Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wacana wanita siber


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Wacana wanita siber


Sejak menjejakkan kaki ke rumah itu,rumah besar dua tingkat seperti tidak berpenghuni itu,Utih Yam masih lagi terpana,terpegun,dan terpnga-pinga.Sudah lenguh mulut Utih Yam bertanya itu dan in namun jawpannnya masih samaUtih Yam masih juga terpana,terpegun dan terpinga-pinga.

"Apa isteri kau buat tu Zuki?Asyik memerap disitu saja dari pagi tadi.Dia tak lapar ke?"Utih Yam merenung anak lelaki keduanya yang sejak akhir-akhir ini telah buncit perutnya,macam perempuan mengandung lima bulan.

Senyum Zuki panjang macam sejak dia datang tiga hari lepas."Rosita tak lapar mak,dia makan pil."
Utih Yam melangut,"Pil?Pil apa?Dia sakit perut?"

Zuki bangun dan mengeleng-geleng kepalanya."Dia makan pil jaga kecantikan mak,tak payah makan nasi banyak-banyak.Nanti gemuk macam mak susah jugaNak naik tangga rumah ni pun mak tak larat."

Utih Yam terdiam.Tersinggung juga hatinya mendengar kata-kata anak lelaki keduanya tadi.Dia mengurut-ngurut kakinya yang lenguh.Minyak panas yang dibawanya dari kampung sudah tinggal tiga suku.Menyyesal tidak dibawa dua tiga botol.Di kota ini,tentu saja ubat warna hijau tua itu tidak ada.Kalau disuruh Zuki mencarinya,tentu muka Zuki mencuka.Apalagi muka Rosita,menantunya yang comel lote itu.

Utih yam mendekaiti anak keduanya yang tersandar itu.Zuki bercakap-cakap seorang diri.Sekejap-sekejap Zuki ketawa.Uith Yam memandang penuh takjub.barangkali benda itu serupa dengan benda berwarna merah dekat rumah De Melah dihujung kampung.Benda itu boleh bercakap kata Asan,cuc De Melah.Dia tahu Asan cuma mengusiknya saja.

"Zuki,"Utih Yam mula bersuara sebaik sahaja melihat anak lelakinya keduanya itu meletakkan bennda hitam sebesar tapak tangan itu di atas meja.
"Kau kata kau nak buat kenduri rumah kau ni,kau dah jemput orang?"Utih Yam menjeling menantunya yang masih duduk di hadapan benda putih macam peti TV.Soalan itu sudah lama bergayut di dalam kepala tuanya.Dia tidak nampak pun periuk belanga depan rumah Zuki.Dia tidak nampak pun pinggan mangkuk di situ.Tidak ada tanda-tanda macam orang hendak buat kenduri di kampung.Uith Yam benar-benar pelik.Pelik sungguh.Rosita tidak sikit pun sibuk kesana kemari.Asyik mengadap benda puith berpetak itu siang malam.

"Tu,dia tengah menjemput orang la ut mak.Dia sedang bercakap dengan kawan-kawanya tu lah,"jawab Zuki sambil menarik senyumannya semakin panjang.

Uith Yam merenung anak lelaki keduanya tanap berkelip-kelip.Ligat otkanya memikirkan sesuatu.Sedabg menjemput orang?Sedang menjemput apanya dengan mengadap benda putih berpetak itu?Dia ingin bertanya lagi tetapi tidak sempat bila menantunya yang kadang-kadang berambut kerinting halus dan kadang-kadang lurus kejong itu.

"Ki,Mr brown tanya kita nak tempah hotel mana?"

Utih yam sekali lagi terlomgo.Hotel?Hotel apa pula tu?Dia tahu apa itu hotel.Dulu dia sudah beramalam di hotel yang indah macam istana sewaktu dibawa melancong oleh anak lelakinya yang sulung di Pulau Langkawi dulu.

"Nantilah kita fikirkan dulu.You tanyalah kawan-kawan kita dulu,berapa orang yang nak datang.Lepas tu baru kita fikirkan hotel mana yang sesuai."

Rosita tidak menjawab.Menantunya yang kadang-kadang berambut hitam dan kadang-kadang berambut perang macam orang putih itu meneruskan kerjanya.Mengadap benda perpetak itu dengan mulut yang terkumat-kamit.Sekeja-sekejap mukanya masam,sekejap-sekejap mukanya manis.

Utih Yam memandang dengan kepalanya mula pusing.
" Kenapa mak asyik pandang Rosita?"

Utih Yam tersentak sedikit.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke muka Zuki pula.Zuki masih menarik senyumannya yang panjang sejak tadi.Sakit juga hati Utih Yam.Dia tahu Zuki mentertawakan dirinys.Sejak dia menjejakkan kaki ke rumah Zuki ini,Zuki dan anak-anaknya asyik ketawa-ketawa sahaj.Cuma Rosita saja yang tidak ketawa.Tapi dia tahu,Rosita pun macam anak dan cucu-cucunya juga.Rosita selalu bercakap dalam bahas orang putih supaya dia tidak faham.Apapund dia tahu,tentu Rosita sedang mengejeknya.Ah,dia memang orang tua yang dungu.Begitu fikir Utih Yam.

"Kenapa mak dian?Mak pelik ya?"Zuki ketawal agi.

"Memang aku pelik,"Utih Yam tidak mahu berselindung."Dulu sewaktu kau mahu berkahwin,mak dan arwah ayah kau ke hulu ke hilir menjemput jiran-jiran kita.Bertandang ke ruamh mereka.Bertanya khabar..mendekatkan sanak saudara yang jauh..tapi kau.."

"Zaman sekarang tak payah mak,"Rosita bersuara dalam gelak-gelak."Kami tak ada masa semua tu.Tak payah keluar rumah,kami dapat menjemput sahabat handai.Tak payah bermadah-madah mak,buang masa!"

Utih yam menjulurkan kakinya yang lenguh.Tidak payah keluar rumah sudah boleh menjemput orang ramai?Uith yam berkira-kira sendiri.Matnaya masih melekat pada benda putih berpetak itu.Benda itu tentulah bukan benda berwarna hitam sebesar telapak tangan macam Zuki pegang tadi.Benda itu tidak boleh bercakap kerana dia tidak mendengar Rosita berkata apa-apa.Ah,alangkah dungunya aku,fikir Utih Yam.Hatinya tiba-tiba terasa sayu.

"Sekarang ni mak kita sudah ada periuk berkomputer.Kita boleh masak nasi bila-bila masa kita nak walaupun kita tidak ada di rumah.Senangkan mak?"Rosita masih lagi ketawa-ketawa.

Utih Yam macam biasa,terpana,terpegun dan terlongo.

"Mak nak berehat pergilah nai kek bilik atas,bilik tu ada air-cond,sejuk sikit.Di tingkat bawah ni panas sikit mak,kami tak pasang air-cond lagi."

Telinga Utih Yam dapat menangkap bunyi 'kon-kon'dari mulut si Zuki.
Dia tidak mahu bertanya lagi.Tapi dia sudah dapat mengagak.Anak gadis Zuki yang sudah menjadi anak dara itu sudah memetik suis benda sejuk itu sewaktu dia mula-mula sampi ke rumah itu.Utih Yam tahu ,benda itulah yang membuatkan sendi-sendinya lenguh dan sakit-sakit dua tiga hari ini.Benda itu jugalah yang membuatkan dia selsema sampai beersin dua tiga kali.

"Kau kata kau hendak adakan kenduri.Ajak aku jauh-jauh datang,man periuk belanga kau?Mana kawah-kawah kau?Tak ada pun mak nampak.Khemah pun belum dipasang lagi kan?"
Kali ini pecah berderai ketawa Rosita dan Zuki.Cucu-cucunya yang asyik mengadap TV ketawa pecah berdersi.Uith Yam tersinggung benar.Bodohkah aku?Bebalkah aku?Aku tersalah cakapkah?

"Kami adakan jamuan di hotel saja mak.Tak ada masa tempah kawah belanga.Lagipun mana ada tempat kawasan rumah kami ni.."

Utih Yam mendengar kata-kata itu dari mulut Rosita.Menantunya tidak pun melihat mukanya.Berpaling pun tidak.Rosita masih juda mengadap benda berpetak itu sejak dari tadi.Hati Utih Yam bagai diguris-guris.Rasa tersinggung belum reda sejak tiga hari lepas.

**********************************************bersambung








__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

SAMBONG LA WEIIIII!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

wah panjang nyer.... tak larat nak baca la wei....
apa kata auntie nadia pendekkan citer ni...
post bahagian ending jer... hehe...

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

stuju ngan ketupat..aku dh ler bowink..

ketupat...aku ade kuih kacang ni..jom mkn ko..kakakakaa

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

cepatlah sambung......

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

cerpen tingkatan 6 nie..mana bleh pendekkan...
nanti x pass periksa...xpe nadia,lepas kau tukar pampers anak kau..kau smbung ye.
aku p order pop corn dulu...

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

ha2..nih cite lm aku..lupa la wei
(APELA AKU BT MS TU ERK)
kt mn ntah aku smpn khazanah kertas cerpen tuh
dh masuk muzium kot
so scra ringkas'y...xdptla di sambung
sekian..tima kasey

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

aduihhhhh...hurmmmmm....

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

Aku rse elok kita tangkap dak Nad ni...pastu ikat kat pokok.
kendian kita lepaskan kengge banyok2....
Wat juling mata aku

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard