Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Muhammad Luqman Al Hakim


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:
Muhammad Luqman Al Hakim


         Luqman, nanti bila dah besar awak nak kahwin dengan siapa? Soal Lailatul sambil menikmati ais krim 20 puluh sen yang dibeli di kantin sekolah..

            Luqman tak tahu lah nak kahwin dengan siapa, kalau kita dah besar .Awak cantik tak?

            Saya mestilah cantik.Nanti dah besar saya akan jadicantik macam Raja Emma.Jawab Lailatul sambil berpusing-pusing memegang baju seragam tadikanya,seolah-olah meniru aksi Raja Emma dalam sebuah drama yang baru ditontonya kemarin.

            Kalau awk cantik, saya nak kahwin dengan awak lah.Jawab Luqman sambil memegang tangan Lailatul.

            Persahabatan berusia satu setengah tahun telah menjadikan mereka amat akrab.Mereka sama-sama dimaksudkan ke Tadika Al-watan semenjak mereka berusia 5 tahun.Oleh sebab itu Luqman dan Lailatul tidak dapat naik ke darjah satu pada tahun berikutnya.Ini menyebabkan mereka berdua menangis tatkala Kesemua rakan mereka naik ke darjah satu, sedangkan mereka masih tetap di Tadika Melur.

            Woit!! Apa yang kau menungkan tu? sergah ikin yang merupakan kawan baik Lailatul atau lebih mesra di panggil Lai. Tak de apa-apa lah kin, aku teringat kat Luqman.

          Apa luqman? Hahahaha. Ikin tertawa seoleh-olah aku merupakan seorg badut yang sedang menghiburkan nya.

            Asal kau gelak kin? Soal ku yang tidak puas hati dengan kelakuan nya tadi.
            Sorry Lai, aku tak ada niat nak gelakkan kau tadi.. Tapi cerita Luqman tu kan time kau orang tadika. Tak kan kau nak ingat lagi. Aku rasa dia pun dah lupakan kau. Entah- entah kat Nilai dia tu play boy. Nanti siapa yang susah?? Kau jugak..

            Ikin, kau kan tahu aku dah ada Mat? Aku dah setuju pun nak bertunang dengan Mat. Cuma kadang-kadang ingatan aku kat Luqman datang.Dia merupakan kawan lelaki pertama aku. Walaupun kita orang dah berpisah 13 tahun, tapi itu merupakan memori indah aku. Saat aku mula kenal sekolah dan kawan. Aku pasti Mat pun tak kan marah bila aku ingat Luqman.

            Aku tahu Mat tu baik. Aku pun tahu kau setia kat si Mat tu. Tengok lah tak kira kat mana pun dia pergi kau tetap setia.Kadang-kadang aku kecian jugak dekat Helmi. Iyalah, korang satu ofis, dan dia terlalu mencintai kau. Sedangkan si Mat tu kerjanya macam orang nomad. Asyik pergi sana, pergi sini. Kekadang aku takut gak kau bosan dengan dia.Terang Ikin jujur

            Percayalah Kin, aku tak akan curang selagi dia setia dengan aku. Dah rezeki dia dapat kerja macam tu. Dulu aku suruh study ambil diploma dia tak mahu. Yang dia mahu berjalan dengan kawan-kawan dia. Ini dah kira syukur sebab kerja dia baik..

            Jadi kau dah betul-betul nekad ke nak terima dia sebagai pasangan kau. Kau tak takut ke kalau Mat asyik tinggalkan kau. Kau tengoklah sekarang ni, bulan lepas dia pergi Mauritius, lepas pergi Mauritius dia kena pergi Penang.Than next month kena pergi Kalimantan sebulan pastu entah kat mana lagi dia kena pergi. Aku takut dia curang belakang kau Lai.

            Tak pe lah Kin, ada jodoh bersatulah aku dengan Muhammad Aidil tu.Dah nama kerja sebagai Land survey memang selalulah kena keluar ofis..Jomlah kin, kita pergi lunch. Jam 2 nanti mesti call banyak. Aku beritahu Jessie dulu aku nak kuar, kau pergilah beritahu team leader kau.Ikin hanya mengangguk sambil tersenyum.
           
Tiga bulan telah berlalu, akhirnya Mat telah bergelar suami. Gelaran yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua manusia yang bergelar lelaki. Agar diri mereka sentiasa disayangi, dibelai dan dimanja. Namun sayangnya aku masih lagi bergelar Cik dan bukannya Puan kepada Muhammad Aidil atau panggilan mesranya Mat. 
            Demi Allah, hati ini rasanya seperti di tikam-tikam sehingga lumut.Hancur berderai yang tinggal hanya kesakitan yang amat.kesetiaan ku dibalas dengan racun.Namun hidup mesti ku teruskan. Takdir yang berlaku ku anggap sebagai ujian bagiku. Mungkin aku telah ditakdirkan untuk menjadi milik insan lain.Hari-hari ku tidak lagi seceria dahulu.Aku lebih banyak menghabiskan masaku dengan menghambakan diri kepada Maha Pencipta.. Air mata ku tidak henti-henti mengalir, di saat aku menadah tangan meminta semangat dan kecekalan daripada NYA. Selain itu aku mula berjinak-jinak dengan Room Chat.. Hajat hatiku hanya untuk mengutip sedikit keceriaan milik insan lain. Selama tiga bulan, aku kerap berhubung dengan Iman. Iman banyak mengajar ku erti kehidupan dan semangat juang untuk hidup. Gaya bahasa dan kepetahannya berbicara membuat aku kagum terhadapnya. Pengatahuan Iman tentang islam amat mendalam, sehinggakan aku terasa seperti orang kerdil.

            Malam ke 100 setelah Mat bernikah dengan Nadia yg merupakan akauntan di syarikat nya, aku sekali lagi tewas dengan kesedihan. Air mata ku tidak dapat dibendung.Setelah menunaikan solat isyak, aku mengambil Al-Quran, surah Yassin ku buka dan ku baca. Air mata ini masih  tidak henti-henti mengalir.Mengapa lemah sangat hati ini.

Ujian yang ku hadapi ini hanyalah sekecil pasir, jika dibandingkan dengan insan lain.

            Setelah selesai, aku mengambil Lap Top Acer ku. Yahoo Messeger ku buka, tatkala itu kelihatan Iman sedang online.

            Iman: Assalamualaikum..

            Intan: Waalaikumsalam..

Intan ialah nama Id yang ku guna.Bukan niat ku untuk menipu namun aku lebih suka menggunakan nama Intan, yang merupakan panggilan bagi kakak sepupu ku yang telah meninggal dunia akibat kemalangan 10 tahun dahulu.

            Iman: Next week, saya akan datang ke Kuala Lumpur, boleh kita jumpa?

Ini merupakan soalan yang amat sukar untuk ku jawab. Jika dahulu aku setia pada Mat, Kini aku harus setia pada siapa? Mengapa aku mesti menolak permintaan Iman, sedangkan Iman yang banyak membantu memberi semangat dan merasionalkan ku. Hati ku berbicara sendiri.

            Intan : ok, tapi saya bawa kawan saya ikin. Ni no hp saya 0125478563, Sms saya utk tentukan tempat dan waktu..

          Iman: thanx Intan, nanti saya call or msg awk.

         Pertemuan di Mc Donald Centra Market, menjadi pilihan ku. Kami berjumpa ketika waktu lunch.Jadi mudahlah aku dan Ikin untuk kembali ke pejabat. Kerjaya sebagai seorang Telebanker sememangnya memerlukan kesabaran. Acapkali kami dimarahi oleh customers, namun latihan yang diberi menjadikan kami lebih bijak untuk menghadapi situasi tersebut.

        Kak ada orang bagi akak hadiah ni..Sapa seorang kakitangan Mac Donald sambil menyerahkan sebuah kotak kecil kepada ku. Ikin memandang ku penuh dengan tanda Tanya dan aku hanya mampu mengelengkan kepala tanda tidak tahu apa yang berlaku.

         Adik, siapa yang bagi akak kotak ni, soal ku lembut sambil membalik-balikkan kotak tersebut.. Sorry kak, saya tak sure..Abang tu Cuma minta saya untuk menyerahkan kotak ni.

         Lai cepatlah buka kotak tu, mana tahu ada set belian kat dalam. Pinta Ikin seolah-olah tidak sabar. Reben merah di atas kotak tersebut ku tarik dan penutupnya ku buka. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat separuh daripada duit RM 1 edisi lama tersimpan kemas di dalam kotak itu.

          Dapat ku lihat wajah Ikin bertukar muram, Mungkin Ikin mengharapkan sesuatu yang bernilai dari kotak ini..setelah lama ku amati tiba-tiba aku teringat Luqman. Beg tangan berjenama Gucci ku selongkar.Aku mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti di mana ku simpan. Aku baru teringat, lalu aku mengambil beg dompet ku dan membuka IC ku, Alhamdulilah, benda yang ku cari akhirnya ku temui. Sehelai duit RM1 ku keluarkan dari cover plastic IC ku dan aku cantumkan dengan duit di dalam kotak tadi..

            Lai, duit ni sepasanglah.. jerit Ikin, yang tidak percaya apa yang dilihatnya.

           Ikin, Luqman!!! Kin, mana Luqman.. duit ni milik Luqman.. Tanpa ku sedari air mata ku gugur setitik demi setitik Aku sendiri tidak pasti untuk apakah air mata ini. Tapi apa yang dapat aku rasakan hati ku berbunga kembali.

            Assalamualaikum.. cari saya ke? Terdengar suara seorang lelaki memberi salam dari arah belakang ku.. Ikin yang duduk bertentangan dengan ku menunjuk ke arah belakang ku..Apabila aku berpusing jantung ku seolah-olah berhenti berdenyut..

         Muka awak tak macam Raja Emma pun.. Tp awak tetap cantik.. Nak tak awak kahwin dengan saya?Spontan ayat yang keluar dari mulutnya. Aku yang seolah-olah terbangun dari mimpi hanya tersipu malu..

         Ingat lagi tak macam mana duit itu boleh terbelah dua, soal Luqman sewaktu kami berjalan-jalan setelah 6 bulan kejadian itu. Emm. Seingat saya, time tu saya nak beli aiskrim tapi saya tak ada duit, jadi awak bagi saya 50 sen utk beli ais krim dan 50 sen lagi awk akan masukkan ke dalam tabung seperti janji awak pada mak awak 50 sen sehari. Tapi waktu itu awak hanya ada RM 1.Sebab itu awak koyakkan agar duit itu menjadi 50 sen.Akibatnya Pak cik ais krim tu marah kat saya, dia kata saya bodoh sebab koyakkan duit. Tapi awak suruh saya simpan duit tu.
           Ingat pun isteri abang ni.. tau tak berapa punya susah abang nak cari awak..Tiap malam abg solat hajat mohon agar awak menjadi jodoh abg. Bila dag jumpa dia pakai nama Intan pula..Nasib baik doa abang termakbul.
          Abang, macam mana nama abang boleh guna nama iman dan macam mana abang cam Intan itu saya, soal ku hairan..
           Luqman hanya tersenyum sambil mengucup dahi ku.. Luqman berbisik lembut di telingaku sambil mengucapkan "biarlah rahsia"
           Dapat ku rasakan betapa kasih dan sayangnya Luqman terhadap ku. Aku hanya tersenyum tanda terima kasih yang tak terhingga.. Aku bersyukur di atas nikmat mu Tuhan.Terima kasih Ya Allah.
           
Terima kasih Mat, sebab curang terhadap aku, Terima Kasih Nadia sebab rampas kekasih aku.. dan yang paling gempak Terima Kasih Tok IMan sebab tangkap basah Mat dan Nadia.. 
             Terima kasih Muhammad Luqman Al Hakim kerana setia pada Janjimu.



-- Edited by lailatul at 13:54, 2007-06-18

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

cuiohhhhhhh...nie pehal lak nie...whitebord mcm best..skali ngutuk aku lak...hampeh....t'kene aku..nsb baik mohamad aidil tu bkn name penuh aku...jd aku xterasa sgt...cian nadia...sbr2 nadia...jgn ggt kuku jari kaki lak sbb tnyen ngn c buah lai nie....brengsetan sungguh sifat mu ini....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Woit..ni bl lak aku kn tangkap basah ni..cerempet la ko lela majnun..pepandai jer nak gosip'n aku dgn mat matematik xpas tue.Memang ko skang dh iras raja ema pun skang..3G gemuk,gempal,gebu..tu la aku dh sorok aiskrim 2posen ko tuh tp ko hentam jg 1 tong.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ko bkn kene tgkp basah ngn aku la...ko tgk ic aku nie...ko eja btl2...MAD ORLANDO BELOOM..yg kene tngkp basah ngn ko tu MUHAMMAD AIDIL...nie name sinktan jer same..org ln2....kak rose nye susu, kaktus bulu dpt name....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

mokaka... nak pecah perut aku gelakkan korg.. kira ok pe watak korg dlm citer ni.. x kan asyik ko je nak jd heroin nadia.skali skala bg aku lak..
kalo kau letak nama penuh ko mat nanti bukan ko je terasa si ciper pun sama.. so aku letak nama aidil.. amcm... best x mat???

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

xpe2...aku xterasa pon...mule2 jer la...bile aku bace2 blik...muhammad aidil....bkn aku...jap2...name ciper ade muhammad gak ke..mane ko tau ni laila, haaa....jht nie...aku yg b'cinta ngn kakak die pon aku xtau....nie kn ko....

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

muhammad 2 aku x sure ah, tp blakang dia sama gan ko.. ko bercinta gan kakak dia ke gan tapir dia?

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

mane ko tau nie name aku ngn die same????...shhhh....jgn bgtau kt org lain....akak die tu jande aku...bru nk rujuk...waaaakakakaka...

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

sume pelakon glamer dalam citer ni...
hahahahh...
kena tgkap basah la,beli eskrim la...
makan lolipop la...
mat...
elok ko tuka name...
name ko JAIS da black list da...
susa ko nak wat projek nanti..
hahahha

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

bkn aku la....tu muhamad aidil...aku mat orlando belom...ln org la....degil btl la....nie aku nk marah nie....

mat : tokey kasi sy minyak gas singgit...sy tgh marah nie....

tokey : haiyaa...u apa bikin ni minyak...lu mau bakar olang ka...???

mat : bkn laa... aku nk bakar smph blkg umh aku...lori smph nie dr aku tu xdtg...mrh tul aku..

tokey : aloo kwn...kite luluk lalam kmpung....mana ala lori smpah mau masuk...gila punye olang..ini busuk kici ale...

mat : eh...yeke????

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

cam ne aku leh lupa nak letak nama ko mork.. eh mork, ko komen betul2 ah cerpen sejam setgh aku ni..

mat, aku stuju ckp mork, baik ko tukar nama.. jd mod, mop,map or pe2 yg sewaktu dengannya..ha3!!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Cik lela aku still heroin tau tp xmn ler film2 kt m'sia nih dh..I blakon film mexico jer..& 1 lg i pny hero xglamerla nm mat.xder nilai komersil.

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

korang nie..pasal bnde kecikpun nak gaduh2 ke..watak aku sbgai tukang jual ais krim tuh ilek je.... xder pape pun yg mnarik...x der pun nak gaduh2..malahan aku bersyukur diberi watak penjual aiskrim daripada cik rosenah tuh wataknye sbgai motor penjual ais krim tuh...dah tntu kene tunggang dgn aku....



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

aku lagi releks,,watak ice-cream jer dapat!!!tak kecoh2 pun..
malahan bangga,sebab menjadi pujaan luqman masa kanak2 beliau..
bangga giler aku nehhh...ermmm luqman tuuu bukan rie ker????

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

ye x ye gak kan..
luqman tuh macm rie je.....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

ni apa kes pulak ni??ingat si cipan tu je sorang yang nama lukman??sebenarnya korang dah tertipu..nama lukman tu hanyalah rekaan semata-mata untuk mengaburi gadis-gadis dalam GC ni..nama sebenarnya adalah samaun @ sood a.k.a pak maun..beliau ni ni suka sangat mengubah-ubah nama..bila malam pulak pakai nama zaiton sameon..entah apa motif dia tukar-tukar nama pun aku tak tau..nak kata penjenayah,tak jugak..main snooker pun tak reti..samseng apa camtu..bingung..bingung..weirdfaceweirdfaceweirdface

__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

huhhh memang sah rie,patutlaa macm kenal jerkkk,
masa berada dalam perut dia,,baru aku sedar,sbnarnya
aku telah dimakan oleh rie!!!woiii rie ko keluarkan aku balik,,,
tak sanggup aku,tinggal lama2 dalam perut ko...
abg bob help meeeeeeeeeeeee...

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

xpe pinces...aku slmt kn ko...nnt aku g julap jap...ko tgu jer..biar rie t'cirit-biritkn ko....

pinces : ah...kuar gak aku akhirnye...jap..tik sape busuk nie...laaaa...bru aku sedar,aku kuar melalui lubng dubur rupenye...

__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

sejak bila rie jd luqman???
x pernah tau pun???

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

takper arrr kalo princess jd aiskrim tu...aku jd duit singgit yg koyak tu....bleh???

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

ehem... ehem....

berani ko menggunakan nama betul aku sebagai hero utama cerita kanak-kanak ni... adalah amat tak bertamadun sekali perilaku mu untuk mengkomer'sial'kan nama aku demi kepetingan peribadi ketiak mu....

oleh yang demikian, sebagai hukuman ko menggunakan nama betul aku... ko kene kawin ngan aku untuk 10 malam je.... yer la... kaktusbulu pegi surabaya 10 hari... suram la malam2 aku tiada peneman.....


errrr... heroin nama lailatul yerr... cam nama ko je


__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 100
Date:

Lailatul, nape ko tak bubuh nama bob skali sian dia pun nak jadi hero gak. Tak pasal=pasal mengaku penjual eskrim. Nak jugak tu dia terlibat dalam filem ni...

__________________
Ku Ada Karena Kau Ada -Juita Citra


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

sory ah rie, aku x tau pun ni nama ko..
citer ni aku wat khas utk Luqman (kwn tadika aku), ikin (best frenz aku)
n sudah tentu mat n nadia..(biar diaorg bengang)..

dah citer ni aku wat, mestilah heroinnya aku..ha3!!!!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

kalau heroinnya ko... tak kisahla ko pakai nama aku demi kemaslahatan diri ko... malah aku lebih rela sebab dalam cerita ni terdapat babak aku mengucup dahi ko.... oleh yang demikian mari kita sambungkan semula babak kucup-mengucup ni...


cup cup cup (bunyi efek loqman hakim mengucup leher kaktusbulu)

eh... terkucup kaktusbulu plak... sepatutnya aku kucup leher lailatul qadar....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
NN


Super Senior

Status: Offline
Posts: 581
Date:

ooooo.... mcm tu ker kisah cinta nko rie oooiiieeee.... cerempetan sungguh.. geli ketiak aku baca....

__________________
belai cinta agar terus mekar


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

alaaa NN ni... nak jeles2 pulak... tau la dulu aku menolak cinta ko dengan aku tak mahu mengkiss tengkuk ko tu.... tapi demi tidak mahu mengeilkan hati ko... meh sini aku cium balik tengkuk ko tu...


(lalu rie pun kiss la tengkuk tu sambil menutup mata.... tapi berbulu-bulu laaa)



Hisshhh... apsal tengkuk NN ni berbulu?? (rie pun bukakan mata)

ISSKKKK!!! tengkuk Dubuk rupanya, patut la bau cam spender gab.....
mana plak NN ni pegi?

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

begitulah alkisahnya...sekarang aku pun dah bergelar isteri pada lokman..intan+luqman..jadila iman...bagus cerpen ni kan abang rie

__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

intan + Lokman = IMAN????

salah tu... patutnya

Lokman + Intan = Telok Intan, perak

MyName + Sudin = MyDin....

EllyzaBMW + Kaktusbulu = ellyberbulu

Faiz + Gabrael = Israel


__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ko ni rie x abis2 nak mege'kiss" org..
ko pi kiss si gab lg afdal..


__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

kan ke kiss tu satu perbuatan mulia lagi pekerti?

Malah yang aku kiss tu ialah bini-bini aku... salah ke? salah ke? ke salah? sake lah? lah ke sa? lahsa ke?


(lalu rie pun mengkiss tengkuk lailatul kerana lailatul tu ialah bini rie ke 275....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard