Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MELAYU - sape org melayu meh sini


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
MELAYU - sape org melayu meh sini


Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Masalah dalam penakrifan orang Melayu

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaum-suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

  • Penakrifan Undang-Undang
  • Penakrifan Antropologi

Penakrifan undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan dalam pekara 160(2).Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :

  1. Seorang yang beragama Islam
  2. Bertutur bahasa Melayu
  3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
  4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.


Penakrifan antropologi

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

  • Bangsa Melayu Berasal daripada Yunan(Teori Yunan)
  • Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.


Teori Yunan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

  1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
  3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.


Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.


Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.


Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.


Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

  1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
  3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
  4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Kekeluargaan orang Melayu
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberpa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga(yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

Perkahwinan Orang Melayu

Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: Merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

Melayu kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu Turki dan Melayu Arab.



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

akulah satu2nya org melayu,yg 1st komen...nak tnya ckit ,kita tergolong melayu kelompok mana??xkan melayu ilng didunia

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Biar aku bagi tau something yang menakutkan bagi fakta asal-usul orang melayu...

Dah dinyatakan melayu merupakan antara bangsa yang termuda.... jadi ada bangsa yang lebih awal dari bangsa melayu... maka sudah pasti la sejarah dah tertulis pasal melayu...

Aku dapat fakta ni dari somebody yang berasal dari India. Sejarah India telah berkurun abadnya dan tertulis satu bangsa pelarian yang dipanggil 'MALAYU' di sana. Bangsa ini bukanlah keturunan India tetapi campuran mongolia dan India. Mereka ini hidup selalu berpindah randah... orang2 India memanggil mereka 'MALAYU' yang bermaksud 'Pelarian'.... mereka selalu dihalau sehinggalah mereka terjumpa daratan yang masih belum berpenghuni...

Korang tau Banjaran Himalaya? Kat mana tu? Bukan belah2 sana?


Maka kita beringatlah.. walaupun fakta ni belum sahih... tapi sentiasalah berwaspada.... orang sentiasa saja nak buat something kat kita...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

kita patut bangga jadi org melayu..tapi ada sesentgh melayu tak nak jdi melayu...yang pompuan nya pulak tak suka lelaki melayu..ha..camna tu pinses sasuke...???...pedas tak?

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

hohoho..kalo da xda jodoh gan laki melayu,nak wat camner????sbg manusia ta hnya mrncang ALLAH yg tentukanyaaaa....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

princess_sasuke wrote:

hohoho..kalo da xda jodoh gan laki melayu,nak wat camner????sbg manusia ta hnya mrncang ALLAH yg tentukanyaaaa....



tapi jodoh tu kita kena cari...klo da ati kita asyik set " aku tak nak laki melayu " ha...camna tu...sebaik2 org bukan melayu kita kena utamakan bangsa agama kita dulu...cik pinses....



__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

abis dah laki melayu xnak kat aku,xkan aku nak terhegeh2 g cari plk...memalukan kaum sjenislaa kalo camnie

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

princess_sasuke wrote:

abis dah laki melayu xnak kat aku,xkan aku nak terhegeh2 g cari plk...memalukan kaum sjenislaa kalo camnie




laki melayu nak kat ko tp da ko kata " aku tak minat kat laki melayu "...so camna tu?



__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

macam aku... walaupun muka aku macam orlando bloom... aku tetap katakan aku orang melayu...

kan perinses sesuka kan?



Pelayan kedai : Encik, ini sambal ikan bilis ngan ulam pegaga yang encik pesan tadi.

Rie : Oh Pleeaaseee... who's order this? I dont eat this la, i eat pizza hut and makaroni... this is malay food... it make me pukeee....!!!


(lalu rie yang berkain pelikat tu dibelasa ramai2 oleh tenggiling yang lalu lalang)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

myname : Encik, ini sambal ikan bilis ngan ulam pegaga yang encik pesan tadi.

Rie : Oh Pleeaaseee... who's order this? I dont eat this la, i eat pizza hut and makaroni... this is malay food... it make me pukeee....!!!

myname : muka cam tengkorak ada ati kata cm orlando bloom!nah ko rasakan pelempang maut aku ni..pang!pang!dush!

__________________



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hoh... ni la yang dinamakan melayu.... pantang muka tengkorak sikit beliau menempeleng aku tanpa belas ihsan...

betul la muka aku cam orlando bloom... abih muka ko tak macam tengkorak ke myname? meh sini aku siat kulit pipi... gerenti muka ko cam muka tengkorak... kueh kueh kueh kueh...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

MyName wrote:

princess_sasuke wrote:

abis dah laki melayu xnak kat aku,xkan aku nak terhegeh2 g cari plk...memalukan kaum sjenislaa kalo camnie




laki melayu nak kat ko tp da ko kata " aku tak minat kat laki melayu "...so camna tu?



furiousaku xtolaklaaa, kalo da jodoh aku gan laki melayu...hidup org melayu tpi jgn layu......


__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

oiksss apasal gile glema sgt aku ni...terpost smpi dua skali,ya ampon

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

naper plak aku ni org samba dr brazil... jap haku nak check it out jap.... mane plak surat beranak den nih...?

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

nyahlaaaa ko dri cni org brazil,ni politik org2 melayu,gan nak myibuk kat cni!!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

ye la ye la.... aku cume keturunan Melayu brazil pun takleh join ke... ? uhuks... x pe..... x pe

-- Edited by Aku_Si_H5N1 at 14:38, 2007-05-08

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Senior Member

Status: Offline
Posts: 324
Date:

Aku_Si_H5N1 wrote:

ye la ye la.... aku cume keturunan Melayu brazil pun takleh join ke... ? uhuks... x pe..... x pe

-- Edited by Aku_Si_H5N1 at 14:38, 2007-05-08



dinho org samba ke org sambal.... he he - gurau je



__________________

Kejarlah mimpi yg indah kerna indah itu adalah suasana syurga yg abadi



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

suka ati laki tiri bini angkat beliau mengata den ni org sambal

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

aku tak nak kacaw si jongos ngn dinho tu...feewit!

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

MyName wrote:

aku tak nak kacaw si jongos ngn dinho tu...feewit!



jongos ngan dinho sgt berbeza... jongos = che am ingin meniru gg cam dinho



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

dan2 la ko.,amran omar pulak yang jongos..abang am aku tak bersalah..ya AMpunnnnnn...

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

MyName wrote:

dan2 la ko.,amran omar pulak yang jongos..abang am aku tak bersalah..ya AMpunnnnnn...



abih ko bukan nangos ke..?



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard