Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: spageti maggie..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:
spageti maggie..


Bahan-Bahan:
1) Satu paket mi segera perisa ayam
2) Sos tomato
3) Marjerin atau mentega
4) Apa-apa jenis daging atau ayam
5) Air
 
Cara:
Penyediaan Mi:
1) Rendam dan tuskan mi segera di dalam air panas tetapi jangan masukkan perencah
2) Masukkan perencah di dalam sebiji mangkuk dan letakkan sedikit air di dalamnya, kacau sehingga sebati.

Penyediaan Sos:
1) Potong dedaging
2) Masakkan 3 ke 4 sudu besar marjerin atau mentega di dalam kuali
3) Masukkan perencah tadi di dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
4) Masukkan sos tomato dalam 7 ke 8 sudu besar
5) Masukkan suku cawan air.
6) Kacau ia di dalam api yang perlahan sehingga ia pekat dan mendidih.
7) Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Tambahkan bawang goreng atau daun seleri sebagai hiasan.
Hidang untuk seorang atau jika sudah papa, 2 ke 3 orang.
Tambahan:
Dedaging itu bergantung kepada orang yang memasaknya, samada mahu atau tidak. Ia boleh digantikan dengan kek atau bebola ikan.
Harga kesemua sekali, bergantung kepada amaun dan jenis daging yang digunakan, tidak akan berharga lebih dari RM1.50.


__________________
http://www.slashmysearch.com/earn/id/65594
syok5.gif


Senior Member

Status: Offline
Posts: 210
Date:

sumer resepi yg ko anta rasa cam sedap jer..
hasilnye x tau la pulak..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard