Azhan lipat sejadah. Disusunnya cermat dirak pakaian.Dia menghadap komputernya kembali, beberapa baris ayat siap ditaip,jari-jemarinya yang ligat itu berhenti. Dia kembali menekan papan kekunci, tapi kali ini tak bermaya rasanya, macam nak tak nak jer keybord ditekan. Adoi letih-letih. Azhan berhenti menaip, dia buat senaman ringan. Setelah merenggangkan sedikit stress di jari-jarinya,dia kembali duduk menghadap komputer, beberapa baris ayat ditaip lagi. Asal tak best jer hati aku nie..bentak Azhan.Dia kembali bangun, tapi bukan nak buat senaman lagi tapi beralih duduk di sofa.Cermin mata ditanggalkannya, diurut-urut biji matanya, letih memandang monitor dari pagi sampai ke malam. Ajakan ibu berkelah di hari minggu nie di tolak lembut. Hatinya tak tenteram, tambahan setelah peristiwa malam jumaat kelmarin di Hotel Istana. Dapat dirasakan bahang suhu dari tubuh gadis Idamannya itu. Azhan peluk tubuh. Masih terngia-ngia igauan gadis idamannya, memanggil nama seseorang yang sukar ditangkap, hatinya gelisah,tertanya-tanya siapakah gerangannya. Adakah gadis Idaman telah ketemu pegganti.? Azhan semakin resah, dipejamkan matanya rapat-rapat.Tapi tak lama apabila telefon dibiliknya menjerit-jerit minta diangkat.
” Assalamualaikum.” Azhan memberi salam di hujung telefon senyap, Azhan kerut dahi.. “Hello..” ” Waalaikummussalam” akhirnya dihujung telefon bersuara. Disaat itu degupan jantung Azhan seperti ter ‘pause’ apabila suara yang amat dikenali itu bergema digegendang telinganya. Suara yang amat dinanti-nantikan. ” Iqa..!” setelah kekuatan kembali terkumpul. Di hujung telefon kembali sunyi..namun Azhan pasti desiran nafas yang lembut itu milik Iqa.Dia juga senyap..tak tersusun ayat untuk dituturkan,yang pasti disaat ini dia ingin meloncot gembira. ” Maaf kan saya…saya tak tahu nak..” Azhan pantas memotong.. “Iqa tak perlu jelaskan apa-apa, Han nak ucapkan terima kasih Iqa, terima kasih kerana memberi peluang kepada Han. InsyaAllah Han akan usaha untuk membahagiakan Iqa, akan berusaha untuk megajarmu akan erti cinta, sayang.” Lembut bicara Azhan. ” Mungkin memberi peluang kepada saya juga…Azhan Iqa nak Tanya..awek Han yang Han katakana sesat tu..?” Azhan tersengih.. ” Maaf Iqa..memang Han maksudkan kamu..” ” Iqa..Nur Atikah..” Azhan kaget apabila mendengar esakkan di hujung telefon..” Iqa ..iqa nangis..” Kemudian terdengar gelak halus dihujung telefon. Aik tadi dia nangis,dah tu sekarang ketawa pulak. ” Minta Maaf Han..Saya pun tak tahu..ada masanya gembira pun saya nangis, kalau sedih apatah lagi..saya meraung kot..” Azhan senyum..kau betul-betul buat aku merana Atikah. ” Iqa …saya kesana..?” tak sabar rasanya ingin ketemu gadis idaman. Dia mahu disisi Atikah disaat ini. ” Eh jangan..!” Atikah terjerit kecil. Hampir jam 1.00 pagi, tak kan nak jumpa waktu terlarang nie. ” kenapa..? ” soal Azhan, dikala ini Azhan tak ubah seperti anak kecil yang ingin kan ganjarannya setelah patuh akan arahan. ” kita jumpa di pejabat esok..” Atikah memujuk. ” Saya jemput awak esok..” Hampir jam 1.30 pagi ganggam telefon diletakkan. Atikah merenung sampul pink yang diterima kelmarin.
Assalamualaikum.. Maaf kan saya Iqa.. kalau saya menakutkan awak.. tapi saya tak pernah bermain dengan hati ini Iqa. Dah lama saya ingin melamar awak Iqa, di hari Konvokesyen saya nak nyatakan hasrat dihati tapi apabila saya lihat awak bersana seorang lelaki yang saya pasti saya kalah ditangannya, saya berundur,walaupun selama ini saya tak pernah berundur dari apa yang saya perjuangkan. Tapi apabila Zul memberitahu saya yang lelaki itu adalah abang awak, saya melonjak gembira.tapi malangnya sekali lagi saya terlambat, awak dah pulang ke KL. Saya ke KL tapi awak telah berpindah rumah, saya cuba telefon awak,tapi no telefon yang Zul bagi dah tak valid. Saya terlalu rindu pada awak, Iqa. Dan Allah itu Maha Kuasa Iqa…saya diketemukan dengan awak dipejabat, saya tak sangka akan dapat mendampingi awak, walaupun sebagai teman sekerja dan berkerjasama dengan awak.
Saya tak pasti berapa kali saya jatuh Cinta pada awak,Iqa.
Saat, awak kata maaf ketika buku awak jatuh ke atas kepala saya di semester dua di universiti , itulah pertama kalinya saya jatuh Cinta pada awak. Saat awak menenangkan teman awak, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak, iqa. Saat awak berbicara, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak,Iqa. Saat awak menjeling,terutama pada Mokhtar, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak ,Iqa. Dan saya tekat untuk merampas Cinta awak, saat saya mengetahui bahawa awak terlalu setia pada yang tak pasti. Maafkan saya Iqa, maafkan saya kerana jatuh Cinta pada awak. Berilah saya peluang untuk merebut cinta mu ,Iqa. Saya nantikan awak.. bukalah hati mu agar dapat ku ubati dengan benih kebahagian dan kesetiaan. I will waiting your call.sekiranya Iqa bersedia untuk menyambut salam saya.
Insan yang amat menyayangi mu Nor Azhan Azri Bin Azrin.
Lamunan Atikah dikejutkan dengan deringan telefon. Pantas dicapainya ganggang telefon. ” Asslamuaalaikum.Iqa. .” ” waalaikumsalam.. Azhan” Iqa kerut dahi. ” maafkan saya. Cuma nak pastikan..saya tak bermimpikan ..” Atikah gelak halus..ada –ada jer si Azhan nie ” Tidak..awak tak bermimpi dan begitu juga saya..kita dalam alam relaiti bukan fantasi.. Han. “ Malam itu Atikah tanamkan jauh dilubuk hatinya nan dalam untuk menerima Azhan seadanya, berjanji untuk membuka hatinya untuk Azhan, dan pasrah untuk mengucapkan selamat tinggal pada kenangan yang silam. Dikala itu sampul pink dipeluknya erat. Terima kasih Han. Dan terima kasih Iqbal kerana darimu aku belajar akan erti setia. Atikah senyum menguntum. Dan bunga – bunga di taman itu yang dulunya layu kini kembang mekar dibajai setitik harapan dan seteguk kasih.