Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu..jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.kerana ia akan sakit..oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu dan ia akan menderita selagi ia hidup....begitu jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah dia mula menyayangi dirimu,hendaklah kamu menjaga hatinya,jangan sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.....Jika kamu menadah air biarlah berpada pada,jangan terlalu mengharap pada takunggan dan janganlah menganggap ia begitu teguh.cukuplah sekadar keperluan kamu...kerana apabila sesekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.akhirnya ia akan di buang.sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh di gunakan lagi...Begitu jua jika kamu memiliki seseorang..terimalah dia dengan seadanya,janganlah kamu terlalu mengaguminya dan anggaplah dia manusia biasa.kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan kelak bukan mudah untuk kamu menerimanya...Akhirnya kamu tinggalkan dia....Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....Tetapi sekali kesilapan di lakukan pasti kita maafkan..beri peluang kedua..tetapi tetap juga berlaku perkara yang sama bersiap sedialah untuk keluar dari jajahannya.Jadi kepercayaan dan keyakinan akan hilang jika peluang kedua di cemari..tiada kebahagian lagi..jadi kejujuran itu penting dan pastikan ia tetap dalam penghormatan selamanya...
__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????