Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami?
Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa
Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama.
Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut?
Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi.
Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri.
Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.
Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi.
Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya.
Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu.
Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan.
Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah?
Kata orang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku.
Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.
Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini.......pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi.
"Abang... Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda.
Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu.
"Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia." Dalam saat-saat sebegini Farah masih dihatimu. "Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?" "Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan..."
Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu.
"Bagaimana halal dan Haram Abang?" Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. "Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami."
Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian. "Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?" Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian.
"Farah.. Farah.." Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku. "Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu.." Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
"Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang...AYAH.." Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
"Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.."
"Sayang... itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak."
Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
"Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu." Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang.
Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini.
Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya... "Tapi Abang... Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.."
Tersentak suamiku. "Nanti Sayang..." Suamiku menarikku hampir padanya. "Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang, Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang."
Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ....janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang.
Assalamualaikum suamiku....
__________________
aku manusia takut ke neraka... namun aku juga x pantas ke syurgaMU..
ENTAH LA, AKU PUN X PAHAM DGN LAKI EDUNG BELANG NI. huh! terbesar plk huruf aku ni.
Tinggal jg bini jer, menggatal dgn betina lain. Cuba la jd suami yg elok, jgn x sedar diri. Aku senang jer, klu jumpa dgn laki cengini aku panggil babi.
memang tak patut,c suami nie tak ingatkah ..masa dia sakit siapa yang jaga dia.Janji lelaki bertahan untuk seketika saja,bila dah sihat 'walepat liat'mulalah nak berpoya2,janji tinggal janji..kepada laki2 diluar sana,hargailah seorang wanita...jgan nak lebih2,seorang cukup!!!
Bawak bertendang Haliza..bawak bertendang... Jgn krn marahkan khinzir, dgn penternak2nya sekali ko perkosa..kelak hukuman mandatori yg menimpa..
Yang ko tetiba gile isim baca posting cik Ida ni kenapa? Aku tgk hasil karangan beliau bagus..Susunan ayat cukup teratur..penggunaan kata kerja pon ditempat parking yg betul.. Bukankah itu sudah memenuhi ciri2 pakej sebuah esei yg baik?
Eh jab, ni citer ni pasal suami yg curang pd isterikan? ada hubungan sulit dgn pompuan lain walaupon sudah ada isteri yg baik dan taatkan? HAPA?????!!!!
DASAR JANTAN X GUNE!! BAIK BERHENTI JADIK MANUSIA KALAU BEGINILAH GAYANYA!! HARAPKAN PAGAR, PAGAR X BOLEH HARAP..!! ARGHHHHH..GRRRRRR.....AKU MARAH! AKU MARAHHHHHHHHHH!!!
MAK OIIIIIII TERUK NYER LAKI KENA KUTUK NIE....... WALAUPUN AKU IDUNG BELANG TAPI KALAU DIBUANG BELANG NIE X EMSON LA AKU NIE. JANGAN LA PK SUMER LELAKI CAN TUH........... AWAT POMPUAN BAIK KER.............JUJUR KER...............SETIA KER..............HAAAA JAWAB LER SOK LAN AKU NIH.....
SEMUA MANUSIA ADER AKAL FIKIRAN JADI PK YANG MANA BAIK BURUK....... LELAKI DAN POMPUAN ADER YANG BAIK DAN ADER YANG BURUK. PALING BURUK KELAKI KAKI PEREMPUAN DAN PERENPUAN YANG LAYAN LELAKI TADI. KALAU BERPEPUK SBELAH TANGAN TAK KAN JADI BETOIIIII DAK APA YANG AKU CAKAP NIHHHHHH....
__________________
DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA. TAK PERCAYA KE ? LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!
ha3....abg king tgh emosi 2.. cam yg aku ckp, x suma pompuan baik n x suma laki baik.. byk2 kan doa agr kita terhindar dr bertemu jodoh dgn lelaki idung belang..
Xsangka lelaki2 sptt Bob Wahab & si idung belang Abe King ni lmbt mengesan sessi pengutukan kaum2 wanita t'hdp mereka..sian2..jom kita bt ketupat & lepat lagi..hahahahahahah
Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas. Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah?
korg tgk ayat nie...yg slah bkn somi die....pompuan yg name die parahin nie yg xsedar diri... pompuan slhkn pompuan...btl la nie...ln kali bace la btl....jgn slhkn ktorg makhluk yg mulia nie....marah kang kte xsyg lak...
NAPE X DER SAMBUNGAn....BEST AAA cita nie..apa jdi kat bini dia..jadi ker kawin suami dia ngn farah...Chiss tikam belakang kiri kanan punya member ... mula2 tumpang kreyta pas2 tmpng suami terus...Apa punya Bertinazs laa mak jan tul...aku marah nie sbb xder sambungan
ko nk sambungan ke. meh cni aku sambung. ko jgn x baca pulak.
hati istri itu sgt pilu, lalu mengurat pak imam. namun pak imam x layan, sbb dosa. Akhirnya c istri besalin anak laki dan anak itu besar berumur 28 tahun. akhirnyer c anak telah bejaya dlm bidang pelajaran dan menjadi dokter falsampah. istri hidup gembira.
c suami dan betina tu telah meninggal dunia sblom sempat kawin akibat xcdent. padan muka dia.
akibat mati excident dan blom sempat bertaubat..kini muncul plk antu yg berlegar2 di kawasan tmpt dorang excident tu.. menurut org ramai antu itu ade la jelmaan c suami n c pompan tu..barang siape yg lalu kt kawasan tu pada waktu mlm pasti akan menerima padah nye.. iaitu akan dipow dua ringgit gitu... ade plk cte lain nye org ramai kate tu bkn antu c suami n c pompan tu..tetapi merupakan antu mat despet dlm majalah ujang tu...
aku sambung..... Sehingga kini antu tue menjadi misteri...menganggu penduduk taman seperti memakan biskut merry anak JKK taman..bermain buaian di taman sehingga menggangu hanjing yg sedang bertenet....Akibat tidak tahan akan gangguan itu..penduduk taman telah bersatu hati memanggil unit pencari HAntu ( seekers ) dan kru misteri nusantara... Pada masa ini diorg sudah berkulat menunggu hantu yg x pernah nmpk..
Sampai hatimu farah diya buat abang mawi cenggini...farah diya yang goda abang dlu..tengok ni,abang terpaksa pakai tudung bagi mengelakkan belaku keterlanjuran kita...