Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lelaki Merajuk? betul ke cam nie..hehehehe


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Lelaki Merajuk? betul ke cam nie..hehehehe


* camana nak tahu lelaki merajuk? 
* cuba tengok kat bawah ni betul ke lelaki merajuk camni? hik! hik! hik!


a) Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap
dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia
sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku
sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia
seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia
buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes
yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat
seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face
dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya
kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi"

d) Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak
nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la
konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih
kurang je!

e) Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca
banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu
yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam
buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan
rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita
kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes
la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita
kerana confirm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya
tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan
telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia
tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,
bila dah rindu call jugak last-lastnyer!



__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

erk cam betul jee.......

aku rase macam yea lah....


__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

betul sesangat!!!walaupun aku bukan laki...
seksanya.. kalo orang laki merajuk,susah nak
pujuk...kena tunggu 'cool'sendiri^0^

pinses:mat..mat,ko dengar tak aku panggil nie.Buat2 pekak pulak

pinses:mat jom makan gan aku..

mat:tak naklaaa,aku dah knyang!!aku dah makan gan kawan aku

pinses:mat asal muka ko masam sangat nie??

mat:suka hati aku ler...muka aku,bukan muka ko pun...nak sibuk apa hal!!

pinses:laa mat,ko nie nak baca newspaper berapa kali?newspaper terbalik pun
ko bole baca juga?

mat:ko diamlahhhhhh!!!(penuh perasaan)


>>>rekaan cerita ,berdasarkan beberapa fakta diatasbiggrin.gif

-- Edited by princess_sasuke at 14:17, 2007-06-30

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Sebenarnya kat atas tu bukannya merajuk tu... sebenarnya semua kat atas tu ada pakatan tersirat yg tersembunyi dari dalam naluri seorang lelaki....

- diam seribu bhs.
sebenarnya lelaki tgh fikir camana nak ayat awek yg baru keje kat opis dia tuu.... so, pempuan..!! be careful wit that situation yeee....

- buat tatau
sebenarnya lelaki tgh pikir camana nak tukar rim kreta... camana nak ayat bini/awek bulan tu nak mintak duit...

- tolak mkn bersame
sebenarnya dia dah makan ngan awek baru ler tu.....

- masam muka
sebenarnya lelaki time tu sakit perut la..... akibat makan ngan awek tadi tu... ngeee.....!!

- baca paper
hoh...!! sebenarnya dia tgh begayut ngan awek dia ler tu... paper tu cover jeee....

- menonton tv
ni pun sama la kat atas tu.... cuba perati baik2, dia pegang emote kontrol ke dia pegang endphone??

- klua umah...
nie lagi bahaya nie... paling tak, dia ada pempuan simpanan 7,8 org.... tu tgh pening la tu caner nak cover semua2 awek dia tu....!!

- off endphone
time nie lelaki sebenarnya mmg tgh pokai, takut awek ajak klua shoping....!!

eheh...!!! kan...? kan....? kan....??

lelaki mana ada merajuk nih... paling tak, kalo marah, dikasinya bekhen kat buah pinggang awek dia tu.... dah tu dia klua ler ngan awek simpanan... hahaha...!!! atau bini simpanan....!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:

ishh!! ishh!! ishh!!( sambil korek lubang hidung)

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

mmg benar..
terutama kat bhg matikan henpon tu..
hahhaahha

__________________
.::: BABY I'M BACK :::.


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

klu aku..aku xde fon,so aku tutup je pblicfon tu ng gebo.huduh bebeno laki majuk ni.klu spesis cicak komodo yg majuk tu,aku xheran lagila..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard