Di luar, matahari sudah mula hendak menghilangkan diri. Selalunya ketika ini, Rosnah ke rumah tunangnya, Salim, yang kebetulan tidak jauh dari rumah sewanya. Selalunya juga Rosnah membawa mangkuk tingkat berisi makanan untuk tunangnya.
Namun pada hari itu, Rosnah agak lambat menghantarnya. Semuanya kerana dia ketinggalan bas untuk balik ke rumah selepas habis bekerja. Selepas siap memasak, Rosnah terus bergegas ke rumah Salim.
Dalam perjalanan, Rosnah perlu berjalan melintas sebatang pokok nangka yang terletak lebih kurang 300 meter dari rumah Salim. Tiba-tiba Rosnah seperti melihat Salim sedang bermain gitar di bawah pokok nangka tersebut.
Kenapa pula abang Salim duduk di situ senja-senja ni. Siap pakai cermin mata hitam pula. Eh... bila pula abang Salim pandai main gitar. Ujar Rosnah dalam hati.
Ketika menghampiri pokok nangka tersebut dengan tujuan mahu menegur Salim, tiba-tiba Rosnah tersadung batu. Aduh! Sakitnya kaki aku. Macam mana pula aku tidak nampak batu ini. Dari mana datangnya batu ni. Nasib baik tidak teruk.
Setelah menggosok kakinya, Rosnah pun cuba bangun. Mungkin disebabkan badannya agak berisi, agak sukar untuk Rosnah berdiri.
Baik aku minta tolong abang Salim. Ujar Rosnah sambil memandang ke arah pokok nangka tersebut. Sebaik mengangkat kepala, Rosnah terkejut kerana Salim tiada di situ. Ke mana perginya abang Salim ni. Tak sampai beberapa minit dah hilang. Sampai hati dia tidak mahu menolong aku. Ujar Rosnah perlahan sambil menahan sakit.
Disebabkan tidak ada sesiapa pun yang lalu lalang, terpaksalah Rosnah bangun perlahan-lahan. Dengan keadaan terdengkot-dengkot, Rosnah meneruskan perjalanannya ke rumah Salim. Dalam keadaan yang begitu payah, sampai juga Rosnah ke rumah Salim. Rosnah nampak Salim sedang duduk di hadapan rumahnya sambil berbual dengan kawan serumahnya.
Abang, kenapa tidak mahu tolong angkat saya. Abang tahu betapa sakitnya kaki saya ini sebab tersadung batu. Sampai hati abang buat saya macam tu. Ujar Rosnah sebaik menghampiri Salim.
Eh Rosnah. Abang mana ada pergi mana-mana semenjak balik kerja tadi. Seperti biasa, abang duduk di rumah menunggu Rosnah. Kalau tidak percaya, tanya Salman tu. Ujar Salim dalam nada kehairanan.
Salman mengiakan kata-kata Salim. Betul kak, abang Salim dari tadi ada di rumah.
Habis tu siapa yang saya nampak tadi. Saya tidak tipu. Tadi saya nampak abang Salim bermain gitar di bawah pokok nangka. Siap memakai cermin mata lagi.
Rosnah, abang mana tahu bermain gitar. Lagipun kenapa pula abang nak duduk di bawah pokok nangka pada waktu senja begini. Banyak lagi kerja lain yang abang boleh buat. Jawab Salim bersungguh-sungguh.
Habis tu, kalau bukan abang, siapa lelaki tersebut? Ujar Rosnah kehairanan.
Malam itu Rosnah pulang ke rumahnya dihantar oleh Salim dengan menaiki motor buruknya. Dia segera bertanya tentang lelaki bawah pokok nangka tersebut kepada kawan serumahnya.
Rosnah, kalau akak cakap kau jangan pula terperanjat ya. Sebelum ini akak pernah dengar kejadian buruk berlaku di pokok nangka tersebut. Ujar Rosni.
Apa yang berlaku kak? Rosnah tidak sabar-sabar mendengar.
Lebih kurang 10 tahun dahulu, ada seorang lelaki yang suka bermain gitar di bawah pokok tersebut. Lelaki ini sangat meminati seorang anak gadis kampung ini. Setiap hari dia akan bermain gitar untuk memikat hati gadis tersebut. Namun gadis tersebut tidak melayannya. Malah dihinanya pula lelaki itu.
Lelaki itu kecewa lalu membunuh diri. Lelaki menggantung dirinya pada pokok nangka tersebut. Ujar Rosni lagi.
Pucat muka Rosnah mendengarnya. Habis tu kenapa selama ini saya tidak pernah nampak, tiba-tiba sahaja hari ini saya nampak. Soal Rosnah kehairanan.
Itu akak tidak tahu. Mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahu pada kau. Tu la, lain kali jangan keluar pada waktu senja. Mulai sekarang, lebih baik kau suruh saja Salim tu datang ke rumah ambil makanan sendiri. Arah Rosni dengan tegas.
Baiklah kak. Ujar Rosnah lemah sambil mengurut-urut kakinya yang sakit.
moral of the story: jgn la bermain gitar di bwh pokok nangka sambil memakai cermin mata.. pe2 hal pon citer ni seram cikit la untuk org penakut cm aku ni.. jagan pandang belakang...
__________________
tidak usah kau ucap......
tidak usah kau lafazkan....
aku sudah mengerti bahasa jawamu......
bile mase lak cekgu sejarah aku b'kwn ngn akak rose niee... xpe la...bgs gak...pe kate kak rose kawin jer trus ngn cekgu sjrh aku tu... biar cekgu sjrh aku tu t'seksa ngn kak rose... hahahha...sukenye aku...biar die t'seksa seumur idup....
bila ingat kan balik nak ketawa pun ada.....kejadia lebey kurang 5 tahun lepas
cam nie cerita dia, masa tu saya belajar kat kuala lumpur..balik ke kampung di perlis sampai dalam kul 12 tengah malam sampai ja kat simpang,ayah dah tunggu ape gi naek la moto ngan ayah,sampai je umah ayah cakap tdo la dulu nanti dalam kul 1 lebih lebih kita nak balik kampung ayah kat yan kedah. so badan dah penat lepas 7 jam dalam bas terus tdo,dalam kul 1 cam tu ayah kejut,siap2 then terus gerak sampai kat kampung sebelum kul 2.20 pagi sampai je tengok mak n adik2 dak tdo sebab diorang sampai petang kat umah tok wan sampai je ayah soh tdo,saya puh apo laie tdo jew....lebih kurang kul 3 cam tu adik yangkecik sekali nangis tak berenti,kita yang letih nie pun leh tersedar,pas tu ckap la kat mak bagi adik susu then mak reply...!dah tapi tak maw jga so satu family bangun then sayo pun on la lampu mak cakap gi kejutkan ayah,baru nak kejutkan dalam tdo ayah leh tersenyum.......ayah pun bangun g kat adik then kitaorang nampak ayah baca sesuatu tetiba mata ayah jadi merah then dia mbil selimut terus kibas kat adik,mak terus peluk adik then ayang cam kejar something keililing rumah sampai dapur,kitaorang pun pegi la tengok kot jadi something,sampi je dapur tengok ayah dah terlentang kat dapur 5 minit cam tu ayah sedar,sayapun memberanikan diri untuk bertanya ape yang jadi tadi yah??,,(singkatan untuk ayah) then ayah buka cerita,masa adik nangis dia ade nampak bayang datang ,itu yang dia senyum sbab dia taw ape yang nak jadi ayah sambung gi ,...dia cakap ade budak kecik mata merah melekat kat adik dia tak taw saper yang hantar sebab tu ayah kejar satu rumah,benda tu mencakar dinding rumah nak panjat n larikan diri kitaorang ape g terus duk rapat2 terus tak tdo sampai subuh...
ulasan kepada cerita kak yong: nasib baik aku xde tunang kalau tidak memang la seram, seseram cerita kak yong tau fan ni..
ulasan cerita pendekar laut: ini namanya cerita lepas balik kampung kemudian balik kampung lagi, dan cerita tido, kemudian tido lagi dan kemudiannya lagi tido dan tido jew, last sekali tak tido sampai subuh!
__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"