Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: *kerana satu klip*


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:
*kerana satu klip*


Assalamualaikum..

Sesuatu untuk direnungi dan diambil menafaatnya...

Wallahualam..


KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir
ada
ada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan
termasuk
kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet
yang
disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan
email
ini menjadi semakin popular.

Pernahkah kita terfikir dengan satu "KLIK" sahaja akan menyebabkan
mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari
kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis
Sahih
berikut.


Mafhumnya::
Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : "Tiada suatu jiwa
yang
terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama
dahulu
itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang
pertama
membuka jalan untuk penumpahan darah."(Diriwayatkan oleh Imam
Bukhari
dan
Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil
terhadap
Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan
kembarnya
yang lebih cantik.


Mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang
mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala
(sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun
dari
pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka
menanggung
dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari
dosa-dosa
mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan
berkaitan
dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil
iktibar
dari kisah berikut.


Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima
bekerja
di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer,
alamat
email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap
hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya
ialah
memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi
dengan
kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai "email group" dan ada 50 alamat email kawan-kawannya
di
dalam
"emailgroup" tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar
kepada
"emailgroup" tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang
diterima
daripada rakan yang lain ke "emailgroup". Di antara kandungan email
itu
adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip
bercium
di
dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di
restoran
mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara
yang
nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah
jelas
haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan
kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat
gambar-gambar
lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram
serta
berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa
kerana
menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar
tersebut
diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua
kawan-kawannya
seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka
setiap
kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga
diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada
10
orang
lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi
1+50+500=551
dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10
orang
yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500+5000=5551.
Begitulah
seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan
berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang
cyber
hingga hari kiamat.

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku
kepada
Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia,
maka
dosa
membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.
Bayangkanlah
berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari
zaman
nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa
ditanggung
oleh
Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack
telah
sempat bertaubat, insya'Allah dosa manusia terus dengan Allah,
seperti
meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi
dosa
kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut
mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan
orang
lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang
menerima
email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka
selagi
itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan
sekali
klik
sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah
berhati-hati,
jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan
seseorang
muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan
ada
sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi
mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim
supaya
bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan
diredai
oleh
Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti
mencurah-curah
selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu'alam

 

ida  terima email nie.. 
teringin nk kongsi ngan semua...
apa pendapat anda...


__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

ERRRR NAK TANYER SATU SOKLAN NIH..... KALAU KITER WAT CAM TUH BERKEMUNGKINAN ORANG YANG NAK WAT MAKSIAT TAK BERANI NAK WAT COZ TAKUT GAMBAR DIAORANG TERPAPAR KAT MONITOR.....

LIHAT AYAT DI BAWAH...

Di dalam Islam telah sepakat ulama' bahawa hukum melihat
gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

TAPI JIKA SESEORANG TUH MELAKUKAN MAKSIAT AKAN DIKENAKAN HUKUMAN SEBAT DAN YANG DAH KAWIN KENA HUKUMAN REJAM.... HUKUMAN INI DILAKUKAN DIKHALAYAK RAMAI.

ADAKAH KITA NAK LINDUNGI MEREKA.....YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK TUH..MAHUKAH ANAK ANDA MENJADI ATAU BERKAHWIN DENGAN ORANG2 SEPERTI ITU???

AKU PUN TAK BEBERAPA PANDAI SANGAT CUMA BG APA YANG AKU TAU JER KALAU SALAH LEH TUNJJUKKAN.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

cuba kita Tanya pendapatan Ustaz Rie kita ...?
dan apa kata ustazah kaktusbulu...?

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

BLEH CAYA KER 2 EKOR TUH......

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

Memang xleh pakai pun....
cuma nak tahu aper pendapatAN makluk 2ekor tu.....
mesti amat israel dan jahiliah sekali dia punya jawapan....

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:

ida jawap soalan abg king..setiap org ade melakukan kesalahan kan..why not kita maafkan
org yg buat maksiat tu..klo kita xmaafkan mereka spe lgkan..klo kita xterima meraka spe lg nk terima mereka..klo mereka btl2 la bertobat..itu pendapat ida je xtahu la org lain lak cmner

__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

true...true.....ape salahnye korg maapkn aku ngn ida....lagipon nie first time ktorg wat....slah ke aku wat onar b'sama beliau.....tlg la maapkn kami...kami janji xkn singgah di padang rumput t'sbt utk m'buat onar.....

__________________



ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

ida apasal tukar avatar.....?
baru nak tanya ida yang maner satu...?

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:

avatar yg tu itam ler yg ni cumey sket putih hehehe

__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 234
Date:

btl btl tul mat lps ni kitaorg janji kan x kan buat onar lg..iaitu mencabut rumput kesayangan rie..kau kan dh tahu rumput tu rie nk buat ulam mkn nasi apasal ko ajak gak aku mat..lain kali kau ajak la org lain...


__________________
aku manusia takut ke neraka...
namun aku juga x pantas ke syurgaMU..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard