Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: anti-manusia


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
anti-manusia


Anti-manusia merupakan satu unsur budaya yang dicerminkan dengan perasaan ketidakyakinan terhadap manusia. Dengan lebih jelas lagi, pemikiran anti manusia berpegang kepada andaian bahawa manusia suatu kewujudan yang jahat.

Motif anti manusia selalunya muncul dalam karya sastera seperti cerpen, novel, filem dan sebagainya. Dalam karya sastera yang bermotifkan anti manusia, manusia digambarkan sebagai makhluk yang membuat kecelakaan ke atas bumi. Misalnya, dalam filem Matriks (The Matrix), Egen Smith daripada pihak mesin yang melawan umat manusia, pernah berkata:

Setiap jenis mamalia di atas bumi memperkembangkan keseimbangan ekosistem di persekitaran mereka, melainkan manusia. Kewujudan manusia adalah malapetaka, kanser untuk planet ini, engkau adalah wabak!

Perasaan anti manusia timbul apabila seseorang membuat generalisasi bahawa "semua manusia itu jahat". Malah, adapun ahli falsafah yang berpendapat bahawa "manusia dilahirkan dengan sifat yang jahat". Pendapat ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Cina, Xun Zi (; k.k. 310237 SM), yang berkata:

Manusia itu besifat jahat. Manusia yang baik adalah palsu kerana ia bertentangan dengan nalurinya yang paling asal. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan keinginan terhadap keuntungan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka perebutan akan berlaku sehingga matinya tolak ansur. Sebagai satu sifatnya, manusia dilahirkan dengan kebencian terhadap kepahitan, sekiranya dituruti nafsu ini, maka pengkhinat yang pentingkan selera diri akan muncul dan prinsip kesetiaan dan kejujuran akan lenyap. Manusia juga dilahirkan dengan kesukaan terhadap hiburan sensasi, sekiranya dituruti nafsu ini, maka kekecohan akan berlaku dan moral akan lenyap. Sekiranya dituruti kesemua fitrah manusia ini, maka manusia akan dipulangkan ke dalam keganasan. Oleh kerana manusia membawa sifat-sifat buruk ini, maka moral diwujudkan untuk mengawal manusia sehinggalah keamanan dipulihkan. Dengan itu, jelaslah bahawa fitrah manusia itu bersifat jahat, dan manusia yang baik sebenarnya satu kewujudan yang palsu.(Terjemahan daripada teks di bawah)
( teks dr tulisan Cina... jadik GC tak de tulisan ni bace la terjemahan je la)

Menurut pandangan di atas, manusia sememangnya dilahirkan dengan fitrah yang negetif. Dengan itu, institusi moral diwujudkan oleh manusia untuk menyelamat manusia daripada ancaman daripada fitrah dirinya sendiri.

IMPLIKASI
Perasaan benci kepada manusia akan menyebabkan seseorang itu menjadi anti sosial, sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain, dan berasa takut untuk hidup. Individu berkenaan akan mengalami harga diri yang rendah kerana telah menafikan nilai kewujudan dirinya, iaitu wujud sebagai seorang manusia, yang dianggapnya bersifat jahat.

korang caye sume nih...? bole terima ke...?



-- Edited by Aku_Si_H5N1 at 18:46, 2007-05-07

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 147
Date:

aku tak setuju langsung bila dia ckp manusia dilahirkan dengan sifat yg jahat..
org kafir nie mmg bodo



__________________
I hate lose and i hate loser


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

aku xbca pon,tpi aku nak komen gak!!!teori darwin pon sdah ckp mngambar kebodohan mereka..aku 100% xleh trima

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

den x percayo kat darwin la

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

darwin tu bukannye btul pun... sesake ati die teori yg x logik

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard