Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kesian rakyat Malaysia...
yaya

Date:
kesian rakyat Malaysia...



Fw:Dari Yahoo group....

Memang sudah resam manusia, tak ada sesiapa yang mahu rugi dalam berjual
beli, walau sesen pun. Tak kiralah sama ada orangnya pedagang saham yang
tinggal di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur, atau penjual pucuk paku di Mahang,
Kedah, semuanya mahukan untung.

Begitu juga dalam soal harga minyak yang melambung naik pada pasaran global
sekarang ini, tak ada sesiapa pun mahu rugi. Kerajaan tak rela rugi kerana
'menanggung subsidi', pemandu teksi tak sanggup rugi kerana kos
pengendalian meningkat, dan yang terbaru, pembekal elektrik tunggal di
Malaysia, Tenaga Nasional pun, nampaknya tak tertahan lagi penderitaannya.

Yang pasti, tak mungkin ada manusia waras yang ingin membayar lebih untuk
belian barangan atau perkhidmatan. Jutawan di puncak kondominium di Mont
Kiara pun akan marah kalau barangan yang berharga RM1.99 dikatakan RM2.
Hakikatnya, tidak ada sesiapa yang suka ditipu.

Bila harga minyak naik, sepatutnya rakyat Malaysialah yang paling gembira.
Mana tidaknya, minyak keluaran Malaysia sudahlah jenis premium, malahan
boleh dijual pada harga yang sungguh tinggi. Tentulah pendapatan negara
berlipat ganda sebab export minyak adalah sumber pendapatan utama negara
ini.

Ini tidak, bila harga minyak meningkat pada pasaran global, rakyat disuruh
percaya yang kerajaan tidak tertanggung lagi dengan azab subsidi untuk
mengekang kenaikan harga pada pasaran tempatan. Yang digembar-gembur saban
hari ialah kerajaan rugi, kerajaan rugi. Tak pernah pula kita dengar cerita
kerajaan untung atau negara untung.

Kalau betul kerajaan rugi, kenapa pula ramalan Keluaran Dalam Kasar Negara
(GDP) meningkat hampir lapan peratus tahun ini? Bukankah nilai ekspot itu
salah satu faktor penyumbang kepada GDP? Bukankan peningkatan GDP itu kayu
ukur ekonomi negara? Tinggi GDP, makmurlah ekonomi, dan begitulah
sebaliknya. Harga saham pun nampaknya semakin mencanak.

Tapi sayang seribu kali sayang, kerajaan pilihan rakyat dalam pilihanraya
awal tahun ini tak sanggup menggadaikan sedikit keuntungan besarnya kepada
tangan-tangan yang memangkah mereka. Kalau dulu pembuat dasar itu hanyalah
sekadar guru biasa yang berbasikal di kampung-kampung, kini sudah berkot
kehulu-kehilir dalam kereta mewah selepas diangkat menjadi ahli Yang
Berhormat (YB). Tetapi si pemangkah tetap menjual pucuk paku, mengayuh beca
atau menjual besi buruk untuk meneruskan hidup.

Betullah kata orang, 'BN' bukannya Barisan Nasional, tetapi 'Barang Naik'.
Tengoklah apa jadi selepas enam bulan BN melepaskan pukulan TKO kepada
parti pembangkang. Hari ini semua pihak menuntut kenaikan harga. Ironinya,
kerajaan berkeras dengan pelbagai amaran kepada mereka yang cuba menaikkan
harga walaupun kerajaan sendiri tidak mengamalkan sikap "Kepimpinan Melalui
Teladan" yang diperkenalkan Tun Mahathir Mohamad lebih dua dekad lalu.

Pernahkan mereka yang bergelar YB itu membayangkan betapa peritnya
penderitaan pemandu teksi di ibukota ini yang terpaksa menyara empat atau
lima orang anak-anak yang masih bersekolah atau menyusu? Pernahkah YB-YB
yang saban hari makan minum di hotel lima bintang itu membayangkan kenaikan
harga minyak buat kesekian kalinya ini meranapkan harapan anak pemandu
teksi untuk ke universiti kerana yuran pendaftarannya pun tak mampu si bapa
jelaskan.

Sejak Anwar Ibrahim dipecat, harga minyak sudah naik beberapa kali. Kalau
dulu harga petrol RM1.10 se liter, kini RM1.42. Memang betul, kenaikan itu
bukannya sekaligus, tetapi sudah berapa kalikah tambang teksi sudah
dinaikkan dalam tempoh enam tahun ini? Apakah pemandu teksi tidak perlu
kenaikan gaji? Apakah harga barang gantian kenderaan semakin murah? Apakah
peniaga nasi campur di warung usang ditepi jalan memberi diskaun kepada
pemandu teksi? Apakah yuran dan harga buku anak-anak pemandu teksi
diberikan percuma?

Jawapannya tentu tidak. Bukan pemandu teksi sahaja, semua rakyat marhaen
menderita akibat inflasi ini, apatah lagi mereka yang bekerja sendiri
seperti nelayan, pesawah dan petani yang tidak pernah memegang slip gaji
atau mengenal istilah 'bonus'.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuma mereka yang leka dibuai
keenakan stering Brabus sukar untuk memahami ini semua. Komen mereka:
"Kenaikan harga minyak adalah minima", "harga minyak di negara kita paling
murah di rantau ini", atau "nampaknya peniaga-peniaga sengaja nak ambil
kesempatan?".

Saya sebenarnya menghormati pendirian TNB untuk menaikkan tarif elektrik.
Sebagai syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, tanggungjawab TNB
ialah memaksimakan keuntungan kepada pemegang saham mereka. TNB
bertanggungjawab kepada mereka, jadi kepentingan mereka mestilah dijaga.

Oleh itu, kenapa pula menteri-menteri kita melenting apabila mana-mana
peniaga mahu menaikkan harga? Mereka semua ada tanggungjawab, sama ada
kepada keluarga ataupun pemegang saham.

Sepatutnya kerajaan patut berfikir atas landasan yang sama. Kerajaan
dipilih rakyat untuk mentadbir negara dan sepatutnya memikirkan kepentingan
rakyat. Apalah sangat dengan 'kehilangan' RM10 billion subsidi tatkala
rezeki negara melimpah ruah hasil ekspot minyak. Kenapa acapkali alasan
kononnya wang subsidi itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara?

Pembangunan macam mana lagi yang kita mahu? Sudah ada lapangan terbang
tercanggih, sudah ada Putrajaya, sudah ada litar F1, sudah ada Multimedia
Super Corridor? Kalau ingin bercakap pasal pembangunan di pedalaman
Sarawak, lebih baik lupakan saja. Sudah 47 tahun merdeka pun, masih ramai
murid sekolah di sana berkaki ayam dan tidak bersarapan ke sekolah.

Tiap-tiap kali berpesta, kita tembak saja mercun atau lampu laser yang
berjuta ringgit ke langit dengan hasil kutipan duit rakyat. Apakah mereka
di Lubok Antu atau Machang Bubok dapat menikmatinya sama? Tentu tidak,
tetapi yang sah, kesan rantaian inflasi dari harga minyak tidak mengenal
sesiapa dan di mana, hatta yang tinggal di Gua Cha atau Niah.

Janganlah sesekali bandingkan kita dengan Singapura jika minyaknya lebih
mahal. Jiran kita itu tak mengeluarkan setitik minyak pun. Lagipun,
kenaikan harga minyak di sana tentu tidak membebankan kerana rakyatnya
adalah antara yang terkaya di dunia. Lagipun, mereka tidak perlu memandu ke
tempat kerja, kerana pengangkutan awamnya cukup cemerlang, gemilang dan
terbilang. Tetapi pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau
Johor Baru hanyalah sekadar 'temberang dan tembelang'. Cubalah Dato' YB
cuba gunakan perkhidmatan awam, agaknya nak bangunan Parlimen pun payah,
apatah lagi nak ke Putrajaya.

Akhir sekali, biarlah saya ulangi bahawa yang menderita akibat kenaikan
harga minyak ini sebenarnya adalah golongan berpendapatan rendah. Tidak
hairanlah semakin ramai rakyat negara ini yang mengalami sakit jiwa atau
bergadai nyawa dan maruah berhutang dengan Ah Long kerana mereka yang
diberi mandat untuk mentadbir kekayaan negara ini sebenarnya tidak dapat
melihat keluar dari dinding-dinding kaca pejabat berhawa dingin mereka.

Pilu rasanya apabila mengenangkan seorang ibu hilang pertimbangan sehingga
memaksa dua anak kesayangannya terjun dari tingkat 17 (walaupun beliau
sendiri tidak sanggup berbuat demikian) semata-mata kerana tekanan ekonomi.

Sebenarnya, inilah manifestasi penderitaan rakyat Malaysia hari ini. Kesian
sungguh rakyat Malaysia.












__________________
nenek putri

Date:

idoppp.....passsssssss......

__________________
therion

Date:

panjang sangat citer ko ni ,aku sambung esok esok je>>>>>

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard