Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Izryn &Izza


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Izryn &Izza


Dia sering menjadi perhatian tidak kira di mana lokasi di dalam kawasan kampus ini. Jiwanya meronta-ronta mahu mendapatkan jawapannya. Agaknya pada siapalah dia akan mendapat jawapan yang dia inginkan? Pada teman-temankah, pada senior-seniorkah? Atau pada sesiapa sahaja yang boleh membantu?

Hoi, mengelamun aje kerjanya budak ni.


Izryn Hani tersentak. Bila masa pula teman sebilik ini muncul di sini? Seingat dia, hanya dia seorang sahaja yang berada di sini dari tadi. Mengapa dia tidak mendengar bunyi pintu biliknya dibuka? Hairan sungguh. Dahinya berkerut. Temannya itu, Wizny menggeleng kepala melihat dia terpinga-pinga dek sergahan secara sengaja itu.


Mati juga aku macam ni. Kau tak reti bagi salam ke, Wizzy? Islam kan mengajar kita bagi salam dulu sebelum masuk bilik? ujar Izryn Hani.


Wizny mencebik. Dia sudah berada di dalam bilik sejak beberapa minit yang lalu. Temannya itu yang asyik termenung sambil bermain-main dengan sebatang pen. Salamnya tidak dijawab walaupun berkali-kali dia memberinya. Dia terus masuk selepas sedar bahawa, temannya yang seorang itu sedang sibuk melayan perasaan.


Sudahlah kau Ryn. Jangan nak salahkan aku. Kau tu yang entah ke mana, nak kata aku tak bagi salam pula. Dah hampir terkeluar anak tekak aku tau.


Oh, yeah?! Sorry, aku tak sedar.


Dia termalu sendiri. Dia terus diam. Kembali termenung dan bermain dengan sebatang pen. Wizny geleng kepala lagi. Dia hairan melihat temannya itu. Izryn Hani lebih banyak termenung kebelakangan ini. Malah jarang mahu berbicara seperti di awal perkenalan mereka dahulu. Apakah Izryn Hani ada masalah?


Ryn, kau kenapa? Dah banyak hari kau macam ni. Ada masalah apa-apa bagitaulah dengan aku. Wizny prihatin.


Giliran Izryn Hani pula menggeleng kepala. Dia tidak mahu berkongsi dengan sesiapa buat masa ini. Lagipun dia tiada masalah dengan teman-teman sebilik malah tidak ada masalah degan teman-teman sekelas sekalipun. Hubungannya dengan mereka semua baik-baik sahaja. Biarlah dia menyelesaikan masalah ini sendiri.


Dia terus melangkah keluar dari bilik. Wizny mengeluh pendek. Entah apa agaknya yang sedang berlaku pada Izryn Hani? Itulah soalan yang sedang bermain di minda. Dia hanya mampu berdoa Izryn kembali seperti sediakala. Dia lebih gemar melihat Izryn Hani ersenyum dan tertawa. Rasa sunyi bila Izryn Hani berdiam diri.


Beberapa ketika kemudian Izryn kembali dengan wajah pucat. Hairan, bukankah tadi Izryn memakai baju berwarna putih? Dan mengapa ada tuala pula? Seingat dia Izryn keluar dengan tangan kosong sahaja. Tidak semena-mena angin bertiup. Sejuk. Dan kertas di atas meja Izryn berterbangan. Wizny gigit bibir.


Tutup pintu, Ryn. Kau kutip kertas kau ni. Dah tahu angin kuat cepat-cepatlah tutup pintu. Jangan biar terbuka macam tu. Bebel Wizny.


Temannya itu diam sahaja. Tanpa sepatah kata, Izryn Hani kemudiannya terus meninggalkan bilik. Wizny terus menahan perasaan. Izryn Hani langsung tidak mengendahkan kata-kata Wizny. Pintu juga tidak ditutup, kertas apatah lagi. Terbiar berteraburan di lantai. Lantas Wizny terpaksa menutup pintu. Dia hairan. Kenapa di luar tidak seperti berangin? Bulu romanya tiba-tiba menegak. Dia telan liur. Pintu ditutup. Wizny mengutip kertas-kertas di meja Izryn Hani.


Nothing happened.


Hah, cakap sorang?!


Seseorang menyergah dari belakang. Wizny terjerit kecil dan terus terduduk. Kertas-kertas yang berada di tangan kembali berteraburan di lantai. Kemudian terdengar suara orang sedang mentertawakan dirinya.


Korang nak bunuh aku ke? Mangkuk hayun betullah korang.


Pucat lesi muka dia, Risya. First time aku tengok dia terkejut sampai macam ni. Aku rasa macam nak gelak kuat-kuat ni...


Aah, kenapa dengan dia ni Aqiesh?


Mereka berdua terus tertawa melihat reaksi Wizny. Buat kali pertama dalam sejarah hidup mereka Wizny kelihatan pucat kerana disergah. Biasanya dia selamba sahaja. Malah dia tidak pernah melatah sekalipun. Sekadar disergah tidak mungkin dia sepucat ini. Habuan Risya dan Aqiesh untuk mentertawakannya.


Jaga-jagalah korang. Aku balas kemudian aje.


Wizny terus diam. Dia mengutip kertas yang bertaburan dilantai. Dua temannya masih bersisa tawa mereka. Seronok boleh mentertawakan orang. Mereka kemudian membantu Wizny yang masam mencuka. Manalah tahu Wizny berkecil hati dengan perbuatan mereka tadi. Mereka tidak sengaja, sekadar mahu bergurau.


Apa sejuk sangat bilik ni? Macam bilik mayat pulak.


Aah seram je kan?!


Sesedap rasa betullah. Bilik mayatlah, seramlah. Aku tendang ke bawah baru korang reti bahasa, agaknya? Petang-petang kala ni, mulut tu jaga sikit.


Aqiesh dan Risya terus terdiam. Mungkin kerana suasana yang suram ini, Wizny kelihatan agak ketakutan. Memang agak dingin petang ini. Dinginnya agak berlainan dari selalu. Ah, biarlah! Mungkin hanya perasaan mereka sahaja. Usahlah dilayan perkara remeh temeh sebegini.


Wizzy, sorry!


Naik lori.


Nak ke mana naik lori?


Izryn Hani muncul di muka pintu. Dia menyampuk sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Wizny gigit bibir. Dia sangat sakit hati bila di sergah sekali lagi. Dan dia pelik. Seketika tadi rasanya, bukan baju ini yang tersarung pada badan Izryn Hani. Malah sangat berbeza wajahnya kini dengan tadi. Agak ceria berbanding tadi.


Kau ni kenapa, Wizzy? Dari tadi asyik terkejut je. Ada sindrom kejutan ke?


Saja gurau-gurau senda dengan korang. Jawab Wizny.


Gadis kacukan Melayu dan Arab itu tertawa. Menyembunyikan rasa gelora di jiwa. Dia tidak tenang sejak tadi. Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya. Seperti bermain teka-teki, dia terpaksa berfikir demi mendapat sekerat jawapan yang belum tentu benar kesahihannya. Adalah lebih mudah dia abaikan buat seketika.


Gila punya perempuan.


 


Malam makin tua. Izryn Hani masih belum melelapkan mata. Pada saat ini dia sedang menelaah pelajaran. Bukan dia seorang, malah tiga teman sebiliknya turut sama menelaah. Sudah menjadi kebiasaan mereka menelaah pelajaran bersama-sama. Sambil menelaah, sesekali mereka berbicara. Diselang sekali dengan gelak tawa. Mereka tidak hanya memberi fokus pada pelajaran. Sesekali mereka mahu bersuka ria juga.


Sedang asyik mereka berbicara dan bergurau senda. Tiba-tiba Risya yang sibuk berceloteh terus terdiam membisu. Malah teman-teman lain juga turut sama terdiam sepertinya. Gelak tawa Wizny yang galak tadi terus hilang dibawa arus kediaman mereka. Lantas mereka berpandangan sesama sendiri. Wajah masing-masing berkerut seribu.


Why?


Just nothing.


Mereka berempat terus memanjat katil. Tanpa dirancang juga tanpa di suruh. Mereka mengikut naluri sendiri. Buku-buku dibiarkan bertaburan dimeja dan dilantai. Malah minuman mereka turut dibiarkan tanpa di kemas seperti selalu. Terasa jantungnya berdebar-debar. Izryn Hani menarik selimut perlahan-lahan.


Dah nak tidur ke?


Iyelah. Buat apa ada atas katil if tak tidur. Tak payah padam lampu. Aku rasa macam nak pergi toilet malam-malam karang.


Aqiesh akur. Dia sendiri tidak berniat mahu memadamkan lampu. Amat menakutkan. Tidak semena-mena mereka terdiam dan terus memanjat katil bersama-sama. Sangat menyeramkan. Bagi dirinya. Mendengar suara asing mengilai amat menakutkan. Siapakah yang mengilai? Dia juga tertanya-tanya, mengapa tiga temannya itu turut sama bereaksi begitu?


Jauhkanlah aku dari apa-apa hal yang menakutkan.


Aqiesh terus memejamkan mata. Pada ketika itu, Wizny masih berjaga. Matanya masih tidak boleh terlelap. Dia masih curiga. Apa sebenarnya yang berlaku pada mereka semua? Apakah mereka bertiga turut sama mendengar seseorang memanggil mereka? Sungguh pelik. Apa sedang berlaku sekarang?


Takkan dah nak tidur?


Tiba-tiba lampu terpadam dengan sendirinya. Yang menyala hanyalah lampu di meja belajar Izryn Hani. Mereka telan liur. Sangat misteri. Siapa yang membuka suis lampu itu? Walaupun mata terpejam namun mereka masih belum tidur. Masakan mereka boleh tidur dalam keadaan begini.


Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari iblis dan segala-gala yang menakutkan.


Perlahan-lahan Izryn Hani membuka selimutnya. Dia mengintai dari bawah selimut. Dia terlihat sesuatu. Dan dia mahu tahu, apakah itu hanya perasaannya atau sesuatu yang dia lihat tadi benar-benar wujud. Dan...tepat ada seseorang di meja belajarnya. Berambut panjang. Sedang menulis sesuatu dengan tekun. Tapi siapakah gadis ini? Dari alam manakah dia datang? Dan mengapa tempat aku yang menjadi pilihannya?


Persoalan yang agak sukar mendapat jawapan tetapi yang pasti gadis itu bukan dari dunia nyata. Samada itu hanyalah perasaannya atau gadis itu memang wujud tetapi bukan dari alam ini? Dari manakah dia? bagaimanakah rupanya? Izryn Hani terus bersoal jawab dengan diri sendiri.


 


Ya Allah, dah lewat! Woi, my friend wake up! Kita ada kelas sepuluh minit lagi. Cepatlah. Korang tak nak pergi ke? Korang nak kedatangan kita kosong ke? Bangunlah. Bangun cepat. Risya terjerit-jerit.


Sesungguhnya mereka sudah terlewat. Biasanya pada waktu sekarang mereka sudah pun meninggalkan asrama. Tambahan pula kelas mereka berempat akan bermula pada masa yang sama, tentu bertambah kelam kabut dibuatnya. Risya tidak tentu arah. Semua yang dibuatnya tidak kena. Dia terlalu gelabah.


Apa kau ni, Sya?


Wizny menggosok mata. Dia sangat mengantuk. Badannya pula terasa sengal-sengal. Tambahan pula dikejutkan dengan jerit pekik Risya yang secara tiba-tiba itu. Kepalanya terus berdenyut-denyut tanpa disuruh-suruh. Dia kembali meletakkan kepala di atas bantal empuknya. Dan terlelap. Risya geleng kepala.


Hello everybody...sekarang dah pukul 9.55. If korang tak bangun juga maknanya korang ponteng hari ni. Up to you all, ok?! Tambah Risya.


What?! Dah 9.55? Kenapa sekarang kau baru kejutkan aku?


Tergopoh gapah Izryn Hani turun dari katil. Masa terlalu singkat untuknya. Mengapalah selewat ini dia terjaga dari tidur? Dia sudah terlewat untuk ke kelas. Tentu pensyarahnya sedang dalam perjalanan sekarang. Tidak sempat lagi untuk sampai sebelum lelaki itu tiba. Pasti dia menjadi bahan tawa nanti.


Jangan salahkah aku. Sedangkan aku sediri pun dah lewat macam mana nak kejutkan kau awal-awal. Kenapa kau tak pasang alarm semalam?


Izryn tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menukar pakaian. Kemudian dia berlari ke bilik mandi untuk mencuci muka dan gosok gigi. Buat pertama kalinya, dia ke kelas tanpa mandi. Asalkan dia tidak ponteng, itu sudah cukup bagus. Nanti bila pulang dia masih boleh mandi. Sepantas kilat, tidak sampai lima minit Izryn Hani sudah kembali ke bilik.


Sakit kepala aku tengok kau ni. Kelam kabut semacam tapi diorang ni membuta lagi.


Ala lewat sekali sekala. Jawab Aqiesh.


Perlahan-lahan dia turun dari katil. Dia menguap panjang sambil memandang jam diatas meja belajarnya. Sejurus kemudian, matanya terus terjegil. Dia berpaling memandang jadual yang ditampal ke dinding. Lantas dia terjerit kecil. Kemudian digoyang-goyangkan tubuh Wizny yang masih lagi membeku di atas katil.


Wizzy, kita ada test.


Kini suasana bertambah kelam kabut. Wizny dan Aqiesh pula terkejar-kejar. Dalam masa lima minit sahaja mereka semua selesai. Ditinggalkan bilik dengan keadaan bersepah-sepah. Mereka berlari berkejaran menuruni anak tangga. Hampir sahaja mereka melanggar orang-orang yang berjalan di situ. Hanya mampu mengucapkan sorry, we are late.


Wait for me please, friends! Jerit Risya selepas jauh tertinggal dibelakang.


Fast. Faster. Fastest, Sya. Hurry up.


Masing-masing mengikut haluan tersendiri. Mereka berkejaran di jalanan. Ini kali pertama mereka tidur tidak sedarkan diri. Malah kali pertama pergi ke kelas dalam keadaan tidak selesa. Salah mereka juga kerana tidur mati. Mujurlah Risya terjaga, kalaulah tiada seorang pun yang bangun pasti mereka tidak akan ke kelas hari ini.


Oh, Tuhan berilah aku tuah untuk hari ini. Semoga aku lebih awal dari Encik Anuar. Doa Izryn Hani di dalam hati sebaik sahaja berada di depan pintu kelas.


Perlahan-lahan dia menolak pintu. Semua mata memandang dirinya yang agak tidak terurus. Izryn cuak. Dia melangkah masuk dengan penuh debaran di dada. Betapa malunya dia bila semua mata memandang dia. Tambahan pula dalam kelas ini ramai pelajar lelaki. Tentu mereka akan mengejek nanti.


Kesian kau Ryn. Kalau kau make up macam selalu pun sempat. Hari ni takda kelas.


Sure?! Huh, selamat aku.


Betapa bertuahnya dia hari ini. Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doa itu. Izryn Hani duduk di tempatnya untuk menghilangkan  penat berkejaran. Badannya yang berpeluh sungguh tidak selesa. Mujurlah pendingin hawa di dalam kelas ini berfungsi dengan baik. Dia membetulkan rambut yang tidak terurus.


Kenapa dengan kau ni, Hani? Pukul berapa bangun sampai rambut pun tak sempat sikat ni, huh? soal Edzriq Zawwil.


Entahlah aku pun tak pasti. Yang pasti aku sangat lewat.


Apa punya anak dara bangun pun lewat. Belum berlaki lagi dah lewat ada laki, tak bangun-bangun agaknya.


Shut up, you.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Kepalanya digaru-garu. Risya kehairanan. Mengapa cepat benar Izryn Hani sampai ke bilik? Sedangkan tadi temannya ini masih lagi sedang menikmati makan tengah hari bersama beberapa rakan sekelas. Masakan Izryn Hani boleh menyaingi dia. Ah, abaikan! Mungkin tadi dia tersalah pandang agaknya.


Awal balik. Sapa Risya. Hanya senyuman diberikan.


Izryn Hani membuka pintu untuknya. Mereka melangkah masuk bersama-sama. Saat berada di sebelah, tiba-tiba Risya tidak tentu arah. Kalau ikutkan mahu sahaja dia berlari keluar. Dia paksa diri untuk terus masuk dan berpura-pura tidak terasa apa-apa. Tidak sampai seminit, Izryn Hani terus berpaling dan melangkah keluar dari bilik.


Sebaik sahaja pintu kembali ditutup, Risya terus berbaring tanpa mempedulikan apa-apa hal yang berlaku di kawasan sekitar. Yang pasti dia masih tertanya-tanya, bukankah bilik ini ketika ditinggalkan tadi agak bersepah-sepah? Akan tetapi, sekarang sudah tersusun rapi. Adakah salah seorang dari mereka sudah pulang sebelum dia? Mungkin juga. Lagipun merekabukannya sekelas tentulah ada diantara mereka sudah pulang dahulu. Risya akhirnya terlelap.


Beberapa ketika kemudian suasana bilik yang sunyi terus kecoh bila Wizny dan Aqiesh pulang. Izryn Hani juga ada bersama. Suara mereka kedengaran dari jauh lagi. Diselang seli dengan gelak tawa yang agak membingitkan suasana. Semua itu menyebabkan Risya terjaga dari tidurnya. Namun dia tidak terus membuka mata sebaliknya terus memejamkan mata. Terasa kepalanya berdenyut-denyut.


Eh, dah balik budak Risya ni?


Demi Risya yang kelihatan terbaring lesu di katil, mereka memperlahankan suara. Kasihan pula melihat Risya yang wajahnya agak berkerut itu. Tentu sekali teman itu sedang penat dan mahu berehat seketika. Sebagai seorang yang prihatin mereka tidak tergamak mahu menganggu ketenteraman Risya.


Aku dah tak tidur. Cuma pejam mata je. Go on lah nak bercakap tu.


We all peka denga situasi.


Risya terus bangun dari pembaringan. Dia menggosok matanya. Kemudian melihat jam di tangan. Tidaklah terlalu lama dia tidur. Dia memandang teman-teman yang baru masuk. Sebaik sahaja melihat Izryn meletakkan beg ke meja belajarnya, wajah Risya berkerut seribu. Kemudian dia menggaru kepala. Dan menggeleng kepala. Biarkan.


Kau baru balik Ryn?


Aah, why?!


Risya geleng kepala. Wajah Izryn Hani berkerut. Dia memandang Risya yang asyik menggaru kepala itu. Pelik sungguh tingkah laku gadis ini. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Kalau ikutkan hati yang ingin tahu, mahu sahaja dia menyoal Risya dengan pelbagai soalan. Tapi kasihan pula melihat wajah Risya yang tampak keliru dengan situasinya.


Problem budak Risya ni. Lain kali kalau balik pergi mandi dulu baru tidur. Takde la jadi sengal macam ni. Blur lain macam budak ni aku tengok. Ingat pesan aku next time. Jangan terus tidur. Tokok Wizny.


Penat, sial!


Risya terus berbaring kembali. Dia memicit kepalanya yang semakin kuat berdenyut. Dia kemudian terus memejamkan mata dan terus hilang dalam dunia sendiri. Aqiesh pula tidak mengambil kisah. Dia mencapai tuala dan terus meninggalkan bilik. Wizny dan Izryn Hani tercengang. Seperti mengejar sesuatu, lagak Aqiesh. Mereka menggeleng kepala melihat reaksi spontan teman itu.


Pantas.


Panas bangat, weh!


Inilah padahnya orang tak mandi pagi.


Izryn Hani dan Wizny tertawa bila menyedari mereka berdua juga turut tidak mandi kerana terlewat bangun. Lantas mereka juga turut mengikut jejak Aqiesh. Badan mereka berpeluh-peluh. Tidak sanggup lagi untuk bertahan. Bukan sahaja panas tapi juga melekit-lekit dek peluh yang membasahi sejak pagi tadi.


Diamlah.


Ok.


Kreek...pintu bilik ditutup. Risya terbangun. Dia memandang pintu. Bukankah tadi pintu itu sudah ditutup? Risya tertanya sendiri. Seingat dia, tadi dia sendiri mendengar pintu ditutup. Tapi dia masih mendengar dua sedang berbicara. Biasanya, dia tidak mendengar jika seseorang berbicara dari luar bilik dengan suara sederhana.


Menyedari ada sesuatu tidak kena di dalam bilik itu, dia mula gelabah. Bermacam-macam hal berman-main di minda. Cerita-cerita yang tidak enak terus kedengaran di telinga. Risya terus terjun dari katil dan mengambil tuala yang tersangkut pada kerusi. Kemudian terus membuka pintu tanpa memikirkan sebarang kemungkinan. Ketika itu jugalah wajah Aqiesh tersembul di muka pintu dengan tiba-tiba.


Oh mak kau. Aqiesh melatah.


Kemudian dia tertawa kecil. Lucu melihat Risya terduduk di lantai kerana terkejut melihat dirinya. Mungkin rambut Aqiesh yang agak tidak terurus membuatkan Risya kecut perut. Wajahnya terus pucat. Seolah-olah tiada setitik darah pun pada ketika itu. Dalam tawanya, Aqiesh turut bersimpati pada Risya. Sesungguhnya dia tidak sengaja mahu mengejutkan temannya itu.


Boleh tak kau jangan buat orang terkejut?


Sorry. Tapi aku memang selalu macam ni. Kau pun dah jadi Wizzy, erk? Kena sawan. Ujar Aqiesh sambil tertawa kecil.


Dahlah aku nak mandi.


Aqiesh menarik tangan Risya. Dia mahu berbicara sebentar dengan teman yang dikenali sejak sekolah menengah lagi. Sebelum Wizny dan Izryn Hani kembali, adalah lebih baik dia dahulu mengetahui apa masalah Risya. Apakah yang sedang melanda diri Risya?


Kau tak sihat ke?


Taklah. Im ok what.


Terus sahaja meninggalkan Aqiesh tanpa jawapan yang sahih. Dan Aqiesh redha. Dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Sambil itu dia membuang pandangan ke taman permainan yang terletak tidak jauh dari situ. Ramai kanak-kanak bermain di situ bersama ibu bapa mereka. Ada yang berkejar-kejar. Ada yang bermain buaian. Dan sebagainya.


Mata Aqiesh terpaku pada susuk tubuh seseorang. Dia mengamati susuk itu. Eh, itu Izryn Hani sahabatnya? Apakah yang dia sedang lakukan di situ? Bukannya ada apa-apa yang menarik di situ. Gadis itu berpaling lantas tersenyum sinis memandang dirinya. Berkerut wajah Aqiesh bila melihat reaksi spontan gadis itu.


Tadi ada kat shower, macam mana cepat sangat turun kat taman tu?


Dia garu kepala. Dia kemudian sedar kelibat gadis itu telah tiada. Dia melihat sekeliling. Tiada. Cepat sungguh menghilang. Yang ada hanya kanak-kanak berkejaran. Dia makin keliru. Adakah dia tersalah pandang atau sememangnya pandangan itu tepat?


Hah, intai siapa?


Oh, mak kau!


Kali ini Aqiesh pula yang terkejut dengan sergahan Wizny. Temannya itu sekadar tertawa. Aqiesh gigit bibir. Geram. Wizny membalas dendam agaknya. Seronoklah dia dapat membalas dendam sebegini. Tak mengapa mereka seri satu sama sekarang. Jadi tiada lagi dendam antara mereka selepas ini.


Hei, kau intai siapa ni? Lain macam je. Kau jangan.


Mana ada intai sesapa. Ryn mana?


Mandilah. Baru je masuk shower.



-bersambung-



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Jam menunjukkan tepat 12 tengah malam. Izryn Hani, Wizny, Risya dan Aqiesh masih belum tidur. Mereka asyik berborak. Seperti biasa, jika tiada kelas pada keesokkan harinya mereka akan menghabiskan masa untuk berborak mesra. Kadang kala mereka sediakan makan ringan untuk berjaga. Aktiviti itu juga merupakan rutin mereka sejak mereka berkenalan lagi.


Sedang asyik mereka berborak sambil bergelak ketawa, tiba-tiba Izryn Hani terdiam. Dia seolah-olah terbau sesuatu. Wangi. Sangat wangi. Seperti haruman sekuntum bunga yang agak tidak pasti apakah namanya. Wizny mencuit Izryn Hani, lantas dia kembali meneruskan perbualan mereka. Namun bau itu masih lagi dapat dihidu. Dia sengaja mendiamkan sahaja. Dia tidak mahu teman-temannya tahu kerana pada fikirannya hanya dia yang terhidu bau itu.


Semakin lama semakin menghilang bau yang harum itu. Tapi masih dapat menghidu sesuatu. Kali ini bau yang dihidunya tidak seharum tadi. Tapi sangat busuk. Izryn Hani tidak mampu untuk menghidunya lagi. Bau itu sungguh memualkan. Izryn Hani menarik Aqiesh yang berada di sebelahnya untuk menemaninya ke tandas. Risya dan Wizny tercengang. Apa yang berlaku? Ke mana Izryn Hani mahu pergi?


Izryn Hani, whats wrong with you?


Ketika itu Izryn Hani sedang terbongkok-bongkok di singki kerana sedang memuntahkan isi-isi perutnya. Matanya merah dan berair. Bau itu amat memualkan. Entah dari mana datangnya? Dan mengapa hanya dia seorang yang dapat menghidu bau itu? Semua itu benar-benar membuatkan dia berfikir panjang. Mungkin juga dia yang tidak dapat menahan bau itu. Ah, biarkan sahaja. Jangan kecoh.


Are you okay?


I think ya.


Kenapa dengan kau ni? Sakit ke?


Izryn Hani menggeleng kepala. Dia tidak sakit. Malah dia lebih sihat dari biasa. Hanya bau busuk itu membuatkan dia jadi begini. Dia memegang leher sambil mengusapnya perlahan. Harap-harap dia tidak terhidu lagi bau yang sebusuk itu. Dia rasa terseksa dek bau yang sebusuk itu. Inilah kali pertama dia terhidu bau sebusuk ini.


Bau busuk sangat. Aku tak tahan.


Busuk? Erm, bau sampah kat belakang agaknya. Kau ni punyalah jauh pun boleh juga terbau. Sensitif juga hidung kau, eh. Kata Aqiesh.


Teringat pada tempat membuang sampah di belakang asrama mereka. Sememangnya sampah-sampah itu belum dipungut lagi. Tapi pada Aqiesh, dia masih belum terbau apa-apa yang kurang menyenangkan. Tapi dia sengaja mengatakan bau yang dimaksudkan oleh Izryn Hani datang dari situ. Dia mahu menyenangkan hati sendiri.


Agaknyalah. Jom, aku rasa dah okay.


Mereka berempat kembali ke bilik. Saat itu Izryn Hani terasa kepalanya berdenyut-denyut. Setibanya mereka di bilik, Izryn Hani terus berbaring di atas katil. Wajahnya berubah menjadi pucat. Dia memicit kepalanya. Sangat sakit. Mujurlah dia mempunyai teman sebilik yang sangat prihatin dan mengambil berat tentang dirinya. Mereka memberi dia ubat untuk mengurangkan sakit kepalanya.


Kau tidurlah. Esok if sakit lagi kita pergi klinik ye.


Izryn Hani angguk. Lalu matanya terpejam dan terus terlena. Sedangkan Wizny, Risya dan Aqiesh masih berjaga dengan seribu tanda tanya. Aqiesh membuka tingkap dan cuba menghidu udara malam ini. Tidak pula dia terbau apa-apa yang memualkan. Dia membuat kesimpulan sendiri. Mungkin Izryn menjadikan baubusuk sebagai alasan.


Lain macam je dia ni. Aku tak bau busuk pun. Dia demam ke?


Badan dia tak panas pun. Takkan dia demam macam tu? Jangan-jangan something wrong with her, or maybe...


Dua pasang mata merenung Wizny. Tajam. Lantas Wizny tersengih. Dia yakin kedua-dua teman itu memahami maksud sebenar. Sesungguh dia bukan sengaja mahu berkata begitu. Sekadar mahu memberi pendapat. Tapi bukan dia seorang terfikirkan hal itu. Aqiesh dan Risya juga. Tapi mereka menyangkalnya kerana, mereka kenal siapa Izryn Hani yang sebenarnya. Tidak mungkin Izryn Hani seperti yang mereka sangkakan.


Jangan serkap jarang. Aku luku kau karang. Ujar Aqiesh.


Aku main-main je. Jom tidur. Pasangkan lampu study aku. Manalah tau Ryn nak apa-apa, senang sikit nak mencari.


Risya lantas mengikut arahan Wizny. Mereka kemudian mengikut jejak Izryn. Baru sebentar tadi mereka bergelak tawa, tapi sekarang mereka sudah terpaksa tidur. Selalunya pada ketika ini mereka masih leka berbual dan bergurau senda. Tanpa seorang teman, lebih baik mereka membatalkan sahaja aktiviti mereka.


Sejukkan malam ni.


Aah nak hujan agaknya. Sampuk Wizny.


Apa pulak nak hujan? Angin malam memanglah. Nampak tak tingkap kau belum tutup. Ujar Risya sambil menunding jari ke arah tingkap.


Wizny menepuk dahi. Dia terlupa untuk menutup tingkap. Segera dia bangun dan melangkah menuju jendela. Dia kemudian menarik tingkap yang terbuka luas. Tangannya terhenti seketika. Matanya difokuskan pada susuk tubuh seorang gadis. Lama dia merenung gadis itu. Kemudian dia berpaling memandang Izryn Hani. Tingkap ditarik kasar dan kemudian dia terus melompat ke atas katil.


Buang tabiat? Patah katil kau jangan mintak tolong we all buat report.


Dah. Dah. Tidur. Tidur. Zzzzzz.


Gebar ditarik menutup muka. Dalam kedinginan malam Wizny terus membuai perasaan. Matanya masih terbuka. Tertanya-tanya siapakah dia? Dia terbayangkan Izryn Hani. Dia sangat gelisah. Wizny memaksa dirinya melelapkan mata. Dan dia berjaya. Terus terlena dan dibuai mimpi indah. Mungkin.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Kak Sara, may I ask you something?


Apa? Tanyalah.


Wizny duduk di depan Sara, salah seorang pelajar senior yang tinggal di asrama. Mujurlah Sara sahaja berada di situ, tidaklah dia segan mahu berbicara tentang hal yang menganggu jiwanya. Wizny menarik nafas dalam-dalam. Gusar juga dia mahu berbicara dengan seorang yang mempunyai jawatan penting ini.


Selama kak Sara tinggal kat sini, have you heard or saw something weird?


Dahi Sara berkerut. Tangan yang tadinya asyik menari-nari di atas keyboard terus terhenti. Dia mengangkat muka memandang Wizny yang duduk bertentangan dengannya. Inilah soalan yang paling sukar untuk dijelaskan walaupun hakikatnya amat mudah dijawab. Tentu ada sesuatu berlaku pada Wizny sehingga datang mencari Sara.


I dont get it dear. What do you mean?


Something yang mengelirukan kita. Yang menakutkan juga. Erm, maybe mistik juga.


Sara tersenyum simpul. Sebagai orang lama dia hanya mampu menyatakan sesuatu yang boleh menyedapkan hati sahaja. Jika mahu diceritakan secara ikhlas dan semuanya benar-benar belaka tentu dia boleh menakutkan orang juga. Dia harus menenangkan orang. Apatah lagi penguni baru seperti Wizny.


Normal, dik! Kita datang menumpang kat tempat dia. Sesekali dia nak juga beramah mesra dengan kita. Tak payah fikir sangat tentang perkara tu. Kalau kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita. Betul tak?!


Jadi betullah, memang ada yang tak kena?!


Apa yang tak kena?


Wizny terkejut. Dia terus terdiam. Dua orang teman sebilik Sara sudah datang menyertai mereka. Jantungnya berdegup pantas. Wizny tersenyum sahaja sebaik sahaja terpandangkan dua gadis berbaju kurung itu. Senyuman Wizny yang agak cacat itu dibalas mesra oleh mereka berdua. Lega kerana senyumannya dibalas.


Wizny rasa tempat ni pelik. Ye ke? Ujar Sara.


Kedua-dua teman Sara mengerutkan dahi. Mereka kemudian tersenyum sahaja. Mereka duduk bersama di atas kerusi yang masih kosong. Mereka kemudian  meletakkan beg dan buku-buku di atas meja masing-masing. Baru pulang dari kelas agaknya.


Apa buktinya tempat ni pelik,dik?


Wizny geleng kepala. Dia agak gugup mahu menjawab soalan daripada salah seorang dari teman Sara. Tambahan pula semua orang kenal siapa gadis ini. Seorang yang tegas. Pada pandangan mata kasar, dia seorang yang garang dan sering melenting jika tidak berpuas hati dengan sesuatu hal. Tapi hari ini buat pertama kalinya dia melihat senyuman manis dari gadis bernama Khairuz Zuhaira itu.


Jawablah. Kak Ira ni bukannya garang sangat. Tak payah takut.


Just nothing. Got to go. See you later. Terima kasih, kak Sara. Nice to see both of you too. Sorry, kak Ira.


Sepantas kilat Wizny menghilangkan diri. Sara dan Ira geleng kepala. Berkesan juga cara Ira. Sehingga sekarang tiada siapa pun berani buat hal. Tidak ada seorang pun yang berani membuat kesalahan sehingga kini. Betapa hebatnya penangan minggu orentasi yang mereka teah laksanakan. Sehingga tiada siapa berani mengutuk walaupun di belakang.


Aku suka tengok dia dengan kawan-kawan dia. Mesra and riang sangat. Tapi aku just kenal Wizny, itupun sebab dia datang sini.


Kau fokus pada yang satu, kan? Mengakulah kau memang sunyi tanpa dia. You miss her, right? Sara merenung Ira lama.


Ira sekadar tersenyum. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke jendela. Matanya sayu. Kenangan lama terus kembali menerjah ke minda. Betapa pedihnya hati bila mengetahui sesuatu yang selama ini dia anggap sempurna dan mulia adalah bertopengkan kepura-puraan semata-mata. Pada masa yang sama hubungan akrab terputus dan terpisah buat selama-lamanya. Dia kehilangan sahabat sejati.


Jangan ingatkan aku pada kenangan manis yang menjadi pahit tiba-tiba tu. Hati aku masih sakit walaupun dah lama berlalu.


Sara sekadar tersenyum memandang temannya yang seorang itu. Dia tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu. Dia sendiri merasai apa yang dirasai oleh Ira. Saat dia mengetahui semua itu dan menyaksikan segala-galanya, seperti mahu sahaja dia menangis dan bertanya mengapa semua ini terjadi. Hampir empat tahun mereka mencipta kenangan manis, sekelip mata semuanya menjadi pahit.


 


Sara, Ira mana?


Mandi kalau tak silap akulah. Apa hal? Balik je cari Ira, aku yang terpacak kat sini tak pula kau nak cari.


Izza Syazana sekadar tersenyum. Dia sudah biasa begitu. Dia lebih akrab dengan Ira, kerana Ira orang pertama yang dia kenali di hari pertama dia menjejakkan kakinya ke sini. Malah Ira juga banyak membantu dia dalam banyak perkara. Banyak masalah dikongsikan bersama Ira. Hal-hal peribadinya semua dalam tangan Ira. Boleh dikatakan itulah sahabat sejatinya. Hubungan mereka akrab seperti adik beradik.


Biasalah, Sara. Diorangkan couple paling bahagia kat sini. Kau jangan jadi kura-kura dalam perahu Sara. Sampuk Fazz.


Kepala otak kau. Ingat aku lesbian ke?


Sara dan Fazz tertawa. Seronok melihat Izza Syazana begitu. Dia tidak mampu untuk marah tapi dia akan merajuk. Setiap kali merajuk wajahnya sangat comel. Dia sangat manja. Walaupun hakikatnya dia anak sulung, tapi dia kelihatan seperti anak tunggal. Sudah sering kali mereka melihat bagaimana reaksi Izza Syazana bila bersama ibu dan bapanya.


Bukan lesbian eh, kakak?


Sara dan Fazz suka menyakat Izza Syazana. Mereka agak nakal sebenarnya. Tapi nakal mereka terhad. Mereka tidak membuat kacau pada insan-insan yang tidak bersalah dan tidak rapat dengan mereka. Lebih tepat mereka suka bermain-main sebenarnya. Mereka suka hidup diwarnai cahaya keceriaan.


Bukan, dik. Just the best friend.


Meriah budak-budak ni. Satu kampung boleh dengar gelak tawa korang. Entah apa yang korang buat agaknya?


Ira muncul di muka pintu dengan rambut yang masih basah. Dia baru sahaja selesai mandi. Selepas pulang dari kelas tadi, dia terus pergi membersihan diri dulu. Dia memang lebih selesa begitu. Baginya mandi selepas pulang kelas lebih selesa daripada terus tidur. Lagipun, dia berlari jadi badannya terlampau berpeluh.


Sahabat karib kau tengah cari kau ni. Ada cerita best nak dikongsikan agaknya. Tak pun dia tengah rindu dengan kau.


Izza Syazana gigit bibir. Tapi pada wajahnya masih mempunyai garis-garis keceriaan. Dia sebenarnya tidak kisah. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah pun Izza Syazana mengambil hati. Malah dia juga tidak pernah berselisih faham dengan teman-temannya. Dunia mereka penuh dengan keriangan. Penuh dengan gelak tawa.


Sepanjang perkenalan ini juga, mereka telah mencipta kenangan bersama. Semuanya indah-indah belaka. Mereka sama-sama mengharungi dunia kampus yang penuh berliku. Namun selepas hari itu, semuanya mula berubah. Warna-warni kehidupan mereka berubah suram. Tidak seindah dulu. Semuanya kelabu.


Izza Syazana mula resah. Gelisah. Jiwanya tidak pernah tenang lagi. Dia sering menghabiskan masa dengan bersendirian. Dia lebih gemar bersendirian di taman permainan. Melihat kanak-kanak bermain adalah lebih tenang baginya. Bermula detik itu, dia mula mengelak dari bertemu dengan teman-temannya. Dia asyik mengelak daripada berbicara dengan mereka.


Zana, what happened to you.?


Nothing, sorry got to go.


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Petang ini Izryn Hani keseorangan. Dia mengambil kesempatan untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan ditemani muzik berentak perlahan, dia leka menulis nota-notanya. Tidak semena-mena terasa ada tiupan angin. Semua kertas diatas meja berterbangan jatuh ke lantai. Pelik. Dia mengerutkan wajahnya. Tiba-tiba sahaja angin bertiup sedangkan pada pandangan matanya, pokok-pokok diluar tidak pula menunjukkan bahawa ada angin. Izryn Hani mengeluh. Dia kemudian mengutip kertas-kertas yang jatuh.


Kutip kertas, dik?


Sepantas kilat Izryn berpaling. Tiada sesiapa. Dia berdebar-debar. Dari mana datangnya suara itu? Dan siapakah pemiliknya? Dia keseorangan tapi mengapa dia mendengar suara orang lain pula? Perasaan takut mula menguasai dirinya. Pelbagai tekaan dia buat. Mana satu betul, mana satu tidak dia sendiri tidak pasti.


Ada lagi bawah tu.


Serta merta Izryn Hani pucat. Dia menarik keluar sehelai kertas yang pada pandangan mata memang bukan miliknya. Dahinya berkerut. Bagaimana kertas ini tiba-tiba boleh berada disini? Selama dia menetap di dalam bilik ini, sudah kerap kali dia mengemas tetapi tidak pula pernah dia melihat kertas-kertas ini.


Selain tercoret beberapa kerat ayat ada juga lukisan kartun empat orang gadis. Padasetiap lukisan itu tertera nama masing-masing. Tulisannya agak kemas dan tersusun. Cantik dipandang mata. Lukisannya juga tersusun rapi. Indah di pandangan mata Izryn Hani. Dia tertanya-tanya. Siapakah yang punya tulisan dan lukisan secantik ini?


Kenapa kertas ni ada di sini? Macam mana boleh ada di sini? Soal Izryn Hani sendirian.


Sepatutnya Ira bawa bersama. Tapi...


Sekali lagi ada suara asing menusuk ke telinga. Tubuhnya menggeletar. Bukan suara Wizny, apatah lagi Aqiesh mahupun Risya. Matanya meliar mencari susuk tubuh sesiapa. Manalah tahu ada orang sengaja mahu mengusik dia. Sebaik sahaja matanya memandang ke katil, dia terpandangkan satu susuk tubuh manusia di situ. Dia mengawal perasaan takut. Kertas-kertas itu dimasukkan ke dalam fail. Dia berpaling memandang susuk tubuh itu, matanya bertentang mata dengan pemilik tubuh itu.


Wajah Izryn Hani yang pucat terus menjadi pucat lesi. Dia mengundur setapak demi setapak ke belakang sambil tangannya mencari-cari tombol pintu. Sebaik sahaja berjaya membuka pintu dia terus membuka langkah seribu. Dia memecut sepantas mungkin meninggalkan bilik yang sangat menakutkan ini.


Izryn, bantulah akak dik.


Kali ini Izryn Hani menjerit. Dia terus memecut sekuat hati. Matanya terpejam rapat. Dia berlari dan terus berlari sehinggalah dia terasa ada seseorang memeluknya. Jeritannya semakin kuat. Dia tidak berani mahu membuka mata. Dia takut. Sangat takut. Dia menangis.


Astaqfirullahallazim. Whats wrong with you? Hey, jangan jerit lagi. Buka mata pandang akak. Cakap kenapa?


Aa...ada sa...saya dalam bilik.


Hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh Izryn Hani. Dia memeluk erat tubuh Fazz, orang yang telah mengurangkan rasa takutnya. Mujurlah ada dia yang peka. Sebaik sahaja mendengar jeritan Izryn Hani dia keluar untuk melihat. Kebetulan Izryn Hani sedang berlari ke arahnya. Dia seakan mengerti lantas menahan Izryn Hani dari terus berlari tanpa tujuan. Fazz ligat berfikir, mengapa dengan Izryn Hani? Apa yang menakutkan dia sehingga begini jadinya.


Bertenang, dik. Jom masuk bilik akak dulu.


Izryn Hani akur. Kakinya melangkah mengikut Fazz. Tapi matanya masih tertutup. Dia tidak berani membuka mata. Tapi dia tahu orang yang sedang menolong dia sekarang adalah orang yang dikenalinya. Apatah lagi dia pernah mendegar suara ini. Perasaan takutnya semakin berkurangan bila mendengar alunan azan yang berkumandang dari corong radio di bilik itu.


Kenapa ni? satu suara lain pula kedengaran.


Buka mata, sayang. Ini kak Sara. Cuba cerita, kenapa menjerit macam ni?


Izryn Hani tidak mahu membuka mata. Sesungguhnya dia tidak mahu melihat dirinya sepertimana dia telah alami. Terbayang-bayang dirinya sedang berada di atas katil sambil wajahnya sugul. Kemudian masih kedengaran suara dia memanggil dirinya sendiri. Sayu sahaja suara itu pada pendengarannya.


Saya takut. A...ada suara tapi takde orang. Tapi saya a...ada dua.


Dia cuba bercerita. Tapi dia yakin, mereka tentu kurang memahami apa yang sedang dia cuba katakan. Melainkan antara mereka pernah mengalami perkara yang sama seperti yang dia baru lalui. Kerana takut percakapannya jadi tidak lancar. Dia tergagap-gagap.


Terasa dirinya dipeluk erat. Kali ini bukan Fazz. Daripada haruman yang dihidunya dia yakin itu bukan orang yang memeluk dia tadi. Tapi pelukan ini lebih erat malah dia rasa lebih selamat. Seperti pelukan erat seorang kakak, dia merasai kasih sayang itu walaupun hakikatnya dia tidak pernah mempunyai kakak.


Dik, buka mata. Pandang kak Ira, sayang. Jangan takut. Tak ada apa-apa tu. Itu Cuma dugaan buat adik. Ingat Allah. Tak ada apa-apa yan perlu kita takut selain Allah s.w.t.


Perlahan-lahan dia membuka mata. Lega bila melihat wajah-wajah lain selain wajah yang dilihatnya di dalam bilik tadi. Izryn Hani menarik nafas dalam-dalam. Dia kemudian menyapu air matanya. Ketakutannya mula reda. Mujurlah ada mereka ini sudi juga menenangkan dia. Dia tidak mengenali mereka dengan rapat. Memandangkan mereka bertiga orang penting dia mengenali nama mereka dan wajah mereka.


Izryn Hani, right?!


Ya, thanks for help me.


Its okey. Lain kali jangan menjerit macam ni. Nanti lain jadinya. Better uruskan dengan senyap. Nampak apa-apa, dengar apa-apa just live and let it be.



Izryn Hani termenung sendiri. Dia membelek setiap kertas yang telah menyebabkan dia ketakutan. Kini segala ketakutan menghilang. Dia agak tenang dan memberanikan diri untuk melihat kembali kertas-kertas misteri yang dijumpainya. Setiap bait-bait ayat ditenung dan direnung. Setiap nama diteliti.


Khairuz Zuhaira, Nur Issara, Fazz Nurliayana, Izza Syazana...siapa ni?


Khairuz Zuhaira tu kak Ira.


Terdengar ada orang menjawab soalannya. Izryn Hani berpaling. Tiada sesiapa kecuali dirinya. Ah, situasi semalam kembali menganggu jiwan! Dia berdebar-debar. Tatkala ini dia teringatkan pesanan daripada Ira ketika menenangkan dirinya semalam. Better uruskan dengan senyap. Nampak apa-apa, dengar apa-apa just live and let it be. Lantas dia membiarkan sahaja. Dia tidak mempedulikan apa-apa.


Izryn Hani, tolonglah akak. Bela nasib akak yang telah dianiaya.


Suara itu semakin menusuk ke telinga. Bunyinya juga sayu. Izryn Hani masih diam tidak mempedulikan suara itu. Dia menahan perasaan. Walau takut dia gagahi jua. Dia menyimpan kertas misteri itu lantas mengambil telefon bimbit dan berpura-pura sibuk menghubungi seseorang. Namun perasaan takut masih menular.


Tolonglah. Hanya pada Izryn akak merayu. Cuma Izryn boleh bantu akak dalam hal ni.


Macam mana nak membantu? I dont know who you are and why me?


Akhirnya Izryn Hani terpaksa perangi perasaan takutnya itu. Dia harus tahu mengapa semua ini berlaku padanya. Siapa yang sedang berbicara dengannya dan dari mana gerangan orang itu? Dia perlu tahu semua itu. Dia harus tahu segala-galanya. Selagi dia tidak mengetahui apa-apa dia akan terus diburu keresahan.


Izza Syazana.


Whos the hell is Izza Syazana? sedikit keras suara Izryn Hani.


Dia tidak suka diganggu oleh orang yang tidak pernah dikenali apatah lagi dalam situasi sekarang. Semuanya misteri. Dia hanya dapat mendengar suara tanpa melihat rupa. Sangat menakutkan dan sangat mengelirukan. Dia merasakan dirinya sudah tidak waras lagi bila melihat diri sendiri walaupun bukan dalam cermin.


Izza Syazana akan ke neraka. Tapi dia akan pergi bersama orang yang menganiayai dia. Izryn Hani, find me with your self when you know who am I. Hanya awak yang boleh bantu saya.


Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Kenapa juga bukan Khairuz Zuhaira?


Langsung tiada jawapan. Lama dia menanti. Namun tiada jawapan. Dia tercari-cari ke mana menghilangnya orang itu. Dia geram. Dia hanya mahu mencari jawapan kepada setiap persoalan yang dia kemukan. Itupun susah untuk dia temui.


Hah merajuk ke?


Siapa pula merajuk?


Pada masa yang sama Wizny menegur dia. Terkejut beruk Izryn Hani dibuatnya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menengking Wizny kerana menyergah dia. Tapi apakan daya, dia sedang memikirkan hal lain, maka terselamatlah Wizny dari tengkingannya.


Nothing.


Ryn, abang Eriq kirim salam kat kau. Ujar Wizny.


Izryn Hani mengerutkan dahi. Terfikir sejenak, siapa abang Eriq? Seperti pernah sahaja dia mendengar nama itu. Malah agak familiar pada pendengarannya. Hanya situasi sekarang menyebabkan dia terlupa seketika siapakah lelaki itu.


Kura-kura dalam perahu la kau ni. Tak payah buat muka blur. Abang Eriq yang admirer kau tu, Lukman Nasyriq.


Kini barulah Izryn Hani tahu siapa abang Eriq. Lelaki inilah yang sering memberikan dia coklat, bunga dan kad-kad ucapan yang isi kandungannya tidak difahami apa makna sebenarnya. Dia sekadar menghormati orang yang lebih tua menerima sahaja semua pemberian itu. Namun jauh disudut hatinya agak tidak gemar menerima semua ini.


Abang Eriq tu dah angau sangat dengan kau. Tak jumpa kau sehari ibarat setahun lamanya. Kesian aku tengok. Sampuk Aqiesh.


Alahai, aku belum fikir apa-apa lagi. Kenal dia pun macam tu je. Tak kenal betul-betul.


Jawab Izryn Hani dengan wajah yang agak suram. Sebenarnya dia masih terfikir tentang suara misteri itu. Dia masih tertanya-tanya sendiri. Hendak dikongsikan bersama kawan-kawan tentu sekali mereka akan mentertawakannya. Adalah lebih afdhal dia merahsiakan sahaja apa yang sedang di alami olehnya.


Dia memang dah suka gila dekat kau.


Aku bukan tak suka dia. Aku takutlah nanti kena serang dengan awek dia. Kalau awek dia belasah aku macam mana? Izrym Hani cuba berjenaka.


Aku dengar dia dan solo sekarang. Tak payahlah takut.


Izryn Hani gigit bibir. Tidak sudah-sudah dengan topik yang sama. Hampir setiap hari jika dia tidak terserempak dengan Lukman Nasyriq, tentu teman-temannya itu akan menyampaikan salam buat dirinya. Adakala mereka turut memberikan dia sekeping kad kecil. Sudah bosan mendapat semua itu. Tapi kerana hormat terpaksalah dia terima jua.


Sudahlah. Ada jodoh tak ke mana. Dia tu terlal segak bergaya, kena fikir banyak kali sebelum terima. Kalau main setuju je, alamatnya makan hatilah aku.


Ryn, actually we all nak tau. Kenapa kau pergi bilik kak Sara?


Saja pergi berkenalan.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Setelah hari berganti jam berganti jam, hari berganti hari dan minggu berganti minggu Izryn Hani tertanya-tanya ke mana pergi suara misteri itu. Dia tidak lagi diganggu oleh suara itu. Namun masih ada perkara pelik berlaku. Ketika dia sedang tidur dia bagaikan terdengar suara-suara pelik seolah-olah ada orang bergaduh. Tatkala dia keseorangan di petang hari, dia akan terdengar suara perempuan menangis.


Pernah sekali ketika dia dalam perjalanan ke bilik mandi, dia merasakan seolah-olah ada seseorang mengekorinya tapi apabila berpaling tiada apa-apa mahupun sesiapa di belakangnya. Sungguh pelik. Naluri ingin tahunya sering meronta-ronta. Dia mahu tahu apakah yang sedang melanda dirinya kini.


Ketika itu dia teringat kembali kata-kata terakhir yang diucapkan oleh suara misteri itu. Izza Syazana akan ke neraka. Tapi dia akan pergi bersama orang yang menganiaya dia. Izryn Hani, find me with your self when you know who am I. Hanya awak yang boleh bantu saya. Barulah Izryn Hani sedar kini. Dia akan mendapat jawapan setelah dia dapat mencari Izza Syazana. Tapi di mana boleh dia temui Izza Syazana?


Betapa menyesalnya dia bila bersikap mementingkan diri sendiri. Kalaulah dia bertimbang rasa dengan suara misteri itu tentu dia tidak sesukar ini. Nampaknya dia harus menyiasat dengan keupayaan sendiri. Ah, tentu sangat sukar. Tapi dia yakin semua yang berlaku ke atas dirinya berkaitan dengan Izza Syazana.


Izryn Hani mengambil kertas-kertas yang dia temui. Lantas dia meneliti setiap helaiannya kertas itu. Yang pasti, setiap kali ada angin bertiup akan ada helaian kertas berterbangan di tempatnya. Dan setiap kertas itu bersangkut paut. Dia sudah menyusun semua helaian itu. Dan sekarang dia mahu mengkaji pula. Sudah penat diganggu misteri, dia harus selesaikan.


Ill help you Izza Syazana.


Setiap perkataan yang tercatat dibaca. Dia tahu pada siapa dia harus pergi untuk tahu siapa Izza Syazana. Dia berharap dia boleh tahu siapa Izza Syazana sebelum menghulurkan bantuan. Dan dia perlu tahu benarkan dia seiras Izza Syazana. Apakah bantuan yang perlu di berikan kepada gadis itu.


Sedang asyik Izryn Hani meneliti helaian-helaian itu, dia terdengar tangisan bayi. Dia berhenti sejenak. Dari mana datangnya tangisan ini? Dia tercari-cari. Dia mengamati dari mana datangnya tangisan itu. Dia bangun menuju jendela. Lantas matanya meliar mencari di manakah bayi yang sedang menangis itu.


Tapi sayang tidak ditemui. Dia mula berdebar-debar. Tiba-tiba ketakutan mula menghantui dirinya. Dia menutup jendela dan segera kembali ke tempat asal. Pada masa yang sama dia ternampak seorang kanak-kanak kecil sedang berada di atas katilnya. Dia mahu menjerit tapi suaranya tiba-tiba hilang.


Akak, tolong umi ye.


Sekelip mata kanak-kanak itu hilang dari pandangan mata. Izryn Hani terduduk di lantai. Wajahnya pucat lesi. Entah dari mana datangnya anak lelaki kecil yang comel itu. Dadanya berdegup kencang. Dia ketakutan yang teramat sangat. Dia boleh terima jika gadis yang bernama Izza Syazana yang muncul depan matanya. Siapa pula gerangan anak kecil ini? Adakah umi yang dimaksudkannya adalah Izza Syazana?


Ya Allah, apa semua ni.


Tatkala itu dia terdengar suara teman-temannya menghampiri bilik. Lantas dia segera bangun dan menyimpan kembali kertas-kertas yang berselerak di atas meja tulisnya. Dia berpura-pura sedang sibuk menelaah pelajaran. Wajahnya yang pucat beransur pulih. Dia harap tiada siapa dapat membaca riak wajahnya.


Assalamualaikum. Tuan rumah ada?


Waalaikumsalam. Masuk le, pintu tak kunci. Tuan rumah tengah membaca ni.


Pintu bilik pun di buka. Muncul Wizny, Risya dan Aqiesh bersama sejambak bunga dan sekotak coklat. Izryn Hani tahu daripada siapa dan untuk siapakah kedua-dua barang itu. Sekilas pandang, senyuman mereka bertiga dia sudah yakin bahawa bunga dan coklat itu adalah untuk dirinya. Sudah tentulah Lukman Nasyriq pemberinya.


Dear my lovely Izryn...abang Eriq bagi ni untuk kau.


Dah agak dah. Letakkan je bunga kat tempat biasa. And bukalah coklat tu dan makanlah secara berjemaah. Tinggalkan sikit untuk aku buat syarat ye.


Risya akur. Sejambak tulip itu diletakkan di suatu sudut. Coklat yang ada pada Wizny pula dibuka oleh Wizny sendiri. Sudah biasa dengan rutin itu. Sudah menjadi kebiasaan mereka. Apa sahaja pemberian berbentuk makanan tentu rezeki mereka. Izryn hanya akan makan sedikit sahaja tanda dia menerima pemberian itu.


 


Kak Fazz, boleh kita bercakap sekejap? Itu pun kalau akak tak ada kelas lepas ni.


Izryn Hani terserempak dengan Fazz. Lantas dia mengambil peluang untuk berbicara sejenak dengan gadis itu. Setelah tahu nama penuh Fazz, dia terus berniat mahu berbicara dengan gadis itu sahaja. Dia lebih selesa memilih Fazz. Mungkin kerana Fazz kelihatan lebih terbuka daripada yang lain.


Sure. Nak bercakap tentang apa?


 Kita bincang sambil minum. Banyak soalan nak tanya. Akak nak minum apa?


Fazz angguk sahaja. Kebetulan tekaknya juga sedang haus. Dia hanya memesan 100 Plus untuk dirinya. Hairan juga melihat Izryn Hani. Tiba-tiba sahaja mahu bercakap sesuatu dengannya. Pada masa yang sama membelikan dia minuman. Tidak sabar pula mahu tahu apakah topik yang mahu dibincangkan.


Thanks. So, boleh mula?


Siapa Izza Syazana? Apa hubungan kak Fazz dengan dia?


Lidah Fazz jadi kelu. Dia jadi serba salah. Patutkah Izryn Hani tahu siapa Izza Syazana? Dan apakah sebabnya Izryn Hani menyoal dia tentang gadis bernama Izza Syazana itu? Lama Fazz diam. Dia memandang Izryn Hani. Tidak sabar-sabar nampaknya gadis di depannya ini. Lalu dia pilih untuk bercerita sahaja, tapi dia mahu tahu mengapa Izryn Hani menyoal tentang Izza Syazana.


Kenapa Ryn nak tahu?


Ryn tak tahu. Tapi Ryn perlu tahu. Ryn keliru sangat sekarang. Please kak Fazz.


Nada suara Izryn Hani seakan merayu. Fazz yakin ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak seharusnya menyiksa Izryn Hani. Biarlah dia menjawab sahaja setiap persoalan yang dikemukan oleh gadis ini. Tidak salah rasanya. Mungkin dia juga boleh berkongsi pendapat suatu masa nanti. Sara dan Ira sudah tidak mahu berbicara tentang kisah lalu, tapi dia masih tidak boleh lupakan semua yang berlaku.


Izza Syazana, best friend we all satu masa dulu. Salah seorang student sini. Malah pernah menghuni di asrama tu. Kami berempat pernah tinggal di bilik Ryn.


Izryn Hani angguk. Kini, barula dia tahu. Rupa-rupanya bilik dia sekarang pernah menjadi bilik Izza Syazana. Memang patutlah gadis itu gemar muncul di situ dulu. Selepas ini dia tidak perlu pertikaikan lagi mengapa dia diganggu. Tapi masih ada persoalan lain yang perlu dijelaskan oleh Fazz itu pun jika Fazz sudi.


Mana dia sekarang?


Wajah Fazz sedikit berubah. Ia menyedut minumannya. Dia melemparkan pandangannya jauh ke hadapan. Saat itu kisah lalu menjelma di depan mata. Dan air matanya mula bergenang. Izryn Hani cuak. Mengapa Fazz menangis? Mungkin itulah soalannya.


Dia dah meninggal. Lebih kurang 6 bulan lepas.


Dia sakit atau accident? Izryn Hani menyerkap jarang.


Fazz geleng kepala. Sahabatnya itu tidak sakit mahupun terlibat dengan apa-apa kemalangan. Dia menyapu air matanya. Dia akan terus bercerita kepada Izryn Hani. Sedikit sebanyak dia yakin Izryn Hani adalah pilihan yang tepat untuk meluahkan semua ini. Dia tidak boleh berbicara tentang Izza Syazana walaupun sedikit, ketika bersama Sara dan Ira.


Kononnya dia bunuh diri. Sebab dia dah terlanjur dengan teman lelaki dia, mungkin. Famili dia tak boleh terima semua tu. Teman lelaki dia pula tak nak bertanggungjawab, agaknya. Itu belum dapat dijelaskan lagi sampai sekarang.


Jadi dia ada anak?!


Matanya ditujukan ke wajah Izryn Hani. Gadis di depannya ini seperti tahu sesuatu. Tapi masih keliru agaknya dengan apa yang sudah dia tahu. Tak mengapa, biarlah dia menjawab dahulu semua yang memusykilkan Izryn Hani sebelum dia mengambil giliran untuk bertanya pula. Bertindak mengikut tertib.


Dia mengandung masa tu. Maybe about four or five month.


Sekali lagi Izryn Hani angguk. Memang benarlah agaknya. Mungkin kanak-kanak lelaki yang comel itu adalah anak Izza Syazana. Siapa tahu, demi menuntut keadilan untuk ibunya si anak itu sanggup hadir dalam mimpi Izryn Hani. Sudah tentu dia mahu ibunya dibela supaya kematian ibunya tidak sia-sia.


Izza Syazana pada mata kak Fazz, macam mana? Dia seorang yang macam mana? Gadis liar ke?


Dia bukan gadis liar. Tengoklah Ryn sendiri, itulah Izza Syazana. Yang bezanya dia lebih suka berbaju kurung bila ke kelas. Dia datang dari keluarga yang mementingkan agama. Malah dia sendiri tak pernah meninggalkan tuntutan agama tapi manusia kan tentu akan buat silap juga.


Kak Fazz next time kita boleh bincang lagi tentang ni kan? Boleh kak Fazz datang bilik Ryn malam ni? Budak bertiga tu tak ada. Ryn ada sesuatu nak tunjuk pada kak Fazz. But now I have to go. Nak jumpa ibu saya sekejap. Malam ni pukul sembilan tunggu Ryn sms dulu. Ryn tunggu kat bilik then.


Fazz angguk sahaja. Dia sendiri tidak sabar-sabar mahu tahu apakah yang bakal ditunjukkan oleh Izryn Hani. Dia juga mahu tahu sebab musabab mengapa Izryn Hani mahu tahu segalanya tentang Izza Syazana. Selepas Izryn Hani menghilang dia menyedut airnya kemudian barlalu pergi meninggalkan kafeteria.


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Izryn Hani resah. Tiga temannya masih belum beredar lagi. Dia resah. Dia sudah tidak sabar mahu menemui Fazz untuk sesi malam ini. Dalam hatinya memohon agar mereka bertiga ini cepat beredar. Kalau bukan malam ini, sudah tentu sukar mahu membuat janji dengan Fazz lagi. Dia sedia maklum dengan kesibukan Fazz yang berada di tahun akhir. Tambahan pula Fazz adalah salah seorang ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar.


Korang tak jadi ke?


Jadi. Nak pergi la ni. Dapat je missed call we all terus akan berangkat. Yang kau macam tak sabar-sabar nak kami berambus kenapa?


Tak. Ingatkan nak naik cab. Kalau ada orang datang ambil, takpe la. Jawab Izryn Hani.


Mujurlah ada idea yang boleh dia gunakan untuk menyembunyikan niat sebenarnya. Dia sangat berharap mereka tidak pertikaikan apa yang dia perkatakan. Selain itu dia juga mahu mereka cepat-cepat meninggalkan dia. Dengan itu bolehlah dia bertemu dengan Fazz secepat mungkin. Dia tidak boleh berlengah lagi.


Iyelah tu. Geng jom tinggalkan dia.


Lantas ketiga-tiga mereka mengambil beg dan terus melangkah keluar dari bilik. Izryn Hani menghantar sehingga pintu. Dia melambaikan tangan kepada teman-temannya. Setelah memastikan mereka bertiga jauh dia terus mengambil telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas buat Fazz. Dia mahu Fazz datang segera.


Lebih kurang lima minit, Fazz pun datang. Selepas memastikan antara dua temannya tidak melihat dia di bilik Izryn Hani, dia terus melangkah masuk ke dalam. Gusar juga kalau-kalau Sara dan Ira melihat dia. Tentu mereka akan mengesyaki sesuatu.


Welcome home.


Fazz sekadar tersenyum. Rindu rasanya dengan bilik ini. Bukan sekadar bilik tapi kenangan-kenangan yang diciptakan disini. Sayu hati bila teringat detik-detik terakhir di kamar ini. Ketika itu kenangan pahit mula tercipta. Sukar untuk diluahkan namun tidak pula sanggup ditelan. Namun apa yang berlaku telah berlaku. Hadapi dengan senyuman.


So, apahal?


Sebuah fail berwarna biru dikeluarkan dari laci. Kemudian dihulurkan kepada Fazz. Gadis itu memandang Izryn Hani dan kemudian dia membuka fail itu perlahan-lahan. Sebaik sahaja melihat isi kandungan fail itu, terus matanya terpaku. Tanpa disuruh-suruh, air matanya bergenang dan menitis perlahan ke bumi.


Mana Ryn dapat?


Setiap kali Ryn terasa ada angin setiap kali tu la Ryn akan jumpa kertas-kertas ni. Kak Fazz, selepas Ryn lari ke bilik akak dulu Izza Syazana datang jumpa Ryn. Tapi Ryn tak tau kenapa, selepas Ryn bersikap kasar dia tak muncul-muncul lagi. Mungkin dia marah dengan Ryn.


Fazz geleng kepala. Antara mahu percaya atau tidak. Dia berfikir sejenak, kalaulah betul Izryn Hani ternampak Izza Syazana tentu gadis di depannya ini mempunyai kuasa yang agak istimewa. Tapi kalaulah Izryn Hani seperti juga dirinya sekadar manusia biasa, mengapa Izza Syazana memilih Izryn Hani? Kerana wajah mereka seiras?


Sambil berfikir,Fazz terus membelek fail itu. Setiap helaian di bacanya dengan teliti. Semuanya seolah-olah luahan hati seseorang. Dari detik kegembiraan dalam hidupnya sehingga ke peringkatan kesedihan dan penderitaan. Semakin dibaca semakin dia faham. Dia semakin yakin dengan tekaannya.


Awak kejam Rique, sungguh kejam. Awak siksa hidup saya. Awak gelapkan masa depan saya. Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa, saya akan pastikan awak takkan terlepas.


Siapa Rique kak Fazz? Boyfriend Izza Syazana ke?


Sebuah anggukkan diberi oleh Fazz. Rique atau juga lebih dikenali dengan Eriq. Itulah lelaki yang dipuja oleh Izza Syazana satu masa dulu, ketika mengukir detik bahagia bersama. Itulah lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya. Selepas dipujuk rayu sekian lama, akhirnya Izza Syazana akur dan menerima cinta lelaki itu.


 


Bermulanya detik bahagia itu dalam hidup Izza Syazana. Hari-harinya bak musim bunga yang panjang. Indah. Tidak lekang senyuman dibibirnya. Kebanyakan masanya dihabiskan bersama kekasih hati. Adakalanya lelaki itu akan menanti dia keluar dari kelas. Dan mereka akan bersama-sama pergi ke kafeteria atau ke mana-mana yang dirasakan perlu.


Siang dan malamnya hanya bertemankan lelaki itu. Dalam tidurnya juga lelaki itu tetap datang menemani. Senyuman Izza Syazaana itu terukir bukan setakat waktu dia berjaga, malah sewaktu tidur juga. Sudah jelas menunjukkan bahawa dialah insan paling bahagia kini. Tiada insan lain yang boleh mendapat kebahagian seperti yang dia ada kini. Entah bagaimana dia memperolehi kebahagian seperti ini.


Loghat kawan kita ni. Tahulah tengah bahagia pun. Tidur pun senyum juga.


Walaupun tumpang bahagia melihat sahabat mereka bahagia namun masih juga terselit sifat cemburu mereka. Mana tidaknya, dalam tidur pun masih boleh tersenyum. Kalaulah mereka juga sebahagia Izza Syazana...alangkah bahagiannya. Dunia dirasakan seperti mereka yang punya. Tapi semua itu mustahil.


Orang tengah bahagia, beb.


Bertuah Zana dapat Eriq. Tektiap hari dapat bunga and kad. Tak cukup dengan tu setiap hari lunch sama-sama. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tidak bersahur sama-sama juga. jealous tujuh hari tujuh malam aku.


Mereka sama-sama tertawa. Wajah Izza Syazana ditatap. Kemudian mereka geleng kepala. Harapan mereka Izza Syazana sentiasa dalam keadaan ini. Sejuk mata memandang senyuman sahabat itu setiap hari. Walaupun apa yang terjadi dia tetap mengukir senyuman kepada mereka. Belum pernah lagi dia bermasam muka.


Aku dengar next week diorang nak pergi picnic. Ingatkan nak tumpang sekaki tapi orang tak ajak pun. Bebel Sara.


Sapa nak bawa kau? Kacau daun je kalau kau pergi.


Sekali lagi tawa mereka terlukis. Girang. Mereka tersedar, setelah melihat Izza Syazana bergerak sedikit mereka terus senyap. Terlupa pula ada orang sedang tidur. Lantas demi seorang sahabat mereka terus memadamkan lampu dan turut sama menemani Izza di alam mimpi.


Good night, mrs. Eriq. Ucap mereka serentak.


 


Jadi sebab muka kami seiras, dia pilih Ryn?


Mungkin. Cuba Izryn siasat. Kak Fazz rasa ada sesuatu yang tak kena tapi bila akak cuba bagi pendapat diorang bantah. Akak rasa Izza Syazana kandungkan anak dia, tapi entahlah.


Izryn Hani mengerutkan dahi. Dia kurang faham. Adakah ketika meninggal dunia tiada siapa tahu siapa bapa kepada kandungannya? Tidak pernahkah Izza Syazana memberitahu siapa yang membuntingkan dia? Atau dia sendiri tidak pasti milik siapakah bayi yang dikandungnya? Tapi tidak mungkin. Fazz tidak pernah bercakap mengenai keburukan sifat dan sikapnya.


Izza Syazana tak bagitau?


Tak ada siapa pun tahu dia mengandung. Dia dah meninggal baru semua dapat tahu. Famili dia ada cari dairi-dairi dia tapi tak jumpa. Entah mana pergi semua dairi-dairi dia. Masa kami kemas barang dia, tak jumpa apa-apa pun. Kertas-kertas ni pun kami tak jumpa. Pelik juga, Ryn pula yang jumpa.


Izryn Hani anggak bahu. Dia sendiri keliru. Mungkin benar kata Fazz. Wajahnya yang seiras menyebabkan dia menjadi pilihan. Buat masa sekarang dia akan berurusan dengan Fazz. Melalui Fazz dia akan mendapatkan maklumat. Dan melalui Fazz dia harus mengenali siapa Izza Syazana agar dia tidak tersalah anggap terhadap gadis malang itu lagi.


Jadi kita patut buat apa sekarang?


Tolong dia. Bukan saja boleh tenangkan roh dia malah boleh tahu siapa penyebab Izza Syazana jadi macam tu. Sekaligus kita boleh juga bersihkan nama baik dia. Dan mungkin dapat lucutkan topeng seseorang.


Hm, ada betul juga apa yang Fazz katakan. Dalam novel atau filem seringkali mereka dapat membaca dan melihat bagaimana seorang yang telah mati kembali untuk menuntut bela demi maruahnya. Mungkin Izza Syazana juga mahu buat begitu. Dia mahu membersihkan nama baiknya. Mungkin. Dan dia memerlukan pertolongan seseorang untuk membantu dia kerana dia bukan lagi dirinya.


Famili dia pun tak tau? Betul ke?


Tak pasti. Samada mereka tahu dia mengandung tetapi tidak tahu siapa bapa bayi tu atau mereka sememangnya tidak tahu langsung. Yang pasti, mayat Izza Syazana dituntut oleh bapa saudara dia. Famili dia langsung tak pergi dekat kecuali adik bongsu dia.


Sungguh kasihan. Sampai keluarga sendiri tidak datang menuntut. Mungkin kerana dikatakan bunuh diri mereka terus membuang Izza Syazana dari keluarga itu. Memang patutlah Izza Syazana mahu menuntut bela. Sayu hati Izryn Hani mendengar penjelasan daripada Fazz. kisah yang sungguh menyedihkan.


Kak Fazz kata ada sesuatu yang tak kena? Apa maksud akak?


Kak Fazz rasa dia tak bunuh diri. Dia walaupun tidak bertudung tapi tak pernah tinggal solat. Masakan dia sanggup membunuh diri sedangkan dia tahu membunuh diri haram dalam Islam. Ujar Fazz bersungguh-sungguh.


Ya tak ya juga. Pada masa yang sama Fazz menghulurkan sebuah album gambar yang dibawanya bersama sejak tadi. Hampir terlupa pula mahu menunjukkan gambar-gambar ini kepada Izryn Hani. Bukannya penting sekadar mahu Izryn Hani membayangkan bagaimana sifat sebenar Izza Syazana itu.


Untuk apa?


Gambar kak Fazz dengan Izza Syazana. melalui gambar-gambar ni Ryn boleh bayangkan Izza Syazana orang yang macam mana.


 


Letih amat Izryn Hani malam ini. Seharian dia asyik melihat album gambar itu. Sehingga dia tidak menghadirkan diri ke kelas. Mujurlah tiada tugasan yang perlu dihantar malah tiada juga dijanjikan kuiz untuk mereka. Dia leka dengan gambar-gambar itu. Selepas berjam-jam meneliti setiap kepingan. Barulah dia tahu dan yakin Izza Syazana bukanlah perempuan murahan yang bisa menyerahkan diri kepada sesiapa sahaja.


Matanya sudah terlalu mengantuk. Dia tidak boleh berjaga lagi. Lantas dia memilih untuk tidur dulu. Awal atau tidak dia tidak kisah. Biarlah teman-temannya masuk dengan kunci yang ada pada mereka. Sebaik sahaja meletakkan kepala di atas bantal, Izryn Hani terus terlelap.


Kenapa asyik menguap aje ni? Tak cukup tidur ke?


Aah semalam asyik ingatkan Syaz je, Rique tak boleh tidur. Dah dekat subuh baru lelap.


Izza Syazana tersenyum manja. Membariskan gigi tersusun yang putih bersih. Senyuman yang dipamerkan sungguh menawan hati. Membuatkan sang arjuna cinta jadi tertawan. Tambahan pula sering dibuai suara halus miliknya, ramai sang pemuja cinta memuja cintanya, namun hanya seorang yang bertuah.


Iyelah tu. Entah-entah pergi clubbing.


Eh, mana ada! Sumpah Rique tak boleh tidur semalam sebab asyik ingatkan Syaz.


Lelaki itu mengangkat tangan. Bersungguh-sungguh membela diri. Izza Syazana geleng kepala. Lantas tangan lelaki itu dia turunkan. Dia tidak suka lelaki itu bersumpah untuk perkara remeh begini. Kalaupun hendak bersumpah biarlah bertempat. Jangan sampai dimakan sumpah sendiri suatu hari nanti.


Tak baik macam ni. Syaz tak suka Rique bermain dengan sumpah.


Wajah Izza Syazana yang tadinya agak ceria bertukar menjadi keruh. Dia melepaskan pegangan tangannya. Dia melangkah perlahan sambil Rique mengikut dengan serba salah. Suasana jadi sunyi. Kedua-dua mereka hilang kata-kata. Hari ini agak suram bagi mereka. Rique ligat berfikir, bagaimana mahu menceriakan suasana? Kemudian dia tersenyum.


Bye, Syaz sayang...


Tanpa diduga, rambut yang diikat rapi telah terurai. Rique berlari mendahului Izza Syazana sambil melambaikan tangan yang memegang getah berwarna hitam. Izza Syazana gigit bibir. Geram. Dia mengejar lelaki itu untuk mendapatkan getah kembali. Dia tidak selesa rambut itu mengerbang. Tambahan pula dia masih berada di kampus. Agak tidak kemas jika dibiarkan sahaja rambut berterbangan.


Rique, pulangkan.


Nak? Kejarlah. Macam Meriam kejar Dato Marsani.


Rique tertawa. Izza Syazana pula merayu-rayu minta getah itu dipulangkan. Sesekali mahu juga dia ketawa dengan telatah kebudak-budakan yang dibuat oleh Rique. Sedar tidak sedar dia sudah terlanggar seseorang. Kecut perutnya.


Ouch...


Astagfirullahalazim. Kau mengigau ke Ryn?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Sejak kebelakangan ini, dia mula memberi respon terhadap Eriq. Dia juga sering terserempak dengan lelaki itu sekarang dengan sengaja mahupun secara tidak sengaja. Bila bertemu dengan Eriq dia akan memastikan senyuman menggodanya dilemparkan kepada jejaka tampan itu. Sengaja dia memilih jalan jauh demi mahu bertembung dengan Eriq yang sememangnya menjadi pujaan ramai.


Dari kejauhan ada sepasang mata akan memerhati setiap pergerakan itu. Selain itu ada beberapa pasang mata lagi asyik memandang dengan tanda tanya. Agak pelik bila melihat Izryn Hani berkelakuan begini. Bukan mudah melihat Izryn Hani menggunakan jalan jauh untuk pulang ke asrama. Memilih jalan yang sama juga untuk ke kelas.


Bukan mudah juga untuk melihat Izryn terserempak dengan Eriq dengan sekerap ini. Biasanya dia akan melarikan diri walaupun cuma melihat Eriq dari jauh. Dan mereka juga tidak pernah melihat dia menerima sendiri pemberian Eriq. Tapi sejak beberapa hari ini, sering sahaja dia menerima sendiri. Malah pemberian itu dijaga rapi bukan seperti sebelum ini.


Hairan.


Perkara biasa. Sampai bila nak buat tak tau. Hampir setiap hari dapat hadiah. Ais kalau dibiarkan kat tempat haba panas, lama-lama cair beb.


Mereka tertawa. Lembut juga hati Izryn Hani untuk memberi reaksi terhadap lelaki itu. Mereka tumpang gembira. Sudah lama memancing, tapi setelah sekian lama barulah umpan mengena. Agaknya umpan yang dulu tidak berapa disukai. Risya tertawa sendiri. Panjang tawanya membuatkan teman-teman lain terpingga-pinga.


Hoi, apa masalah?!


Nothing. Terfikir tentang umpan and macam manalah muka Ryn bila kita perli dia petang ni? Jawab Risya masih bersisa tawanya.


Mereka sama-sama tertawa. Tidak sabar-sabar mahu pulang. Seolah-olah kelas petang ini mahu sahaja mereka ponteng. Tidak sabar mahu menyakat teman yang seorang itu. Berkobar-kobar. Mereka terus memerhati Izryn Hani yang sedang berbicara dengan Eriq berhampiran tangga yang biasanya menjadi tempat lelaki itu melepak bersama teman-temannya.


Senyuman tidak lekang di bibir gadis itu, sesekali dapat melihat Izryn Hani tertawa kecil sambil menutup mulutnya. Persis seorang Perempuan Melayu Terakhir. Hari ini Izryn Hani mengenakan baju kurung berwarna hijau pucuk pisang yang telah menyerlahkan keayuannya. Rambut disisir kemas dan diklipkan rapi.


Sopanlah konon tu.


Dahlah. Jom pergi kelas. Kalau tengok drama ni sampai ke tua tak habis. Kita tengok episod pertama dengan terakhir sudah.


Lantas mereka terus meninggalkan pondok tempat yang sering menjadi tempat mereka berkumpul jika waktu rehat. Kini pemerhati Izryn dan Eriq hanya tinggal seorang. Dia akan terus memerhati. Selagi Izryn Hani masih berhubungan, maka dia akan turut sama berada di mana-mana pasangan itu berada.


Aku seperti angin, berada di mana-mana kamu berada.



Dua tiga si kucing parsi, mana dia si Izryn Hani? Dari tadi tak balik-balik lagi...


Wah pantun tiga kerat yang sangat menarik. Ujar Risya kepada Aqiesh.


Mereka bertiga sudah menanti lebih dari satu jam. Tapi masih juga tidak kunjung tiba. Biasanya Izryn Hani sudah berada di bilik sebelum pukul 9 malam jika dia tiada kelas malam. Hendak dikatakan ada kelas, tidak pula dia memberitahu awal-awal. Ke mana sahaja perginya Izryn Hani yang seorang ini.


Hm, dia pergi dating agaknya! Masalah betul. Bukan nak bagitau kalau nak balik lambat. Geram aku dengan Ryn malam ni.


Wizny gigit bibir. Walaupun ini kali pertama Izryn Hani tidak memaklumkan kepada mereka tapi ini sudah cukup menyakitkan hati. Sepatutnya teman mereka itu memaklumkan dahulu. Tidaklah mereka serisau ini. Apa sahaja kerja mereka tidak boleh buat. Asyik terfikirkan ke mana perginya Izryn Hani. Selamatkah dia?


Dia balik lewat dari pukul 10 kita kunci pintu. Baru dia tahu akibatnya nak balik malam tak bagitau kita. Tambah Aqiesh.


Sebaik sahaja Aqiesh menghabiskan ayatnya, pintu bilik di buka. Muncullah orang yang ditunggu-tunggu. Berseri-seri sekali wajah gadis itu. Sebaik sahaja menunjukkan muka terus sahaja gadis itu menghulurkan senyuman beserta salam. Renungan tajam menikam dirinya namun masih lagi menyambut salam yang dihulurkan.


Untuk korang yang aku sayang. Pizza hut.


Aqiesh tersengih. Dia memandang Risya yang turut sama tersenyum suka. Hanya Wizny agak serius wajahnya. Tidak menunjukkan tanda-tanda mahu tersenyum. Izryn Hani terdiam. Dia meletakkan piza di atas meja lantas dia memandang Wizny. Niatnya mahu memujuk tapi Wizny melangkah keluar pula.


Hm, tak dapat diselamatkan.


Kenapa?


Kau, lain kali nak balik lewat bagitau dulu. Dia risaukan kau. Baik kau cakap elok-elok dengan dia nanti. Jelas Risya pula.


Tapi piza tu bagi kami eh? Lapar tau risaukan kau. Tambah Aqiesh lagi.


Izryn Hani tertawa kecil. Kalau tentang makan cepat sahaja mereka berdua ini. Selepas memberikan piza itu kepada Aqiesh dan Risya, dia duduk di katil dan berfikir bagaimana mahu memujuk teman yang seorang lagi itu? Mahu dipujuk cara orang dewasakah atau cara kanak-kanak kecil? Aduhai, kenapalah Wizny marah dan merajuk begini?


Eh, jangan habiskan pula! Simpan untuk Wizny.


Taulah.


Agak lama juga menanti tapi Wizny masih belum kembali. Lantas Izryn Hani memutuskan untuk pergi mandi dahulu. Selepas mandi nanti dia akan bercakap dan memujuk Wizny. Biar segar sedikit barulah dia ada idea untuk memberi penjelasan kepada Wizny. Lagipun dia berharap agar Wizny tenang dahulu. Biar sejuk hatinya barulah mudah berbicara nanti.


Aku nak mandi, kalau Wizny masuk ajak dia makan tau.


Okey mrs. Eriq.


Pardon?


Aqiesh dan Risya geleng kepala dan berpura-pura sibuk. Izryn Hani sekadar membiarkan. Tidak mengapa mereka mahu bergurau senda untuk malam ini. Lagipun dia harus membiasakan diri dengan usikan seperti ini. Selepas ini dia akan menerima lagi banyak usikan sedemikian rupa. Terpaksalah dia bersabar sahaja. Dia membawa tuala dan perkakas mandiannya bersama dan terus keluar meninggalkan kamar.


Fuh, nasib baik dia tak naik angin.


Dia tengah happy, mana mungkin nak naik angin. Kalau Wizzy, iye la.


Wah, wah, wah...dapat makan piza best la sangat?! Sampai mengutuk aku kiranya?


Hampir tercekik Aqiesh dan Risya kerana sergahan Wizny yang tidak langsung diduga oleh mereka. Terbatuk-batuk mereka berdua. Tapi Wizny prihatin. Dia menghulurkan botol air mineral kepada dua temannya. Dia tertawa kecil. Tidak sangka pula sergahan kecilnya itu telah menyebabkan dua temannya itu tersedak.


Sampai hati kau Wizzy, kalaulah tercekik kami ni macam mana? Ini layanan kau dekat kami yang tengah lapar ni?


Kecik hati aku. Erm, tapi tetap nak pelawa kau makan juga. Jemput makan Wizzy, Izryn Hani belanja kita.


Wizny duduk bersama. Dia bukanlah marah sangat. Cuma sekadar menggertak Izryn Hani agar tidak mengulanginya lagi. Sekarang dia mahu menikmati piza yang dibawa pulang oleh temannya. Dia sendiri seperti Aqiesh dan Risya. Lapar yang amat sangat. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan makanan ini hanya kerana dia menunjukkan wajah serius dengan Izryn Hani tadi.



Amboi, dah sampai kes merenung langit ni! Angau tahap dewa-dewa ni.


Izryn Hani tersengih sahaja. Dia tahu Wizny menujukan khas untuknya. Dia tidak kisah. Sekarang dia tidak pasti perasaan dirinya. Bila bersendirian terasa rindu bila bersama penuh kebencian. Sukar untuk ditafsirkan apakah sebenarnya yang sedang bermain dalam diri. Dia terus berpeluk tubuh di tepi jendela.


Kau kenapa ni? Sejak rapat dengan abang Eriq tu, kau dah jadi lain macam.


Aku takde apa-apa. Saja merenung masa depan.


Aqiesh mencebik. Dia lantas meninggalkan kamar. Dia ada janji dengan rakan sekelas untuk belajar bersama-sama. Risya juga turut serta. Dia juga mahu belajar bersama. Walaupun mereka tidak sekelas namun mereka mengambil subjek yang sama. Jadi tidak salah mereka belajar bersama-sama.


Aku nak keluar. Balik rumah sekejap. Maybe esok aku terus pergi kelas dari rumah.


Okey. Nampaknya aku sorang malam ni. Budak berdua tu mesti lambat balik punya.


Izryn Hani menghantar Wizny sehingga pintu. Dia melihat Wizny melangkah pergi. Terasa sedikit bosan. Dia mengeluh sendiri. Saat dia kembali ke meja belajarnya dia terpandangkan album gambar milik Fazz. Dia mencapai telefon bimbit dan menghubungi Fazz serta merta. Tidak sampai seminit telefon dijawab.


Hello, kak Fazz. Boleh kita cakap sekejap, sekarang kat bilik Ryn takde orang.


Selepas seketika memutuskan talian, Fazz pun muncul. Seperti biasa dia akan memastikan Sara mahupun Ira terlihat dirinya berada di situ. Pintu ditutup dan dikunci oleh Izryn Hani. Seperti pertemuan lalu, topik pebincangan mereka tetap sama. Izza Syazana.


Mana diorang pergi?


Wizny balik rumah. Qiesh dengan Sya pergi bilik kawan diorang.


Fazz angguk. Dia duduk bersila di lantai. Izryn Hani juga turut bersila bersama. Fail dan album gambar diletakkan di tengah-tengah antara kedudukan mereka berdua. Ada sedikit minuman untuk mereka berdua. Juga sedikit makanan ringan buat santapan mereka sambil berbincang nanti.


Kak Fazz, ada something wrong.


What?


Tangan Izryn ligat membuka album gambar milik Fazz. Menemui gambar yang dicari, dia membuka pula fail yang mengandungi kertas-kertas yang hadir bersama angin. Setiap helaian diselak. Dan dia menemui sehelai kertas yang dicarinya. Itulah kertas yang terbaru dia temui. Tapi bukan di dalam bilik ini. Sebaliknya di salah sebuah dewan kuliah.


Agaknya orang dalam gambar ni yang dimaksudkan oleh bait-bait dalam kertas?


Ini Fariez. Apa kena mengena dia pula?


Izryn Hani menghulurkan kertas itu buat tatapan Fazz. Dia sendiri agak kurang memahami apa yang dimaksudkan dalam kertas ini. Ayatnya terlalu dalam maknanya. Dia tidak boleh mentafsirkan apa-apa buat masa ini. Bahasa yang digunakan amat tinggi. Malah ada beberapa bahasa asing dalam coretan itu.


Kak Fazz faham? And siapa Fariez?


Fazz geleng kepala. Tapi dia yakin mungkin ada kaitan dengan Fariez. Tapi antara Izza Syazana dengan Fariez tidak pernah pula dia tahu apa hubungan mereka. Selama mereka berkenalan tidak pernah pula dia tahu Fariez dan Izza Syazana pernah duduk semeja. Setahu dia Fariez dan Izza Syazana seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi Fariez dan Eriq ada hubungan. Mereka adalah sepupu.


Fariez sepupu Eriq. Tapi dengan Izza Syazana, tak tau apa pula hubungannya. Fariez dah tak belajar sini sekarang. Dia senior we all sebenarnya.


Kak Fazz, jangan-jangan Fariez. Cuba ingat ada perkara mencurigakan tak dulu?



Bosan. Itulah yang dirasakan oleh Fazz bila Sara dan Ira masih lagi berada di kelas. Dia terpaksa bersendirian sementara menanti kedua-dua sahabatnya itu habis kelas. Memandangkan dia bersendirian, biasanya dia akan menghabiskan masa dengan mengambil angin di kawasan-kawasan yang tidak ramai orang.


Kali ini destinasinya adalah bangunan makmal yang paling hujung. Kawasan itu agak sunyi. Tetapi ada beberapa buah pondok tersedia di situ. Sesuatu untuk pelajar mengulangkaji pelajaran. Salah sebuah pondok disitu menjadi tumpuan Fazz. Walaupun bersendirian tetapi agak tenang kerana kawasannya agak nyaman kerana terdapat banyak pokok-pokok rendang di situ.


Lepaslah.


Langkah Fazz terhenti. Telinganya menangkap satu suara perempuan. Dia melangkah perlahan menuju arah datangnya suara itu. Dia mengintai dari sati sudut. Kelihatan sepasang manusia berada di situ. Dia mendekatkan diri. Bukan niatnya untuk mengintai tetapi dia tidak senang hati bila mendengar suara seperti merintih itu.


Lepaslah. Sakit.


Kalau Rique pegang tak pula Zana sakit. Tak marah-marah.


Fazz menutup mulutnya. Itu adalah Zana dan lelaki itu adalah Fariez. Apa yang mereka buat di sini? Mengapa tempat sunyi sebegini menjadi pilihan mereka. Dan mengapa Fariez bertindak begitu? Dia terus berada di situ untuk tahu apa akan berlaku seterusnya.


Apa masalah abang Riez? Kenapa buat saya macam ni? Apa salah saya?


Zana tak salah. Rique yang salah.


Saat itu Fazz undur ke belakang. Dia tidak mahu teruskan niatnya. Dia takut untuk melihat apa yang berlaku seterusnya. Lantas dia segera meninggalkan kawasan itu. Biarlah orang yang terlibat sahaja yang tahu apakah sebab musabab mengapa mereka berdua berada di situ. Tidak baik mengintai orang begini.


Kak Fazz, are you okey?


Ya, Izza Syazana dengan Fariez mungkin ada hubungan. Tapi kak Fazz tak pasti. Kak Fazz tak dengar perbualan mereka sampai akhir.


Menyesal. Itulah yang dirasakan oleh Fazz ketika ini. Kalaulah dia memaksa dirinya untuk terus berada di sana tentu dia akan tahu apa yang sedang berlaku antara kedua-dua insan itu. Mungkin boleh dijadikan klu untuk mereka sekarang.


Kat mana kita nak cari Fariez?


Setahu kak Fazz, dia dah kahwin. Sekarang tinggal dengan keluarga mentua dia yang juga bapa saudara Izza Syazana. Kita boleh pergi siasat hari minggu ni. Kenapa Ryn nak cari Fariez pula?


Izryn Hani angkat bahu. Selepas melihat wajah Fariez di dalam gambar itu, dia asyik teringatkan bayangan kanak-kanak lelaki itu. Pada pandangan matanya, kanak-kanak comel itu ada iras-iras wajah Fariez. Apakah itu salah satu klu untuk mereka? Kebarangkalian untuk Fariez terlibat sama adalah 50 peratus.


Bila kak Fazz free? Weekend ni?


Tapi kak Fazz nak balik rumah. Ryn ikut kak Fazz balik, nak?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

am berdeting dua belas kali menandakan sudah tepat 12 tengah malam. Izryn Hani membuka mata. Dia memandang sekeliling. Hatinya berdetik. Dari manakah datangnya bunyi jam ini? Seingat dia tiada pula jam yang sebegitu di lokasi ini. Tapi dia hairan. Di manakah dia kini? Lantas kakinya melangkah tanpa arah tuju.

Sedang asyik dia berjalan, telinganya menangkap suara orang sedang merintih. Dia menghampiri tempat datangnya suara itu. Dari satu sudut, dia mengintai. Dia semakin menghampirkan diri dengan situasi itu. Ada dua orang perempuan di situ. Seorang sedang melutut di lantai. Seorang lagi berdiri memandang ke arah lain. Sepertinya dia berada di sebuah rumah. Tapi rumah siapa?


Umi, bantulah kakak. Umi jangan layan kakak macam ni. Umi, dengar tak ni? Umi cakaplah dengan kakak. Umi...


Gadis itu melutut di kaki ibunya. Dia merayu-rayu. Air matanya berjujuran jatuh ke lantai. Erat dipeluk kaki ibunya. Namun si ibu sekadar diam membantu sambil menahan air mata dari jatuh berderai. Sangat sayu situasi ketika itu.


Umi, tolonglah umi. Cakaplah dengan kakak. Umi jangan diam macam ni. Kakak tau kakak dah kecewakan umi, tapi kakak tak tau kenapa semua ni terjadi. Sungguh kakak tak sengaja. Sumpah umi, kakak tak sengaja.


Tak sengaja? Jangan nak mengarut. Anak siapa ni Izza Syazana? Cakaplah. Dah jadi macam ni baru cakap tak sengaja?


Kuat sekali suara ibunya. Dia kelihatan sayu namun dia tegas bersuara. Anaknya itu terduduk di lantai. Air matanya masih lagi mengalir bak air hujan yang menitis. Laju. Tersedu-sedan dia di situ. Lama dia membatu di situ.


Kakak tak sengaja, umi. Kakak tak tau, umi. Sumpah kakak tak tau. Kakak mengaku ada teman lelaki tapi kakak tak pernah buat apa-apa dengan dia. Betul umi. Kakak sendiri tak pasti apa berlaku pada kakak malam tu. Kakak tak sedar. Kakak tak berani fikirkan apa-apa pun umi.


Sudahlah Izza Syazana. Cukuplah setakat hari ni jadi anak umi. Pergilah. Jangan malukan keluarga ni lagi. Jangan musnahkan masa depan adik-adik. Pergilah. Pergi.


Makin laju air matanya mengalir. Dia mengeratkan pelukan pada kaki ibunya. Seperti tidak mahu melepaskan kaki itu. Dia menyesal. Dia tidak tahu apa sudah dia lakukan. Dia juga tidak pasti siapa yang telah melakukannya. Sampai saat ini dia tertanya-tanya siapa. Dia mahu tahu siapa, tapi dia tidak berani membuka mulut. Malah sejak tahu dirinya berbadan dua, dia jadi keliru. Ketika itu dia mula menjauhkan diri.


Umi ampunkan kakak. Sumpah kakak bukan macam umi katakan. Kakak akan buktikan bukan kakak yang serahkan diri kakak pada jantan tu. Tapi kakak dianiaya. Kakak bersumpah dengan nama Allah, dia takkan selamat.


Sudahlah Izza Syazana. Keluar dari rumah ni sekarang. Umi tak nak tengok muka kamu lagi. Keluar sekarang.


Tubuh Izza Syazana ditolak kasar. Dengan penuh keterpaksaan dia bangun dan melangkah meninggalkan kamar itu. Bersama air matanya yang masih mengalir laju, dia melangkah longlai menuruni anak tangga. Ketika berada di ruang tamu dia terserempak dengan bapanya. Dia tertunduk tanpa berkata apa-apa.


Kamu boleh balik ke sini selepas buktikan kamu dianiaya. Selagi kamu tak bersihkan kotoran pada tubuh kamu, jangan sesekali berangan untuk balik ke sini dan panggil aku walid.


Ampunkan kakak. Dengan nama Allah, kakak tak salah. Suatu hari walid dengan umi akan tahu juga. Walau jasad kakak dah tak ada, roh kakak akan tetap ada di mana-mana demi menuntut keadilan. Ini sumpah kakak.


Selepas selesai berkata-kata, terus sahaja Izza Syazana melangkah keluar dari rumah itu. Terus menghilang dan tak kunjung kembali. Mulai saat itu, statusnya sebagai anak sulung keluarga ini diambil alih oleh adiknya.



Tunggu dulu.


Risya tergamam. Dia berpaling. Hairan. Izryn Hani masih nyenyak tidur. Siapa pula yang meminta dia tunggu? Tapi dia yakin itu suara temannya. Dia terus membuka langkah mara ke depan. Dia mahu ke bilik mandi untuk menyegarkan dirinya. Sudah terlalu panas sekarang. Sejak dia bangun tadi dia sudah banyak melakukan kerja sehingga berpeluh-peluh.


Kita perlu bercakap. Saya nak tahu sesuatu.


Belum pun sempat membuka pintu sudah terdengar lagi suara tadi. Sekali lagi Risya berpaling. Kali ini dia dapat melihat bibir Izryn Hani bergerak-gerak. Sudah dapat dia mengagak. Tentu sahaja teman ini sedang bercakap dalam tidur. Dia harus mengejutkan gadis ini supaya tersedar dari mimpinya. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, temannya yang seorang ini asyik sahaja bercakap dalam tidur.


Ryn, bangunlah. Dah tengah hari. Sudah-sudahlah berdailog dengan orang dalam mimpi tu. Tak ke mana dia. Bebel Risya seorang diri.


Seperti kata arwah nenek, jika mahu membangunkan orang yang sedang mengigau elok jika disentuh pada kakinya. Tapi tidak pula nenek kata supaya memanggil nama. Dia sengaja memanggil nama Izryn Hani supaya temannya itu tahu bahawa dia yang sedang mengejutkannya. Tentu bila tersedar nanti, Izryn Hani akan terjadi seperti dulu. Tercengang-cengang dan seolah-olah hilang ingatan buat seketika.


Izryn Hani, bangunlah.


Astaqfirullahalazim, aku mimpi lagi.


Izryn Hani meraup wajahnya yang berpeluh. Dia tercungap-cungap. Mana tidaknya, dia bermimpi sedang mengejar Izza Syazana. Namun, dia tidak mampu menyaingi gadis itu. Terlalu cepat dia membuka langkah. Akhirnya dia terdengar Risya memanggil dia. Maka tersedarlah dia dari mimpi yang panjang.


Kau ni makin lama makin banyak mimpi. Banyak fikir ni. Bebel Risya lagi sambil memandang Izryn Hani yang masih termenung di atas katil.


Aku ada merepek apa-apa tak tadi?


Risya geleng kepala. Sengaja tidak mahu memberitahu kebenarannya. Dia tahu jika dia mengiyakan bemakna dia akan terperangkap di situ. Biarlah dia sahaja yang tahu. Akan dipastikan rahsia ini hanya dia yang tahu. Mungkin tidak baik dibiarkan orang lain tahu, ini ada masalah peribadi Izryn Hani mungkin.


Aku nak mandi. Kau jangan tidur lagi, dah tengah hari ni.


Thanks. Kalaulah kau tak kejutkan entah apa lagi yang aku mimpikan.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Angin bertiup lembut. Izryn masih berdiri di jendela sambil membuang pandangan ke luar. Fikirannya menerawang jauh. Beberapa hari ini dia merasakan dirinya keliru. Pelbagai persoalan sedang bermain di fikirannya. Dia tidak pasti yang mana mesti didahulukan. Apakah perkara berkaitan dengan dirinya atau orang lain?


Sejak terserempak dengan Fariez jiwanya makin tertekan. Lelaki itu seolah-olah mengejar dirinya juga. Kini dia terpaksa melayan dua lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Terasa pergerakannya terbatas. Hanya Fazz tempat dia mengadu hal. Tetapi demi mencari jawapan untuk kes Izza Syazana dia terpaksa bertegas jua.


Kenapa ni, Ryn?


Nothing. Rasa macam penat.


Mana tak penatnya, kau asyik hilang je. Merayap entah ke mana-mana.


Izryn Hani tertawa kecil. Tidak dinafikan dia sering menghilangkan diri sekarang. Kadang kala dia hanya mengirimkan pesanan ringkas melalui telefon bimbit atau melalui teman-teman lain. Dia tidak berani untuk memberitahu secara berdepan, kerana dia yakin teman-temannya itu akan banyak menyoal dia.


Pergi dating kerap sangat, tu pasal kau penat. Cuba duduk dalam bilik ni layan kitorang sekali sekala. Sampuk Risya.


Layan korang lagi penat. Asyik buli aku je. Naik pening kepala aku dengan korang. Dahlah, daripada bercakap mengarut baik korang tidur pun bagus.


Izryn Hani terus memadam lampu. Kebetulan ketiga-tiga rakannya sudah pun berada di atas katil hanya dia sahaja yang masih berdiri. Dia masih belum mengantuk. Jiwanya tidak tenang tidur pun belum pasti nyenyak seperti dulu. Lagipun dia sedang sabar menanti kedatangan seseorang yang sangat dia tunggu-tunggu. Setiap detik dia memohon agar dia bertemu kembali dengan gadis itu. Muncullah, cukuplah jika hanya sekali sahaja lagi.


Okeylah. Kau jangan tidur lambat sangat.


Yes, I know.


Lantas dia kembali membuang pandangan ke luar jendela. Kali ini dia memilih langit untuk renungannya. Bintang-bintang dilangit dikira. Dia tersenyum seorang diri. Teringat cerita Mr. Bean yang mengira kambing biri-biri ketika dia tidak boleh melelapkan mata.


Izryn, terima kasih.


Suara itu. Izryn Hani mula tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Muncullah, kita harus berbincang. Itulah kata hati Izryn Hani. Ketika itu matanya tertumpu kepada susuk tubuh di bawah sepohon pokok rendang di belakang biliknya. Saat itu makhluk itu berpaling dan tersenyum. Itulah dia. Itulah Izza Syazana.


Kak Izza?!


Turunlah. Kakak tak boleh naik.


Secepat mungkin Izryn Hani melangkah keluar dari kamar. Dia sekadar memberitahu bahawa dia mahu ke tandas kemudian mahu menelefon dengen menggunakan telefon awam di aras bawah. Teman-temannya sekadar angguk. Mereka tidak mahu mengambil tahu. Lagipun tiba-tiba rasa mengantuk yang teramat sangat.


Sambil berjalan dia menghantar pesanan ringkas kepada Fazz. Ketika melalui bilik seniornya itu, lampu masih cerah. Kelihatan Fazz sedang memandang ke arah pintu. Dia nampaknya tidak boleh keluar sekarang melainkan ada alasan untuk dia mengelak daripada disoal oleh sahabat-sahabatnya. Izryn Hani faham lantas memberi isyarat kepada Fazz tanda dia akan pergi dahulu. Fazz angguk sahaja.


Fazz, kenapa?


Tak ada apa-apa. Leher aku macam sakit. Aku nak turun bawah sekejap. Nak buat call. Handphone aku problem.


Izryn Hani terdengar Fazz bercakap dengan sahabat-sahabatnya. Dia tersenyum. Dalam hati, dia mengharapkan Fazz berjaya melepaskan diri dari sahabat-sahabatnya itu. Dia terus melangkah laju untuk bertemu Izza Syazana. Dia harus bertemu gadis itu secepat mungkin. Dan dia harap jika Fazz berjaya melepaskan diri, Izza Syazana tidak akan melarikan diri.


Kak Izza, saya dah sampai.


Sebaik sahaja menjejakkan kaki di pokok rendang itu dia terus memanggil Izza Syazana. Saat ini terasa seram sejuk di kawasan itu. Keberaniannya makin pudar tapi dia memaksa diri untuk terus berada di situ demi menemui Izza Syazana. Dingin malam makin menggigit sehingga ke tulang hitamnya.


Kak Izza, saya minta maaf kalau saya buat kakak terguris dulu. Saya tak sengaja. Saya tak tahu apa-apa masa tu.


Tak apa. Terima kasih sudi terlibat dalam masalah ni.


Sedang asyik Izryn Hani dan Izza Syazana berbicara, lain pula Fazz. Dia tiba-tiba mengubah haluan. Dia terdengar ada suara si kecil memanggil dirinya. Berbekalkan keberanian yang sekadar separuh, dia menuju ke taman permainan tempat anak-anak staff sering bermain. Dadanya berdegup pantas.


Makcik Fazz.


Fazz tersentak. Seorang anak kecil menarik bajunya. Wajahnya pucat lesi. Dia gemuruh. Siapakah pula budak ini? Apa yang dia buat di sini pada tengah malam sebegini? Dengan keberanian yang ada dia memandang budak kecil itu. Serta merta ketakutannya hilang. Budak lelaki itu sangat comel. Sekilas pandang ada iras wajah orang yang dikenalinya.


Siapa nama?


Afiq Fariez.


Fazz memimpin kanak-kanak lelaki itu. Dia membawa Afiq Fariez duduk di bangku yang disediakan. Si kecil sekadar tertawa dan mengikut langkah Fazz. Nampaknya dia senang bersama Fazz. Dan Fazz juga kelihatan senang bersama si comel itu. Petah berbicara.


Apa Afiq buat kat sini?


Tunggu umi. Jawab Afiq ringkas.


Tunggu umi? Apakah yang dilakukan oleh ibu si kecil ini pada waktu begini? Sudah tiada waktu lainkah. Tidak kasihankah pada anak kecil ini berjemur di bawah embun? Sedangkah Fazz yang dewasa pun terasa sejuk, sedangkan pula anak kecil ini.


Umi?! Siapa umi Afiq? Dia ke mana?


Umi jumpa kawan.


Afiq, siapa umi Afiq?


Afiq diam. Tidak berkata apa-apa pun. Dia membatu di situ. Mungkin tidak mahu berbicara tentang ibunya kerana meninggalkan dia seorang diri di sini. Fazz membiarkan sahaja. Tapi dia ahu juga tahu sesuatu. Dia harus bertanya lagi. Tapi bukan soalan berkenaan ibunya lagi. Khuatir merajuk pula si kecil cilik ini.


Ayah tak marah ke umi bawa Afiq keluar malam-malam ni?


Afiq takde ayah. Nadanya sedikit keras.


Fazz telan liur. Garang sungguh. Menyesal pula bertanya soalan ini. Dia berharap Afiq tidak akan merajuk kerana soalan itu. Tapi itulah hakikatnya, anak kecil itu sudah memasamkan muka. Entah bagaimana mahu memujuk?! Fazz berfikir sejenak. Jika pada anak-anak saudaranya bolehlah dia memujuk dengan coklat atau aiskrim tapi malam-malam begini mana nak dapat?


Sorry, Afiq. Makcik Fazz tak tau.


Takpe.


Tiba-tiba angin bertiup lagi. Kali ini Fazz terasa sesuatu yang amat menakutkan. Serta merta tangganya yang memegang tangan si kecil terus terurai. Terasa tangan si kecil itu sangat sejuk seperti mayat. Dia mula berfikir yang bukan-bukan. Saat itu...


Afiq, sayang mari ikut umi.


Suara itu. Ya, suara itu. Fazz berpaling. Terlihat wajahnya sahabatnya. Dia tergamam melihat Izza Syazana menghampirinya. Senyuman itu memang amat dia kenali. Susuk tubuh itu juga. Yang pasti itu bukan Izryn Hani.


Afiq pergi dulu.


Afiq melangkah meninggalkan dia. Lantas menuju ke arah ibunya yang sedang menanti tidak jauh dari situ. Fazz telan liur. Wajahnya berubah warna. Bibirnya yang merah menjadi keputih-putihan. Serta merta malam yang kelam terus gelap gelita.


 


Fazz, kau okey?


Perlahan-lahan Fazz cuba bangun. Terasa kepalanya pening. Matanya berpinar-pinar. Dia memandang sekeliling. Di manakah dia? Siapa lelaki berkot putih ini? Dan apa pula perempuan berbaju serba putih ini buat di sisinya? Kenapa tempat ini berbau semacam? Dia berada di mana sekarang? Itulah soalan Fazz pada dirinya.


Aku di mana ni?


Hospital. Semalam kau pengsan, nasib baik Ryn jumpa kau kat taman tu.


Barulah Fazz tahu apa yang berlaku. Dia memicit kepalanya. Lantas dia memandang Izryn Hani yang sedang duduk di kerusi tidak jauh darinya. Wajah gadis itu juga agak sugul. Kenapa pula dengan Izryn Hani? Dia memandang Sara dan Ira yang sedang berbicara dengan doktor. Kemudian dia teringatkan Afiq.


 Apa, Fazz?


Takde apa-apa. Aku penat. Nak rehat sekejap. Korang baliklah dulu. Aku okey.


Ryn nak cakap dengan kak Fazz sekejap, boleh?


Fazz angguk. Dia membenarkan Izryn Hani bersama, sebaliknya dia menyuruh Sara dan Ira pulang dahulu. Dia tahu hari ini Sara dan Ira ada kelas. Dia tidak mahu kedua-dua mereka terlepas kelas kerana dirinya. Lagipun dia mahu berbicara dengan Izryn Hani secara peribadi.


Ryn minta maaf sebab Ryn kak Fazz jadi macam ni. Ryn tak sangka. Maafkan Ryn. Hampir menangis gadis itu disisinya.


Takde apa-apa. Berbaloi kak Fazz pengsan tau. Budak tu Afiq Fariez. Mungkin itu anak Izza Syazana dengan Fariez.


Kak Fazz jumpa budak tu?


Fazz angguk. Sebelum dia pengsan dia berbicara panjang dengan budak lelaki itu agak lama. Malah sempat berkenalan. Izryn Hani tentu tidak tahu kerana dia datang membantu Fazz selepas semua kejadian berlalu. Dia tidak mengikuti perbualan Fazz bersama Afiq kerana dia sedang bersama ibu Afiq. Dan dia juga tidak perasan yang Fazz dapat melihat Izza Syazana. kerana kejadian itulah Fazz terkejut.


Iya. Dia panggil Izza Syazana dengan panggilan umi. Bila tanya mana ayahnya. Katanya dia takde ayah.


Jadi betullah? Afiq Fariez?


Hm, I think so. Izza Syazana pernah cakap dia suka nama Afiq. Dia akan namakan anaknya Afiq diikuti nama bapak budak tu.


Jawapan Fazz lengkap seperti yang dia pernah dengar beberapa tahun lalu. Mungkin dia betul mungkin juga tidak. Buat masa ini kesimpulan itulah yang sesuai buat mereka berdua. Tidak salah membuat kesimpulan awal demi mencari jawapan yang sebenar-benarnya.


Tapi takde siapa tau siapa bapa budak tu kan?


Itulah yang kita perlu cari sekarang. Belum jelas.


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Sejak Fazz pengsan tanpa sebab, Sara dan Ira sering mendesak dia. Soalan mereka mudah sahaja. Apa kau buat kat taman permainan malam-malam buta? Jawapan yang diberikan oleh Fazz seolah-olah tidak boleh di percayai pada pendengaran mereka. Setiap detik mereka akan bertanya dan terus bertanya. Mendesak dan terus terdesak. Fazz perlu mereka cerita tapi dia tidak boleh memberitahu kebenarannya.


Aku pergi public phone, tiba-tiba aku dengar suara budak nangis so aku pun pergilah tengok. Tak ada sesapa, tiba-tiba aku nampak something maka tanpa disuruh aku terkejut and pengsan kat situ.


Panjang lebar Fazz membuat penerangan bagi membuat dua sahabatnya faham dan tidak bertanya lagi. Sukar untuk diramal samada mereka berdua akan percaya tau tidak. Selama mereka kenal antara satu sama lain, Sara dan Ira tidak akan menerima jawapan yang tidak logik bagi mereka. Pemikiran mereka sangat komplek. Malah mereka terlalu maju ke depan. Setiap soalan pasti mereka akan sertakan jawapan bersama.


Sejak bila kau jadi berani sangat? Kenapa kau tak jerit?


Buat apa nak jerit? Tak semua orang takut akan menjerit. Aku tak tipulah. Aku cakap betul-betul ni.


Bersungguh-sungguh Fazz membela dirinya. Dia harus membuatkan kedua-dua sahabatnya ini berpuas hati dengan jawapan yang diberikan olehnya. Dia sudah penat mendengar soalan yang sama meniti di bibir mereka. Letih telinganya asyik mendengar ayat yang sama.


Kenapa kau asyik panggil Afiq masa kau tak sedar? Dan paling we all tak percaya kau panggil Zana.


Afiq mana ni? Zana? Korang salah dengar tu. Sejak dia meninggal aku tak pernah sebut nama dia. Aku mimpi agaknya. Kau pun tau, orang yang tak sedar memang macam tu. Ala, abaikanlah. Aku pun dah sedar sekarang. Dah sihat pun.


Nampak gayanya Sara dan Ira masih belum mempercayai kata-katanya. Dia sudah hilang sabar. Lantas dia merengus kasar dan terus keluar dari bilik. Letih meyakinkan orang yang susah mahu percaya. Dia mahu sendirian. Kalau bersama Izryn Hani pun ada baiknya. Dia melangkah ke kamar Izryn Hani yang tidak jauh dari kamarnya.


Pintu terbuka sahaja tapi tiada suara sesiapa kedengaran. Dia menjenguk ke dalam. Kelihatannya seperti Izryn Hani sedang tidur di katil. Begitu juga dengan Risya. Fazz tidak jadi menganggu. Dia berundur setapak ke belakang. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh. Dia berpaling. Ya Allah, Ya Tuhanku. Fazz menjerit.


Kak Fazz, ni Wizzy.


Astagfirullahallazim. Kenapa Wizny pakai bedak sejuk malam-malam macam ni? Menakutkan aje. Semangat kak Fazz belum pulih lagi tau.


Aqiesh tertawa melihat Wizny menggaru kepala yang tidak gatal. Salah dia juga mengejutkan Fazz. Mujurlah Fazz tidak pengsan seperti dulu. Wizny memohon maaf keatas ketidaksengajaannya. Sesungguhnya dia tidak berniat mahu menakutkan Fazz. Sepatutnya dia memberi salam dahulu sebelum mencuit bahu Fazz.


Sorry, kak Faz. Betul Wizzy tak sengaja. Apa kak Fazz buat kat sini?


Saja lalu sini. Jenguk ke dalam ingat nak jumpa Ryn tapi dia tidur.


Kerap kak Fazz jumpa Ryn, eh! Ada apa-apa ke?


Fazz geleng kepala. Dia sekadar tersenyum lantas membuka langkah menujuk ke tandas yang terletak dihujung sana. Wizny dan Aqiesh memandang Fazz penuh tanda tanya. Entah apalah agaknya yang sedang dirahsiakan. Sudah banyak kali mereka melihat Izryn Hani dan Fazz menghabiskan masa bersama. Seolah-olah ada perbincangan yang serius.


Hairan bin ajaib.


Biarkan. Biarkan.


 


Kenapa abang tengok Ryn macam ada masalah je?


Taklah. Ryn okey je. Abang tak baik buat serkap jarang tau.


Izryn Hani sedang susah hati sekarang. Dia berada di antara dua lelaki. Takutnya bukan kepalang. Kalaulah Eriq melihat dia bersama Fariez entah apa nasibnya. Dan kalaulah Fariez tahu dia juga ada hubungan dengan Eriq, bagaimana pula? Paling tidak pun, bagaimana jika isteri Fariez tahu suaminya bermain cinta dengan perempuan lain?


Cakaplah dengan abang.


Tak ada apa-apa. Cuma terfikir kalaulah isteri abang tau, macam mana?


Dia takkan tahu. Kita pandailah jaga rahsia ni. Lagipun dia dah sedia maklum, siapa di hati abang sebelum ni.


Dahi Izryn Hani berkerut. Siapa di hati abang sebelum ni? Agak pelik ayat itu. Dia memandang lelaki itu lama. Meminta penjelasan. Dia rasa dirinya semakin hampir dengan penghujung cerita. Dia harus bersabar. Tidak perlu mendesak kerana dengan mendesak dia akan kehilangan semuanya.


Maksud abang?


Tak ada apa-apa.


Cepat lelaki itu menggeleng kepala dan memandang tempat lain. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. Perubahan wajah itu buat Izryn Hani jadi tidak sabar mahu mendengar penjelasan lelaki di depannya. Dia sangat berharap lelaki ini memberikan sedikit maklumat untuk pencariannya. Agak sukat mahu mendapatkan dari Eriq kerana lelaki itu agak sibuk sekarang.


Abang ada rahsiakan something. Takpe la kalau tak nak cerita.


Dengan nada merajuk Izryn Hani bersuara. Dia menyedut minumannya dengan wajah kurang ceria. Berharap rajuknya akan membuat Fariez mengalah dan bercerita serba sedikit dengan apa yang dia maksudkan tadi.


Ryn jangan macam ni. Abang tak nak Ryn kecil hati.


Takpe tak nak cerita sudah. Ryn nak balik, malam ni ada janji dengan budak-budak tu nak study sama-sama.


Wajah Fariez berubah lagi, menjadi serba salah pula. Mungkin kerana dia telah menyebabkan Izryn Hani merajuk lantas dia jadi begitu. Sebaik sahaja melihat Izryn Hani berdiri dia juga segera bangun. Apabila Izryn Hani melangkah meninggalkannya, dia jadi gelabah. Tatkala itu dia sedar, Izryn Hani benar-benar telah pergi tanpa berpaling.


Ryn, tunggu dulu. Dengar apa abang nak cakap ni.


Tak payah cakap apa-apa. Hantar Ryn balik sekarang juga.


Fariez terpaksa mengejar Izryn. Saat itu dia teringat kembali kisah lalu antara dia dan seseorang yang amat sukar mahu menerima dia pada mulanya. Beginilah keadaannya bila gadis itu mula merajuk. Memang untuk dipujuk. Tapi selepas itu dia tiada kesempatan lagi. Itulah kali pertama dan terakhir dia melihat gadis itu merajuk dan itulah kali pertama dan terakhir memujuk gadis itu. Kemudiannya dia terus menderita.


Izryn Hani, abang akan cerita. Tapi bukan di sini. Ikut abang dulu, kemudian abang hantar Ryn balik, okey?


Tak payahlah, abang tipu. Takpe Ryn tak payah tahu tentang masa silam abang.


Tangan Izryn Hani disambar dari belakang. Sekelip mata Izryn Hani berpaling merenung dia tajam. Lelaki yang segak berkemeja dan bertali leher itu sudah tidak boleh membiarkan Izryn Hani begitu. Dia mahu Izryn Hani mendengar apa yang mahu dia katakan secara jelas.


Ryn, abang janji akan cerita. Jangan buat abang macam ni.


Okey, kalau abang tipu jangan cari Ryn lagi.


Fariez angguk. Dia setuju dengan syarat yang dikemukakan itu. Lantas mereka berdua masuk ke perut kereta dan terus meninggalkan restoran itu dan menuju destinasi seterusnya untuk perbualan yang seterusnya.


 


Macam mana Baby nak bagitau Rique? Kalau dia mengamuk?


Baby cakap baik-baik. Bagi alasan yang munasabah. Abang yakin dia boleh terima.


Satu keluhan kedengaran. Sukarnya mahu membuat pengakuan apatah lagi mahu meminta untuk menamatkan satu perhubungan yang agak lama diikat. Mengapalah semua ini berlaku pada dia? Kenapa tiba-tiba hatinya boleh berubah untuk mencintai orang lain sedangkan dia sudah mendapat lelaki yang agak baik.


Nantilah Baby cakap degan Rique.


Izza Syazana, ingat tau. Abang cemburulah tengok Baby dengan dia.


Satu cubitan singgah di lengan Fariez. Pedih dirasakan lengan kanannya itu. Dia mengaduh sakit. Kemudian dia memasamkan muka. Mahu merajuk agaknya. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh mesra. Tenang hatinya.


Abang merajuk eh? Janganlah merajuk. Baby tak pandai pujuk. Abang, jangan marajuk eh, Baby belanja aiskrim nak?


Aiskrim je?


Iyelah. Abang kan suka aiskrim.


Fariez tertawa kecil. Lucu pula. Biasanya perempuan yang sukakan aiskrim tapi dalam kisah cinta dia dan Izza Syazana dia pula yang menyukai aiskrim sedangkan Izza Syazana tidak berapa menggemari aiskrim sebaliknya lebih suka coklat.


Begitulah kisahnya mereka berdua. Cinta datang tidak kira waktu. Bila ada cinta baru, cinta yang lama semakin pudar. Kesudahannya sukar untuk dipastikan. Apakah bahagia atau sebaliknya?! Hanya orang yang melaluinya sahaja akan tahu bagaimana rasa dan kesudahannya. Mungkin ada yang mengecapi bahagia ada juga yang merana sepanjang hidup.


Abang, Rique ajak Baby keluar malam ni.


Baby keluarlah. Abang tak kisah.


Okeylah kalau macam tu, Baby nak siap. Kejap lagi dia datang ambil.


Fariez termenung sendiri dalam kereta. Tiba-tiba terasa bahunya di sentuh. Dia berpaling dan tersenyum pahit. Barulah dia sedar kini dia bukan lagi bersama Izza Syazana. Dia sudah kehilangan gadis itu beberapa bulan lalu. Kini dia bersama seseorang yang sangat seiras dengan Izza Syazana.


Abang kalau tak boleh teruskan takpe. Kalau tak keberatan, apa jadi bila dia keluar dengan Rique? Izryn Hani bersuara.


Malam tu ada sesuatu terjadi pada kami bertiga. Rique dapat tahu dari somebody tentang abang dengan Zana.


Kenangan pahit itu menjelma lagi. Tanpa disedari sesuatu telah berlaku tanpa disedari. Bagaimana ianya bermula dan berakhirnya semuanya kabur. Setiap apa yang dia ingat, semuanya dia ceritakan kepada Izryn Hani. Tanpa segan dan silu ada setitis air mata menitis. Izryn Hani tergamam. Apakah ini lakonan atau kebenarannya?


Abang stop. Jangan cerita lagi.


Abang sayang sangat dekat dia. Bukan niat abang nak merampas. Tapi abang terlalu sukakan dia.


 


Wajah Izryn Hani sugul. Dia tidak bermaya. Sudah beberapa malam dia tidak nyenyak. Semuanya gara-gara terlalu banyak berfikir. Dan bila dia boleh tidur sering diganggu mimpi-mimpi menakutkan. Wajahnya agak pucar berbanding selalu. Hari ini dia tidak seaktif selalu. Ketika di dalam kelas dia asyik termenung.


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pensyarah-pensyarahnya banyak memberi komen negatif tentang dirinya. Dia sekadar tunduk tidak berani bertentang mata dengan mereka. Malu pula. Tapi dia tidak boleh memberi fokus terhadap pelajarannya pada ketika ini. Dia lebih mementingkan perkara lain.


Hani, kenapa dengan kau? Aku tengok macam ada masalah besar je.


Tak ada apa-apalah, Will. Aku penat je. Banyak benda tengah fikir sekarang ni. Dua tiga hari lagi okeylah agaknya. Sorrylah aku bukan sengaja nak menggagalkan presentation kita tadi. Ujar Izryn Hani.


Edzriq Zawwil terus merenung wajah Izryn Hani yang langsung tidak menunjukkan keceriaannya. Sejak dia kenal gadis ini, tidak pernah sekalipun dia melihat Izryn Hani lemah tak bermaya sebegini rupa. Apakah masalahnya sekarang? Hendak di tanya khuatir dituduh menjaga tepi kain orang pula nanti. Biar sahajalah.


Takpe. Yang penting kau jangan ulang lagi. Lagipun, aku susah hati tengok gadis pujaan aku tak bermaya macam ni.


Wajah lelaki yang berada di depannya direnung tajam. Aku susah hati tengok gadis pujaan aku tak bermaya macam ni. Apa pula gurauan yang dibuat oleh lelaki ini? Dia sudah cukup susah hati dengan hal lain, kini dia pula bergurau senda begini. Tentu sahaja menganggu fikirannya yang sememangnnya sedang terganggu ini.


Kau jangan nak main-main dengan aku, Will. Aku tengah susah hati dengan dua jantan ni, kau jangan nak menyumbangkan lagi satu masalah untuk aku. Jangan nak buat hal. Aku dah letih sangat-sangat ni.


Marah pulak dia ni. Aku cakap lepas kau dah kembali ceria aje la.


Izryn Hani gigit bibir. Geram pula dia dengan Edzriq Zawwil. Selama ini mereka sekadar berbicara tentang pelajaran. Tidak semena-mena boleh pula dia berani bercakap begitu. Tentulah Izryn Hani terkejut dan mula melatah. Kerana ada sesuatu yang tersembunyi dalam hati gadis itu untuk satu tempoh yang lama ini.


Dahlah kau. Aku nak balik hostel. Menyampah aku tengok muka kau hari ni. Menyakitkan hati sungguh. Kalau nak meluahkan perasaan pun pilih masa yang sesuai. Insyaallah aku pertimbangkan.


Izryn Hani membuka langkah secepat mungkin. Anginnya tidak menentu sekarang. Sekejap dia seperti biasa, kadang kala dia cepat naik darah. Adakalanya juga dia terlalu gembira sehingga semua orang dia senyum, walaupun dia tidak mengenali siapa mereka.


Kau period ke Hani?


Diamlah kau.


Semua mata memandang Izryn Hani. Merah wajahnya menahan malu. Tiada hati dan perasaankah lelaki ini? Harap muka sahaja baik tapi tiada hati. Sanggup dia menyoal soalan sebegitu dengan nada suara yang kuat di tempat awam! Bertambah geramlah gadis itu. Mana tidaknya semua mata memandang dia dan tersenyum sinis. Laju sahaja dia meninggalkan kafeteria. Ada ubi ada batas, ada hari dia mesti membalas.


Lahanat kau Zawwil.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Amboi masamnya muka. Jumpa dengan aku masam. Dengan abang Eriq bukan main senyum sampai telinga.


Kau jangan nak busy body. Jangan nak ikut perangai Will.


Mata Izryn Hani mengerling Edzriq Zawwil yang sedang tekun menulis selang beberapa meja darinya. Amarahnya pada lelaki itu masih bersisa lagi. Teman-teman sebilik yang terdengar soalan lelaki itu tempoh hari sering sahaja mengusik dia. Bertambah sakit hati bila Fazz asyik tertawa jika bertemu dengannya.


Lelaki itu mengangkat muka dan tersengih sahaja kemudian kembali menghadap buku rujukannya kembali. Hari ini dia tidak mahu mengacau jiwa Izryn Hani kerana semalam dia telah diberi amaran keras. Mulai hari ini dia sudah berjanji pada dirinya tidak akan menganggu Izryn Hani lagi. Mungkin dia patut menjauhkan diri dari gadis itu juga.


Oh, dia kacau kau tu pasal semalam dia kena sound dengan abang Eriq?! Padanlah tak berani kacau kau pun hari ni. Kau ni kaki report pakwe eh?! Hariz bersuara lagi.


Kawan-kawan rapat Edriq Zawwil ketawa terbahak-bahak. Izryn Hani memandang Hariz lama. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dinyatakan oleh Hariz. Masakan Eriq tahu tentang hal tempoh hari. Dia langsung tidak membuka mulut pada lelaki itu. Apatah lagi mahu membuat laporan kepada lelaki itu. Tidak munasabah jika hanya kerana perkara sekecil itu dia mahu memberitahu Eriq.


Walaupun agak marah tetapi dia tidaklah menganggap itu perkara besar. Masih menganggap itu sekadar gurauan walaupun agak kasar dan memalukan. Baginya apa yang berlaku akan dilupakan jua nanti. Lainlah kalau kehormatannya dicabul oleh Edzriq Zawwil, mungkin dia tidak akan berdiam diri.


Aku tak report pun. Kau baik-baik sikit. Jangan nak serkap jarang je, Hariz.


Bukan kau report? Erm, kalau macam tu ada mulut lain la ni yang dengki. Sabarlah kau, Will. Nak buat macam mana, kau kacau orang punya.


Sudahlah. Miss Khoo dah masuk. Ujar Edzriq Zawwil.


Proses pembelajaran bermula. Tapi Izryn Hani tidak boleh memberi fokus terhadap tutorial hari ini. Dia sedang berfikir tentang kebenaran kata-kata Hariz. Apakah benar yang Hariz katakan atau dia sekadar mahu membuat cerita. Izryn Hani mengeluh. Agak kuat, tanpa disedarinya. Semua mata kini tertumpu pada dia, termasuk Cik Khoo juga.


Ya Izryn Hani Iskandar Adli, boleh saya bantu.


Dia tersentak dan terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Dia memejam mata. Lantas hatinya berkata-kata, malunya, apa aku dah buat ni tak pasal-pasal jadi tontonan umum. Dia memandang Cik Khoo dan menggeleng kepala serta memohon maaf kepada pensyarahnya itu. Kemudian dia tunduk sahaja. Menghadap buku yang sudah dibuka sejak tadi tetapi masih di muka surat yang sama.


Apalah kau Ryn, masalah!


Diamlah kau.


Hariz yang duduk di sebelah menjadi mangsa sikunya. Berkerut dahi lelaki itu menahan sakit. Agak kuat juga gadis ini. Lihat pada rupa tak mungkin percaya, tersusun gerak geri dan bicara, sekali dia naik angin ibarat taufan melanda. Mujurlah dia cuma disiku, kalaulah dia ditendang mungkin boleh jatuh dari kerusi.


Ada apa lagi Izryn Hani?


Tak ada apa-apa. Sorry, saya tak sengaja.


Can we continue, Miss Izryn Hani?


Ya, Miss Khoo.



Kafeteria agak lengang. Dari jauh kelihatan Edzriq Zawwil sedang minum bersamaHariz dan seorang rakan sekelas perempuan. Agak rancak perbualan mereka. Bolehkah dia menganggu mereka untuk seketika? Apakah mereka akan memberi kebenaran untuknya? Ah, lantaklah! Asalkan dia tahu kebenarannya sudah.


Lantas tanpa memikirkan apa yang akan berlaku, Izryn Hani terus membuka langkah menuju meja yang diduduki oleh tiga rakannya itu. Lagi cepat dia tahu kebenarannya lagi mudah dia bertindak.


May I?


Sure.


Tempat kosong di sebelah Hariz menjadi pilihan. Dia memandang Edzriq Zawwil, tetapi lelaki itu sekadar tersenyum kelat dan kembali menyambung perbualannya dengan Lyssa. Entah apa topiknya pun dia tidak faham. Mungkin berkenaan pelajaran atau mungkin langsung tidak berkaitan dengan pelajaran mereka.


Will, boleh kita bercakap sekejap?


Perbualannya dengan Lyssa terhenti lantas dia memandang wajah Izryn Hani. Hariz dan Lyssa menjadi pemerhati sahaja. Mereka tidak menganggu kosentrasi gadis itu. Izryn Hani pula terdiam sekejap. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan ayatnya. Mahu terus menyoal atau mahu memulakan mukadimah yang tiada kena mengena walaupun sedikit? Keliru dengan diri sendiri nampaknya.


Cakap apa Ryn? Penting ke nak cakap dengan aku?


Ryn?! Ah, what ever. Betul apa yang Hariz cakap pagi tadi?


Terkejut mendegar Edzriq Zawwil menggelar dia dengan nama Ryn. Selama dia kenal lelaki itu, tidak pernah sekali pun dia dipanggil Ryn tetapi digelar Hani. Dia agak berkecil hati dengan lelaki ini. Tapi apa daya dia hanya seorang Izryn Hani pada mata Edzriq Zawwil.


No komen, macam ni la Ryn! Memandangkan Hariz yang cakap, why not kau tanya dia. Sebelah kau je tu. Lyssa, jom!


Edzriq Zawwil terus menarik Lyssa meninggalkan tempat duduk mereka. Izryn Hani gigit bibir. Sebutir mutiara jernih jatuh ke muka meja. Hariz terkedu. Murahnya air mata gadis ini. Dia tidak sanggup meninggalkan temannya seorang diri dalam keadaan begini. Dia diam sambil memandang gadis itu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.


Sampai hati dia. Aku nak tau kebenaran je. Kalau ye pun marah, janganlah buat aku macam ni. Dia tak pernah panggil aku Ryn sebelum ni. Dia dah bencikan aku ke? Sumpah Hariz aku tak bagitau abang Eriq pun. Luah Izryn Hani.


Kalau kau tak bagitau, sudahlah. Jangan nangis. Tak cantiklah. Atau kau nak aiskrim? Aku boleh belanja kau.


Walaupun tidak pernah mempunyai pengalaman memujuk perempuan, dia terpaksa juga mencuba. Dia tidak boleh melihat Izryn Hani menangis. Kalaulah Eriq melihat kekasihnya menangis di sisinya, habislah dia. Mungkin giliran dia pula yang diberikan amaran. Silap hari bulan bukan setakat amaran, mungkin dia dibelasah sekali.


Aku memang tak cantik pun dan satu lagi aku bukan budak kecik nak makan aiskrim. Hariz, cakaplah betul-betul abang Eriq warning dia ke?


Iye, nasib baik ada Ben. Kalau tidak kena belasah si Will tu semalam.


Jadi betullah apa yang Hariz katakan ketika di dalam kelas tadi. Izryn Hani geleng kepala. Kenapalah Eriq bertindak sesuka hati? Perkara remeh begitu pun boleh dibesar-besarkan. Tidak masuk akal langsung. Tidak pula dia tahu Eriq yang tampak budiman adalah seorang samseng.


Astagfirullahallazim. Apa kena dengan jantan ni? Aku tak kisah dia pula sibuk. Kalau macam ni aku tak boleh kawan dengan lelaki, kalau tidak semua dia belasah.


Dia tak nak orang kacau awek dia. Tambahan pula kau ni cun bukan main. Takut kau dirampas nanti. Normallah tu dia cemburu.


Izryn Hani diam. Apa guna Eriq cemburu? Dia mengeluh. Matanya yang berair disapu. Malu pula bila Hariz melihat dia menangis. Dia harap lain hari Hariz tidak akan menyakat dia hanya kerana dia telah menangis di depannya. Tentu kecoh satu kelas nanti.



Apa abang buat pada Zawwil?


Abang tak buat apa-apa just bagi nasihat.


Selamba Eriq memberi jawapan. Izryn Hani tidak puas hati dengan jawapan lelaki ini. Geram juga melihat lelaki ini seperti tidak bersalah walaupun sedikit. Kalau ikutkan hati yang sedang marah mahu sahaja dia memaki hamun tetapi dia tidak boleh menanggung risiko.


Boleh tak abang jangan bagi nasihat tak tentu hala? Siap nak belasah lagi. Nasihat ke macam tu? Bukan lebih kepada amaran?


Aku tak suka ada jantan lain kacau kau, faham? Dan aku tak suka tengok kau duduk semeja dengan jantan lain. Aku tak nak ulang apa aku dah buat pada masa dulu. Jangan cuba nak cabar aku. Kau hati-hati sikit. Eriq mula meninggikan suara.


Kecut perut. Izryn Hani terdiam. Apakah lelaki ini akan membuka topengnya sekarang? Tidak pernah dia melihat lelaki yang bernama Eriq segarang ini. Dia mula gugup. Tidak berani mahu bertentang mata dengan lelaki ini lagi. Mata lelaki itu seperti berapi-api sekarang. Kalau dia memilih untuk merenung mata lelaki itu, tentu akan terbakar nanti.


Dengan classmate pun tak boleh?


Kau bukan layan diorang macam classmate!


Tak boleh ke kalau abang tak beraku kau dengan Ryn?


Izryn Hani cuba bersuara lembut bagi menurunkan api kemarahan teman lelakinya itu. Gerun bila melihat wajah Eriq begitu. Langsung tiada senyum pada wajahnya. Bengis semata-mata. Suaranya juga seperti petir. Kuat memanah telinga. Mungkin lebih sesuai jika disamakan dengan halilintar.


Aku tak ada mood nak layan kau bercakap.


Lelaki itu melangkah meninggalkan Izryn Hani. Fuh, lega! Tak ada mood sudah, kau ingat aku suka kau layan aku ke? Pergi jalanlah kau. Takde angin takde ribut nak marah-marah aku, macamlah aku bini kau. Pergi mampus. Suara macam gorila mengamuk je, sakit telinga aku, tau. Hatinya menyumpah seranah lelaki yang baru sahaja meninggalkan dia.


Apa korang pandang-pandang? Tak pernah tengok orang gaduh?


Tak pasal-pasal pelanggan di kafeteria kampus itu menjadi tempat dia melepaskan marah. Salah seorang yang berada di situ adalah Aqiesh. Gadis itu sekadar tertawa kecil. Tetapi Izryn Hani tidak perasaan akan kewujudan teman sebiliknya di situ. Dia kemudian melangkah meninggalkan kafeteria juga.


Masalah roommate kau tu.


Biasalah.



Angin malam bertiup lembut. Kesejukan nyata terasa sehingga ke tulang hitam. Izryn Hani berpeluk tubuh. Matanya meliar memandang sekeliling. Tempat ini sungguh asing baginya. Dia berpaling ke belakang. Samar-samar kelihatan Fazz, Sara dan Ira sedang berborak. Pelik bagaimana mereka bertiga boleh berada di sini? Dan ke mana pula perginya tiga orang teman sebiliknya? Sejak tadi tidak pula mereka kelihatan.


Izryn Hani terus berlajan tanpa tujuan. Hendak berpatah balik dirasakannya amat sukar. Tatkala itu dia merasakan lebih baik terus mara ke depan. Mungkin dia akan bertemu teman-temannya. Dia terus berjalan dan berjalan. Hairan tiada apa-apa kecuali pepohon yang merendang. Mungkin dia sedang berada di sebuah taman.


Tolonglah jelaskan. What happened to me? Apa Rique dah buat pada Syaz? Tolonglah jelaskan, apa dah berlaku masa Syaz tak sedarkan diri. Kenapa Rique diam?


Sepasang manusia sedang berbicara serius. Rique dan Syaz. Izryn Hani tidak berani menapak ke depan. Dia sebaliknya memilih untuk berada di sebalik sepohon ketapang yang merendang. Dia mengintai dari jauh sahaja. Telinganya menangkap setiap bait-bait perbualan mereka yang sedang memuncak.


Hey, perempuan! Sepatutnya aku tanya kau, apa kau buat dibelakang aku? Sia-sia aku kasihkan kau, sayangkan kau dan cintakan kau. Sebaliknya kau main-mainkan perasaan aku. Kau curang. Itu pun dengan sepupu aku.


Syaz cuba nak cakap dengan Rique tapi...


Gadis itu tidak dapat menyambung perbicaraannya. Dia kelihatan sedikit rasa bersalah. Mungkin sedar itu kesalahannya tetapi dia masih mahu membela diri. Tidak salah membela diri andai yakin diri sendiri tidak bersalah.


Tapi apa? Kau dengar sini baik-baik. Kau pergi jumpa kekasih kau tu, cuba tanya dia manalah tau dia yang usik kau. Dan dengar sini baik-baik, aku takkan sentuh perempuan curang macam tau. Belum tentu kau ni suci, Izza Syazana.


Jangan hina Syaz. Walaupun Syaz curang pada Rique, tapi Syaz bukan perempuan murah yang sanggup serahkan diri pada mana-mana lelaki. Syaz bukan pelacur.


Tersentak. Bila mendengar perkataan pelacur, serta merta dia berdebar. Serta merta perbualan itu menarik minatnya. Dia terus berada di sebalik pohon itu untuk megikuti apa yang sedang dan akan berlaku seterusnya. Dia patut tahu.


Kalau bukan perempuan murah, kenapa kau macam ni? Tak tahu sapa bapaknya. Dah berapa banyak jantan kau tidur?!


Kau binatang Rique. Kau binatang. Kau yang buat aku jadi macam ni, bodoh. Kau aniaya aku, binatang! Lahanat kau.


Lelaki itu gelak besar dan terus beredar meninggalkan perempuan malang itu seorang diri. Dan perempuan itu menangis dan terus menangis. Tersedu sedan dia di situ. Kasihan. Izryn Hani tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia sekadar memandang dari jauh. Bila mahu melangkah pergi terasa kakinya berat.


Bodoh tapi bijak, Syaz.


Binatang kau. Lahanat, kau sial. Jantan tak guna.


Ryn, bangunlah. Apa ni terjerit-jerit?


Dia bingkas bangun. Bermimpi lagi rupanya dia. Bukan kali pertama, bukan kali kedua dan bukan juga kali ketiga. Tapi sudah berkali-kali. Dia meraup wajahnya. Matanya merah berair. Tiga pasang mata difokuskan padanya. Mereka simpati tapi mereka tidak mampu menolong. Saban malam Izryn Hani diganggu mimpi-mimpi yang menakutkan.


Ryn, kau makin kerap mimpi sekarang. Terjerit-jerit dalam tidur. Menangis dalam tidur. Merayu-rayu pun ada. Kenapa ni? Kau mimpi apa sebenarnya? Makin lama makin teruk kau ni.


Izryn Hani geleng kepala tanda tiada apa-apa yang penting. Dia masih tidak boleh membuka cerita ini kepada mereka bertiga. Dia turun dari katil dan menarik tuala yang tersangkut pada dinding. Dia segera melangkah keluar dari kamar dan menuju ke bilik mandi. Dia mahu segarkan dirinya.


Masalah besar. Dia makin berubah. Seingat aku dia dah lama dia tak balik rumah. Ada family matter kot?!


Biarkan dia. Bila dia dah ready, dia ceritalah.


Tidak terdaya mereka mahu membuat Izryn Hani bercerita kepada mereka. Sudah berbuih mulut bertanya setiap kali Izryn Hani sedar dari tidurnya. Tapi tidak pernah sekali pun dia mahu berbicara dengan mereka. Terpaksalah mereka membiarkan sahaja Izryn Hani begitu sehingga dia sendiri sudi berkongsi dengan mereka.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Abang, Baby cuma ada abang sekarang. Ikhlaslah dengan Baby. Masa Baby tak sedarkan diri, abang ada sentuh Baby tak atau memang Rique yang punya kerja?


Abang tak pasti. Sungguh abang tak tau.


Air mata sudah mula mengalir. Saat dia tahu, dirinya sedang dipermainkan. Kalau bukan mereka berdua siapa yang punya angkara? Dia sudah tawar hati. Hanya mampu berserah sahaja. Dia sudah tidak terdaya untuk membela dirinya. Dia sudah tidak kisah dengan masa depannya asalkan dia tidak lagi melihat kedua-dua lelaki yang tidak berguna ini dia sudah cukup tenang. Biarlah siapa pun bapa bayi dalam kandungannya, sebaik sahaja lahir bayi ini pasti dia tahu jua.


Takpelah abang. Baby rasa cukuplah hubungan kita setakat ni, mungkin bagi abang Baby ni sangat kotor. Suatu hari Baby akan tau juga, kan?! Maafkan Baby, halalkan semua yang dah Baby buat selama ni.


Lemah. Longlai. Dia beredar dengan deraian air mata. Selepas hari ini dia akan pergi jauh dari sini. Dia mahu mulakan hidup baru bersama orang baru. Selagi dia tidak dapat membuktikan dia dianiaya selagi itulah dia tidak akan kembali ke sini. Dia tidak mahu dirinya dicaci dimaki dan dihina. Dengan azam ini dia akan pastikan orang yang membuat dia jadi begini akan dihukum. Dia akan menjadi seperti angin berada di mana-mana mereka berada.


Penat berjalan. Dia tiba di destinasi terakhir. Dia akan mengambil pakaiannya dan meninggalkan tempat ini. Dia mahu bertemu seseorang sebelum dia pergi. Dia harus memaklumkan pemergian yang tidak dirancang, supaya mereka tidak akan tercari-cari dia bila ketiadaannya nanti.


Ira, Sara, Fazz bangun. Aku ada hal nak cakap ni.


Apa ni Zana? Tengah-tengah malam ni kejutkan orang.


Tiga sahabat baiknya agak marah bila dikejutkan ketika mereka sedang nyenyak tidur. Tapi dia terpaksa. Dia mahu pergi sekarang. Sekurang-kurangnya mereka tahu, kalau mereka tidak bangun bermakna dia hanya akan meninggalkan sekeping nota buat pengganti diri. Tentu mereka akan berkecil hati pula.


Bangunlah. Aku ada hal nak bagitau. Please Ira, Sara, Fazz wake up.


Okey, Izza Syazana kau cakaplah dengan aku. Diorang tak nak bangun agaknya. Nanti aku sampaikan pada diorang. Ujar Fazz.


Izza Syazana berkecil hati. Ira dan Sara menarik selimut menutup muka. Hanya Fazz yang sudi bangun, itu pun selepas dia tahu dua temannya tidak mahu bangun. Mungkin dia rasa simpati pada Izza Syazana. Mahu tak mahu terpaksalah dia meninggalkan pesan pada Fazz.


Aku nak pergi. Kirimkan salam sayang aku pada diorang berdua. Aku minta maaf dengan korang bertiga. Aku tak dapat buat penjelasan sekarang. Satu hari aku akan kembali dengan penjelasan. Fazz, tengok-tengokkan famili aku. Maafkan aku ganggu kau tidur. Aku pergi dulu.


Kau nak ke mana?


Soalan Fazz tergantung tanpa jawapan. Pelukan erat dari Izza Syazana terus terungkai. Dia keliru. Apakah yang dia dengar tadi? Dia dengar tapi kurang memahami. Dia cuba mengejar sahabatnya itu tapi dalam keadaannya yang masih mengantuk dia tidak mampu. Lantas dia kembali merebahkan diri ke katilnya.


Selepas meninggalkan kamar, Izza Syazana akan bertemu dengan seorang lagi insan yang bertuah kerana dia sudi temui sebelum dia pergi. Dan insan itu adalah Rique. Seperti yang pernah dikatakan oleh lelaki itu, kini Izza Syazana benar-benar melaksakannya. Di bawah sepohon pokok rendang mereka bertemu.


Tadi sebelum dia membuat keputusan untuk bertemu dengan lelaki itu, dia berkesempatan mendengar perbualan dua teman sekelas yang berbicara tentang dirinya dan Rique. Dari situlah dia dapat jawapan yang sebenar-benarnya. Air matanya mengalir. Rupa-rupanya kedua-dua mereka sama. Melepaskan tangan.


Syaz tak dapat jawapan dari dia.


Baguslah. Mana ada orang nak mengaku.


Izza Syazana tersenyum sinis. Dia memandang tepat ke wajah lelaki itu. Tangannya mencengkam kemas lengan lelaki itu. Mereka saling bertikam pandangan. Lama. Kemudian Izza Syazana tertawa kecil. Rique kaget. Mengapa dia tertawa pula? Rique kehairanan. Dia masih boleh tertawa selepas apa yang berlaku?


Lukman Nashriq, terima kasih kerana buat aku macam ni. Kamu berdua memang pemusnah masa depan aku. Sorang merampas peluang dan seorang lagi memberi peluang. Aku ada bukti untuk bawa kes ni ke muka pengadilan. Hati-hatilah kau Rique.


Apa kau cakap ni?


Telefon bimbit miliknya dikeluarkan. Dia sempat merakam perbualan tadi. Dia memperdengarkan rakaman itu kepada Rique. Tergamam lelaki itu. Patutlah dia masih mampau tertawa rupanya dia sudah tahu. Tapi dia tidak akan selamat. Dengan kasar Rique merampas telefon bimbit itu.


Tak ada gunanya. Kau ambil telefon ni, tapi sekali kau tersalah langkap kau akan terperangkap juga.


Rique naik angin. Dia menolak Izza Syazana kasar. Kerana amarahnya, dia bertindak tidak waras. Berbekalkan keberaniannya Izza Syazana menjadi mangsa buat kali kedua. Pengetahuan dia tidak terbatas pada hal-hal tertentu, lantas dia pergunakan ke atas Izza Syazana. Rintihan Izza Syazana buat dia tertawa besar. Senang hatinya melihat situasi sekarang.


Awak kejam Rique, sungguh kejam. Awak siksa hidup saya. Awak gelapkan masa depan saya. Rintih Izryn Hani.


Aqieh susah hati. Risya juga. Mereka berdua tidak tahu apa harus dilakukan. Hanya sekadar melihat Izryn Hani seperi bergelut dengan sesuatu. Mereka merasakan sesuatu yang tidak sedap untuk difikirkan. Cepat-cepat mereka memanggil Fazz kerana hanya gadis itu yang mereka teringatkan sekarang.


Tidak sampai lima minit Fazz muncul bersama Ira dan Sara. Ketika itu Aqiesh dan Risya cuba menyedarkan Izryn Hani. Mata mereka berair. Sudah lama mereka cuba membangunkan teman itu tapi sedikit pun dia tidak endahkan. Sudah habis ikhtiar mereka. Hanya tahu menangis. Kalau ada Wizny tentu mereka tidak segelabah sekarang.Kini biarlah tiga orang yang lebih matang membantu mereka.


Kenapa ni?


Kami tak tau. Dia meracau-racau tadi. Kami dah cuba bangunkan dia tapi dia tak sedarkan diri juga. Ujar Risya.


Fazz menghampiri Izryn Hani yang masih meracau-racau di pembaringan. Dia sendiri tidak pasti apa yang harus dia lakukan. Hilang arah. Sara dan Ira sudah tentu tidak faham apa-apa langsung. Namun mereka harus sedarkan Izryn Hani sebelun apa-apa berlaku pada dirinya kelak. Agak bahaya situasi sekarang.


Ryn, bangun.


Pipi Izryn di tampar berkali-kali. Agak kuat. Namun masih belum mampu membuat Izryn Hani sedarkan diri. Fazz susah hati. Dia yakin tentu disebabkan kes Izza Syazana gadis ini tidak sedarkan diri begini. Rasa bersalah pula menggalakkan Izryn Hani tapi apakan daya semuanya sudah berlaku. Terpaksalah dia hadapi apa jua kejadian.


Izryn Hani, bangun!


Fazz memukul Izryn Hani sekuat hati. Terkejut Aqiesh dan Risya. Sara dan Ira tergamam. Buang tabiat agaknya Fazz pagi ini. Tapi semua itu berbaloi. Izryn Hani tersentak dan terus membuka mata. Dia bangun dari pembaringan. Nafasnya tercungap-cungap. Dia memandang Fazz lama. Wajahnya pucat lesi.


Kak Fazz, betul. Izza Syazana tak bunuh diri. Dia dibunuh. Ryn nampak sendiri tadi. Sumpah kak Fazz, Ryn nampak.


Sebaik sahaja sedar Izryn Hani terus berbicara. Fazz telan liur. Dia sudah susah hati sekarang. Dia cuba tenangkan Izryn Hani tapi gagal. Kini dua pasang mata menikam dirinya. Mereka tentu mahu tahu apa yang sedang berlaku. Sekejap lagi tentu dia akan didesak oleh mereka berdua. Terpaksalah dia bersedia menghadapi semua ini.


Ryn, diam! Tengking Fazz.


Terus mulut Izryn Hani terkunci. Dia memandang Fazz lama. Renungannya dalam, meminta penjelasan kenapa dia ditengking sebegitu. Fazz serba salah. Bukan niatnya mahu menengking Izryn Hani. Tapi bila dua pasang mata itu asyik memandang dia, dirinya jadi serba salah. Lantas dia lepaskan semua itu kepada Izryn Hani.


Ryn, sorry! Ryn rehat dulu. Kak Fazz ada hal.


Fazz terus meninggalkan bilik itu. Dia mahu larikan diri. Dia harap dia masih sempat pergi jauh. Tidak sanggup rasanya mahu berdepan dengan Ira dan Sara sekarang. Manakala Izryn Hani makin sedar. Dan dia tahu kenapa Fazz bertindak begitu. Sebaik sahaja melihat wajah Ira dan Sara di dalam bilik ini, dia sendiri jadi kaget. Lidahnya kelu.


Whats going on?


 


Im sorry.


Senangnya kau minta maaf! Kau cakap dengan kami  apa benda semua ni?


Diam. Fazz tunduk memandang bumi. Dia takut untuk memberitahu perkara sebenar. Dia yakin tentu mereka akan memarahinya jika tahu apa yang dia dan Izryn Hani sudah lakukan. Dia diam membisu. Mencari-cari kekuatan untuk membuat penjelasan supaya mereka memahami kenapa dia membelakangi mereka dan bertindak sampai ke tahap ini.


Weh, cakaplah bongok!


Fazz tersentak. Tengkingan Ira buat dia terasa hati. Selama ini tidak pernah pun Ira memanggil dia dengan gelaran yang menyakitkan hati sebegini rupa. Agak melampau tindakan Ira kali ini. Walaupun dia marah dan Fazz sendiri tahu dirinya bersalah janganlah menggunakan gelaran itu sebarangan. Mereka adalah sahabat baik. Mengapa perlu menggunakan perkataan itu pada sahabat sendiri?


Kau nak bagitau atau kita putus sahabat? soal Sara, agak tegas.


Okey, si bongok ni akan jelaskan. Dengar sini baik-baik. Aku dengan Ryn cuba cari punca sebenar kenapa Zana mati. Nak tau kenapa aku membelakangi korang? Sebab korang menghukum sebelum mengadili dia. Dia terpaksa cari orang yang tak ada kena mengena dengan kita untuk minta sedikit bantuan. Dan dia bernasib baik sebab Ryn sanggup tanggung risiko untuk tolong dia. Bukan macam korang.


Apa kau merepek ni? Izza Syazana dah mati, Fazz. Dia dah bunuh diri Fazz, jangan tegakkan benang yang basah.


Ira dan Sara masih tidak bersetuju dengan Fazz. Sejak awal kematian Izza Syazana mereka tidak pernah setuju dengan teori Fazz. Mereka tetap bertegas bahawa pendapat Fazz langsung tidak boleh diterima akal. Mereka menghukum berdasarkan bukti yang tidak kukuh. Tindakan itu sangat kejam.


  Aku tak merepek. Suka hati korang nak percaya atau tidak. Aku tak kisah. Aku tetap tegaskan Zana kena bunuh. Bayangkan mana pergi beg pakaian dia dan beberapa helai baju? Mana pergi novel dan dairi kesayangan dia? Malam dia kejutkan kita, korang berdua tak nak bangun. Malam tu dia nak pergi jauh. Dia bawa beg tu, tapi kenapa diorang jumpa mayat dia tanpa semua tu? Fikirlah.


Fazz, kau banyak buang masa denga baca novel yang tak masuk akal.


Sukarnya mahu membuat Sara dan Ira mempercayai kata-katanya. Buang masa sahaja dia membuat penjelasan pada orang yang telah membutakan hatinya. Biarlah mereka sendiri tahu, bahawa Izza Syazana yang dikatakan membunuh diri telah dibunuh. Saat itu barulah mereka akan rasa bersalah kerana menghukum orang yang tidak bersalah.


Fazz kenapa kau nak membela dia? Kau tau kan masa dia mati doktor sahkan dia mengandung? Dia bukan Zana yang kita kenal.


Aku tahu. Sara, Ira dia dianiaya.


Ira dan Sara tertawa sinis. Mereka geleng kepala. Kenapalah Fazz bodoh sangat? Mana dia tahu Izza Syazana dianiaya? Jika dia dianiaya apa buktinya? Sedangkan keluarganya sendiri telah membuang dia, masakan dia dianiaya? Atau memang dia yang menganiaya diri sendiri? Sudahlah Fazz jangan mempoerbodohkan diri sendiri. Terimalah hakikat Izza Syazana sememangnya membunuh diri sendiri.


Fazz, cukuplah. Hentikan semua kegilaan ni.


Kenapa korang tak percayakan aku? Korang akan menyesal sebab tak percayakan aku.


Kak Ira, kak Sara trust us



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Abang, boleh abang ceritakan apa yang berlaku pada abang, kak Zana dan Rique malam tu? Please, abang! Izryn teringin sangat nak tahu.


Fariez memandang Izryn Hani. Rupa-rupanya disebabkan hal ini Izryn Hani merayu-rayu untuk bertemu dia. Fariez melepaskan nafas berat seperti mana beratnya dia mahu bercerita kepada Izryn Hani. Tapi mungkin dia harus meluahkannya. Lagipun, dia tidak sudah terlambat mahu mengaku pada Izza Syazana.


Biarlah dia luahkan pada Izryn Hani agar jiwanya tenang sedikit dan tidak diganggu rasa bersalah sepanjang hidupnya. Selama beberapa bulan ini dia sudah cukup merana. Jiwanya tidak tenang. Dia sentiasa dihantui perasaan bersalah. Mujurlah dia mempunyai isteri yang cukup memahami dengan keadaannya.


Malam tu Rique dah buat abang mabuk. Pada masa yang sama Zana tak sedarkan diri. Abang tak sengaja nak buat macam tu tapi abang lelaki, bila tengok Zana macam tu nafsu abang menjadi-jadi so abang pun...


Maknanya abang dah meniduri Zana?


Fariez angguk lemah. Memang dia yang meniduri Izza Syazana pada malam gadis itu dipengsankan oleh Rique dengan sengaja. Dia Harus mengakui kesalahannya. Izryn Hani meraup wajahnya. Lelaki, sekejam inikah kaum Adam di muka bumi ini? Dia memejam mata. Kasihannya Izza Syazana teraniaya. Matinya dia sebagai seorang pesalah. Keluarga sendiri tidak sanggup mengebumikan jenazahnya kerana dia disahkan membunuh diri. Sungguh kasihan jika dirinya berada di tempat Izza Syazana.


Abang tak terfikir nak lepas tangan cuma abang tak tau apa nak buat. Selepas dia datang jumpa abang untuk minta penjelasan, abang pergi cari dia untuk mengaku apa abang buat tapi...


Dia dah bunuh diri?


Izryn Hani cuba membuat serkap jarang. Fariez angguk. Mungkin semua ini akan selesai jika dia dapat tahu semuanya sekaligus. Dia mahu menghentikan semua ini secepat mungkin. Dia sudah kasihan dengan Fazz yang terpaksa bermasam muka dengan Sara dan Ira. Sudah beberapa hari Fazz tidak hadir ke kolej disebabkan hal itu.


Abang tak pasti dia bunuh diri. Jadi abang cuba yakinkan bapa saudara dia yakni bapa isteri abang sekarang untuk kebumikan dia.


Barulah Izryn Hani tenang. Sekarang dia harus membuat rancangan untuk membawa kisah ini menuju puncak. Mujurlah Fariez sudi bersikap jujur padanya. Dia harap ini bukan penipuan yang terselindung. Dia tidak boleh terima jika dia tertipu.


Abang, kenapa abang cakap dia tak bunuh diri?


Dia takkan bunuh diri. Dia muslim. Dia tahu mencederakan diri sendiri adalah haram. Diorang putuskan Zana bunuh diri sebab tak ada bukti kukuh mengatakan dia dibunuh.


Tepat. Memang Izza Syazana tidak membunuh diri. Mimpi itu sangat tepat. Lokasinya sama. Cara pembunuhan sama. Jadi benarlah malam itu dia menyaksikan pembunuhan Izza Syazana. Masanya yang ditunggu telah pun tiba. Selepas ini semuanya akan kembali seperti sediakala.



Will, boleh kita cakap sekejap?


Aku sibuklah Ryn. Lyssa tengah tunggu ni.


Berputih mata Izryn Hani melihat Edzriq Zawwil melangkah pergi kepada Lyssa. Hatinya terluka. Dia memandang Hariz dengan wajah sayu. Lelaki itu geleng kepala dan menghulurkan tisu kepadanya. Dia mengerutkan dahi. Tapi dia tetap menyambur huluran ikhlas itu. Selepas mengambil tisu dia tertawa kecil. Giliran Hariz pula mengerutkan dahi.


Kau ingat aku nak nangis macam hari tu?! Tolong sikit.


Hariz turut tertawa. Memang itulah sangkaannya. Mujurlah tidak berulang kembali kisah lalu. Susah juga jika sekali lagi Izryn Hani menangis di depannya. Sekali pun sudah cukup membuatkan dia berdebar, apatah lagi kali kedua. Tidak sanggup mahu menghadapinya lagi. Dia masih belum cukup pengalaman.


Muka kau tu lain macam je. Duduklah dulu, aku nak tanya ni.


Apa hal?


Kini mereka sedang duduk bertentangan. Tidak sabar-sabar Hariz mahu menyoal dan Izryn Hani pula tidak sabar-sabar mahu tahu apakah soalan yang mahu ditanyakan kepadanya. Pada Hariz soalannya tidaklah sukar untuk mencari jawapannya. Tapi mungkin amat berat untuk mendapat jawapan itu secara tepat.


Kau suka Will ke?


Erk...kena jawab ke?


Wajah Izryn Hani berkerut. Soalan yang jawapannya tidak boleh diberikan secara terus. Harus berfikir kerana ada sedikit was-was pada hati dan perasaannya. Jadi dia perlu membawa Hariz keluar dari topik ini.


Dah namanya soalan tentulah kena bagi jawapan. Belajar tinggi, tapi macam ni pun kau tanya lagi ke?


Izryn Hani tersengih. Tidak tahu apa jawapan yang perlu diberikan kepada Hariz. Hal ini hanya dia, Edzriq Zawwil dan hati mereka yang tahu, tiada orang lain selain itu. Lagipun kisah ini sudah lama tetapi asyik tertangguh, tambahan pula sekarang dia mempunyai hubungan intim dengan Lukman Nasyriq.


Aku tak prepair jawapan. Tanyalah soalan lain.


Ok, kau jealous kan tengok Will dengan Lyssa?


Alamak, kenapa kau asyik tanya soalan berkaitan hati dan perasaan ni? Rimaslah aku macam ni. Tak naklah jawab soalan kau ni.


Hariz tertawa. Dia rasa dia sudah mendapat jawapannya. Masakan Izyn Hani tidak cemburu. Matanya sudah menjelaskan tadi. Dia memandang Lyssa dengan pandangan penuh kebencian. Bukan hari ini sahaja Hariz melihat jelingan itu, setiap hari pun dia tahu Izryn Hani memerhati dalam diam.


Tak nak jawab sudah. Weh, belanja aku minum.


Kaulah belanja aku. Aku tak suka keluar duit untuk lelaki tau.


Kedekut cakap kedekut.



Tangan Izryn Hani di tarik kasar. Sakitnya bukan kepalang. Dia baik berang. Tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba dia diperlakukan sekasar ini. Kalau bukan kerana Eriq sudah lama dia memaki hamun. Dia berpantang jika ada orang menarik dia begini. Dia bukannya benda dia manusia ada hati dan perasaan.


Apa abang ni?


Aku dah cakap dengan kau, aku tak suka kau duduk semeja dengan jantan.


Gulp...dia telan liur. Rupanya kerana hal tadi. Nampak sahaja kesalahan dia. Bukankah tadi dia masih berada di kelas? Mesti ada mulut sial yang membuat laporan. Tak ada kerja lain agaknya asyik mengambil tahu hal orang.


Sorry sayang, Ryn duduk semeja sebab berbincang hal pelajaran je. Ryn tak ada buat apa-apa pun. Percayalah dengan Ryn.


Abang nampaklah.


Izryn Hani mencebik. Sekejap terjerit-jerit sekejap seperti biasa. Kalau bukan sebab kau Eriq dah lama aku maki hamun kau ni. Sakit hati aku melayan kerenah gila kau ni. Sekejap macam gorila, sekejap macam budak-budak. Bisik hatinya. Tidak boleh meluahkan secara terang, secara sembunyi pun bolehlah.


Jangan nak menipu. Abang ada kelas tadi. Ni mesti kawan abang bawa mulut. Janganlah dengar cakap orang je. Kata sayang, apa kejadahnya sayang tapi tak percayakan Ryn.


Jom, ronda-ronda!


Sekali lagi tangan Izryn Hani ditarik. Kali ini tidak sekasar tadi. Dia mengikut sahaja. Malas mahu bertekak. Lagipun sudah lama dia tidak menghabiskan masa bersama Eriq. Masih ada tugasan yang belum selesai. Kalau ikut tentu tugasannya akan selesai secepat mungkin. Hanya selangkah dari nyata.


Aik, kereta siapa ni?


Kereta abang. Dah lama tak guna. Modify.


Kali pertama Izryn Hani naik kereta ini. Sebelum ini dia hanya pernah dibawa menggunakan sebuah kereta Perdana V6, hari ini dia sedang berada dalam mercedez sport pula. Walaupun ini bukan kali pertama, tapi teruja juga bila dapat bersama lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ini. Rasa bertuah walaupun sebaliknya agak malang.


Syazrique?! Siapa ni?


Tak ada sapa-sapa.


Eleh tak nak cerita takpe.


Suasana jadi sunyi. Eriq memandu tenang. Izryn Hani pula seronok melihat-lihat keadaan kereta ini. Cantik juga. Tangannya tidak tahu diam. Semua tempat dipegangnya. Tiba-tiba laci dashboard terbuka. Ada sekeping gambar di dalamnya. Tanpa meminta kebenaran dia mengambil gambar itu dan matanya terpaku di situ.


Siapa ni, bang?


Eh, mana Ryn dapat ni?


Gambar itu cuba dirampas. Tapi Izryn Hani sempat melarikannya. Dia mahukan penjelasan. Tetapi belum pun sempat dia mendesak terpaksa pula dia bergelut dengan lelaki itu kerana sekeping gambar. Kereta mula tidak terkawal. Tapi gambar itu tetap dia larikan dari lelaki itu. Kereta yang mereka naiki nyaris terbabas.


Abang kalau Ryn mati abang menyesal nanti. Baik drive elok-elok. Gambar je bang tak payah korbankan diri.


Pulangkanlah.


Tak nak. Cakap dulu siapa ni? Ini bukan Ryn, kan? Ryn tak sesopan ni.


Eriq diam. Dia jelas serba salah. Izryn Hani memandang wajahnya. Lama. Mahu tidak mahu dia harus bercakap juga. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah bersedia mahu menceritakan siapa orang dalam gambar itu. Tiada gunanya dia merahsiakan lagi, gambar itu sudah pun dilihat oleh Izryn Hani.


Izza Syazana, kekasih lama abang.


Romantiknya. Seiras Ryn, kan? Sebab ni abang nak sangat degan Ryn?


Gambar dia sedang mencium pipi Izza Syazana menjadi tatapan Izryn. Gambar ini dirakamkan ketika hari lahir Izza Syazana yang ke 21. Mereka membuat kejutan kepada gadis itu di sebuah kelas di kampus. Meriah walaupun hanya dihadiri oleh teman-teman rapat sahaja. Sebenarnya ada sekeping lagi gambar tetapi entah ke mana hilangnya gambar itu.


Dalam gambar yang hilang itu, Izza Syazana sedang mencium dia. Tapi sayang sebaik sahaja peristiwa hitam itu berlaku, gambar itu turut lenyap bersamanya. Puas Eriq mencarinya, namun tidak jua ditemui.


Abang...


Mana lagi cantik, Ryn ke dia? Mana lagi abang sayang?

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Wajah Fazz yang sugul menyebabkan Izryn Hani tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia mahu tahu apa langkah seterusnya yang dia boleh ambil, tapi keadaan Fazz sekarang seperti tidak bermaya. Hendak ditegur pun rasa tidak sanggup. Lantas dia memilih untuk berdiam diri. Masing-masing termenung. Orang yang lalu lalang turut hairan melihat mereka berdua.


Lama keadaan sunyi. Lantas Izryn Hani mengeluh panjang. Penat dia duduk tanpa berbuat apa-apa. Dia memandang Fazz lagi. Masih sama seperti tadi. Apa yang harus dia buat untuk pulihkan kakaknya yang seorang ini? Tanpa Sara dan Ira semangatnya hilang. Ketika bersama mereka dia tidak pernah kelihatan selemah ini.


Kak Fazz, tolonglah jangan macam ni. Cakaplah dengan Ryn, sepatah pun takpe.


Hm...


Izryn Hani geleng kepala. Lain yang dia harap, lain yang dia dapat. Nampaknya dia tidak boleh bergantung kepada Fazz lagi. Dia harus buat semuanya sendiri. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan dia tunaikan janjinya serta membuat Sara dan Ira mengetahui kebenaran itu sudah cukup baik untuk dirinya. Dan paling dia harapkan, Fazz cepat kembali seperti sediakala.


Kak Fazz, pergilah balik. Perbincangan kita dah selesai.


Hm...


Fazz bangun kemudian mengambil beg dan terus melangkah pergi. Mata Izryn Hani memerhati Fazz yang melangkah seperti tiada kudrat. Kasihan sungguh dia melihat gadis itu. Sudahlah dia mengabaikan pelajarannya, teman lelaki pun turut sama diabaikan kerana dia dan dua sahabat karibnya bergaduh besar. Sampai begini jadinya bila bergaduh dengan sahabat karib? Sangat berpengaruh perasaannya.


Kasihan Fazz. Cinta terhadap sahabat begitu kuat, sehingga sekali kecewa dia memilih untuk memusnahkan segala-galanya. Secara tidak langsung dia sedang memusnahkan masa depannya dengan bersikap begini. Walaupun mempunyai jawatan penting, dia tidak menghiraukan semua itu. Dia leka melayan perasaan kecewanya.


Kak Fazz, cepatlah bersemangat!


Kau seru jin kau ke?


Sergahan Hariz buat Izryn Hani tersentak. Mujurlah dia tidak mempunyai penyakit melatah. Dia memukul Hariz dengan bukunya. Lelaki itu tertawa sahaja. Walaupun agak sakit dipukul dengan buku setebal 300 muka surat, namun telatah Izryn Hani yang lucu membuatkan rasa sakit itu hilang dengan sendiri.


Bongoklah kau. Kalau aku ada sakit jantung, arwah aku kat sini tau!!!


Kau ni banyak masalah betul. Dalam kelas pun ada masalah kat kafe tempat menjamu selera pun kau ada masalah juga ke?


Ala masalah datang tak kira tempat. Sekolah tingginya bertingkat-tingkat, cuba kau gunakan kepandaian bertingkat kau tu. Takkan semua nak aku ajar? Hariz, Will tak ikut kau?


Hariz tertawa kecil. Sudah mengagak, pasti dia akan disoal tentang lelaki itu. Maaflah Izryn Hani, si dia yang kau tunggu-tunggu mungkin sudah beralih arah. Dia semakin akrab dengan Lyssa. Jangan-jangan mereka berdua sudah semakin jauh pergi tinggalkan kau. Kasihan kau asyik ingat pada yang sudah melupakan.


Will?! Dia takkan ikut aku lagi, sejak jadi partner Lyssa tu kerja jadi melampau-lampau.


Hm, takpelah. Aku nak balik hostel.


Perlahan-lahan Izryn Hani bangun dan mengambil begnya. Tidak bersemangat langsung. Dia melangkah lemah meninggalkan kafeteria. Tidak bersemangat. Tambahan pula hari ini dia telah berbaju kurung, pergerakannya agak terbatas. Tidak boleh berlari, jadi dia memilih untuk berjalan sahaja.


Edzriq Zawwil takde Hariz Rifhan kan ada?


Kau gila. Aku tak nak kau.


Hariz tertawa. Izryn Hani memang comel. Bertuah siapa dapat si comel ini. Kuat merajuk dan suka menangis. Siapa yang bertuah itu mesti pandai memujuk. Ada masanya Izryn Hani memang cantik, persis model catwalk. Tapi bila dia cantik, dia sudah dimiliki. Ramai berebut-rebut untuk memiliki dia. Ada yang bermasam muka juga.


 


Ryn, seronok dengan si Hariz tu!


Abang ni jealous tak tentu hala. We all just friend la. Siapa nak si Hariz yang macam tunggul kayu tu? Tolonglah abang. Kalau ye pun nak cemburu pilihlah lelaki lain. Abang patut tahu, dia dengan abang banyak bezanya. Tegas Izryn Hani.


Hati Izryn Hani berbicara sendiri. Maaflah Hariz, aku kena jaga kepentingan diri sendiri. Kau kalau terdengar apa aku cakap tadi, jangan ambil hati. Kalau aku tak kutuk kau, habislah aku kena belasah dengan jantan ganas ni. Harap maaf, ye Hariz. Nanti raya aku minta maaf dengan kau, maafkan aku Hariz.


Nak ikut abang tak?


Nak ke mana?


Huh, mujurlah lelaki itu tidak memanjangkan cerita. Semakin berubah lelaki ini sekarang. Menjadi semakin memahami. Setiap kali melihat Eriq begini, dia tiba-tiba menjadi sayang. Mungkin dia banyak menghabiskan masa dengan lelaki itu lantas rasa sayang semakin hari semakin timbul. Bagaimana agaknya jika sayang itu bertukar cinta?


Sejak beberapa hari ini perasaannya asyik berubah. Bila melihat peluang lain semakin tipis, dia memfokuskan peluang di depan mata. Tapi dia tahu suatu hari dia akan kecewa kerana merebut peluang yang belum tentu dicipta untuknya. Takutnya bila memikirkan tentang hal itu. Dia tidak sanggup tersungkur di saat akhir.


Picnic, kawan-kawan abang dengan awek-awek diorang pun ikut.


Nak, tapi bila?


Kerana terlalu teruja dengan pelawaan itu, Izryn Hani terus bersetuju. Tetapi seketika kemudian dia sedar, mungkin dia ada hal lain. Dia harus tahu bila Eriq dan kawan-kawannya akan pergi berkelah. Dia amat berharap untuk turut sama. Dia sudah lama tidak berkelah. Seronoknya jika dapat ikut bersama. Kali terakhir dia berkelah adalah beberapa tahun lalu ketika di sekolah menengah. Kemudian dia terus sibuk dengan kehidupannya.


Hari minggu ni.


Selepas melihat jadualnya, hujung minggu ini dia tiada apa-apa kelas gantian atau janji dengan sesiapa. Dia tersenyum dan bersetuju untuk menyertai Eriq dan kawan-kawannya. Sudah lama dia mahu menyertai perkelahan dengan mereka, tetapi setiap kali mereka membuat rancangan tentu dia tidak dapat turut serta kerana ada komitmen lain.


Abang datang ambil kat hostel, boleh?


Iyelah. Abang tahu Ryn malas nak berjalan keluar. Nak simpan lemak.


Hidung mancung Izryn Hani dicuit. Gadis menarik muka masam dan kemudian mencubit lengan Eriq. Nakal. Mereka tertawa. Riang dan girang. Hati Izryn Hani semakin terpaut. Dia jadi gusar. Kenapa hari ini baru dia sedar akan perasaannya ini. Dari kejauhan, ada mata yang terasa sakit apabila melihat adegan mesra menggoda itu.


 


Ya Allah, Ya Tuhanku. Kenapa dengan aku ni?


Izryn Hani menjerit di dalam bilik. Mujurlah dia seorang sahaja di sini. Dia susah hati sekarang. Malah dia juga sedang tersepit antara kebenaran dengan kepura-puraan. Tiba-tiba dia rasa sedih, lantas air matanya mengalir di pipi. Dia menangis. Dibiarkan air mata yang mengalir laju menyembah bumi tanpa diseka.


Kenapa bila dah sampai puncak aku pula yang lemah?


Terisak-isak Izryn Hani di atas katilnya. Dia buntu. Dia takut. Dia keliru. Kini dia tidak tahu samada mahu teruskan niat baiknya membantu insan yang memerlukan atau mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan sahaja bantuan yang mahu dihulurkan itu? Dia sudah terlalu jauh melangkah, sukar baginya untuk berpatah balik. Dia terpaksa redha.


Kenapa nangis ni?


Tanpa disedari, tangisannya dari dalam telah menarik minat orang di luar. Sara, yang kebetulan melalui biliknya prihatin. Dia membuka pintu dan terpandang Izryn Hani sedang menangis sedu sedan. Dia menghampiri gadis itu. Tanpa apa-apa pengetahuan dia bersimpuh di situ. Mengharapkan simpatinya boleh menenangkan Izryn Hani.


Kak Sara...


Lantas tubuh Sara diraih dan dipeluk. Tercengang dengan aksi spontan itu, namun sara terdiam dan membiarkan sahaja. Lagipun Sara tahu, Izryn Hani sudah kehilangan Fazz untuk meluahkan perasaannya. Mungkin dia boleh membantu. Lagipun, antara dia dan Fazz sama sahaja sifat dan sikap mereka.


Ryn, kenapa nangis ni?


Ryn dah mula sayangkan abang Eriq. Tapi...


Kalau sayang, oklah. Eriq pun sayang Ryn, kan?


Izryn Hani melepaskan pelukan kemasnya. Dia geleng kepala. Sara takkan faham. Hanya Fazz sahaja yang boleh membantu dia tatkala ini. Tapi Fazz sudah lama tidak ditemui. Gadis itu hanya hadir ke kampus jika dia mahu. Tidak pasti bila dia boleh menemui Fazz melainkan dia mempunyai tuah. Mereka berdua semakin hari dirasakan semakin jauh. Masakan Fazz boleh menenangkan dia seperti dulu lagi.


Abang Eriq yang musnahkan masa depan Izza Syazana.


Ryn, jangan menegakkan benang yang basah lagi.


Cuma selangkah saja lagi, Ryn akan buktikan. Tapi sekarang Ryn dah sayangkan dia Ryn tak boleh terima dia buat semua tu. Ryn tak boleh khianati dia. Ryn juga tak boleh abaikan kak Fazz dan harapan Izza Syazana.


Sara mengeluh. Izryn Hani dan Fazz serupa. Asyik memperkatakan tentang hal yang sama dan menegakkan serta mempertahankan kes yang sama. Apakah kegilaan mereka ini? Mengapa mereka terlalu taksub dengan semua ini? Lebih kurang 6 bulan lalu, semuanya sudah jelas lagi terang. Tiada bukti kukuh Izza Syazana dibunuh.


Izryn Hani, kak Sara nak tanya satu soalan. Kenapa Ryn dengan Fazz taksub sangat dengan semua ni?


Ryn ada bukti kak Sara.

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Indah sungguh pemandangan di pusat rekreasi ini. Izryn Hani tersenyum riang. Sudah lama tidak menikmati keindahan seperti ini. Kesedihannya. Ketakutannya. Kekeliruannya. Semunya hilang, tenggelam dek arus keindahan tempat ini. Kicauan burung-burung buat dia tenang dan melupai segala kegusaran.


Air yang mengalir jernih, angin yang bertiup lembut serta udara yang nyaman membuatkan Izryn Hani leka dengan suasana itu. Dia asyik melihat keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Eriq pula leka merenung kekasih hatinya yang sedang tersenyum sendiri. Dia geleng kepala. Kenapalah semuanya sama?


Syaz!


Apa, bang?


Dia tersentak. Lantas menggeleng kepala sambil tersenyum kelat kepada Izryn Hani. Dia terlupa, sekarang dia bukan lagi bersama Syaz sebaliknya dia bersama Izryn Hani yang seiras Syaz. Mujurlah kekasihnya itu tidak mendengar apa yang disebutnya tadi. Kalaulah dia dengar, pasti dia akan menyoal pelbagai soalan seperti kes gambar yang sekeping dahulu.


Tak ada apa-apa.


Eriq menarik Izryn menyertai kawan-kawannya yang lain. Hanya mereka berdua yang masih tidak berganjak dari tadi. Asyik berangan sahaja. Kawan-kawan yang lain sudah menyiapkan tempat perkelahan mereka. Ada yang sudah terjun ke dalan air pun. Sudah tidak sabar-sabar untuk bermain air.


Apa lambat ni? Orang dah siap tukar baju. Ujar Ben, teman rapat Eriq.


Awek aku ni, khayal panjang sangat.


Ryn, nak tukar baju jom. We all berdua nak pergi ni.


Izryn Hani angguk. Dia mengambil beg di tangan Eriq dan mengikut Sandra dan TJ yang baru dikenalinya. Antara semua perempuan yang datang bersama, dialah yang paling sopan. Yang lain semua seksi bukan main. Terkejut pun ada. Bagaimana agaknya kekasih lama Eriq yang jauh lebih sopan bila bersama mereka ini?


Pandai Eriq pilih. Sama macam Syaz.


Izryn Hani sekadar tersenyum tawar. Tidak tahu apa yang boleh diperkatakan buat masa sekarang. Tapi dia boleh menyoal kemudian sahaja. Buat masa sekarang senyum sahaja. Bibirnya mengukir senyuman tetapi hatinya sedang mengutuk hebat. Apalah korang, janganlah nak cari persamaan aku dengan dia. Muka sama, lainnya berbeza.


Erm, Syaz selalu join ke dulu?


Selalu juga. Tapi biasanya diorang lebih suka pergi berdua je. Nak privacy diorang cakap. Maklumlah kekasih sejati.


 Selesai menukar pakaian, mereka kembali ke tempat tadi. Mata Eriq menikam tajam ke tubuh Izryn Hani yang sedikit terdedah. Dia leka menikmati keindahan itu. Kenangan lalu terungkap kembali. Sekilas pandang dia seolah-olah bukan melihat Izryn Hani. Bahunya ditepuk, dia tersentak. Dia kembali ke dunia nyata.


Amboi, macam tak pernah tengok! Usik Jeff kepada Eriq.


Mereka tertawa. Eriq menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tersengih seperti kerang busuk. Izryn Hani pula tertunduk malu. Seksi sangat ke? Rasanya tidaklah seseksi kekasih mereka semua. Ah, biarlah asalkan dia tidak memakai bikini, itu sudah cukup bagus. Kiranya dia masih lagi sopan dan menutup aurat walaupun agak terdedah.


Jom, bergambar ramai-ramai.


 


Senyuman manis terukir dibibirnya sejak beberapa hari ini. Tatkala melihat album gambar yang berikan oleh Eriq dia bagaikan tidak percaya dia mempunyai seorang teman lelaki yang sangat romantik. Hari ini di kafeteria, Eriq memberikan dia album itu sebagai hadiah buat dirinya. Sejak tadi dia tidak habis-habis menatap gambar-gambar itu.


Seksi juga aku ni.


Dia tertawa kecil. Namun panjang tawanya. Beberapa orang yang berada di berhampiran memandang dia. Apabila menyedari dia menjadi tumpuan. Dia segera berhenti ketawa dan memerhati mereka. Dia tersengih sahaja.


Tak pernah tengok orang happy? Soalnya.


Masalah besar. Kau pergi buat dosa ye hujung minggu lepas? Aku nampak kau dengan Eriq and the gang. Kau pakai baju pink. Seksi bukan main. Dah tu siap peluk-peluk dalam air.


Wajah Hariz ditenung tajam. Macam tak percaya pula. Adakah Hariz turut berada di sana? Dia mula gundah. Tapi itu hanya perkara kecil. Dia bukannya buat apa-apa sekadar memegang badan Eriq bila kakinya terpijak sesuatu yang menggelikan. Tapi seronok juga bila dipeluk begitu oleh seorang lelaki. Gila!


Kau jangan nak fitnah!


Fitnah kepala lutut kau? Gambar-gambar tu, aku dah tengok dulu. Dia buat maksiat kita dituduhnya memfitnah. Hariz mencebir.


Muka Hariz dipegang dan dipusingkan supaya memandang dirinya. Izryn Hani seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Hariz pula menahan sakit bila tangan Izryn Hani mencengkam wajahnya. Kuatnya cengkaman tangan yang sekecil ini. Tentu wajahnya yang putih ini akan menjadi kemerah-merahan selepas di lepas nanti.


Macam mana kau boleh tengok pula?


Lepas dulu muka aku.


Izryn Hani akur. Dia memandang Hariz tajam. Dia tidak mahu lepaskan pandangannya. Dia ingin tahu semuanya sekarang juga. Walaupun secara rela atau terpaksa, Hariz harus memberitahu dia, bagaimana dia melihat gambar-gambar ini terlebih dahulu? Adakah secara sengaja atau secara tidak sengaja?


Kak aku pun pergi juga. Awek si mamat chinese indian tu kak long aku. So masa dia bawa balik gambar-gambar ni aku tengoklah. Dulu aku pernah tengok awek lama Rique tu. Lagi dahsyat dari kau. Main cium-cium lagi. Nasib baik kau tak macam tu, kan.


Hazel tu kakak kau? Seksi, sial!


Muka Izryn Hani berkerut-kerut. Sungguh tidak menyangka Hariz mempunyai seorang kakak yang sungguh seksi. Muslim rupanya Hazel. Dia sangkakan Hazel itu anak mat saleh. Mujurlah dia tidak bertanya apa-apa dengan gadis itu. Kalau tidak, tentu dia akan termalu sendiri kerana salah membuat tafsiran.


Hariz angkat bahu. Kakak dia yang sulung itu memang seksi. Malah dia tidak hairan apa yang orang akan katakan. Dia tidak pernah ambil kisah. Kerana hal ini, Hariz tidak pernah bertegur sapa dengannya di kampus. Dia tidak suka ada orang lain tahu, itu adalah kakaknya. Tapi pada Izryn Hani dia tidak kisah kerana dia tahu Izryn Hani orang yang bagaimana.


Jangan hebohkan pulak. Romantik kau dengan Eriq tu, tapi kau kena hati-hati. Kak Hazel kau yang pesan. Ujar Hariz.


Kenapa? soal Izryn Hani kembali.


Entah. Dia bagitau macam tu je.


Tentu Izryn hani tertanya-tanya. Begitu juga dengan dirinya. Bila kakak sulungnya dia menyuruh dia memberi pesanan kepada Izryn Hani, dia juga bertanya juga. Tetapa kakaknya itu sekadar menjawab jangan banyak tanya. Dia tidak terdaya untuk menjawab soalan Izryn Hani kerana dia tidak mendapat jawapan daripada kakaknya.


 


Amboi, meriahnya dalam gambar ni.


Wizny membuka album gambar di atas meja Izryn Hani. Ketika itu pemiliknya tiada. Tanpa kebenaran dia telah melihat album itu. Risya dan Aqiesh juga turut sama tumpang sekaki. Mereka geleng kepala. Seperti tidak percaya dengan gambar-gambar ini. Anak-anak muda di dalam gambar ini sungguh tidak sopan.


Yang lelaki dan perempuan sama. Biasalah orang muda. Yang paling tidak boleh diterima mereka melihat teman mereka sedang memeluk tubuh lelaki itu. Selama ini tidak pernah pula mereka melihat Izryn Hani memegang tangan lelaki itu sekalipun. Tetapi dibelakang mereka, siap berpeluk mesra dan romantis lagi.


Amboi, bukan main manja.


Dalam air pulak tu. Masih dara ke ni?


Serentak itu bahu Aqiesh menjadi sasaran Wizny dan Risya. Sesedap mulut sahaja dia menuturkan ayat itu. Kalaulah ada pemiliknya di sini, tentu kecil hati dia. Mereka berhak meraguinya tetapi mereka harus berhati-hati ketika berbicara. Kalaulah sangkaan mereka tidak benar, mereka berdosa kerana berkata begitu.


Jaga sikit mulut kau. Isu sensitif kau jangan sesedap rasa nak bercakap.


Sorry, aku bukannya sengaja. Lagipun Ryn tak ada di sini.


Sejurus kemudian Izryn Hani muncul. Wajahnya sugul dan masam mencuka. Dia menghampiri teman-teman yang sedang melihat album. Lantas di rampasnya album itu. Risya mula tidak sedap hati. Tatkala tangannya tersentuh dengan tangan teman itu, dia dapat rasa kesejukan yang teramat sangat.


Shes not she.


Bisik Risya ke telinga Wizny. Sangat perlahan tapi Wizny dapat mendengarnya bersama getaran suara Risya. Agak sukar untuk percaya tetapi bila dia sendiri bersentuhan dengan Izryn Hani, sejuk. Suda tentu bukan teman mereka. Dia seperti telah menyentuh mayat yang sedang berada di dalam bilik mayat yang sangat sejuk dan boleh membekukan.


Alamak... Sorry, Ryn. Kami tak sengaja nak tengok.


Sepantas kilat mata teman mereka menikam tepat ke muka Aqiesh. Album gambar itu dikoyak-koyakkan tanpa simpati. Semua gambar rosak sama sekali. Serpihan-serpihan kecil dicampakkan ke muka mereka bertiga. Wajahnya sangat bengis. Tiada antara mereka berani bersuara. Aqiesh tunduk rapat.


Aku benci kau!


Sekelip mata, kelibat Izryn Hani hilang dari pandangan mata. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dia terus lesap. Manakala di dalam bilik, gambar-gambar cantik tadi telah rosak dan berteraburan di atas lantai. Mereka hilang arah. Entah apa yang menghasut dia sehingga dia sanggup merosakkan harta bendanya sendiri.


Korang ni...apa korang dah buat dengan album aku? Jerit Izryn Hani.


Aku dah cakap. Tadi tu bukan dia.


Hampir menangis Izryn Hani. Dia terlalu sayangkan abum itu. Sekarang semuanya sudah musnah sama sekali. Dia mula marah-marah pada mereka. Pada fikirannya teman-temannya yang merosakkan gambar itu. Dan mereka bertiga diam membisu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Mereka sendiri keliru dengan apa yang berlaku tadi.


Tapi kau yang koyakkan sendiri. Kami bertiga nampak dengan mata sendiri.


Kau dah gila? Aku kat shower tadi.


Habis siapa yang masuk dan koyakkan tadi, kalau bukan kau hantu ke? soal Aqiesh.


Sakit hatinya tiba-tiba di persalahkan walaupun bukan dia yang buat. Setakat album itu, mereka tidak akan mempunyai perasaan hasad dengki. Tidak perlu nak di cemburukan dengan album gambar yang isinya tidaklah terlalu sempurna. Sekadar gambar-gambar anak muda yang tidak bertamadun sahaja.


Izryn Hani terdiam. Dia yang rosakkan harta sendiri? Maknanya itu adalah dia. Izryn Hani yakin memang dia. Adakah dia marah? Izryn Hani keluar dari kamar. Dia terus berlari mengejar orang yang dimaksudkan oleh teman-temannya. Tapi tidak kelihatan kelibat itu walaupun sudah berada di tempat mereka bertemu dulu.


Sekitar kawasan Izryn Hani cuba cari. Tapi tiada juga. Dia duduk di bangku berhampiran pohon rendang itu. Dia mengeluh. Apa telah dia lakukan sekarang? Dan apa akan dia lakukan kelak? Dia jadi gundah. Fikirannya tidak menentu. Jadi serba salah. Jadi takut.


Kau tipu, umi aku!


Seorang kanak-kanak lelaki berwajah bengis sedang memandang dia tajam. Jelas menunjukkan betapa dia marah pada ketika itu. Dia kenal siapa si kecil ini. Izryn Hani kecut perut. Bagaimana dia harus jelaskan?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Kak Fazz, cakaplah apa Ryn mesti buat.


Hentikan.


Ringkas dan padat. Jawapan Fazz cuma sepatah. Wajah Fazz kelihatan seperti sedang marah. Izryn Hani tidak tahu kenapa. Tapi Fazz tidak seperti beberapa hari yang lalu. Dia sudah bercakap. Tetapi kasar dan sinis sekali. Apa pula masalah sekarang? Semakin menyakitkan hati dan perasaannya. Dia mahukan pendapat, tapi lain pula sekarang.


Maksud kak Fazz?


Kau dah belot. Sekarang aku tak dapat nak buktikan pada Sara dan Ira, Zana tak bunuh diri. Dan Zana tak akan tenang untuk selamanya dan kau berbahagialah dengan pembunuh tu. Jawab Fazz.


Tanpa apa-apa penjelasan Fazz terus melangkah pergi. Kini dia tahu, semuanya berpunca dari dia. Berjanji tetapi memungkirinya. Sepatutnya dia harus menamatkan segalanya sekarang, tetapi dia sengaja melambat-lambatkan masa. Dia sengaja mengabaikan tugasannya. Dia harus terima apa Fazz buat padanya.


Kak Fazz...


Jangan panggil aku lagi. Menyesalkan aku percayakan kau.


Kini semua sudah berubah. Fazz tidak lagi memandang dia. Dan semua kertas dalam simpanannya turut sama lesap. Dia sudah tidak mengalami apa-apa lagi. Dia sudah jadi seperti dulu. Tidak merasai peristiwa aneh lagi. Dia tiada keberanian lagi. Malah dia kembali menjadi pendiam seperti sebelum ini. Dia menjadi penakut.


Kenapa ni?


Tak ada apa-apa.


Pendek dan tidak bermaya jawapan Izryn Hani. Wajah Hariz tidak sedikit pun dia pandang. Sesungguhnya dia tiada mood. Kalau boleh dia mahu termenung sahaja tidak mahu berbicara dengan sesiapa. Tetapi tidak adil pula melayan kawan-kawan begitu. Dia sudah hilang kepercayaan Fazz, dia tidak mahu kehilangan kawan pula.


Zawwil pulangkan kau punya buku. Dia kata terima kasih.


Tanya dia, kenapa boleh ambil sendiri tapi pulangkan minta tolong orang? Dah benci sangat ke pada Izryn Hani ni? Dulu bukan main lagi, Hani, Hani, Hani...sekarang aku pergi dekat dia larikan diri. Semua orang dah tak suka aku.


Izryn Hani meninggalkan buku rujukan itu pada Hariz. Dia melangkah pergi tanpa berpaling lagi. Dia sangat berkecil hati sekarang. Apa yang patut dia buat sekarang? Bagaimana mahu memulihkan keadaan? Bagaimana mahu mengembalikan kepercayaan Fazz? Bagimana mahu kembali rapat dengan Edzriq Zawwil?


Ryn, tapi...


Kalau nak putus sahabat, suruh dia datang jumpa aku sendiri.


Saat itu air mata mula bergenang. Dia sudah terlalu sedih sekarang. Dia keliru dengan keputusan diri sendiri. Dia juga takut untuk menghadapi apa bakal berlaku sekiranya dia tidak meneruskan niatnya untuk membantu. Dan bagaimana pula mahu menghadapi sekiranya dia belot pada cintany? Oh, kasihannya.



Pada malam yang dia mengaku untuk membantu si dia yang sedang dilanda masalah, pada malam yang sama juga dia terpaksa mengkhianati cintanya yang baru disemai demi menangani masalah si dia. Pada beberapa bulan yang lalu, waktu yang sama Izryn Hani melangkah menemui Izza Syazana untuk menghulurkan bantuan. Pada malam ini Izryn Hani sekali lagi melangkah tetapi bukan untuk menemui Izza Syazana sebaliknya bertemu Eriq.


Jantungnya berdegup pantas. Apakah penamatnya adalah Eriq atau nyawa sendiri melayang? Semua itu bukan mudah untuk meneka. Apatah lagi untuk mendapat jawapan sebelum bertanya soalan. Agak sukar untuk dirinya membuat pengakuan tentang cintanya pada lelaki itu juga tentang janjinya pada seorang insan malang yang sudah pun berkubur bersama kesalahan yang bukan miliknya.


Takkan Ryn ajak abang pagi-pagi buta ni untuk tengok bintang je? Tadi cakap ada hal penting sampai tak boleh tunggu esok.


Kini mereka berdua berada di destinasi sunyi yang hanya ditemani angin malam bersama bintang-bintang yang berkerlipan di angkasa. Saat angin menderu, dapat dirasakan betapa dinginnya malam ini. Dan betapa bersama angin ini ada sesuatu yang mengawal segalanya. Izryn Hani gugup bila disapa oleh Eriq.


Erk...memang penting tapi Ryn tak tau macam mana nak mulakan.


Berkisarkan hal apa?


Soalan Eriq dibiarkan tanpa jawapan. Izryn Hani bersandar pada kereta. Matanya memandang langit yang gelap yang hanya disuluh cahaya bintang-bintang kecil. Dia sedang menyusun ayat untuk memulakan bicara. Entah dari mana harus dia mula dan dimana pula penamatnya? Ah, sukarnya untuk mengakui kesalahan sendiri dan sukar juga untuk membuat orang mengaku kesalahan sendiri.


Abang dengan Syaz.


Kenapa pula abang dengan dia? Syaz dah mati, dia bawa semuanya bersama. Tak ada apa-apa dia tinggalkan untuk abang.


Wajah Eriq agak serius. Dia mungkin tidak selesa dengan situasi sekarang. Apatah lagi kisah silamnya cuba dikembalikan. Tapi Izryn Hani terpaksa buat begitu kerana dia sudah berjanji. Dia sudah mengeruhkan keadaan. Dia harus jernihkan. Dia harus mengembalikan kepercayaan seseorang pada dirinya. Dia juga harus membersihkan nama insan yang tidak bersalah.


Hubungan abang dengan Syaz sebenarnya sampai mana? Boleh abang cerita apa berlaku sebelum, semasa dan selepas dia mati.


Izryn Hani bertentang mata dengan Eriq. Dia terpaksa mengambil risiko untuk mengetahui hal itu. Jika cinta lelaki itu padanya teguh pasti lelaki itu akan bercerita seikhlas hati. Jika cinta mereka hanya cinta sekeping papan tentu dia akan lenyap dari muka bumi ini.


Apa hal Ryn nak tau? Selama ni abang dah cukup kecewa dengan dia, kenapa nak ingatkan abang pada perempuan curang tu?


Kalau abang sayang Ryn, please cerita dengan Ryn bang.


Sedaya upaya Izryn Hani cuba merayu pada lelaki yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya ingin tahu dari mulut Eriq sendiri. Dia mahu tindakannya adil pada semua orang. Tidak adil jika dia sekadar mendengar penjelasan sebelah pihak. Pesalah di mahkamah juga diberi peluang untuk membela diri, inikan pula kes diluar mahkamah. Untuk diadili dengan adil, dia harus mengadili dengan adil jua.


Abang sayang Syaz, sangat-sangat sayang. Empat tahun kami bercinta. Tiba-tiba abang dapat tahu dia main kayu tiga. Itupun dengan sepupu abang, Fariez. Abang kecewa sangat, Ryn. Abang marah dengan mereka.


Jadi abang aniaya Syaz dan bunuh dia?


Sepantas kilat bahu Izryn Hani dicengkam kemas. Darah gadis itu tersirap. Dia pucat lesi. Tapi dia cuba mendiamkan diri sejenak. Dia tidak boleh cepat melatah. Dia mesti bertahan. Sedangkan dia boleh menangani ketakutannya ketika berdepan dengan orang yang sudah berada di alam roh, kenapa dia mesti takut dengan manusia ini?


Abang tak sengaja nak aniaya dia. Abang nak dia jadi milik abang, tapi bila dengar kawan-kawan abang cakap tentang kemesraan dia dengan Fariez abang tak ingin pun nak sentuh dia. Abang benci dia. Abang pengsankan dia. Abang mabukkan Fariez. Abang biarkan mereka dikunci di dalam bilik yang sama.


Mata dipejamkan. Memang benar apa yang Fariez ceritakan. Tepat sekali memang Eriq yang telah menyebabkan maruah Izza Syazana tercemar. Kenapa Eriq bertindak sekejam ini? Kenapa dia bertindak seperti binatang? Apakah itu hukuman untuk kecurangan Izza Syazana? Tiada hukuman lainkah yang setimpal dengan kesalahan itu?


Abang juga bunuh dia?


Tak. Dia bunuh diri. Abang tak bunuh dia.


Tipu. Kalau dia bunuh diri kenapa ada kekeliruan dalam penyiasatan? Mengaku je abang bunuh dia, abang gantungkan dia pada pokok tu.


Eriq geleng kepala. Dia menolak Izryn Hani. Dia tegang. Dia menumbuk keretanya. Izryn Hani tersentak. Dia menghampiri Eriq dan memegang bahu lelaki itu. Dia hanya mahu menenangkan lelaki itu. Dia sebenarnya membuat serkap jarang melalui mimpinya sahaja. Dia hanya ingin tahu kebenaran disebalik mimpi itu. Apakah mimpi itu hanya mainan tidur atau maklumat untuk dirinya.


Abang tak sengaja. Dia paksa abang. Dia simpan bukti abang yang kenakan dia. Dia nak buat laporan polis. Abang takut. Abang terpaksa.


Jadi abang bunuh dia?


Tak. Aku tak bunuh dia. Dia yang paksa aku. Dia paksa aku.



Tidur malam Fazz tidak nyenyak. Walaupun setiap malam dia tidak nyenyak, namun malam ini berbeza. Ada seseorang sedang memanggilnya. Dia membuka mata. Tiada sesiapa pun di situ. Dia kembali memejamkan mata dan berpaling menghadap dinding. Tapi tidurnya masih diganggu juga. Dia bangun dan turun dari katil. Dia masuk ke bilik mandi dan mencuci muka. Biliknya ditinggalkan, dia menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka, sebotol air dikeluarkan dan dituang ke dalam gelas. Dia membawa gelas ke ruang tamu. Televiyen dibuka.


Dia duduk di sofa. Rancangan apakah yang sedang ke udara sekarang? Dia tertanya sendiri. Dia tidak pasti. Matanya yang tidak boleh lelap menyebabkan dia memilih untuk membuka televisyen. Mungkin saluran Astro ada rancangan yang menarik. Alat kawalan jauh di tekan-tekan memilih saluran yang sesuai.


Sedang asyik dia menukar saluran, tiba-tiba matanya tertancap pada saluran yang dia tidak pasti kewujudan saluran itu. Ada sesuatu yang menarik. Dia kembali memilih saluran itu. Dia mengamati cerita di dalam gelap itu. Apakah cerita sebenarnya? Dia sabar menanti apa yang akan berlaku seterusnya.Walaupun tidak diketahui apa tajuknya dan tidak jelas adegan itu dia tetap menanti dengan sabar. Oh, berdailog sekarang.


Abang, lepaskan Ryn. Jangan ulang apa yang abang buat pada Syaz.


Mata Fazz membulat. Kini dia melihat wajah Izryn Hani yang sedang bergelut dengan Eriq. Dia tergamam. Tiba-tiba siaran pada saluran itu hilang. Sekejap kemudian muncul kembali, tetapi bukan Izryn Hani dan Eriq, sebaliknya sebuah rumah berhampiran bukit. Dan kemudian ada papan tanda di situ. Dan seterusnya siaran itu terus hilang. Fazz menukar siaran lain. Terus siaran tadi tidak muncul-muncul lagi.


Whats going on?


Tolong dia, Fazz.


Mata Fazz meliar mencari siapa yang bersuara. Tiada orang. Berpandu papan tanda itu dia suba mengingati di manakah kawasan yang ditunjukkan tadi. Dia buntu. Walaupun papan tanda itu seperti pernah kelihatan tetapi, di mana lokasi sebenarnya? Dan rumah itu, dia pernah melihatnya tetapi dia tidak boleh mengingati di mana. Saat itu dia teringatkan Sara.


Telefon bimbit dicapai bersama kunci kereta. Sebelum menghidupkan enjin kereta, Fazz sempat mendail nombor Sara. Lama juga tetapi tidak dijawab. Fazz menghidupkan enjin dan terus memandu keluar keretanya dari rumah. Malah masih cuba menghubungi Sara. Lebih kurang tiga kali dia mencuba, akhirnya Sara menjawad jua.


Hello, Sara please dengar dulu. Banglo putih tepi bukit tu di mana?


Kau nak buat apa tanya banglo berhantu tu? Masalah betul kau ni.


Please Sara, ini soal hidup dan mati seseorang.






__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Seketika Sara tersedar. Panggilan telefon dari Fazz menyebabkan matanya segar. Dia terfikit sejenak. Soal hidup dan mati seseorang? Tapi siapa seseorang yang Fazz maksudkan? Dia mengeluh. Macam-macam hal berlaku pada Fazz sekarang. Berpisah dengan teman lelakinya, keluar dari asrama tanpa memaklumkan kepada sesiapa dan sering ponteng kuliah tanpa sebab. Malah paling menghairankan, Fazz dan Izryn Hani tidak serapat dulu.


Sara, Fazz tak mampu. Pergilah tolong dia.


Mata Sara meliar sekitar bilik mencari-cari siapakah gerangan yang bersuara itu. Tiada. Dia memandang Ira yang sedang nyenyak di katil sebelah. Mustahil Ira yang berbicara. Dia gusar. Apakah ini yang dimaksudkan oleh Izryn Hani dan Fazz? Adakah ini bukti yang mahu mereka tunjukkan? Ah, mungkin perasaan dia sahaja. Lantas selimut di tarik separas dada. Dia memejam mata kembali. Dia mengabaikan suara tadi.


Tidurlah Sara, bila kau bangun esok...sekali lagi kau akan dikejutkan dengan kematian aku buat kali kedua...saat itu baru kau sedar pisang sudah berbuah dua kali.


Ingatan Sara kembali ke masa lalu. Malam itu, dia dikejutkan oleh seseorang tetapi dia sedakar membuka mata dan kembali memejamkan mata dan terus lelap. Tidurnya nyenyak. Apabila pagi menjelma, dia menerima kejutan. Dengan berbaju tidur dia bergegas ke sana, dan matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sudah pergi meninggalkan mereka beberapa jam yang lalu. Hanya jasadnya disini, rohnya sudah kembali ke sana.


Zana?!


Pergilah Sara...kasihankan Fazz.


Sara bangun dari katil. Dia buntu. Dia mencapai telefon bimbit dan menghubungi Fazz. tetapi talian sibuk. Dia temenung sejenak. Ke mana harus dia cari Fazz? Dia teringatkan soalan Fazz seketika tadi. Ya banglo di tepi bukit itu. Tetapi bagaimana harus dia pergi ke sana? Dia tiada kenderaan sekarang. Dia menukar pakaian dan meninggalkan Ira tidur keseorangan di situ. Mungkin dia boleh mendapatkan teksi di luar nanti.


Macam mana nak pergi?


Hariz, adik Hazlin.


Berkerut-kerut dahi Sara. Bagaimana dia akan menemui Hariz? Dia tiada nombor telefon untuk menghubungi adik kepada rakan sekelasnya beberapa tahun lalu. Dan dia sendiri tidak yakin dia akan mengenali lelaki yang hanya beberapa kali terserempak dengannya. Bolehkah dia menemui lelaki itu dengan hanya memejam mata dan menyeru nama Hariz?


Macam mana nak cari dia.


Dia sedang balik ke sini. Kau keluar dulu dia akan menyapa kau nanti.


Apa salahnya dia mencuba nasib. Kakinya terus melangkah keluar ke perhentian bas di luar kampus. Dia duduk di situ sambil menahan debaran. Pukul tiga pagi dia menanti seorang diri di sini, selamatkah dia? Kenapa dia mempercayai sahaja suara itu? Padahal dia belum pasti samada itu adalah suara sahabatnya! Entah suara bunian mana yang mahu memerangkap dia ke duani lain. Ah, habislah dia.


Sebuah kereta berhenti di situ. Sara bingung. Takut pun ada. Dia diam sahaja di situ. Dua lelaki menghampiri dia. Seperti pernah bertemu. Tapi di mana ya? Dia tunduk. Sangat takut pada ketika itu. Beberapa kali dia berdoa di dalam hati agar dia selamat dari segala bahaya yang mendatang. Dia memejam mata.


Kak Sara, buat apa kat sini? Tak takut ke?


Korang kenal akak?


Itulah soalan pertama Sara bila dia disapa. Benarlah suara itu tidak menipu dia. Lantas dia memandang kedua-dua anak muda itu menantikan jawapan daripada mereka. Kedua-dua mereka tenang sahaja. Tapi benarkah ini manusia? Apa mereka buat pada waktu ini? Ah, mereka lelaki punya pasallah apa mereka buat pada ketika mana sekalipun. Tiada apa-apa akan berlaku pada mereka kecuali pada dirinya kerana dia seorang perempuan.


Apa pulak tak kenal. Orang penting kat sini. Saya Zawwil, ni Hariz. Kak Sara ada masalah ke? Buat apa sorang-sorang kat sini? Tak takut?


Tolong bawa akak ke suatu tempat. Boleh tak? Urgent ni. Ini berkenaan hidup dan mati seseorang. Hariz, tolonglah akak. Zawwil please.


Zawwil dan Hariz berpandangan sesama sendiri. Pelik. Ke mana Sara mahu pergi pada waktu begini, malah seorang diri pula? Ragu-ragu juga untuk mereka membantu. Apakah ini manusia ataupun hantu? Tetapi kakinya menjejak bumi. Kemudian mereka bersetuju selepas ada sesuatu mengawal fikiran mereka. Malah ada air jernih bertakung pada kelopak mata Sara menyebabkan mereka jadi tidak sampai hati mahu menolak.


Hantar dia, korang akan tahu nanti. Pergilah. Jangan lengahkan masa.


Kita nak ke mana kak Sara?


Tak tahu apa nama tempat tu. Tapi jalan je, akak tunjukkan.



Angin bertiup. Terasa sejuk sehingga ke tulang. Fazz meninggalkan kereta di tepi jalan. Dia melangkah mencari-cari kelibat Eriq dan Izryn Hani. Walaupun takut, namun kakinya tetap melangkah. Dia terlihat kereta Eriq. Hatinya berdetik. Dia berlari anak menghampiri kereta itu. Tapi kereta itu kosong. Fazz hampa.


Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang. Mungkin suara Izryn Hani. Dia melangkah perlahan-lahan menuju arah suara itu kedengaran. Di sebalik semak itu kelihatan ada dua insan sedang bergelut. Ya Allah, kau selamatkan kami dari sebarang bahaya. Tepat, itu suara Izryn Hani sedang meminta bantuan. Fazz berlari menghampiri mereka. Dia harus meleraikan dua tubuh yang sedang bersatu.


Abang, lepaskan Ryn. Jangan buat Ryn macam ni. Tolonglah.


Bodohlah aku lepaskan kau. Aku tak dapat Syaz, aku mesti dapat kau. Aku takkan biarkan Fariez ketawa sebab dapat tubuh korang.


Binatang, baik kau lepaskan Ryn.


Suara Fazz memecah keheningan malam. Eriq terperanjat, dari mana datangnya Fazz? Bagaimana pula dia boleh menemui mereka? Kehadiran Fazz benar-benar menganggu kerjanya. Tubuh Izryn Hani yang separuh bogel itu dilepaskan, kini mangsanya ada Fazz. Dia mesti lakukan sesuatu agar kerjanya berjalan lancar. Fazz mesti ditamatkan.


Kau sepatutnya jangan masuk campur.


Eriq menghampiri Fazz yang semakin undur setapak demi setapak ke belakang. Fazz tiada senjata untuk memertahankan diri, dia hanya boleh melambatkan masa agar Izryn Hani boleh bertindak melarikan diri walaupun agak sukar buat masa ini.


Kau binatang, Rique. Dia tak berdosa pada kau.


Siapa cakap dia tak berdosa? Dia main-mainkan perasaan aku.


Pada masa yang sama, Izryn Hani cuba melarikan diri. Dia harus keluar dari semak ini walau bagaimana keadaan sekalipun. Dia tidak boleh terus berada di situ. Dengan kudrat yang ada, dia bangun dan cuba membuka langkah, tetapi Eriq lebih pantas. Tubuh Izryn Hani yang agak lemah ditarik ke pangkuannya. Fazz tergamam. Dia meluru dan cuba meleraikan pelukan kemas Eriq pada Izryn Hani. Agak sukar untuk menandingi tenaga lelaki yang sedang naik minyak. Namun Fazz tetap mencuba.


Akibat tendangan Fazz pada bahagian tubuh yang sensitif Eriq terjatuh. Fazz menarik Izryn Hani keluar dari semak itu. Mereka sudah selamat berada di kawasan yang lapang. Hidung Fazz berdarah akibat dipukul Eriq, tetapi dia membiarkan sahaja. Yang penting mereka harus pergi sejauh mungkin demi menyelamatkan diri sendiri.


Ryn, tahan ye sayang. Kita mesti...


Sesuatu telah terkena kepala Fazz menyebabkan Izryn Hani terpinga. Dia berpaling Eriq semakin dekat. Tetapi Fazz sudah pengsan. Kepalanya berdarah akibat terkena benda keras. Dia tidak boleh meninggalkan Fazz di situ tetapi dia juga tidak boleh berada di situ. Dia tidak mahu tercemar. Dia teragak-agak.


Kak Fazz, wake up. Please...


Ryn sayang, datang pada abang. Fazz takkan bangun, kita raikan malam pertama kita sekarang, ye.


Tubuh Izryn Hani menggeletar. Suara itu makin dekat. Dan tiba-tiba tubuhnya dipeluk lagi. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Dia memukul dada bidang Eriq. Tetapi tenaganya sudah kehabisan. Dia tidak sekuat tadi. Dia tidak mampu melawan lagi. Terasa tubuhnya makin dekat dengan tubuh Eriq. Dia menangis dalam gelap.


Lahanat kau, Eriq.


Itu sajalah kata-kata azimat yang mampu dia tuturkan. Saat wajahnya dicium kasar dia memejam rapat matanya. Saat bajunya yang sudah terkoyak disentap kasar, dia gigit bibir. Air matanya terus mengalir dipipi. Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini. Aku memohon pada-Mu agar Kau terimalah doaku ini.


Sayang, buka mata. Rugilah kalau pejam mata macam ni.


Kau gila Eriq. Aku tak redha kau sentuh tubuh aku.


Aku dah sentuh tubuh kau. Sikit lagi, kotorlah kau.


Eriq tertawa. Dia senang hati. Inilah akibatnya memainkan perasaan lelaki. Terimalah padahnya. Bagi Izryn Hani lelaki ini kejam, cintanya sekadar cinta sementara waktu. Dia tidak terima apa-apa alasan. Yang dia tahu, siapa yang memainkan perasaannya akan terima padah. Samada secara langsung atau tidak.




__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza


Fazz...kau kat mana? Fazz...


Sara susah hati. Kereta milik Fazz tersadai di tepi jalan tetapi tuan punya tiada bersama. Bertemankan Zawwil dan Hariz, dia mencari Fazz dikawasan berhampiran. Ketika sedang mencari Fazz mereka menemui kereta Eriq. Mata mereka meliar ke seluruh kawasan. Dan mata mereka menangkap kelibat seseorang sedang bergelut. Benar memang tidak salah lagi itu manusia bukan khayalan minda mereka.


Mereka menghampiri kawasan itu. Pada waktu itu mereka dapat menangkap suara sayu meminta dirinya dilepaskan. Suara itu amat dikenali oleh mereka bertiga. Ketahuilah oleh mereka bahawa itu Izryn Hani. Dan dia sedang dibelasah atau juga sedang diperkosa mungkin. Mereka meluru ke sana secepat mungkin. Saat itu mereka melihat ada sekujur tubuh terbaring atas tanah. Ada orang ketiga di situ.


Woi...


Eriq tersentak. Ah, siapa pula mahu mengacau di sini? Sekali lagi dia terganggu. Dia berdiri. Wajahnya bengis memandang dua lelaki yang sedang berdiri di depannya. Tatkala itu Izryn Hani menutup tubuhnya yang terdedah dengan baju yang sudah tidak sempurna. Dia menangis tanpa irama. Perlahan-lahan dia cuba bangun tetapi tidak terdaya.


Apa pula korang nak? Kenapa korang suka masuk campur?


Dah tak ada kerja agaknya? Asyik nak merosakkan anak dara orang.


Zawwil melepaskan satu tumbukan padu ke muka Eriq. Panas hatinya melihat perbuatan lelaki itu terhadap Izryn Hani. Belum pun sempat Eriq membalas, sekali lagi penumbuk Zawwil singgah ke perut Eriq. Hariz tidak masuk campur sebaliknya dia menghubungi orang yang boleh membantu, polis. Perkara ini harus ada jalan penyelesaian.


Zawwil menolak Eriq yang sudah dibelasahnya kepada Hariz. Walaupun sudah berdarah mukanya namun Eriq masih mahu melawan. Giliran Hariz pula memukul Eriq. Dia memang sudah lama menantikan saat ini. Apabila kakak sulungnya bercerita tentang kekejaman Eriq pada bekas teman wanitanya dulu terus sahaja Hariz membenci lelaki itu.


Hani...


Air mata Izryn Hani terus membasahi pipi. Dia menangis tersedu sedan. Dia tidak mahu memandang wajah Zawwil dalam keadaan dia begini. Tubuhnya yang terdedah walaupun ditutupi dengan sehelai baju namun masih tidak sempurna. Baju yang koyak rabak itu tetap tidak boleh menutup keseluruhan tubuhnya.


Pergi...


Mata Izryn Hani terus terpejam dan nafasnya terhenti. Dia tentunya pengsan kerana hidungnya berdarah. Malah ada kesan luka lain pada tubuhnya. Zawwil membuka bajunya dan kemudian menutup tubuh itu supaya tidak terlalu terdedah. Dia memeluk erat tubuh itu. Kalaulah mereka cepat sampai tentu tidak akan berlaku perkara ini.


Kak Sara...


Ya Allah, apa semua ni?


Sara menangis. Fazz dipangkuan masih tidak sedarkan diri. Kini Izryn hani pula. Sungguh kejam Eriq memperlakukan sahabatnya begini. Barulah dia sedar, Lukman Nasyriq bukanlah lelaki yang dibayangkannya selama ini. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia puas hati. Kenapalah dia tidak boleh mempercayai Fazz?


 


Kelopak matanya bergerak-gerak. Jari jemari yang kaku juga turut sama bergerak-gerak. Sara menghampiri Fazz yang sedang terbaring lesu di atas katil. Sudah beberapa hari Fazz tidur. Pada malam ini Fazz membuka mata perlahan-lahan. Nafasnya kedengaran sangat perlahan dan lemah. Tetapi bibirnya bergerak-gerak seolah-olah mahu memberitahu sesuatu.


Sara mendekatkan telinganya pada Fazz. Setiap butir pertuturan Fazz yang tidak berapa jelas cuba ditafsirkan olehnya. Dia angguk faham. Dan dia mengiyakannya. Walaupun hakikatnya ada sesuatu yang buruk telah berlaku, buat masa sekarang Fazz perlu berehat. Kemudian sahaja mereka akan memaklumkan dia.


Ya, tak ada apa-apa. Kau rehatlah.


Fazz cuba tersenyum. Dia kembali memejamkan mata. Pengaruh ubat dalam badannya masih kuat. Dia tidak mampu berjaga dalam tempoh yang lama. Bertemankan Sara, dia tidur nyenyak. Hanya ada Sara yang menemaninya. Ibu dan bapanya tiada di sini kerana tugas mereka. Adik-adiknya juga berada di asrama. Dia hidup di Malaysia tanpa ibu dan bapanya. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja mereka akan pulang.


Sara, kita cakap sekejap.


Seorang lelaki mencuit bahu Sara dan memanggil dia keluar seketika. Apa pula masalah lelaki ini sehingga mahu berbicara dengannya? Sara meninggalkan bilik Fazz perlahan-lahan supaya Fazz tidak terjaga dengan bunyi bising. Pintu bilik ditutup berhati-hati.


Apa hal?


Biar aku temankan Fazz malam ni.


Okey, tapi jangan cari pasal dengan dia pula.


Tugas menemani Fazz bertukar tangan. Kini lelaki itu, Taufik yang juga teman lelaki Fazz atau lebih tepat sekarang ini sebagai bekas teman lelaki mengambil alih untuk menjaga Fazz. Walaupun mereka sudah rasmi memutuskan hubungan mereka, tetapi rasanya mereka masih boleh menyambung kembali. Lagipun segala kekusutan sudah berlalu.


Sara meninggalkan bilik Fazz. Destinasi seterusnya adalah Izryn Hani. Bagaimana agaknya keadaan gadis itu? Masihkah meracau-racau seperti sebelum ini? Sebaik sahaja sedar dari pengsan dia akan menjerit-jerit, meracau-racau tanpa henti. Mungkin dia trauma. Terpaksalah mereka memberi ubat penenang padanya.


Macam mana, auntie?


Still the same.


Pada masa yang sama, Izryn Hani terjaga dan mula meracau dan menjerit-jerit. Dia sangat ketakutan pada ketika ini. Dia memeluk tubuh dan menepis setiap orang yang mahu menyentuhnya. Jelas kelihatan air matanya mengalir. Dia menangis sambil mempertahankan dirinya. Kasihannya dia.


Air mata ibu mengalir dipipi. Pilu mengenangkan nasib anak tunggalnya. Saban hari Izryn Hani meracau-racau dan menjerit-jerit. Dia tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh tubuhnya. Setiap kali ada seseorang memegang tangannya serentak itu dia akan membuka mata dan terus menjerit-jerit dan meronta-ronta meminta dia dilepaskan. Bersama-sama jeritan, air matanya merembes keluar tanpa segan silu.


Dia benar-benar ketakutan sehingga sentuhan ibu sendiri pun dia tidak percaya. Pada matanya masih lagi jelas kelihatan wajah Eriq yang cuba memperkosa dia. Kasihan sungguh melihat keadaan Izryn Hani. Kalau dibiarkan tentu semakin teruk jadinya. Kes Izryn Hani dirujukkan pada pakar demi keselamatannya. Kalau diperlukan, mereka akan membawa pakar dari luar demi anak tunggal kesayangan itu.


Sabarlah auntie, Sara yakin dia pulih.


Harap-harap macam tu.


Mereka hanya melihat dari luar sahaja. Dalam situasi sekarang, lebih baik dibiarkan Izryn Hani bersendirian. Mungkin ini akan membantu dia lebih bertenang. Sara bersandar pada dinding. Dia resah. Walaupun begini jadinya, namun mereka masih belum dapat membukti apa yang ingin mereka buktikan. Apatah lagi Eriq mungkin tidak akan sedarkan diri akibat ditembak ketika dia sedang mengacukan pistol pada Hariz.


Telefon Sara tiba-tiba berbunyi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Satu nombor yang tidak dikenali. Dia menjawab panggilan telefon itu. Tiada suara sesiapa yang kedengaran. Dia meminta diri untuk pergi ke ruang yang lebih sunyi. Dia tertanya-tanya siapakah yang menghubunginya pada masa ini? Seseorang yang sekadar ingin menganggu atau sememangnya mahu berbicara dengannya?


Hello, siapa ni?!


Sara, minta ibu Izryn Hani jauh. Aku nak masuk. Kalau dia ada di situ aku tak boleh. Jauhkan dia dari pintu saja. Tolonglah.


Sara termanggu sendiri. Benarkah apa yang sedang dia dengar ini? Bagaikan tidak percaya dia sedang berbicara dengan orang yang sudah mati. Ini kali kedua. Dia teringin mahu melihat wajah itu tetapi masakan dia mampu. Pada waktu terdesak sahaja dia boleh mendengar suara itu. Dia tidak bertuah seperti Fazz yang boleh melihat wajah sahabat mereka.


Erk, Zana?!


Kalau nak Izryn Hani pulih, cepatlah bawa ibu dia jauh. Malam ni saja aku boleh jumpa dia. Aku dah nak pergi. Tolonglah ya, Sara.


Antara percaya atau tidak, Sara mengakui juga itu adalah suara Izza Syazana. Lantas dia memujuk ibu Izryn Hani untuk pergi ke kafeteria untuk makan malam. Setahu dia wanita itu belum pun menjamah apa-apa makanan untuk hari ini. Mujurlah wanita itu bersetuju walaupun hatinya agak berat untuk meninggalkan anak tunggalnya bersendirian.


 


Saat Izryn Hani ditinggalkan seorang diri, suasana yang sejuk menjadi semakin sejuk. Beberapa lampu terpadam tiba-tiba. Namun disebabkan lokasi itu agak sunyi tiada sesiapa yang hairan. Lagipun tiada sesiapa di situ. Jarang ada orang melalui kawasan itu pada waktu malam. Jadi apa sahaja perkara pelik yang berlaku memang tidak akan menjadi buah mulut orang di situ.


Lampu di dalam bilik Izryn Hani yang terpasang juga turut sama terpadam. Saat itu mata Izryn Hani terbuka. Matanya meliar sekitar kamar. Dia dapat merasakan ada sesuatu di situ. Dia bangun dari pembaringan. Dia masih mencari-cari apakah atau siapakah sedang berada di situ? Dia ketakutan lantas dia menarik selimut separas dada, namun matanya masih meliar.


Si...siapa?


Terima kasih, Izryn. Kerana berkorban untuk saya. Maafkan saya juga kerana tidak menghulurkan bantuan. Saya tak boleh berada di sana. Izryn, ini kali terakhir saya bertemu awak, itupun awak hanya boleh mendengar suara saya sahaja, kerana sekejap lagi saya akan pergi dan takkan kembali.


 Ya, ada seseorang di sini. Dalam suhu yang lebih kurang 24 darjah celcius mungkin ini bukan manusia. Kalau dalam cerita seram, pada suhu ketika inilah pelbagai hal mistik akan berlaku. Dan dia pernah lalui situasi seperti sekarang. Cuma bezanya sekarang dia sedang dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat.


Izryn Hani, dia takkan ganggu hidup awak lagi. Sebaik sahaja saya melangkah keluar dari sini, dia akan ikut saya. Tak perlu takut lagi. Semoga cepat sembuh. Lupakanlah tentang apa yang sudah berlaku. Pejamkan mata dan tidur. Bila Izryn buka mata kemudian, semuanya akan pulih. Ini janji saya pada Izryn.


Itu suara Izza Syazana. Dia kenal sangat dengan suara itu. Dia sudah dapat mengagak bahawa Izza Syazana berada di situ bersamanya. Dia memejam mata seperti disuruh dia terlelap seketika. Entah kuasa apa yang menguasai jiwa dan pemikirannya sekarang sehingga dia mengikut sahaja apa yang diarah.


Dan selepas suara itu menghilang serta suasana kembali seperti biasa Izryn Hani terjaga dan bangun dari berbaring, dia menangis sambil memeluk lututnya. Dia memanggil ibunya. Dia tidak mampu keseorangan sekarang. Dia mahu memeluk seseorang yang amat menyayangi dia. Kini barulah dia sedar, dia sudah lama tidak memeluk ibunya. Fikirannya bukan milik dia sebaliknya dikawal oleh seseorang sehingga lama kelamaan mula sebati dengan diri.


Izryn Hani memandang ke luar bilik. Tiada sesiapa! Seingat dia ketika dia sedar untuk seketika tadi, dia masih melihat kelibat ibunya dan seorang gadis, mungkin Sara pada pandangan matanya. Tetapi ke mana perginya mereka berdua? Apakah dia sedang bermimpi ketika melihat kedua-dua kelibat itu? Oh, tidak mungkin.


Kudrat yang ada cuba digunakan. Dia memaksa diri untuk turun dari katil. Dengan kekuatan yang ada, dia melangkah menuju pintu dan membukanya perlahan. Dia membuka langkah menuju destinasi yang belum pasti. Ke manah agaknya dia mahu mencari ibu dan Sara? Apakah mereka berada di sini atau sudah meninggalkan dia?


Mama...


Langkah kakinya semakin lemah. Dia masih belum kuat tetapi dia sudah tidak boleh berada seorang diri di dalam bilik. Dia terpaksa keluar. Sambil berjalan dia menangis. Dia sudah tidak mampu untuk melangkah tetapi demi mencari ibu dia tetap jua tidak berputus asa. Dalam hatinya berdoa agar dia bertemu dengan ibunya secepat mungkin. Tiba-tiba rindunya membuak-buak kepada waniita itu. Sebenarnya sudah berbulan-bulan dia tidak menatap wajah itu kecuali mendengar suara di hujung talian telefon.


Hani...


Matanya bertentang dengan seseorang yang memanggil dia. Oh, tidak! Dia tidak boleh bertemu dengan orang ini. Dia tiba-tiba menjadi malu bila teringat akan sesuatu yang sungguh memalukan dirinya. Dia rasakan kakinya mula goyah. Dia tidak stabil. Dunia Izryn Hani menjadi gelap gelita. Dan berlalulah saat itu degan rahsia tersendiri.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
RE: Izryn &Izza



Sayang, are you okey?


Mama?!


Izryn Hani terus bangun dan memeluk ibunya. Air matanya merembes lagi. Kali ini air mata gembira. Bukan lagi air mata kekecewaan seperti dulu. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Dia sangat gembira kerana sudah tidak terlibat dalam masalah yang amat menakutkan. Dia berharap tidak akan berulang lagi apa yang dah berlaku.


Sayang, dahlah jangan nangis lagi. Tak cantik anak mama nangis macam ni.


Aah, anak papa hilang keayuan kalau menangis macam ni.


Izryn Hani tertawa kecil sambil menyapu air matanya. Dia kemudian memeluk bapanya pula. Dia gembira sangat. Terasa sangat bahagia bila semuanya sudah selesai. Dia hanya mahu mereka tahu bahawa dia sudah pulih. Dia tidak akan meracau-racau lagi. Dia tidak akan menjerit-jerit lagi. Dia rasa semangatnya telah pulih ketika dikejutkan oleh Izza Syazana malam tadi, mungkin. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.


Kak Fazz macam mana?


Fazz?! Dia okey. Baru lepas operation. Dia pun dah sedar sepenuhnya semalam. Ryn je pengsan sampai tak sedar-sedar.


Dahi Izryn Hani berkerut seribu. Bukankah dia hanya pengsan semalam? Sekarang ini sedang siang. Tidaklah terlalu lama dia pengsan, pada fikirannya. Mengapa Sara berkata begini? Dia memandang ibu meminta penjelasan. Mungkin ada sesuatu yang telah mengelirukan dirinya atau mengelirukan Sara?


Tiga malam lepas, sayang pengsan kat kaki lima wad. Mujurlah ada Zawwil masa tu. Lepas tu, sayang tak sedar-sedar sampai pagi ni.


Kini barulah dia tahu bahawa dia sudah tidur selama beberapa hari. Patutlah dia terasa segar. Dan Zawwil, benar dia pengsan ketika melihat wajah Zawwil tersembul di situ. Mungkin disebabkan dia masih belum sedar sepenuhnya dia jadi gugup bila berdepan dengan orang yang telah melihat keadaannya yang amat memalukan.


Zawwil?


Ye, tiap-tiap hari dia datang lawat Ryn. Tambah Sara.


Eriq?


Berita buruk. Dia meninggal malam Ryn pengsan tu. Berita lain, disahkan betul Izza Syazana dibunuh oleh dia. Hazel jadi saksi dan dah tunjukkan bukti. Ryn, rehatlah. Kak Sara nak balik dulu. Ada hal sikit.


Izryn Hani angguk. Rupanya lelaki itu sudah pergi meninggalkan dia. Kasihan. Akhirnya mereka akan bertemu di sana. Semoga lelaki itu mati selepas sempat bertaubat. Dan kini dia terpaksa memadam rasa cintanya pada lelaki itu. Alhamdulillah, album gambar kenangan mereka bersama sudah rosak. Cepatlah kenangan-kenangan itu akan terpadam, harapannya.


~Tamat~


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:
Izryn &Izza


mak aiiiii,ni bukan cerpen,ni tahap novel ringkas ni ....panjang nyer..............tak per aku baca pelan2..Selamat membaca utk aku....

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:
RE: Izryn &Izza


perfect...nak kalahkan awang mursyid ke? best sgt..



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

pjg nye citer.... ade sesape leh bg tema citer nih

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

Aku_Si_H5N1 wrote:

pjg nye citer.... ade sesape leh bg tema citer nih




temanye dinho x baca habis...cayok2!!! dinho bc lah sampai abis, best tau..td aku ada beli novel awang murshid bicara siperindu (novel triller 2) sapa dah bc novel cinta sang ratu ??? best x?? kalo best nak beli gak...



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

lailatul wrote:

temanye dinho x baca habis...cayok2!!! dinho bc lah sampai abis, best tau..td aku ada beli novel awang murshid bicara siperindu (novel triller 2) sapa dah bc novel cinta sang ratu ??? best x?? kalo best nak beli gak...




siperindu ke....haku ngatkan siperjepun....sabo jela jenab....



__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
Izryn &Izza


'bagaikan puteri' pon awang murshid gak penulisnya....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
RE: Izryn &Izza


buku 'bagaikan princess' x de ke? penat je den cari

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
Izryn &Izza


meh sni ko dinho,nak luku laju2 pala ko tuu!!!!ko yg tlis novel tu,lgi mau cri...mstilaaa xjmpa pnyerr,ko tlis plk dlm base uganda.. sape yg nak mmbacenyerrr,

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
RE: Izryn &Izza


ye ke.... x sangka princess org petama yg beli novel nih... mekasih nnt dpt adiah tiket melawat zoo kat uganda.... ok tak?

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
Izryn &Izza


ok sesgt dinho oiiii,aku amik masa 8 taun nak bca novel ko tu..kira sndri skang umr aku 32,bila aku strt bca novel ko tu???esok aku bgi sinopsis, bagaikan princess novel terulung abad ini..hasil titik peluh busuk ko tuu

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard