Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: DIEKORI BAU KEMENYAN


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
DIEKORI BAU KEMENYAN


Jalan itu telah lama tidak dilaluinya. Lalang dan senduduk mulai tinggi dan menutupi kiri kanan. Pokok rumbia yang dulunya berdaun lebat, kini tinggal tunggul gerigis yang berwarna coklat kering. Semuanya sudah berubah. Tidak ada satu pun yang tinggal seperti dulu. Kecuali pondok usang di simpang berhampiran jambatan gantung yang merentangi sungai. Seingat Lebai Kasan, rumah itu sudah tiga puluh tahun kosang. Tidak ada sesiapa yang menyewa rumah itu sejak penghuninya, Nek Putih meninggal dunia tiga puluh tahun yang lalu. Waktu itu Lebai Kasan masih tegap dan muda. Dia sendiri membantu orang kampung menguruskan jenazah Nek Putih. Disebabkan Nek Putih tidak ada saudara mara, orang kampung sahajalah yang menguruskan pengkebumiannya.

Tetapi apa yang diberitahu Yusman kepadanya semalam benar-benar mengejutkan. Kata Yusman rumah peninggalan Nek Putih terang benderang macam ada orang tinggal di dalamnya. Kata Yusman, terangnya macam terang lampu elektrik, bukan lampu minyak tanah yang berkedip-kedip dipermainkan angin.

"Siapa yang duduk rumah lama di hujung simpang tu ayah?" soal Yusman ketika mereka sedang menikmati makan malam.

"Rumah lama yang mana satu Man?"

"Rumah dekat simpang tu lah!"

"Eh, mana ada orang tinggal di situ, rumah tu dah lama kosong tak ada orang."

"Man tengok bukan main terang benderang lagi rumah tu!"

"Merepek kau Man! Rumah tu dah lama kosong. Kau nampak rumah lain agaknya," getus Lebai Kasan. Mulanya dia selamba sahaja apabila Yusman menyebutkan rumah lama di hujung simpang. Tetapi apabila Yusman mengulanginya dua tiga kali, hatinya terpanggil untuk menimbang semula kata-kata anaknya.

"Tak apa Man. Biar ayah tengok, siapa tinggal di rumah itu sekarang," akhirnya Lebai Kasan mengalah. Selesai menyudahkan makan malamnya Lebai Kasan terus duduk di beranda. Dia melihat ke dalam gelap malam dengan renungan yang jauh. Tidak nampak apa-apa pula, walau sekerdip api dari rumah lama itu. Kalau ada pun hanya kekunang yang terbang berkawan. "Agaknya dah semak sangat, sebab tu tak nampak apa-apa," bisik hati Lebai Kasan.

Keesokan paginya Lebai Kasan terus menuju ke rumah tinggal Nek Putih. Dia mahu melihat sendiri keadaan rumah Nek Putih yang dikatakan terang benderang oleh Yusman. Mungkinkah sudah ada penghuni baru di rumah itu?

Tetapi apa uang dilihat benar-benar mengejutkan. Rumah itu masih terbiar seperti dulu. Selaput tunggul menyelimuti sebahagian besar rumah itu. Halaman dipenuhi semak samun dan lalang. Bagaimana rumah yang sesemak itu boleh dihuni oleh orang?

Lebai Kasan mencantas pokok-pokok senduduk yang menghalang perjalanan. Kakinya pantas meredah semak samun yang tumbuh meliar di halaman. Mana ada orang yang nak tinggal di rumah macam ni, soal hati Lebai Kasan. Mungkin Yusman salah lihat atau dia ternampak rumah orang lain.

Sampai di hujung tangga, Lebai Kasan segera menggegar alang tangga yang diselaputi dengan sarang anai-anai. Makin tegap dan kukuh. Bukan sukar untuk Lebai Kasan membuka pintu rumah kerana tiga puluh tahun yang lalu, Lebai Kasanlah yang menutup pintu itu. Pintu itu tidak dikunci, hanya diselak dengan palang meranti.

Apabila pintu dibuka. Lebai Kasan lihat suasana di dalamnya masih seperti tiga puluh tahun yang lalu. Katil dan almari tetap terletak di tempat asalnya. Sawang mula menutupi sebahagian besar ruang dan sudut, memutih di sana sini. Lebai Kasan tidak mahu menunggu lama. Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat tersebut secepat mungkin. Memang rumah itu tidak berpenghuni, memang Yusman salah nampak.

Tetapi apabila Lebai Kasan hendak menoleh, hidungnya diserbu bau menyengat yang kuat. Bau semerbak kemenyan menyerbu hidungnya. Seperti tiga puluh tahun lalu ketika jasad Nek Putih terbaring kaku di tengah ruang. Bulu tengkuk Lebai Kasan berdiri. Dia melihat keliling. Tetapi tidak ada apa-apa yang dilihatnya. Dupa kemenyan kelihatan kosong dengan hanya sedikit kerak hitam mengelilingi. Dada Lebai Kasan kembali berdebar kencang. Bau kemenyan semakin menusuk hidungnya.

Lebai Kasan cepat-cepat melangkah anak tangga turun ke tanah selepas menutup daun pintu dengan pantas. Lebai Kasan terus pulang ke rumah. Yang peliknya, bau kemenyan masih terbau-bau di mana-mana.

"Bau apa ni bang?" tiba-tiba Mariam bertanya Lebai Kasan ketika dia meletakkan cawan kopi di sisi suaminya.

"Bau apa pulak?" soal Lebai Kasan separuh terperanjat.

"Macam bau kemenyan pun ada, macam bau petrol pun ada..." ujar Mariam selamba. Lebai Kasan kembali berdebar. Dia menghidu kiri dan kanannya. Memang dia juga ada terbau kemenyan.

"Tak bau apa pun Yam," ujar Lebai Kasan melindungi kegusaran hatinya.

"Awak pun, lepas balik dari kebun tu pergilah mandi. Macam-macam bau...," rungut Mak Yam.

Lebai Kasan menjeling. Raut wajah isterinya membayangkan rasa kurang senang. Lebai Kasan lebihlah lagi.

"Syaitan apa pulak yang nak mengacau ni?" rungut Lebai Kasan. Dia pantas menghirup kopinya. Yusman dengan anak-anak riuh di halaman selepas mandi di sungai. Esok Yusman akan pulang semula ke bandar dan meninggalkan dia dengan Mariam sahaja di rumah itu.

"Dah tengok rumah tinggal tu ayah?" soal Yusman sebaik sahaja terpandang ayahnya.

"Dah! Tak ada siapa pun yang duduk rumah tu," jawab Lebai Kasan.

"Man salah tengoklah tu ayah!" jawab Yusman. Lebai Kasan hanya mengangguk.

"Eh, bau apa pulak ni ayah, lain macam saja..." tiba-tiba Yusman bersuara, "macam bau kemenyan."

Kata-kata Yusman mengejutkan Lebai Kasan. Rupa-rupanya bau itu ada di mana-mana. Lebai Kasan tidak menjawab. Dia terus mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Lebai Kasan sental seluruh badan dan rendam baju serta seluarnya dengan bahan peluntur, biar tanggal semua bau yang kurang sedap. Seluruh badannya disabun dengan sebanyak-banyak mungkin sabun wangi.

"Eh bang... makin kuat lah bau kemenyan ni, dari mana ni bang?" soal Mariam selepas mereka berdua menunaikan solat Maghrib.

Lebai Kasan terkejut. Serentak dengan itu dia juga terhidu bau yang sama. Tetapi mulutnya berat untuk berkata-kata. Macam siang tadi, Lebai Kasan tidak menjawab denga tepat soalan isterinya.

Menjelang Isyak, Lebai Kasan menghidupkan enjin motorsikalnya menuju ke surau. Tidak berapa ramai yang datang berjemaah, hanya ada empat lima orang yang sedang mendengar ceramah Ustaz Zaki. Selepas memberi salam, Lebai Kasan terus naik ke surau.

Hanya beberapa minit selepas itu, semua yang hadir berpandangan seperti terhidu sesuatu. "Bau apa pulak ni?" Lebai Kasan mendengar gumam beberapa jemaah.

"Mana pulak datangnya bau ni?" soal Ustaz Zaki pula.

"Saya yang bawa ustaz," ujar Lebai Kasan spontan.

Masing-masing menatap wajah Lebai Kasan. Lebai Kasan terus menceritakan apa yang berlaku. Para jemaah menampakkan rasa kurang senang. Mungkin mereka menyangka Lebai Kasan mereka-reka cerita.

"Sebab tu saya datang nak minta pertolongan ustaz. Iblis ni mengganggu saya dan anak-anak saya. Yusman nampak rumah tu terang benderang. Katanya macam ada orang. Bila saya ke sana, saya dapat bau ini pulak," ujar Lebai Kasan.

"Syaitan ni memang dilahirkan untuk menggoda manusia. Jangan kita lalai dengan godaannya. Boleh jadi syirik dan tahyul pulak. Jangan layan sangat benda-benda macam ni lebai. Kita mesti lawan. Kita mesti lawan," ujar Ustaz Zaki.

"Macam mana ustaz?" soal Lebai Kasan.

"Kita minta pertolongan Allah," ujar Ustaz Zaki.

Selepas Isyak, Ustaz Zaki memimpin jemaah bertahlil dan beratip. Sehingga lewat malam, surau masih diterangi lampu kerana para jemaah masih berzikir. Ustaz Zaki mencadangkan mereka berqiamullai dan bersembahyang hajat pula.

Lewat jam dua belas tengah malam Ustaz Zaki mengajak jemaah lain tidur untuk seketika. Ketika yang lain-lain lena, mata Lebai Kasan degil diajak lelap. Lebai Kasan beristighfar berkali-kali sambil memohon Allah membantunya. Lebai Kasan akhirnya terlelap juga. Tetapi rasanya baru sepicing dia melelapkan mata, tubuhnya sudah digerakkan orang pula.

"Kita sembahyang hajat lebai," ujar Ustaz Zaki. Lebai Kasan dan yang lain-lain terus berwuduk. Ketika tikar sembahyang sedang dibentang, bau kemenyan semakin kuat menyerbu hidung para jemaah.

Ustaz Zaki segera mengarahkan Khalil melaungkan azan. Ketika Ustaz Zaki menadah tangan memohon doa, Lebai Kasan terasa bulu tengkuknya meremang. Bau kemenyan semakin kuat dan bau pahitnya seakan menyucuk hidung. Tetapi beberapa ketika kemudian bau tersebut terus menghilang dan tidak datang-datang lagi.

"Alhamdulillah, Allah Maha Besar," ujar Ustaz Zaki akhirnya. Lebai Kasan menarik nafas lega. Dia juga tidak putus-putus mengucap syukur.

Keesokan harinya, Lebai Kasan mengajak penduduk kampung bergotong-royong membersihkan keliling rumah tinggal arwah Nek Putih. Dia percaya rumah tinggal itu, kalau dibersihkan persekitarannya tidak akan menjadi tempat iblis untuk menggoda manusia. Wallahualam.

Sumber: Seri Dewi & Keluarga Disember 1999



__________________
yong


Senior Member

Status: Offline
Posts: 377
Date:

kalau lin menghadapinya, mesti naik segala bulu yang ada. ops, bulu roma jek..


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

eeeee....akut! akut!!

__________________
rukhsarkamal


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

eeeeiii.......btul lah.....aku takut ni.....best2....post lah lagi kalu ade....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

AKU SEKARANG TAK HERAN KALAU DIEKORI BAU KEMENYAN TAPI PALING AKU TAKUT ADALAH DIEKORI BAU AYAM PERCIK, IKAN BAKAR, SOTONG SAMBAL,DAGING BAKAR. AKU LEBIH TAKUT BAU2 TUH DARIPADA BAU KEMENYAN.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 804
Date:

abg king kalo bau itu mau ye mkn angin,x kisah la asal dpt bau itu mkn angin pon jd..1sh!ish! x ubah2 prangai nirojjim beliau ni...

__________________
ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1414
Date:

Abg king aku ingat selepas kembali dari madinah
sifat nirrojim kau akan berubah...
tapi tekaan aku sama tidak menghampiri jangkaan
sifat kau yang jahiliah dan isreal itu amat susah untuk
di buang walaupun sudah di cuci dgn clorok....

mungkin bau kemenyan tidak memberi erti kepada kamu
tapi jika kamu di tangkap tidak puasa dibulan ramadhan ini
bau yang amat menusuk kalbu akan mengekori kamu
IAITU bau mayat dari Van jenazah yang membawa
kamu bersiar² itu pasti akan memberi kesan kepada kamu...

__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard