Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Crayon Shin-chan


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
Crayon Shin-chan


Crayon Shin-chan ( Kureyon Shinchan) merupakan siri komik dan anime yang direka oleh Yo****o Usui. Siri ini mengisahkan gelagat seorang budak berumur lima tahun dan keluarganya yang berlatarkan sebuah rumah di bandar Kasukabe, Saitama, Jepun.

Crayon Shin-chan mulai ditayangkan di Jepun oleh TV Asahi pada 13 April 1992. Siri TV animenya telah dihasilkan oleh Studio Animasi Shin'ei Doga.

Terdapat dua filem animenya iaitu

  • Otona Empire Strikes Back (2003)
  • Arashi Wo Yobu Yuhi No KasukabeBoys (2004)

Crayon Shin-chan mula-mulanya muncul dalam sebuah majalah mingguan Jepun berjudul Weekly Manga Action (WEEKLY), yang diterbit oleh Futabasha Publishers.

Novel grafik Crayon Shin Chan mula diterbitkan pada Ogos 1990 oleh Action Comics dan disiarkan dalam majalah Manga Town di jepun.

Kebanyakan gelagat lucu dalam siri ini berasaskan penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak tidak semulajadi, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang bukan berbahasa Jepun, maka para penterjemah di merata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk melitupi kesulitan ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang sepatutnya.

Jalan-jalan cerita yang dipancarkan dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang dilakar dalam komiknya. Rancangan anime ini telah menghadapi kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh perbezaan di antara mereka. Khasnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma berasaskan ketidakendahannya untuk berkelakuan yang baik yang berpada-pada dengan umurnya.

Punca kontroversi siri Crayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya.

Keluarga Nohara

  • Nohara Shinnosuke () - (Shin-chan) watak utama, seorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal.
  • Nohara Misae () - ibu Shin-chan. yang mudah bengang apabila anak lelakinya mempermainkannya atau mempersendanya dengan berbuat-buat berlakon macam si ibu.Ibu Shin Chan memang amat gemarkan jualan hebat di pasar raya.
  • Nohara Hiroshi () - bapa Shin-chan. Seorang ahli niaga.
  • Nohara Himawari () - adik perempuan Shin-chan. namanya bermaksud "bunga matahari".
  • Shiro () - Anjing Shin-chan yang berbulu putih dan tebal. Namanya bermaksud "putih". Anjing ini nampaknya sentiasa dapat melihat keaddan sebenar di sekelilingnya di sebalik gelagat Shin-chan.

 Kenalan keluarga Nohara

  • hara Nanako ( Nanako) - Penuntut kolej yang digemari Shin-chan.
  • hara Shijr ( ) - Bapa Nanako yang sering resah tentang keselamatan anaknya.
  • Kandadori Shinobu ( ) - Rakan sekolej Nanako yang hendak menjadi ahli gusti profesional.
  • Honda Keiko ( ) - Kawan karib Misae sejak zaman sekolah menengah. Juga digelar "Okei".
  • Honda Satoshi ( ) - Suami Keiko yang gemar anime dan mengumpul barangan Action Kamen.
  • Honda Hitoshi ( ) - Anak lelaki pasangan Honda yang masih bayi.
  • Yoshiko () - Kawan lama Misae yang merupakan seorang pengarang manga.
  • Kitamoto () - Jiran keluarga Nohara yang gemar bergosip dan kerap berborak dengan Misae.

 Tadika Futaba


 Murid-murid

  • Kazama Tru () - kawan baik Shin-chan yang berkelakuan baik dan dibesarkan bagaikan anak hartawan atau bangsawan.
  • Sakurada Nene () - kawan baik Shin-chan yang gemar bermain 'omamagoto' atau 'rumahtangga', yang kerap menyaksikan masalah rumahtangga dan perceraian.
  • Sat Masao () - kawan baik Shin-chan yang penakut.
  • B () - kawan Shin-chan yang amat lembab dari segi penampilan tetapi agak bijak. Hidungnya sentiasa kelihatan bendalir.

 Kakitangan

  • Yoshinaga Midori () - guru yang mengajar dalam kelas Shin-chan di tadika.
  • Matsuzaka Ume ( ) - guru yang mengajar dalam kelas sebelah kelas Yoshinaga di tadika.
  • Takakura Bunta ( ) - pengetua tadika yang kelihatan seperti ahli kongsi gelap yakuza.

Watak televisyen kegemaran Shin-chan

  • Action Kamen () - adiwira kegemaran Shin-chan. Merupakan parodi kepada Kamen Rider.
  • Sakura Mimiko ( ) - Pembantu muda Action Kamen ketika menentang musuh. Dia dilihat sebagai pengirim senjata penting kepada Action Kamen atau memberi arahan mengenai teknik baru kepada wira tersebut.
  • Buriburizaemon ( Buriburizaemon) - Seekor watak khinzir bercakap dan kononnya bercirikan hero namun bersifat penakut, malas, membelot, dan lucu yang muncul dalam beberapa jilid mengenai zaman kuno Jepun. "Buri Buri" bermaksud 'jahat jahat' dalam bahasa Hindi.

Crayon Shin-chan diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Tajuk komik versi bahasa Melayu menjadi Dik Cerdas. Manakala, terjemahan Bahasa Cinanya berjudul La Bi Xiao Xin (, lāb xioxn).

Shin-chan akhirnya muncul di televisyen tempatan dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7. Pengalih suara bagi Shin-chan merupakan seorang kanak-kanak berusia awal belasan tahun. Anime Shin-chan merupakan antara rancangan televisyen yang paling ramai penontonnya bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.

Shin-chan juga dialih suara kepada Bahasa Inggeris di Amerika, namun anime tersebut tidak dapat disiarkan di rantau tersebut, kononnya atas sebab-sebab penapisan. Bagaimanapun, anime Shin-chan dapat disiarkan di United Kingdom melalui saluran JETIX tempatannya.

Di Korea Selatan, komik dan animenya pula berjudul (Jjanggu the Unstoppable), dan amat popular juga. Nama Shin-chan dijadikan (Shin Jjanggu), yang dihasilkan daripada gabungan nama Jepun asalnya serta perkataan Korea (jjanggu) yang bermaksud "dahi yang menonjol." Shin-chan juga menerima kesan penapisan yang ketat di negara ini yang berjiran dengan Jepun.

  • Shin Chan menyambut ulangtahunnya yang ke 15 pada Ogos 2005.
  • Populariti Shin Chan serba sedikit telah menjadi penyebab Datuk Bandar Kasukabe (tempat tinggal Shin Chan dalam cerita) melantik watak ini sebagai penduduk tetap bandar iru.
  • Sekolah tadika dan taman permainan kanak-kanak dlam siri Crayon Shin Chan dikatakan dibuat berdasarkan sekolah dan taman di Bandar Kasukabe.


-- Edited by Aku_Si_H5N1 at 18:12, 2007-05-05

Attachments
__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

Chin Syan nie kalo ko tengok betul2, sebenarnya bukan ntuk hiburan kanak2... sebabnya hapa yg haku perati dari mula siarannya dulu kat NTVseben tu sebenarnya ntuk golongan hibu bapak, so, camana hibu bapak nie nak tangani perangai kanak2 yg seusia chin syan nih..... kerana setiap perbuatan chin syan tu biasanya akan dilakukan oleh kanak seusia dengannya, so, pandai2 la hibu bapak menghandle perangai anak mereka itu adanya.....

wah...! wah....! wah....!! beras negara sungguh pendapatan haku itu..... !! eh..!! bernasnya pendapat haku....!!!
So, hapa pendapatan ko ngos...????

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

mmg tul la ckp ko tu asbestos... kanak2 skrang nih kuang ajo skit kan...?

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

haku rasa bukan kuwang hajoo dah.... masuk tahap melampau kuasa 8 fasa 13 dah....!!! perkara hini tak buley di diamkan skang nih.... dah semakin runcing dan perlu di amik tindakan susulan ntuk tangani manusia yg sebegitu........ ayoh... penduduk2 kg.... serang..............!!!

PANG..........................!!!!!

Alamak.... termengkarate meja komputer haku plak....!!!! huhu kena beli baru pulak la jawapnya.... ko la ngoss.... !!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 147
Date:

aku cukup minat shin chan nie..
walaupun perangai dia amat kurang hajor tapi
anime shin-chan no.3 aku paling minat.
mcm mana pon shin-chan takleh lawan lawak bodo
One Piece(budak getah)

__________________
I hate lose and i hate loser


Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

best ke shin-can aku x pernah tengok pun..?

__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Senior Member

Status: Offline
Posts: 385
Date:

haha aku pn ske neok sincan nih..sakit pewot gelak tgk lwk bengong die..
huhu klo ade ank cenggitu karate je..

__________________
sep..sep..sepp..tom..tom..bakk


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

mak aih ko.sampek ati nak karate.menzalimi kanak2 kurang upaye namenye tu..ujud ke budak cenggitu??klu ade,kompom mak bapak die dah xnak anak lg.leh jadik sawan tenuk klu prangai anak camtu.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Senior Member

Status: Offline
Posts: 385
Date:

hahaha..sawan cipan pon ley jadik gak..
ala takat karate kanak2 tuh..xde hal ah..
kanak2 skg kan kebal..hihi =p

tp senanye aku x rase ujud dak sengal gile cenggitu...sket2 ade la kot..


__________________
sep..sep..sepp..tom..tom..bakk


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

aku citer shin-chan ni,jap aku tgk jap xtgk...time busan2, kekdg tu aku men gak game shin-can....aku xtahan time tgk hingus dia tuuu baik pmyerrrrr!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

princess_sasuke wrote:

aku citer shin-chan ni,jap aku tgk jap xtgk...time busan2, kekdg tu aku men gak game shin-can....aku xtahan time tgk hingus dia tuuu baik pmyerrrrr!!!!




aku leh tahan lagi hingus dia tu tapi yang aku tak tahan ayat " baik punyerrrrr " yang ko cakap tu..ala2 dafi..eiii...geli!



__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

cutenyaaa dafi...baik pnyerrrrrr muahahahahah^_____________^

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

princess_sasuke wrote:

cutenyaaa dafi...baik pnyerrrrrr muahahahahah^_____________^




org yang minat dafi tu aku rasa misti umo baya2 budak tadika..,eiii!!geli!!!


__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

eeeee.yeye..yeye...eee..saye suke negok kartun shin chan..tu sebab saye tiru die buat perangai bukau-bukak seluar nih...eee..kite same ngan shin chanla... ( kate bob wuhoo)-dipetik dari diari bob wuho..

sekian.

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

uit...!!! membaca diari persenel org nih...!! tak manis la di pandang masyarakat timo... wah....wah....wah.....!!! erk...!!
lagi...? hapa yg di tulisnye lagi...?? eheh

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

di dalam diari itu juga tertulis " saye ade kawan, kawan saye macam saye..die pun suke buat hobi macam saye.tapi die lagi berani dia bukak abis.name die cik asbeng@ asberionz".


eh eh!! macam ku kenal name ini...tapi.....

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

wah....wah....wah....!!!!

melampau kuasa 8 dah nih... abih haku punya prinses diari abih ko bukak...!!!!

tetiba dalam diari tu hada plak gamba encik abby masa kocik2 tengah berlari berkejaran kat laman umah beliau dengan tidak beselua dan bebaju... sungguh munggil skali peri laku yg tidak senonoh itu mengejar bapak ayam...!!!! sungguh tidak sopan akan perbuatan itu...!!! dan tidak beperi kebinatangan jua adanya...!!!!

eheh...!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

hehe... sian abby

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

yg penting doraemon prebet aku....wei jonggos....ko x der ke animasi pasal doraemon nie,,,....

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

bob_Woohoo wrote:

yg penting doraemon prebet aku....wei jonggos....ko x der ke animasi pasal doraemon nie,,,....




ade la... nnt den bagitau

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

bob_Woohoo wrote:

yg penting doraemon prebet aku....wei jonggos....ko x der ke animasi pasal doraemon nie,,,....




uih minat doremon die ni.badan bukan main cam opah aku.ko ni wat malu ahli sumo je.ko tengokla cite dragon boster ke,afi dan abah ke xpun pinggu.



__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ala bola kampung lagik best... kih kih... papentah citer katun tu... lawak den nengok nye

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:



tak kering gusi aku tengok shinosuke nie,,hahahahaabiggrin.gif

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard