Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ..:: Aku..! Farah Adilla bte Dato' Hamdan ::..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
..:: Aku..! Farah Adilla bte Dato' Hamdan ::..


Namaku ady. Umurku 20 tahun. 3 bulan dari sekarang aku akan digelar "Sweet 21st Lady". "Yuk....~!!!!!"geli rasanya aku bila mama dan papa mengelarkanku begitu. Aku belajar di ITTAR kolej, dan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Kalau nak dihitung.... aku hanya akan tamat pengajian setahun lebih sahaja lagi dari sekarang. Keluargaku mungkin berada..... tetapi miskin penghuninya. Aku, mama, papa, untie imah dan uncle rahman aja. Untie imah adalah pembantu rumahku dan uncle rahman of courselah suami dia yang bekerja sebagai Driver papaku.
Kawan baikku ialah Sarah Azilla Bakarin. Aku panggil dia Zila Bakarin. Ala-ala...... pelakon seksi tu ahh.... Actually dia memang seksi but...... too nice. Sopan-santun, lemah lembut dan peramah adalah perwatakan semulajadinya yang tetap ku rasakan terlalu asli untuk dinilaikan. Aku?..... hurmmmm........ sebaliknya. Mungkin disebabkan itu kami serasi. Aku panas...... zila sejuk. Ada kalanya aku rasa mahu jadi seperti zila. Tetapi....... aku tak sanggup hidup dalam serba yang sederhana. Jauh di sudut hati....... aku bersyukur dilahirkan sebagai Farra Adilla bte Dato'' Hamdan. Inilah aku....... dan aku tetap aku.

Sebenarnya segalanya berjalan dengan lancar di awal perjalanan hidupku menuju ke ambang 21 tahun. Aku dan zila seperti adik beradik lain mak dan ayah. Segala urusan perniagaan papa tak pernahku ambil tahu. Sememangnya aku tak berminat nak mengambil alih perniagaannya sekarang. Jauh sekali untuk menyandang jawatannya. Kalau disimpulkan ketat-ketat keputusanku ini aku pasti.... suatu hari nanti ianya pasti akan terlerai juga........ dan saat itu aku perlu belajar cara bertanggungjawab. Mama kata, aku terlalu manja dan terlalu simple. Sudah beratus kali mama menegur tentang cara pemakaianku ke kuliah. Di kala kesemua perempuan berbaju kurung aku lebih suka berjeans dan t-shirt. "Alah..... mama...... ady nak gi kuliah... kan nak gi kursus kahwin..... pakai kurung segala....... adeihhhh.!!.... camner nak baik bas...... nak lari.... nak kesana.. nak ke sini...... nak gi window shopping...... payah tau~!"bentakku dengan pelbagai alasan. "Nama Fara kan manis........ bila masa plak girl tukar ganti ady nih.....~!"sambil mengaru kepala.... mama menuangkan jus limau untukku bersarapan. "Eh...... lupa-lupa...... kat umah..... tukar ahhh....... mama..... tu kat kolej ajalah.......Oklah...... girl gi kuliah dulu. Zila dah misscall banyak kali nih....... tu dia mesti dah tunggu kat bus stop lama... kang muncung.... bibir...."pintasku sambil berlari menuju ker pintu dan memakai kasut adidasku.

"Girl..... uncle rahman hantar... jom.....naik... isk.... budak nih...~!"panggilnya ketika sedang asyik mencuci cermin kereta. "Aik..... uncle...... rahman.... papa tak suh tunggu kat istana tu ker?"tanyaku pantas. Sambil mengeleng......uncle rahman membuka pintu untukku. Jom uncle......hari nih girl jadi driver dan uncle jadi co-pilot...."kataku laju. "Camner nih datin....takan nak suh saya duduk kat situ... isk.. tak pernah plak jadi ngan dato sebelum nih...~!"sambil mengaru kepala yang tak gatal. "Kau ikutkan ajalah.... rahman...... tak kuasa....... dah saya nak layan..... asal dia nak naik itupun dah cukup bagus."kata Datin Fatimah.

"Best gak yeak Honda..... nih..... nak suh papa beli satu untuk girllah esok"sambil meluncur laju.... aku membiarkan uncle rahman duduk di sisi. Aku tahu dia takut kene marah ngan papa. Rasanya tak mungkin papa marah....... coz mama tak marah juga pun..tadi?. Dari aku mula naik uncle rahman tak bercakap. Aku anggap uncle rahman dan untie imah bukan makan gaji dirumahku. Mereka berdua adalah ibu bapaku yang kedua.

"Mak.... aii...!!!!..... pompuan tu muncung......lah uncle.... adeih.!!!!..... tak moh kuarlah camnih.....!!"kataku dan menyuruh uncle rahman memanggil zila sahaja. "Kau lambat lagi setengah jam test tu nak mula. Final plak tu?"rajuk zila sambil masuk kereta. "Terlambat bangunlah....girl tido pukul 5 pagi. Sambil memujuk aku berkata..... "Alah belum kul 9 pun... baru 8.30 pagi"pujukku sambil menghulurkan hpku padanya. "Tadi bob sms.... dia suh kau call dia balik"sambungku. "Tak yah..~! nanti abih test aku gi cari public phone. Kata-kata zila benar-benar buat aku rasa kecil hati. Aku silap cakap ker atau perangai dia pagi nih..... lain?. Moody dan sedih.... yang paling pasti..... matanya merah dan rambutnya tak terurus rapi. "Hurmm..... suka kaulah....sebab nih lah aku malas nak bercinta. Baik aku ganas.... camnih.... biar tak dek lelaki nak kat aku. Selamat jiwa raga...... dan emosi."hujahku sambil memandang uncle rahman yang tak berkata langsung sejak dari tadi.

Aku baru perasan yang sebenarnya aku dah menyinggung hati uncle rahman. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan dan meminta uncle memandu dengan alasan tanganku mula kebas dah tak mampu pegang stering dan tukar gear. Rupanya benarlah....tekaanku. Ekoran mata uncle rahman seakan menyuruh aku duduk dibelakang besama zila. Bengis dimukanya sudah cukup membuktikan tanda isyarat duduk dibelakang seperti papa juga walaupun tanpa perkataan yang diucapkan olehnya. Tiba-tiba telingaku ditarik zila....

"Adeih.... sakitlah.... apsal....?tanyaku pantas.
"Segarang-garang kaukan girl........ penakut gak yeak~!? ngan uncle rahmanketawa zila.

Aku mencebikkan mukaku.tatkala uncle rahman berpaling dan memandang tepat kearahku.

Sesampainya di kolej.. aku tak mahu uncle membuka pintu untukku. Papapun tak pernah begitu. dan aku sepastinya tak mungkin akan melampaui batas. Thanks.. uncle..sambil menuju ke bilik kuliah. ku lihat... ekoran dan bisikan mereka sudah cukup membuatkan aku rimas dan bosan. Wow..! ady. driver kau ker.azman menegurku. Atok kau. driver aku...jawapku ringkas. Tak baik jawap macam tu... nanti orang benci dan kata kau belagak girl..zila mencelah. Aku tak suka.... nanti semua terhegeh-hegeh nak kawan ngan aku. Bosan tul aku..!sambungku sambil naik lif dan mula menyelongkar beg untuk mencari ID Cardku. Kata-kataku hari nih banyak yang salah ker? Ataupun sememangnya zila yang bermasalah pagi nih. Bila masa plak aku kata kau yang terhegeh-hegeh...zila?marahku bilamana dia menyamakan dirinya dengan ayatku sebentar tadi. Malas aku nak gaduh.. ngan kau pepagi buta. nih!! kang semua benda yang aku dok hafal subuh tadi hilang..bentakku sambil menuju ke bilik kuliah 203. Maaf.!jawab zila ringkas.

Aku membiarkan saja adegan salah faham ini dari menganggu fikiranku sekarang. Walaupun begitu aku tetap perlu bertanya apa yang merunsingkan fikirannya pagi ini. Aku hanya mengambil masa 1 jam untuk menghabiskannya. Lama aku menunggu zila di bawah. Ada barang yang aku lupa hendak beri padanya. Papa kata aku kena bagi hp nih padanya.

Aku tak pernah sangsi mengapa papa sering memberikan zila barang yang hampir serupa denganku. Dari beg sandang, peralatan makeup, duit saku dan duit untuk shoping kesemuanya hampir sama. Ah.! mungkin sebab papa kesiankan dia agaknya. Lapipun aku dan zila berkawan sejak di sekolah tadika lagi. Membesar bersama-sama membuatkan aku cukup memahami perangai dan perasaannya. Kadang-kala aku terfikir yang kami nih.. mungkin........ Lamunanku terhenti tatkala zila menyergah aku dari belakang. Lamanya. nih jawap soalan ker buat soalan..?rungutku padanya. Alah.. setengah jam lambat dari kau.. kannya sampai satu jam pun. Nah.!!! papa kasisambil menghulurkan hp nokia 8250 kepadanya. Taknaklah. duit pengajian nih pun aku tak mampu nak bayar cepat.. papa kau dah kasi yang lain. Aku tak pandai pakai... lagipun aku bukannya perlukan hp?katanya sambil menolak kotak hp kembali kebadanku. Tul taknak..! jap.. aku call papa sat.gertakku. Sambil menghulurkan hp padanya ku lihat wajah zila benar-benar berubah. Nahlah.kau jawap ngan sendirisambungku. Kali ini zila menurut perintah seperti sebelumnya. Ini barulah zila yang kukenal sejak bebelas tahu yang lalu. Jarak antara aku dan zila hanya setahun.

Banyak sangat budi papa kau girl! Pada aku sekeluarga. Tak mampu aku nak balas! Entah macamana aku nak balas akupun tak tahu. Sejak ayah aku meninggal papa kaulah tempat aku memanggil ayahkatanya perlahan sambil mengambil hp dari tanganku.

Senyuman zila meredakan hati aku. Marahku hilang bilamana dia menelek lama hp pemberian papaku itu. Sama yeak..~! cam hp aku?soalku. Hurm. tu ahh.. kau tak kecik hati ker papa kau kasi aku jenis yang sama.?balasnya. Aku dan zila berjalan menuju ke Food Court Cycle & Carrie. Food Court ini popular bagi pelajar kolej cosmopoint dah juga kolejku. Tak heranlah... janji jangan lebih dari aku... cukuplah.... sama tak per...jawapku ringkas dan bersahaja sambil menarik tangan zila menuju ke gerai Nasi ayam. Eh.. girl. ko beli nasi aku beli air... cepat sikit..... aku nak gi tengok mak kat Ampang Puteri lagi dalam kul 2.00 petang?pintanya. Aku mengangguk tanda setuju. Sambil menikmati nasi ayam. aku diganggu oleh satu panggilan telefon yang kerap mengangguku sejak seminggu ini. Kau jawap zila.....! aku angin kang pinggan nasi makcik nih aku hantar direct kat tepi bakul dia.... terbang lagi!kataku sedikit marah.

Aku lihat zila ketawa dan tersenyum. Sambil menikmati nasi ayam kegemaranku, pandangku tertumpu kepada seorang lelaki yang hampir aku kenali. Sudah 2 kali aku teserempak dengannya. Tapi dimana wajah lelaki itu kulihat aku tak berapa pasti. Yang pasti wajah lelaki itu seakan pernah aku lihat sebelum ini.

Lamanya.. kau borak~!rungutku. Gelak dan tawa zila buat aku tak duduk diam.
Dia kata... kalau kau nak terbangkan pinggan nasi ayam kau tu... dia sikitpun tak heran.. yang diherankannya nanti.... makcik nasi ayam tu.... kene heart attack tengok pinggan dia terbang~!!!terang zila kepadaku. Hurm..... dia ada kat dedekat kita... rupanya... sambil melihat sekeliling. aku Cuma attack lelaki yang berdekatan denganku. Hampa betul.! semuanya buat dek aja......

1st time aku tengok kau kalut. digoda lelaki ketawa zila sambil makan. Cepatlah. makan kata nak jumpa mak. dan kul 1 lebih dah nih.pintasku. Malas aku nak dengar komen pompuan nih. Yang aku heran. zila nih punyalah seksi dia tak kacau, aku yang garang macam singa nih ada lagi lelaki yang berani kacau. Oh... lagi satu.. aku lupa dia kata dia pelajar cosmopoint. Alah... budak cosmo ker? Tak dek orang lain ker? Dorang tu belagak aja lebih. bosan aku. Semua perangai sama.... macam gay.. tayang bajurungutku sambil berjalan laju menuju ke teksi stand. Kita balik umah dulu... aku nak amik kereta... leceh ah. pakai cab time camni. Zila hanya mengangguk dan menurut langkahku yang agak laju. Eh... cepatlah..... mak kau ker mak aku nih~! Kau tanak pergi aku pergi seorang senang!kataku sambil bercekak pinggang. Lagi sekali zila tidak membalas percakapanku. Selalunya dia mesti kata tak baik cakap macam tu.... hurm..... zila.. zila.. kenapa ngan kau hari nih ? Persoalan yang tak sempat aku tanya dari tadi.

Sesampai di rumah aku hanya nampak untie imah sedang sibuk menilik bunga ros kegemarannya dan juga mama. Aku tak sempat...... nak kata apa..... aku capai kunci kereta di sisi pintu dan menyuruh zila memberitahu untie imah yang kita mahu ke hospital. Arahanku diterima dan dipatuhi. Aku tak sempat nak fikir pasal zila sekarang ini. Yang aku kejarkan sekarang adalah panggilan telefon dari papa sebentar tadi. Papa meminta aku segera ke hospital dan perlu bawa zila bersama. Sebolehnya aku cuba amanahkan diri aku. Papa meminta aku jangan memberitahu zila yang maknya semakin parah akibat lelehan nanah di payudaranya. Rupanya papa tak pergi meeting di Hotel Istana. Sejak dari pagi tadi dia berada di hospital menemankan mak zila. Akupun pelik dan mula fikir yang bukan-bukan. Scandal? Tak mungkin? Diakan mak zila..... lagipun ayah zilakan kawan baik papa? Aaaaarrrggghhhhh..!!!! teriakkanku mengejutkan zila. Jangan nak histeria kat dalam kereta plak.... mak aku selamat nanti turn aku yang masuk hospital!katanya sambil memerhatikanku. Aku hanya mampu tersenyum dan memberi alasan yang aku tak suka ada lelaki mengangguku.

Apabila sampai sahaja di hospital, ku lihat zila seakan cuba mempelahankan lagi pergerakannya. Kalau tidak kerana arahan papa mahu sahaja aku beritahu yang maknya sedang berjuang di saat-saat akhir hidupnya. Zila.~!!!!!!! Quick!!!jeritku apabila ku lihat pandangan tajamku tidak diendahkan olehnya. Kau nih kenapa?.. mak kau dah nazak tahu tak? dia sengaja tak mahu papa beritahu kita sebab test pagi tadi. Kau nih tak pernah bersyukurlah. Dapat mak baik dan faham macam dia!sambungku sambil menarik tangan zila dengan kasar.

Pandangan zila ke arahku membuatkan aku hilang tumpuan. Kalau kali nih dia mahu memarahiku atau papaku adalah hak dia dan sebagai anak sebenar, sememangnya pihak hospital perlu memberitahunya. Kenapa dia berbeza dari zila yang kukenal. Kalau pasal bob dia muram macam nih aku dah nekad aku akan terajang bob tu esok lusa. Tetapi aku kena selidik dulu puncanya datang dari bob ataupun tidak.

Barulah aku nampak zila ada tindakbalas. Dia asyik menekan butang. Tak yah kau tekan banyak kali. Butang tu. Takkan jadi laju gak lif nih naik.. silap haribulan lif nih tersangkut. Pastu lampu terpadam macamana?soalku. Sambil tersengih ku lihat zila mencebikkan mukanya. Aku tahu dia bab naik lif nih dia ralat sikit. Banyak sangat tengok cerita hollywood lif tersangkutlah tali lif putuslah.. alah. Macam cerita Alien tu. Tak pun filem terminator. Aku sepak kang!.. sesia je. Dalam lifpun mulut nak cabul gak!jawabnya seakan marah.

Reaksi marah zila tak kuendahkan. Aku macam nak gelak pun ada waktu tu. Takut lagi rupanya pompuan nih. Ting~!!. Ku lihat zila berlari-lari anak menuju ker bilik rawatan. Setibanya kami di sana, ku lihat mama juga ada. Ingatkan mama ke salon rambut. Aku tak mahu melihat muka zila ketika ini. Kesedihannya cukup buat aku terasa sama. Aku paling susah hendak mengeluarkan airmata tak macam zila senang dan cepat terasa. Sifatku banyak menurun dari papa. Tetapi zila seakan mamaku.. cepat tersentuh dan mudah simpati pada orang lain. Pernah suatu waktu dulu disebabkan anak orang lain akan menjalani pembedahan mama sampai tak sempat nak sampai KLIA tepat pada waktunya dan akhirnya aku dan papa saja yang pergi melancong ke Bali 2 tahun lepas.

Lamunanku terhenti tatkala doktor menanyakan siapa anaknya diantara kami berdua. Rupa-rupanya baru kini aku fahami. Bukan salah bob dan puncanya jauh sekali disebabkan bob. Yang paling mengejutkan dan tak masuk di akal, jawapan zila membuatkan aku terkedu dan tegang. Saya Cuma anak angkatterang zila ke arah doktor muda itu. Anak angkat.!!!!! Fikirku samada zila gila atau dia masih tak siuman gara-gara test pagi tadi. Pandangan papa dan mama serentak benar-benar buat aku berfikir 2 kali. Aku tahu uncle Bakarin, papa, untie zira serta mama adalah sahabat baik. Terlalu baik umpama pepatah melayu yang berbunyi air dicincang tak akan putus. Itulah yang diberitahunya kepada kami. Mungkin ada sesuatu yang aku tak tahu. Rahsia apa yang mereka berempat sembunyikan dari kami berdua. Mama.!!! Camner boleh jadi macam nih!. Kau gila ker zila.?

Keterangan zila mengenai DNA dia dan ibu bapanya cukup membuatkan aku terasa hati ini bagai tertusuk duri sembilu. Uncle Bakarin memiliki darah jenis A dan untie zira berdarah O sedangkan zila memiliki darah jenis AB. AB.!!!jeritku seakan tak percaya. Ya. Girl.. serupa ngan kaubalasnya perlahan. Pandanganku tertumpu pada mama dan papa. Fikirku hanya satu samada zila adikku ataupun zila di ambil sebagai anak angkat. Kalau dihitung aku lahir pada 27 Oktober 1983 sedangkan zila sehari selepas itu. Tak mungkin kami adik beradik.

Baiklah.. macam nih.. saya mahu zila tandatangan borang ini untuk membenarkan kami menjalankan pembedahan seterusnya. Walau peratusannya kali saya jangka hanya 30%! Saya harap kamu semua banyakan bersabar. Ini semua kuasa tuhan. Kami hanya doktor dan tak mampu menyembuhkannya. Semuanya datang dari Allah..!kata doktor muda itu kepada zila.

Ku lihat papa mengusap rambut zila dan memeluknya. Tangisan zila membuatkan aku berlari keluar. Bukan cemburu kerana papa memeluknya dan bukan juga cemburu kerana mama turut cuba memujuknya agar behenti menangis, tetapi hati aku turut rasa pedihnya. Walaupun aku agak kasar dan berpewatakan seperti lelaki, sememangnya aku tak mampu melihat zila sedih hati aku turut merasakannya. Aku teringat sewaktu zila dilanggar kereta 1 tahun yang lalu, aku jatuh pengsan di rumah.

Ketika berada di luar, pandanganku tertumpu ke arah lelaki misteri yang tadinya ku lihat di Food Court Cycle & Carrie. Aku menjadi takut, lalu aku cuba bersembunyi di balik dinding. Beberapa minit kemudian papa keluar dan berjalan laju menuju ke arah lelaki berkenaan. Siapa dia? Hari nih pelbagai persoalan yang timbul dan membuatkan semuanya menjadi kelam kabut.

Lahhh. Diri tepi dinding tu apsal.. girl tak sihat ker penat or sakit? Nak papa call uncle rahman suh jemput? Ataupu girl cemburu?soal papa padaku. Taklah.. sikit pun heran. Malahan tak luakpun.!jawabku pantas. Dah.. tu!? sambung papa menyoalku. Lelaki tu dari tadi tau! ikut girl sejak kat Food Court lagi. Call polislah papa. Jahat tu orang tu dia mesti nak culiklah tu.sambil menuding jari ke arah lelaki yang berkot hitam itu. Keluhan papa membuatkan aku sedikit terdiam. Senyuman papa membuatkan aku cemas. Nama dia Rahim Kajai. Dia peguam peribadi papa. Papa yang suruh dia ikut girl dalam 2 hari nih. Hati papa tak sedaplahsejak akhir-akhir nih macam-macam benda yang tak elok papa fikir pasal kamu 2 beradik kata papa lagi. Tiba-tiba percakapan papa terhenti. 2 beradik?soalku seperti orang yang tak puas hati. Dah jom masuk..!pinta papa. Tapi!?bentakku. Dahlah.. jom masuk. Nanti papa beritahu ok..?pujuk papa lagi. Usapan tangannya dirambutku cukup membuatkan hati aku berhenti memberontak. Jom..sambil menarik tanganku sempat papa berkata kepadaku Sejak bila girl papa nih!dah pandai degil?soalnya sambil tersenyum. Eleh.balasku spontan. Malam nih bagitau.!! Kalau tak girl lari!ugutku. Papa menganggukkan kepala tanda setuju. Sambil membuka pintu papa mengisyaratkanku agar diam dan terus masuk.

Ketika kami berdua masuk ku lihat. Zila berlari sambil menarik tanganku. Dia menyuruh aku sentiasa berada disisinya. Aku akur. Apa yang pasti dan hati aku sememangnya pasti zila adalah adik sedarahku. Keluhanku panjang membuatkan mama beralih arah dan duduk disisiku. Genggaman tangan mama menghilangkan rasa resahku. Benarlah kata orang sentuhan ibu mampu membuatkan kita berasa selamat.

Zila beralih arah dan duduk disisi katil. Ketika itu ku lihat untie zira sedar dan mula berkata perlahan kearah zila. Aku bangun dan mahu menuju ke arah zila. Tetiba tanganku seakan dipegang ole seseorang membuatkan aku berhenti dan terdiam. Ku palingkan mukaku dan ku lihat tangan kiriku erat digenggam oleh mama. Girl duduk sini.. mama rasa untie zira ada sesuatu nak beritahu.girl faham?soalan mama membuatkan aku diam seribu bahasa. Ku anggukkan kepalaku dan kembali duduk di sisi mama.

-bersambung-


__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Mak nak cakap..!pinta zila kepada mama dan papaku. Tangisan dan seduan zila buat aku tak tentu arah. Sekeras-keras nasi kalau direndam air akan lembut juga begitulah aku. Airmata pertamaku gugurtatkala melihat seduan dan pelukan zila ke arahku. Kenapa.?soalanku sekali lagi dijawab. Malam nih tido umah aku.balasku tanpa menunggu zila mengiyakannya.
Papa kata, pembedahan akan bermula jam 7.00 malam. Ku lihat jam ditanganku masih 6.00 petang. Ada setengah jam saja lagi untuk zila bersamanya sebelum membiarkan doktor menyiapkan segala urusan sebelum pembedahan bermula.

Perbualan antara mereka bertiga merimaskan aku. Ku lihat tangisan mama mula kedengaran. Pelukan papa ke arah mama membuatkan aku rasa begitu tersentuh. Papa sememangnya seorang yang penyayang tetapi tegas. Mama pula banyak mewarisi sifat semulajadi wanita melayu. Tidak ubah seperti zila. Panggilan untie zira membuatkan aku berlari anak menuju ke arahnya. Aku berdiri di kiri katilnya sambil tanganku disentuh olehnya. Pandangan untie zira ke arahku dan zila membuatkan aku tak sabar menunggu setiap butir yang hendak diucapankan olehnya. Lepas mak pergi.kamu berdua jangan gaduh. Jaga diri sesama sendiri. Kelahiran kamu 20 tahun lalu cukup buat kami teruji dan berhati-hati.suaranya yang perlahan seakan membuatkan aku hampir berlari keluar. Gagahkan diri kau..Farra Adillapujukku. Aku hanya mampu menganggukkan kepalaku tanda setuju sedangkan zila terisak-isak menahan airmata dari mengalir keluar.

Untie zira meninggal tepat jam 6.25 petang. Kedatangan doktor azmi bukan untuk mempersiapkan pembedahan lagi. Memang dah takdir agaknya. Aku merasakan yang kehadiran zila kini di dalam keluargaku pasti merubah segala yang dulunya kumiliki. Tetapi apabila aku tengok kedaifannya saat ini, hati aku jadi pasrah. Aku nekad segala yang dulunya kumiliki akan ku kongsi bersamanya. Zila kecewa kerana katanya kelahirannya membawa sial kepada keluarganya sendiri mahupun keluarga angkatnya. Kata-katanya memberikanku satu suntikan semangat setiakawan. Aku tak mahu hadir sebagai kakaknya, tetapi aku mahu hadir sebagai kawannya yang setia. Segalanya terjawab. Barulah aku faham kenapa sejak kecil lagi aku dan zila sering mendapat barang yang serupa. Kematian uncle bakarin dan untie zira menjadikan zila sangat pendiam. Kalau dahulunya aku sering dipujuk agar belajar menerima dugaan tuhan darinya. Kini, mampukah aku menasihatinya? Sebagai kakak? Ataupun kawannya yang dulu.

Mama sentiasa berpesan saat zila menjejakkan kakinya kerumah aku sebagai adik kembarku. Zila kau nak bilik mana? Jom.. girl tunjuk ada 2 bilik kosong.. pilihlah memana..?kataku lembut sambil menarik tangannya. Tak payah pilih. Bilik baby dah lama ada. Mama dan papa tak pernah lupakan baby. Masa adilla dan azilla lahir, mama dah siapkan 2 bilik untuk kamu berdua. Tetapi kita manusia tak mampu kelawan ketentuanNYA. Mari ikut mama! Kita tengok bilik babysambil tersenyum mama menarik tanganku.

Aku mengaru kepala yang tak gatal. Selama aku tinggal dirumah nih.. tak ada satu bilikpun yang aku tak masuk. Cuma satu biliklah akutak berani masuk, pasal mama kata bilik tu ada masalah. Bilik itu sentiasa berkunci. Aku tak pernah berpeluang untuk masuk kedalam bilik itu. Maklumlahotak aku dah set mesti bilik itu berhantu.

Imahhhhhhjerit mama. Ya datinsambil menjawap ku lihat untie imah.. kelam kabut.meluru ke arah mama. Ambilkan kunci untuk bilik ini. Orangnya dah pun pulang kembalisambil menjeling dan berisyaratku lihat untie imah meluru masuk ke biliknya. Tak berapa minit kemudian tangannya mengenggam satu anak kunci yang selama ini memangku cari. Tak sabar rasanya aku nak lihat bilik yang lebih berbelas tahun tak pernah ku jejaki walaupun didalam rumahku sendiri. Kunci diserahkan ke mama perlahan-lahan mama membuka kunci, sambil memusingkan sesuatu ku lihat mama mencantumkan dengan anak kunci yang lain. Apa bagusnya bilik nih sampai aku sendiri tak pernah tahu kewujudan isi dalamnya. Kenapa zila boleh lihat bilik nih! Aku mula fikirkan yang bukan-bukan. Selesai sahaja kunci dibuka, daun pintu mama tolak perlahan. Sudah menjadi kebiasaanku.. mana boleh sabar buang masa namanya tu. Ku tolak sambil meluru masuk mendahului yang lain. Senyuman mama meredakan hatiku. Aku anak dia juga tak mungkin jadi salah aku masuk dulu ataupun kemudian.

Segala yang tak baik tentang zila, bilik nih. Terbongkar juga. Segalanya sama. Katil, kerusi, almari, peralatan solek, minyak wangi semuanya seperti yang berada dibilikku kini. Duplicate.!!!! bila kemas?. erkkk beli tak nampak erk.sss malas tanyalah bersih macam orang kemas setiap hari..?semua soalanku mama balas dengan senyuman. Untie imah yang buat semuanyajawab mama. Untie imah mengangguk tanda setuju. Mehmehmeh pompuan! rupanya bilik yang aku dok sibuk citer kat kau berbelas-belas tahun nih.. kau punya rupanyasambil tersenyum aku menarik tangan zila menuju ke meja solek. Hik.hik.hik.sama ngan akulah..cantiklah..!kataku lagi. Aku tak mahu rampas mama dan papa kau. Macamana kau boleh tak marah. Sedangkan aku tengah marah?luahan zila benar-benar buat aku terkedu.dan terdiam. Aku tak marah langsung. Cuma mungkinlah aku mengaku aku terkejut!! tapi kan kau pernah beritahu aku.apa yang berlaku, walaupun pahitpun dugaan yang kita perolehi, sebagai manusia.kau tak boleh menyoal..kenapa ianya terjadi!sambil memandang tepat ke arah zila. Kali nih kau kena gunakan ayat yang sering kau berikan padaku untuk coolkan hati aku!sambil memalingkan mukaku ke arah mama.

Mama terdiamdan berlalu.. tanpa berkata sepatahpun untuk zila mahupun aku. Sebelum mama berlalu pergi.. aku sempat mendengar perbualan antara mama dan untie imah. saya dah agak dah imahpersoalan nih akan berulang juga.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Kehidupan aku dan zila macam biasa sahaja.. kerana kami sememangnya dah serasi.. Cuma kali ini dia adalah kembarku. Tiada syak wasangka tiada sakit hati. Cuma yang tidak berubahnya ialah mak zila. Telah meninggal dunia kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Kemudian papa mengambil keputusan untuk menunaikan umrah dan haji sekaligus. Kedatangan puasa kali ini aku hanya menyambutnya bersama zila. Kami dah besar lagipun untie imah dan uncle rahman ada untuk menyiapkan segala kelengkapan menyambut lebaran yang bakal tiba. Aku tak kisah. Kerana tahun ini aku mempunyai teman sejati..iaitu Sarah Azilla Dato Hamdan.

Rupanya kegembiraan aku hanya seketika kerana berita kematian papaku di mekah. Benar-benar memeranjatkan aku. Mama pasrah.. dan menerima ketentuan ilahi. Aku faham mungkin mama pura-pura tabah kerana dah memang keinginan papa untuk meninggal di mekah kalau diizinkanNYA. Kepulangan mama di KLIA aku sambut dengan senyuman. Senyuman mama begitu indah walaupun aku dan zila masi melihat bengkak mata dan kedut resah diwajahnya. Kata-kata semangat zila buat aku dan mama berani menempuh hari esok tanpa papa. Di kala ini aku banyak termenung. Memikirkan siapa yang akan menguruskan syarikat papanya itu. Kalau nak di harapkan Uncle Kamal memang lingkup syarikat papa. Mama pula langsung tak tahu bagaimana nak menguruskan syarikat.

Aku~!!!!! bentakku didalam hati.. Tak mungkin..!!!sambungku memberontak. Pertemuan lelaki misteri yang sering mengekoriku adalah menamat segala keresahan. Dia adalah peguam peribadi papa selama 25 tahun yang lalu dan merangkap bodyguard peribadi keluargaku. Aku tak pernah lihat kemunculannya.. Cuma sejak akhir-akhir ini dia kerap muncul. Papa pernah berbual dengan mama di bilik sembahyang. Mengenai uncle kamal yang ingin mengambil alih syarikatnya.. beberapa bulan lalu dengan kerjasama beberapa orang pemegang saham. Segala bukti papa simpan di laptopnya. Tapi sejak pemergian papa ker mekah.. aku tak pernah lihat laptop itu lagi di bilik tidur papa. Mama pula hanya mendiamkan diri bila aku bertanya mana perginya laptop kesayangan papa itu. Entahlah..sayang.. manalah mama tahu mungkin papa dah beri pada.. Uncle Samjelas mama sambil berlalu pergi menuju ke dapur untuk menyiapkan minum petang kami. Zila pula awal-awal lagi menyerah kalah jangan ditanya padanya cukuplah katanya padaku.. lalu berlari anak sambil mengekori mama dari belakang. Entah mengapa. Segalanya misteri..

Pagi yang indah macam nih kene pergi ke kuliahadoi.malas rasanya. Zila pula dah siap. Sambil berlagak memusingkan baju barunya kepadaku. Hurm. asal tak kejutkanrajukku padanya. Eh.. kita dah kejut awak tu yang tidur macam beruang..balasnya pantas.. sambil mengejekku busuk. Aku capai tuala dan mandi. Aku tak sempat nak ambil sarapan kerana kelas akan bermula ½ jam dari sekarang zila.. dan aku memecut.kereta. dengan laju. Entah mana peginya mama awal pagi macam nih..fikirku dalam hati. Mama gi mana zila.tanyaku pada zila yang sedang memandu. Entah..bangun tadi tak nampak.. untie imah pun tak tahu.uncle rahman pun tak dekjangan risaulah. Mama ngan uncle rahman tu~!!!pujuk zila padaku.

Nasib baik kelas pagi tadi sempat sampai.petang nih aku dan zila terus balik ke rumah.. kerana mama kata ada hal penting dan minta kami berkumpul. Bunyinya macam sensasi dan drastik aja Time.. begini.. aku teringatkan papa rindunya pada papa. Rindu kat papaaaaaaaaaaa..!!!!!!!jeritku sambil memandu pulang menuju kerumah. Zila tak mampu berkata apa kerana dia juga pernah rasa kehilangan orang tersayang. Kami berdua senyap terus.. menerus sampailah ke rumah. Dah.. okey ker jangan buat mama risaunanti dia nangis lagitegur zila padaku. Aku hanya mengangguk.

Alangkah terkejut dan terkedunya aku.. lelaki misteri itu sedang berbual dengan mama di ruang tamu sambil ditemani oleh uncle rahman. Mamaaaaaa..!!!! dia nih jahat. Selalu ikut girl kat kolej.jeritku. Ya allah budak nih..~!!!!senyum mama sambil menarik tanganku dan zila menuju ke sofa. Tak mohlah.bentakku. Jangan mengada..cuba dengan dulukata uncle rahman kepadaku. Aku hanya mencebikkan muka tanda memberontak.sambil menghentakkan kaki aku memalingkan mukaku ke arah lelaki yang mix-asia itu. Jangan risau.. saya bukannya orang jahat. Saya kawan papa kamu.katanya lembut. Hurmmmalasan keterangannya kurang meyakinkan aku. Buktinya.~!!!! tunjukkan pada sayasambungu pantas. Mamapun kalahdan uncle rahman juga tak mampu berkata apa. Soalan yang bagus kerana saya dah siap sedia.sebab papa kamu kata.. kamu nih.tegas dan degil orangnya.katanya lagi sambil memberikan aku surat pelantikannya menjadi peguam peribadi secara rahsia sekaligus merangkap bodyguard kami berdua. Itulah sebab..kenapa sejak akhir-akhir nih saya kerap muncul disekeliling kamu berdua atas sebab-sebab keselamatan kamu berdua!!sambungnya lagi. Terkedu aku bila dengar dia menjelas satu persatu.

Darah daging sendiri nak hapuskan kami dua beradik.. semata-mata ingin mengambil alih syarikat dengan cara profesional. Mustahil uncle Kamal sanggup culik kami yang satu-satunya anak saudaranya yang ada. Papa dan dia dua beradik sahaja. Uncle kamal ahli perniagaan terkemuka juga. Namanya sebaris 10 jutawan malaysia. Hurmmm..diamku tanda kalah. Dan kemuramanku lemahnya aku sebagai manusia.

Itulah sebabnya uncle sam sering muncul.. dan lelaki yang berpakaian t-shirt putih itu adalah bodyguard kami rupanya. patutlah sejak 2 tahun ini papa sering menelefonku tiap 1 jam. Sampai aku naik bosan. Kata mama..papa sengaja tak mahu aku tahu kerana takut aku fobia bila bertemu orang asing. Sambil menunjukkan sijil kelahiran zila sebagai Sarah Azilla bte Hamdan. Kenapa papa palsukan sijil kelahiran zila..? Belum sempat aku buka mulut. Uncle sam menjelaskan yang uncle kamal sejak dari dulu memang ingin merampas syarikat papa yang bernilai bernilai berpuluhan juta dollar Amerika. Kamu kena ganti..papa kamu di syarikat. Ini dah termaktub dalam undang-undang malaysia.yang waris terdekat ataupun waris tunggal muncul diwaktu mesyuarat ahli lembaga pengarah yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang. Segala bukti kejahatan uncle kamal kamu ada disimpan di laptop ini.ulasnya sambil mengisyaratkan sesuatu kepada pembantu di sebelah kanannya. Kerinduan aku pada papa terurai sudah.laptop kesayangannya muncul dihadapanku. Boleh saya pegang sebentar laptop papa?pintaku lembut sambil menahan airmata dari keluar. Aku mencapai laptopnya lalu memeluknya erat. Suatu hari nanti.laptop ini akana menjadi kepunyaan girl.okey..sekarang papa masih menggunanya.kata papa suatu waktu dulu kepadaku. 2 minggu dari sekarang.. laptop ini akan menjadi kepunyaan Farah Adilla bte Dato Hamdan.okey.?senyum uncle sam kepadaku sambil mengisyaratkan agar laptop itu diserahkan semula kepadanya atas sebab-sebab keselamatan. Segala..berbulan-bulan ini laptop ini disimpan di Bank Swiss...rupanya. Itulah amanat papa kepada uncle sam.

Setelah menjelaskan segalanyakami sekeluarga dikehendaki duduk di suatu tempat yang dirahsiakan. Pada fikirankukes keluarga kami bukannya begitu besarmacam di kaca televisyen. Susah betulkalau hidup macam nih. Hendak tak hendak. kami semua terpaksa pergi..sebab dah.terpaksalah.

Hari berlalu..begitu pantas.dikala ini aku tidak boleh berhubung dengan sesiapapun. Sesampainya aku di villa ini.semuanya serba canggih. Aku perlu memakai gelang hayat untuk memasuki villa baru kediaman kami ini. Dan satu lagi kejutan..yang tak disangka.lelaki muda yang selalu tersenyum di Food Court Cycle & Carrie ataupun dipendekkan.lelaki yang selalu menghantar sms..bunga sekuntum di depan cermin keretaku dan kadlayang di rumahku. Geram akusatu persatu segalanya tersingkap. Aku merenung tajam..ke arah zila yang ketawa lebar.. menahan perut kerana.katanya Marah-marahlah. Pepuas..malaysia nih kecil.entah-entah tu jodoh kau tak Farah.?!!.. Zila..bencinya aku tengok mamat.nihmacam kerang busuk.tau?~!!!!sambil berlalu disisi aku sempat..menjelirkan lidah padanya. Dia hanya tersenyum sambil mengerakkan bibirnya I Love You.Farra Adillasambil berlalu pergi meninggal kami sambil menuju ke kereta. Jangan gaduhlelaki tu..adalah calon pilihan papa buat farah.fahammmmmm..?!!!!kata uncle sam kepadaku sambil tersenyum sinis. Lupa pulak uncle nak beritahu tadi.sambungnya sambil menunjukkan sekitar rumah ini kepadaku dan juga mama.

Arahan papa aku turuti..kerana itulah amanatnya padaku melalui sepucuk surat. Walaupun aku memandang pilihan calon suamiku agak begitu kuno. Namun aku yakin..tiap-tiap kejadian ada hikmahnya. Cuma.~!!! sekarang nih aku benci tengok dia selalu memandangku dari jauh.sambil senyum. Satu rumah.~!!!!!! setiap hari tengok muka saya..pasti akan ada cintawalaupun awak sekeras batu..fahammmm~!!!!katanya padaku lembut. Yerlah~!balasku tanda malas nak melayan.

Ketegangan ku sedikit terubat..kerana selama ini uncle kamal tak pernah tahu akan kewujudan zila kerana kami lahir di overseas. Segalanya dirancang begitu rapi untuk mengelakkan sebarang tindakan luar kawalan uncle kamal..pada papa suatu hari nanti. Andai aku tiadazilalah waris ke-2 papa..sebab itu sijil kelahiran asli disimpan di Bank Swiss itu sejak 20 tahun lalu lagi. Segalanya titik perjalanan aku dan sejarah keluargaku terungkai sudah. Kembali ke tempat asal adalah harapanku.

Dari apa yang aku tahuuncle kamal berang kerana kami hilang.sebelum sempat dia berbuat apa-apa. Segalanya berjalan lancar. 2 minggu aku hidup dalam ketakutan. Duniaku hanya di dalam villa ini. Aku tidak dibenarkan keluar menjengah ke luar tingkap atau apa-apa objek yang membuatkan mereka memerangkap adanya aku di sini. Macam dalam penjara.

Entah mengapamalam tu aku mimpi yang papa meminta aku menerima calon pilihannya. Zila terlepas..kerana aku masih ada lagi. Tiba-tiba lamunanku terhenti kerana melihat.balik akuarium itu ada mukaAlfian Luke. Anak angkat papaku 25 tahun dahulu. Jarak usia kami 5 tahun. Dia memang hensem.bersihsembahyang.sopan santun.hormat mama, untie imah dan uncle rahman. Mama dan uncle sam sahaja yang tahu Luke ini anak angkat papa. Saya akan tunggu..yang paling pentingkita selamatkan syarikat papa dulu.faham notty girlll..!!!sambil mengusap kepalaku. Aduhai..touchingnya..aku rasa. ehjangan kene tipu. Farah..mamat nih.. yang dulu selalu kacau kaukan.?bentakku melawan hati.

Masa berlalu.. begitu pantas.pagi ini aku harus keluar untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pemegang saham pengambilan kuasa uncle kamal secara undang-undang..kerana dia sudah mengupah orang menukar surat wasiat papa di pejabat peguam. Itulah perlunya aku disorokkan.dan apapun yang terjadi.hari iniaku pasti akan pertahankan..maruah papaku.

Aku menaiki kereta kalis peluru.tingkap bercermin hitam.dan pemandunya adalah pegawai polis. Aduhai.. dah macam citer orang putihlah pulak.rasanya aku. Zila dan mama banyak diam..sejak akhir-akhir ini. Tegang aku rasamereka berdua berubah..drastik macam nih.

Mesyuarat.. bermula jam10.00 pagi. Aku harus berada sana jam 10.00 pagi tepat. Tidak telalu awal dan tidak terlalu lewat. Biasanya mesyuarat ahli lembaga pemegang saham. tepat.mengikut schedulenya. Kalau di hitungsebenarnya mengikut tatasusunan saham..syarikataku telah kehilangan hak..keranapenipuan uncle kamal.. dia memperolehi sahamku yang bernilai 52% secara automatik dari papa. Sedangkan dia hanya memiliki 10% sahajasaham syarikat selama 25 tahun ini.

Dengan ini. Mengikut kuasa undang-undang di malaysia.. beserta dengan surat wasiat DatoHamdan Ahmad ini saya mengumumkan mengikut perlembagaan..akta syarikat.

Tungguuuuuuu.~!!!!. Silakan Datin. Sebelum disambung ayat terakhir saya memperkenalkan diri saya dahulu kepada tuan pengerusi majlis serta ahli pemegang saham. Di sini saya sertakan salinan asli wasiat..besertabukti penipuan Kamal bin Ahmadyang menukar wasiat..dan disertakan wang sejumlah RM1 juta yang telah disogokkan kepada pihak-pihak tertentu semasa proses perubahan wasiat yang dijalankan selama 2 tahun ini secara senyap oleh Kamal bin Ahmad. Sila... Kamal polis sedang menunggu anda diluar..sambung uncle sam sambil menerung tajam.

Ekspresi wajah uncle kamal berubah. Tiba-tiba..bagai orang hilang anak bagai termakan lada..ibaratanjing kelaparan yang berebut makanan. Aku hanya mampu tersenyumtanda gembira. Segalanya mudah.. kerana..uncle sam begitu profesionaldan tepat.


Saya kenalkanFarah Adilla bte DatoHamdansambil memegang bahuku dan tersenyum. Keluhan ahli pemegang saham dan disertakan senyuman melegakan aku. Mereka juga terkejaut mendengar penukaran nama wasiat dari anak dato Hamdan ke kamal senang sangat. Mama menjelaskan kepada semua yang ada agar menyokong dan memberi tunjuk ajar kepadanya kerana aku masih mentah dalam.urusan syarikat. Tetapi jangan risau ak mempunyai protokolku sendiri. Aku kan anak papamesti aku sebijak papa..juga fikirku didalam hati.

Hari berlalu begitu pantas zila adalah.orang ke-2 penting di syarikat dan Luketidak mencampuri urusan syarikat keluargaku. Tepat sungguh pilihan papa. Dia langsung tak setamak uncle kamal walaupun dia tahu dia boleh menuntut haknya seperti yang termaktub di dalam wasiat. Aku masih lagi meneruskan pengajianku di Universiti dan mengambilnya secara jarak jauh. Aku akan memastikan aku memiliki Master dalam 5 tahun pertamaku di syarikat ini. Indahnyaaku ada mamazila.uncle imahuncle rahmanuncle sam dan bodyguard kamiserta.luke yang kini bergelar suami padaku. Oh..!!! ya. Zila pula bakal melangsungkan perkahwinannya dengan bob. Apsallah budak gemuk tu gak. Yang si pompuan nih pilih. Anyway.. bob macholah.aku aja yang selalu kata dia gemuk dia baik..dan yang paling penting dia bertanggungjawab itu sudah memadai. Yang paling bagusnya Luke dan bob tidak bekerja bersama kami di syarikat. Mereka bangun dan memilih membina kerjaya dari bawahtetapi..sekarang dan mempunyai syarikat sendiri. Papa..jangan risaugirl dan baby akan sentiasa..bersama..dan kami dah berjaya kalahkan uncle kamaldoaku di depan kaabah..diharap dapat didengar oleh papa. Perjalanan hidup kami masih jauhsemoga..uncle kamal insaf.. dan kami sentiasa memaafkannya andaikata dia dan mula insaf.. akan kesilapannya yang dulu. Kami tak pernah buang anak-anak uncle kamal dan juga untie Syirah..itulah terapanpapa dan asuhan mama pada aku dua beradik.

Aku pasti melawat uncle kamal di rumahnya.seminggu sekali. Kesanggupan aku melawatnya akhirnya menginsafkan dia walaupun mengambil masa hampir 2 tahun lamanya. Aku membiarkan uncle kamal lepas dari penipuan. Aku sembunyikan bukti-bukti sah penipuannya dari pihak polis. Itulah janji aku pada papaku. Dia ku ibaratkan sebagai papaku juga. Kerana dialah satu-satunya darah daging papa. Adik papa seibu dan sebapa. Mungkin prinsipku tak dapat diterima oleh mama dan juga uncle sammaaffarah ada prinsip farah sendiri. Sekeras-keras nasi akhirnya akan lembut juga. Dan sebusuk-busuk daging..dibersih.pasti akan bersih juga akhirnya.

Maafkan uncleandai kata ada umur yang panjang.uncle berjanji uncle akan tebus janji uncle dan menjaga kamu 2 beradik macam anak uncle sendiri. Duit papa kamu yang bernilai berpuluhan juta buat uncle buta hati 4 tahun lepas.keluh uncle kamal kepadaku. Walaupun dunia luar tak tahu pergolakan keluarga kamidan pastinya dunia luar tidak akan tahu..kisah kami sekeluarga. Insyallah..aku perlu menjaga nama baik Dato Kamal Ahmad .dan juga Dato Hamdan Ahmad. Tahun lepas uncle kamal mendapat anugerah gelaran dato atas pencapaiannya yang mengharumkan nama malaysia kerana berada di dalam senarai ahli perniagaan yang mempunyai.. kecekapan dalam pengurusan profit syarikatnya di laur negeri mahupun di dalam negeri sendiri. Uncle kamal tak kurang hebatnya macam papa. Dan aku akan pastikan aku waris ke-3 mereka. Sementara zila..mengambil keputusan untuk tidak menceburi dunia perniagaan. Aku lah yang kena beban segalanya. Dah nasib..kerana akulah sahaja Farah Adilla bte Dato Hamdan.

-tamat-

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

best story thanks......

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

perghhh...rjinye ko ayie mmbaca,sejak umur aku mningkat nie da malas nak mmbca....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

cerita memang bagus.... tetapi olahan tak berapa menarik la.... hampir2 aku tam berapa paham walaupun aku genius tahap lapan... Usaha lagi.. Usaha kan lift kejayaan....

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

ko gan nak kncing aku ler,check tendang..ko bkn bca pon.Aku yg rjin mmbaca pon xbaca,ini kan ko yg trlbih rjin mmbca...bacalah anda sblom anda dbacakan!!!!!

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

Woooo...wooo...woooo... Nak ngata aku pun pandang la bulu ketiak sendiri.... aku baca sampai abih la... Aku la laki girl tu... zila tu kan kembar ipar aku.... See..seee... Igat aku tak reti tipu ker?

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

misteri pon da gak,diceritakan dlm cerpan yg aku xbis mmbaca...glema gak misteri nie,smpi trcatat nama dia, dlm cerpen sbg 'lelaki misteri'(laki kpd misteri ker????)oikssss seram aku....

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

hmm ...nice story ...

(lawa gambar ...tue tunjuk jari mana tuh ..) winkwink

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

Bukan jari la Ngok!! tu namanya Pensil/pen... Bahasa sasteranya kalam.... Ngko nie... pikir yang tu jer... wak malu kaum jer....
Ayumi Qistina.. bila nak wak cerpen lucah plak..? tentu ramai jejaka gersang akan lepak kat room anda... Termasuk la Nyah2 jadian yang gilakan publisiti..

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

satu peningkatan dlm mempromosi....

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:

ermm.........
nice story.....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

jln cerita yg kreatif n menakjubkan..tp byk perkataan yg bercantum tanpa jarak, koma or noktah..ini nak wt susah utk phm..pe2 pun..tahniah.

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 532
Date:

bgs sekali sroty ko ni ayumi dan klu blh jangan banyak sangat guna ayat rojak tu sb bl ayumi buat story mcm ni akan membuat org lain keliru ok...
tahniah dengan story ini....
sanny suka membacanya....  clap.gif

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

hmmmmmmm panjang sgt le ayumi..
letih mata akak wulan membc nye...
len kali wat skit2 je k..kalo boleh ringkas je mcm tulis nota tu..he he

bagus ayumi..mmg yummy.....

k la..babai

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

wwaaaa...bestnye cite die ni...terharu aku bacenye.xsangke aku dengan aku bace cute ni aku berjaye mnjulingkan bijik mate aku ni.tahniah aku ucap kat ko cz berjaye menjulingkan mate aku.

__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak


Senior Member

Status: Offline
Posts: 337
Date:

best lah citer nie....
tabahnyer si girl tue... dan lembutnyer ati si zila tue...
tahniah... tahniah... klu ader lg cite yg best2 htr la lg... best ar...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard