1) Satu paket mi segera perisa ayam 2) Sos tomato 3) Marjerin atau mentega 4) Apa-apa jenis daging atau ayam 5) Air
Cara:
Penyediaan Mi: 1) Rendam dan tuskan mi segera di dalam air panas tetapi jangan masukkan perencah 2) Masukkan perencah di dalam sebiji mangkuk dan letakkan sedikit air di dalamnya, kacau sehingga sebati.
Penyediaan Sos: 1) Potong dedaging 2) Masakkan 3 ke 4 sudu besar marjerin atau mentega di dalam kuali 3) Masukkan perencah tadi di dalam kuali dan masak sehingga mendidih. 4) Masukkan sos tomato dalam 7 ke 8 sudu besar 5) Masukkan suku cawan air. 6) Kacau ia di dalam api yang perlahan sehingga ia pekat dan mendidih. 7) Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Tambahkan bawang goreng atau daun seleri sebagai hiasan. Hidang untuk seorang atau jika sudah papa, 2 ke 3 orang.
Tambahan:
Dedaging itu bergantung kepada orang yang memasaknya, samada mahu atau tidak. Ia boleh digantikan dengan kek atau bebola ikan. Harga kesemua sekali, bergantung kepada amaun dan jenis daging yang digunakan, tidak akan berharga lebih dari RM1.50.