."

"Apa-apa ajelah abang.Yang penting Aina bahagia."
Ayah Aina tertawa kecil.

"Buatkan abang air nescafe.Panas-panas ye,"pinta Encik Hashim.
Ibu Aina mengangguk dan berlalu ke dapur.Membuat nescafe panas untuk suami tercinta.

Aina menutup pintu semula.

"Huh..Kampung??,"Aina bercakap kepada dirinya sendiri.

Terbayang di mindanya hidup tanpa Internet,tanpa telefon bimbit Nokia kesayangannya itu.Dan tanpa Fariz.Ya!Fariz yang telah
mengkhianati kepercayaan Aina terhadapnya.Fariz telah menjalinkan hubungan dengan gadis paling popular di sekolah itu
semasa Aina digantung sekolah.

Kampung tempat makcik bongsunya tinggal itu adalah sebuah tempat yang agak terpencil.Namun mempunyai sekolah menengah
kerana populasinya yang agak ramai.Berduyun-duyun bayangan tentang kampung itu di mindanya.

"Arghh!!Kampung!Huh..," Aina mengeluh lagi.

(bersambong..)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
eseyh!mataku layu ditiup angin samar-samar air-cond ini.isk3!esok sabtu dan tak sengkolah,maka aku mungkin bisa menyambung cerpan ini.
smile


-- Edited by phia_1001 at 04:29, 2007-09-22

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

perkh aku ckp kat ko memang nampak sgt tulisan ko hee
ni mcm pengalam ko je hee kantoiiiiiiiiiii
biggrin


__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Oit phia! ko ni nk kena karate ke, cepat r sikit sambung.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

aa bukans pengalamans kuhs yahs..jap2.lm prosedure nak menyelesaikans citers inihs secepats yangs mungkins

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

"Assalamualaikum !!Ada orang tak??", jerit Aina.

Kemudian tersembullah wajah Mak Usunya di pintu rumah.

"Waalaikumsalam..Abang Hashim!Bila abang sampai??Ya Allah,tak cakap pun."

"Ada la abang cakap aritu,kau ni Bedah.Aku tua lagi pun tak pelupa macam kau."
Zubaidah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Kemudian dia tertawa sendiri.

"Tak jemput kami masuk ke??",usik Puan Saleha.

"Oh ye,lupa.Jemput naik.Aina pun ada ye.Bagus lah tu.Hazwan dengan Zalikha pun ada dekat rumah.Penuh la rumah malam ni ye,"
kata Zubaidah sambil bersalaman dengan Puan Saleha dan Aina.Kemudian Zubaidah dan Puan Saleha
masuk ke dalam rumah kayu milik Zubaidah.Ayah Aina juga sudah masuk ke dalam.Tinggallah Aina keseorangan di luar.

Aina melihat sekeliling.Pemandangan yang mengasyikkan,juga udara yang segar.Memang berlainan dengan rumahnya di bandar.
Kini,tapak inilah tempatnya tinggal.

Kedengaran derapan tapak kaki di beranda rumah Mak Usu nya.Aina menoleh ke belakang.Wajah yang dia ingat-ingat lupa.Kepalanya
ligat berfikir.Namun masih tak dapat mencari jawapan siapa lelaki di hadapannya ini.Akhirnya lelaki itu bersuara.

"Saya Hazwan.Aina kan??"

"A'ah", Aina berfikir semula.Hazwan??Oh,anak Mak Usu!Sepupunya lah Hazwan ini ya.Boleh tahan juga wajahnya.Lebih handsome
daripada Fariz.

"Tak masuk ke?",Hazwan bersuara lagi.

"Oh,masuk-masuk.Takkanlah saya nak tidur kat luar ni",gurau Aina.Kemudian dia pun memulakan langkah ke beranda rumah Mak Usu.
Aina melintasi Hazwan.Dia memandang Hazwan sekilas.Hazwan sedang tersenyum,dan senyumannya amat menarik hati.Mana-mana
perempuan yang melihatnya tentu akan cair.Aina terpegun.

"Ehem-ehem..",Aina menoleh ke suara tersebut.Budak perempuan kecil molek,putih kulitnya.Dalam usia 9 tahun mungkin."Ini
tentunya Zalikha",bisik Aina dalam hati.

"Kak Aina,mak Ika panggil",kata Zalikha dengan suara comelnya.Aina mengangguk.Kemudian Ika mencapai tangannya,dan menarik
Aina ke dalam rumah.

"Kak Aina suka abang Wan ke??",soal Ika.

"Eh,apa pulak??Ada-ada je Ika ni."
Ika tertawa manja lalu mereka berdua pun berjalan menuju ke dapur untuk makan bersama ibu dan ayah Aina,serta Mak Usu dan
anak-anaknya.

Jantungnya masih berdegup kencang ..

==============================================------------------------------------==========================================

"Cikgu perkenalkan,pelajar baru kelas kita",cikgu Rosnah memperkenalkan Aina kepada pelajar-pelajar kelas 2A.

"Perkenalkan diri kamu Aina",kata cikgu Rosnah kepada Aina.Aina berjalan perlahan-lahan ke depan papan hitam.
Rasa gugup,seram,gembira,semua ada!Aina mengumpul keberaniannya dan menyusun ayat-ayatnya.

"Assalamualaikum,nama saya Nur Aina Syafinaz.Saya berpindah sini dari SMK Bandar,ibu negeri kita.Gembira jumpa anda semua,"
kata Aina sambil senyum.Pelajar-pelajar lelaki bertepuk tangan.Pelajar perempuan hanya melihat dan ada yang tersengih-sengih
melihat telatah pelajar lelaki.Maklumlah,Aina yang putih kulitnya,indah rupa parasnya dan berseri wajahnya,menarik perhatian
pelajar-pelajar lelaki.

Cikgu Rosnah berjalan dan berdiri di sebelah Aina.
"Ada apa-apa soalan untuk Aina?", tanya cikgu kepada pelajar-pelajar di dalam kelas itu.

Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.
"Ya Sofian,apa soalan kamu?"

"Aina ni single ke double??",semua pelajar ketawa mendengar soalan Sofian.Cikgu Rosnah turut tertawa.Aina hanya tersipu-sipu
malu.

"Ha..Jawab Aina",kata Cikgu Rosnah kepada Aina.Aina tersentak!Dia tertunduk.Kemudian dia mendongakkan kepalanya semula.

"Saya ni single.Tak tertawan dan tak terikat kepada siapa-siapa."

Seluruh kelas riuh rendah.Muka Sofian merah padam bila Aina menjawab sambil menatap wajahnya.Hazwan turut mentertawakan
Sofian.

Selepas ketawa pelajar-pelajar kelas 2A reda,cikgu Rosnah membenarkan Aina duduk di sebelah meja Hazwan.


Aina menjalani hari pertama di sekolah barunya dengan perasaan gembira.Semua pelajar ramah-ramah belaka.Dan yang specialnya,
tiada perempuan-perempuan yang bermusuh dengannya.Aina gembira mempunyai kawan-kawan perempuan yang ramai.Kerana selama
ini dia menjadi sasaran pelajar-pelajar perempuan kerana dia adalah kekasih Fariz.Tapi kini tidak lagi,malah Aina membenci Fariz
apatah lagi setelah Fariz menipunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~____________________~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~_________________-~~~~~~~~~~~~~~~~~_______________

"Wan,kau rasa ok ke pelajar baru tu??",tanya Haziqa.

Hazwan agak terkejut dengan pertanyaan Haziqa.Namun dijawabnya juga soalan itu.

"Aku rasa ok je,tak ada apa yang buat aku ragu-ragu.Lagipun Aina tu sepupu aku."

Bulat mata Haziqa mendengar jawapan Hazwan.Sepupu?!!Maksudnya Hazwan dan Aina tinggal serumah.Ada terselit perasaan
cemburu dalam hati Haziqa.Tapi bila memikirkan yang mereka bersaudara,perasaan itu mula hilang.

"Oh,kenapa dia pindah sini?",soal Haziqa lagi.

"Dia pindah sebab mak bapak dia hantar dia sekolah sini."

"Kenapa mak bapak dia hantar dia sekolah sini??"

"Entahlah Haziqa ooi.Dah lah,tak payah lah kau nak tanya-tanya lagi.Buat aku rimas aje,"jawab Hazwan bila dirinya merasa rimas
dengan soalan-soalan yang diajukan Haziqa.

Haziqa sedar suara Hazwan semakin keras.Mungkinkah Hazwan tertekan dengan soalannya yang bertalu-talu?

"Okay,aku tak tanya lagi",balas Haziqa.

Haziqa berlalu ke tempat duduknya semula.Hari ini tidak banyak kawan-kawan perempuannya bercakap dengannya.
Semuanya sibuk dengan pelajar baru kelas 2A.

Haziqa memandang kawannya,Elisa,yang sedang membelek-belek telefon bimbit Aina.Semua ingin melihat barang-barang Aina.

"Mintak puji betul!",bisik Haziqa dalam hati.Tanpa menyedari dirinya diperhati.


[bersambowng]

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_
yargh!dh sambong.maybe x leh post lam masa 2 hari ni.sori!! [tp sebabkan cuti sengkolahh!leh la aku mengisi masa lapang dgn menyambung cerita ini!]


__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

walaupon haku tak bace lagi creta nih, haku nak marah gak.... phiaa... cepat aaa sambong...!!! ngeh... ngeh... ngeh......!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Oit phia! mn ko g nyorok ni. Cpt r sambung...

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

ni yg maleh nak baca ade sambong2 ni..cepat la sambong x sabo nak bc ni..mane phia ni,lari plak dia..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

alahaiiii..... piah... ooo.. piah....
asyk sambung jer.....
jenuh aku nk tggu abis....
furious.giffurious.giffurious.gif

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 229
Date:

ehmmm... ms peah oiii...

jgn la sambung citenye...wat penat je aku baca tapi sambung2 je...

den dah lotih menunggunye...mna la sambungan antara mamak vs. din beramboii......

hik3x....

__________________
ku hanya seorang insan yg biasa..........


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

"Wan!"

Ketika Hazwan berpaling,lelaki yg berada di hadapannya menolak Hazwan sehingga dia tersungkur jatuh.Kemudian lelaki itu
menghulurkan tangannya supaya Hazwan dapat bangkit.

Hazwan tertawa.Entah kenapa ketawanya tak dapat dihentikan.Sepupu yang paling rapat dengannya ada di depan mata.
Hazwan merasa gembira lalu bersalam dengan sepupunya dengan cara lelaki.

"Wei Iz!!Bila masa ko datang ah?Tak kasik tauk pun?Ni mintak tamparan free ke?Dah arr tiba-tiba tolak aku.Iskk.."
Fariz ketawa besar selepas mendengar kata-kata Hazwan.

"Yang ko tu lembik sangat apsal?Aku baru tolak sikit jek.Kalo aku karate tah-tah ko dah kat bulan kot?Tendangan aku ni
kan yang paling famous di kampung ni.Dah arr muka aku handsome.Tak macam kau.Aku ni memang jejaka idaman yang
sempurna lah kan",kata Fariz sambil meletakkan jarinya di dagu.Kemudian Fariz ketawa dengan kata-kata nya sendiri.
Hazwan turut ketawa sambil memperlinya.

"Kalau kau yang paling handsome,apa kata ko tawan hati cousin aku sorang ni.Cousin kau jugak lah tu",Hazwan memberi cabaran
kepada Fariz.Fariz berfikir,kemudian mengangguk.Hazwan berjabat tangan dengan Fariz tanda kedua-duanya setuju.

"So,ko apa cite skang?"tanya Hazwan sambil berjalan lambat-lambat bersama Fariz ke tasik yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Aku ok je.Tapi dalam kesedihan",Fariz menjawab soalan Hazwan.

"Apa lak yang buat ko sedih?"tanya Hazwan lagi

Fariz tersenyum sendiri.Kemudian dia menunduk untuk mengambil batu kecil di tempatnya berdiri dan lemparkan ia
ke arah tasik di hadapannya.

"Aku kena fitnah dan orang yang aku sayang pun kena fitnah."
Mata Hazwan membesar.Tak percaya dengan kata-kata sepupunya.

"Sapa fitnah kau?Dan siapa yang fitnah orang yang kau sayang tu?"tanya Hazwan lagi.

"Ada la..Malas aku nak gitau.Tapi disebabkan penfitnah tu.Aku kehilangan orang yang aku sayang giler.Sekarang
aku tak tau dia kat mana,"jawab Fariz sambil matanya tertancap ke arah tasik yang kebiru-biruan itu.

"Ko tak belasah ke penfitnah tu?"soalan bodoh Hazwan terkeluar.

Fariz ketawa dengan kuatnya sehingga Aina yang sedang menjemur pakaian di ampaian tersentak.

"Aku ni bukannya suka belasah perempuan.Aku kan gentleman orangnye.Jejaka idaman setiap wanita lah katakan."jawab
Fariz dengan sisa-sisa tawanya.

Sementara itu,jantung Aina berdegup kencang.Suara itu amat dikenali.Malah itu lah suara yang sering mengatakan ayat-ayat
cinta yang membuat Aina melayang di alamnya sendiri.Tapi kenapa tuan punya suara itu berada di sini?Aina bertanya kepada
dirinya sendiri lalu dia pun menyegerakan jemurannya dan masuk ke dalam rumah.Ada banyak lagi kerja yang harus dilakukannya
selain daripada termenung.

_______________________________________________________
Fariz duduk termenung di beranda biliknya.Peristiwa semalam amat menyedihkan hatinya.

Bagi Fariz,tiada yang lebih menyedihkan daripada dibenci oleh orang yang dia amat sayangi.

Hangat tamparan Aina ke pipinya masih terlekat di hatinya.Tamparan yang penuh dengan kemarahan dan kebencian.
Serta kekecewaan.

Fariz teringat peristiwa di mana dia bertemu dengan penfitnah yang menamatkan hubungannya dengan Aina.

"Kenapa kau fitnah aku?!!!",jerit Fariz kepada perempuan yang dianggapnya sebagai manusia yang paling kejam
selama dia hidup di dunia.

"Itu sebab...aku sukakan engkau.Atau lebih tepat lagi,aku cintakan engkau",jawab Fizah sambil menundukkan
kepalanya.Dia juga tidak menyangka yang dirinya akan bertindak sedemikian rupa.Kini nasi telah menjadi bubur.Semuanya
sudah terlambat.Dan dia kini dibenci selama-lamanya oleh lelaki yang dia cintai.

"Maafkan aku..Maafkan aku!!Aku tak sangka aku akan buat macam tu.Aku benar-benar cintakan kau Fariz.I really love you!!"
kata Fizah lagi dengan titisan air mata yang mencurah-curah."

Fariz masih tidak puas hati.

"Tapi kalau kau cintakan aku,sayangkan aku.Kau takkan sanggup lihat aku menderita.Kau buat aku sengsara la weyh!!
Kau sepatutnya menerima keputusan orang yang kau cintai.Sebab kalau kau cintakan,bagi kau,kebahagiaan aku sangat
penting.Tapi kau pulak sebaliknya.Malah kau buat aku sakit hati,merana,sengsara,menderita.Kau tahu macam mana perasaan
kehilangan orang yang kau cintai?"

Fizah menggelengkan kepalanya.

"Sekarang kau akan tahu perasaannya macam mana!",Fariz berlalu meninggalkan Fizah yang berdiri layu ibarat sebatang pokok
yang rapuh di kelas yang kosong itu.



Kenangan pahit itu memang memberi tamparan hebat dalam hidup Fariz.Aina adalah cinta pertamanya.Cinta pertama amat sukar
dilupakan.Malah sesuatu yang sukar untuk dicari ganti.

Fariz hanya mengeluh pada malam yang panjang itu.Tanpa disedari,air jernih mengalir di pipinya.

_______________________________________________________

Aina mengemas barang-barangnya.Esok ibubapanya akan datang dan menjemputnya.Aina akan berpindah lagi.Tapi ke tempat yang
lebih asing.Ayahnya ditawarkan bekerja di luar negara.Aina tidak gembira langsung malah merasa sedih akan perpindahannya
ini.Dia akan meninggalkan lelaki yang dicintainya sekali lagi.Lelaki itu sering membuatnya ketawa dengan telatahnya yang
tidak membuat orang lain bosan.Malah dia amat menghiburkan.

Setelah siap mengemas segala barangnya.Aina duduk di serambi menikmati angin malam yang sejuk.Tiba-tiba Hazwan datang
dan duduk di sebelahnya.

"Tak rasa best ke pindah overseas?Kenapa awak murung je?"

"Adala sebabnya,"Aina menjawab soalan Hazwan.

"Cakap la",kata Hazwan lagi.

Supaya Hazwan tidak memaksanya lagi,Aina menuruti permintaan Hazwan.

"Awak nak tahu kenapa ek?Saya sedih sebab saya akan tinggalkan Malaysia,kawan-kawan,makcik pakcik,sepupu semua tu.Dan yang
paling membuat hati saya sedih,saya akan tinggalkan orang yang saya cintai."

Hazwan tersentak.Kemudian dia mengumpul keberaniannya untuk bertanya soalan yang membawa kehancuran kepada hati
dan kebahagiaan.

"Siapa yang awak cintai tu?",tanya Hazwan.

Aina tersenyum-senyum.Tersipu-sipu malu.Tapi bila dia terfikir yang ini mungkin kali terakhir dia akan bertemu dengan Hazwan.Dia
cuba menjawab soalan itu.

"Saya rasa..saya cintakann..",Aina berhenti sebentar.Mengumpul segala keberanian dan keyakinannya.

Hazwan masih ternanti-nanti jawapan yang menentukan keadaan perasaannya.

"I LOVE YOU",jawab Aina.

Hazwan tergamam.Terasa seluruh dunia dia yang punya.Kegembiraan adalah miliknya.Cintanya berbalas!
Hazwan merasa amat gembira.

Aina bangkit.Dan lari ke dalam bilik.Air matanya mengalir.Hazwan yang tidak memahami apa-apa hanya duduk di situ
dan mengenang kembali peristiwa sebentar tadi.Hatinya amat gembira!Tapi Hazwan bergembira atas sesuatu yang sia-sia.

Aina menangis di sisi katilnya.Dia menangis semahu-mahunya.Entah mengapa dia merasakan perasaan itu makin kuat.
Walaupun dia cuba melupakan insan itu.

"I love you,FARIZ!I really love you!!",bisik Aina di dalam hati.Kemudian Aina pun terlelap dengan air mata yang mencurah-curah.

[bsambong lagik.harap bsabar]
++++++++++++++++++++
sori lama sgt x post.sori sgt2!!!!


__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

budak phia ni klu kena sekeh pakai lutut baru sesuai agaknyer.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Hazwan mengambil beg Aina yang diletak di depan pintu biliknya.Hazwan diselubungi kesedihan.Walaupun peristiwa semalam
menggembirakannya.Tapi perpisahan ini membuat dia seperti seorang lelaki yang lemah.Perpisahan ia.ni akan membuat dia merasa
sunyi dan merasa kehilangan.Cintanya kepada Aina amatlah dalam.Walaupun Hazwan baru mengenalinya.Perasaan itu sangat dalam,
sehingga boleh menitiskan air mata.


Aina melambai kepada Hazwan.Hazwan membalas.Tanpa disedari,air jernih mengalir di wajah Hazwan.Air mata itu menjadi bukti
bahawa Hazwan amat mencintai Aina.Aina mengerti namun dia tidak dapat memberi apa yang Hazwan inginkan.Peristiwa semalam
membuat dia serba salah kerana Hazwan mungkin salah sangka.
Hazwan melihat Aina masuk ke dalam kereta Encik Hashim.Sebelum itu Hazwan bersalam dengan pakciknya.Terasa sayu di hatinya.
Dia bakal menghadapi perpisahan sekali lagi.Perpisahan yang memeritkan,dan tak pernah membahagiakan.


Di dalam kereta Aina mengeluarkan telefon bimbitnya.Dia ingin menulis 'sms' kepada Hazwan.Ianya harus diberitahu segera
sebelum Hazwan berfikir lebih jauh.



"hYe,GudByE.MlM tdI tU..D I LOVE YOU WAsN't 4 u...iT'S 4 FArIZ.SoRrY.!"


Setelah menaip ayat yang dirasakannya paling kejam,dia menekan punat hijau di telefon bimbitnya.

"huh.."

Aina mengeluh.Aina memandang ke luar tingkap.Tempat yang didiaminya selama 6 bulan itu amat indah.Malah orang-orangnya
juga membuat dia tertawan.

Encik Hashim yang sedari tadi melihat gelagat Aina hanya dapat memendam perasaannya.Dia tidak bermaksud untuk menyusahkan
anak sulung perempuannya itu.Ibu Hazwan sudah lama menyedari tentang perasaan Hazwan terhadap Aina.Tidak terniat di
hatinya untuk memisahkan mereka berdua,tapi ada kisah antara Hazwan dan Aina.Yang membuat mereka berdua tidak dapat bersama.

______________________________________________________


Hazwan membuka peti mesejnya.

"Mesej dari Aina..",kata-kata yang mula-mula sekali keluar dari bibir Hazwan.

Hazwan menekan butang 'read'.

Selepas membaca 'sms dari Aina,matanya membulat.Hazwan terduduk di lantai yang putih itu.Hatinya hancur terbelah dua.
Rupa-rupanya kegembiraan Hazwan hanya sia-sia.Aina tidak mencintainya.Cintanya tidak berbalas!
Hazwan merasa teramat sedih.Hazwan menangis semahu-mahunya.Malam itu,dirinya menjadi lelaki yang paling lemah sekali.
Dia menangis,kerana seorang perempuan!


________________________________________________________


Aina keluar dari kereta dengan langkah yang lemah.Perjalanan yang mengambil masa berjam itu amat memenatkan.
Keletihannya makin menjadi-jadi bila ditambah dengan kesedihan dan perasaan serba salah nya.Semuanya bercampur
menjadi satu dan membuat Aina stress.Aina menangkat beg nya kedalam rumahnya.Aina sangat merindu rumah ini,dimana dia
membesar dengan 2 orang abang dan seorang adik.Aina tersenyum sendirian.


"Aina,duduk sini kejap,"panggil Encik Hashim.

Aina berjalan ke sofa yang berwarna maroon itu.Dia mengambil tempat di sebelah Encik Hashim.

"Ada apa ayah?"soal Aina.Aina dapat merasakan yang Encik Hashim akan bercakap tentang sesuatu yang penting.
Dia hanya menunggu dengan sabar,apa yang Encik Hashim bakal katakan.

"Ayah nak minta maaf.Sebab Aina perlu pindah lagi.Ayah tahu,tahun ni tahun yang sukar bagi Aina.Tapi selagi Aina
tak sedar,semua kepayahan ini tak ada maknanya.Semuanya sia-sia."

Kata-kata Encik Hashim membuat Aina terpegun.Encik Hashim jarang bercakap dengannya dengan nada serius.Timbul perasaan
bersalah terhadap Encik Hashim dan Puan Saleha setelah apa yang dilakukannya.

"Ayah..",Aina tidak dapat menahan perasaannya.Aina memeluk Encik Hashim diiringi air mata yang mengalir dengan deras.
Kata-kata Encik Hashim membuat Aina merasa sesuatu yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini.Iaitu sebuah penyesalan.

"Aina dah sedar.Alhamdulillah..",bisik Encik Hashim sambil mengusap rambut Aina.


_______________________________________________________


Rumah Encik Hashim riuh rendah apabila abang Aina serta adiknya berlari-lari di ruang tamu gara-gara abangnya,Azuez,merampas
patung beruang kegemaran adiknya.
Aina hanya tergelak apabila melihat adiknya berusaha untuk mencapai patung beruang yang Azuez letakkan di atas kepalanya.

Banyak lagi barang yang perlu dikemas,baju-baju dan gambar-gambar adalah benda yang wajib dibawa.Kerana gambar-gambar itu
mempunyai 1001 kenangan yang tak dapat diulang semula.


Beg-beg semua sudah dipunggah ke dalam kereta.Semuanya diangkat oleh abang sulungnya,Aiman,yang gagah perkasa.


Perjalanan ke airport tidak mengambil masa yang lama kerana jaraknya yang tidak jauh dari bandar.Aina dan keluarganya perlu
menaiki kapal terbang ke KLIA untuk menaiki pesawat antarabangsa.Oleh kerana bandar yang Aina diami hanya sebuah bandar
yang baru membangun,perkhidmatan pesawat antarabangsa tidak ada.Kalau ingin ke luar negara,perlu ke KLIA dahulu,selepas
itu,barulah dapat ke luar negara.

Di dalam kereta Aina termenung sekali lagi.Memikir tentang insan yang dicintainya.Semuanya akan Aina tinggalkan.
Sejuta memori datang ke benaknya.

_______________________________________________________

Fariz gelisah.Dari tadi langkahnya hanya menuju ke tempat yang sama.Ke kiri bilik tidurnya dan seterusnya berpaling ke
sebelah kanan pula.Tak ubah seperti orang kalah judi.


Setelah mendapat 'sms' dari Hazwan.Jiwanya tidak keruan.Perasaannya hanya tertumpu kepada Aina.Sehingga membuat
ibunya hairan.

"Macam mana ni?!Huarghhhh!!",Fariz melepaskan tumbukan ke dinding.Kelihatan darah mengalir di tangannya.Kali ini Fariz
terduduk,bukan kerana kesakitan yang dialaminya.Tapi kerana kecewa terhadap dirinya yang tidak dapat membuat
apa-apa untuk menghalang Aina.Apatah lagi apabila mengetahui Aina masih mencintainya.


_(bersamb0nG)_
sori2.!ai.!


__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 385
Date:

nak lagiiiiiiiii..nk lagiiiiiiii

__________________
sep..sep..sepp..tom..tom..bakk
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard