Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sampul Pink


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Sampul Pink


Sampul pink (Secret admire)

Atikah merenung sampul pink yang bersih tanpa secalit tulisan dipermukaannya yang baru diterima dari Syafini. Ditenungnya lama seakan dapat cuba men’scan’ isi kandungan sampul pink.. semakin ditenung semakin pening kepalanya, tambahan pula pening ketika menjawab soalan cepumas dari Profesor Nazri tak hilang lagi.. Adoi sapa pulak yang lebih jiwang dari aku nie. Sampul pink diselitkan di dalam fail ungu. Alamak dah lambat.Jam ditangan berdeting, mengingatkannya meeting dengan group projek.
” lama nya kau..”

” Sorry la ada kawan panggil tadi.” mengambil tempat disisi Ainul.Fail ungu diletakkan dikerusi kosong disebelah.

Indahnya kenangan di Universiti -Teman sekepala.

“….Menyampah…. gila apa.. Si Helmi nie” telefon bimbitnya berjenama nokia 3315 itu dicampakkan ke katil, nyaris terjatuh cepat-cepat disambarnya.Takut ooo kalau Nokia kesayangannya itu terlebih dahulu mencium lantai. Itulah satu-satu barang yang paling mahal yang pernah dibelinya menggunakan duit poketnya sendiri selain buku-buku ilmiah yang harganya tak sampai RM50.00… actually buku-buku ilmiahnya, ada yang harganya mencecah RM 100.00 maupun lebih tapi disebabkan rajin ke kedai Photostat maka dapat murah lah kan… kalau nak dibandingkan buku yang difotostat dengan buku yang dibeli ‘ori’ dari kedai, tak jauh beza kualitinya. Buku Orginal,nama pun original,pasti dalamnya original,’colurful’ tak macam yang difotostat satu kaler jer..ah tapi semua tu tak penting buat aku, yang penting isinya…’Yes’ isinya asal faham ,best dan tak rugi.

Saat nie Atikah sedang bertenggek di kerusi meja studynya, sambil membelek buku yang baru diambil dari kedai Photostat Lily.

” Iqa ….”bergema suara Hana.

hah dah siap minah nie,ngomel Atikah.Sambil tangan ligat menyusun buku dan kertas yang bertaburan di meja study yang tak pernah ‘clear’.

” Iqa…” kali nie bergema satu blok. Gabungan suara-suara harmoni milik teman-temannya.

” sekejap..” wallet yang disimpan ditempat rahsia dikeluarkan,dicapainya kunci bilik dan handset yang tersadai di dada katil.Buat kali terakhir Atikah melihat dirinya dicermin.

” Iqa..” kali nie lebih kuat, dari suara harmoni yang 3 orang itu kini telah berganda harmoni. Nampaknya dah cukup ‘kroni’.

” Ya ..ya aku datanglah nie…”…pintu bilik dikunci cermat.Pantas kasut bata disarungnya ke kaki.Dia pantas menuruni anak tangga.

” Okey ..jom..” sebaik sahaja lima anak tangga terakhir diterjunnya sekaligus, bila lah aku nak jatuh kat sini, Atikah sengih teringat tragedy sorang budak tut..tut (identiti dirahsiakan), jatuh tangga ketika begayut dengan pakwe, tangan ini yang menolong budak tu bangun, tangan nie juga yang tolong dia kutip barang, kita yang risau tengok dia, ish kalau kau orang tengok pun ngeri siap tergolek dan tertiarap, tapi aku kagum dengan dia ni, handphone tak lepas woo macam melekat kat telinga dia pulak..kagum..kagum. Dia pulak boleh beritahu dengan orang kat hujung telefon sana..orang lain jatuh tangga…Dan di kaki tangga setia menanti Hana, Ainul, Wana, Esha, Min dan Lana, teman baik yang kekal dari minggu orientasi sehingga kini. Kira teman sekepala la nie.

Malam itu sekali lagi café yang menjadi tempat favorite, kami kunjungi.

Massage tidak diundang

‘ Hai apa kabar ? dh lama tak nampak kamu.Wah dah makin tembam dan berseri, awk makan bunga yerk..nak join boleh?’

ish sapa pulak nie.. number yang tertera di dada nokia ditenungnya,cuba mengingat, lama dia berfikir sapa si empunya nombor.

” Hana .. kau tau tak nombor sapa nie.?”
Nokia beralih tangan. Hana yang pakar dalam mengingat nombor itu berkerut-kerut dahinya. Ha gaya orang nak teleklah tu. Atikah senyum kelakar melihat lagat temannya. Kiew tiew Sup dihirupnya nikmat.

” Ish …macam penah nampak…tapi kat mana yek..?” Dagu yang berlekuk itu digarunya. ” Sorry aku tak ingat..” nokia kini kembali ketangan tuannya. Hana kembali menghadap mee goreng yang berbaki separuh itu. Ish orang nak makan dia tanya nombor pulak, getus Hana dalam hati. Dahlah hari ini terperuk kat bilik la nie lah baru nak makan..sorry Iqa otak gua ‘blur’ sekarang .

Atikah kembali merenung number yang tertera. Ah tak pelah..salah orang nie. Getusnya perlahan. Sup di pinggan dihirupnya licin. My favorite … kiew tiew sup.

Selepas Solat Mahgrib Iqa bersenang-senangan di atas katil, biasalah ambil mood sebelum start study.

‘Kamu tak kenal saya?’

Ish nombor yang sama …. Sapa nie? Memberontak jiwa mudanya ingin mengenali siapa pemilik nombor . Tak pelah kita check dulu. ‘…Baki anda ialah 20 ringgit dan 47 sen..’ ok thanks akak..cepat-cepat di tamatkan talian,tau tak perlu terburu-buru dan yang lagi best tak perlu bayar pun tapi kalau dah selalu dengar naik hafal pulak.

‘maaf saya tak kenal awk.? Tak keberatan? Sy nak tau sapa awk nie..?Minta maaf sekali lagi memng saya tak cam nombor awk’ ha losap kredit aku. Atikah meletakkan handsetnya cermat di atas meja.

Malam nie tekat dia nak study, esok ada paper. Pantas tangannya mencapai Fail berwarna Ungu, lalu diselaknya setiap helaian yang bertanda mengikut subjek. Pangkalan Data, tertera besar didada kertas berwarna merah. Jemarinya kembali menyelak,tapi kali ini lebih perlahan dari tadi.

…. Buz..buz…vibrate bergetar, kemudian deringan nokia menandakan message masuk berkumandang pendek, lagu Ada apa dengan Cinta Lambat-lambat Atikah mencapai nokianya.

‘ awk tak kenal saya lagi?…betul awk tak kenal saya?’ betullah aku tak kenal kau nie sapa, takkan nak main-main kot.butang arrow kebawah ditekannya. . ’sy Iqbal… Iqbal yang handal tu..’ Atikah tergamam, seakan tak percaya ditekan lagi arrow kebawah dan kemudian keatas, dibacanya sekali lagi. Sekali lagi,sekali lagi, sekali lagi. Berapa banyak kali da, tapi tak percaya punya pasal ditekannya lagi. Oh No.. tak mungkin dia message aku.. apa mimpi ke? Tak pernah-pernah.

Dibiarkan message itu tak berbalas.Jemarinya kembali menyelak nota Pangkalan Data,tapi kali ini selakkannya kosong.

Lagu AADC berkumandang lagi.Pantas tangannya mencapai nokianya,nada AADC tersangkut ditengah jalan ‘ Opening’ tertera di dada nokia.
‘ Sy Iqbal…kamu dah tak kenal sy lagi..sedihnya sy ..kamu tak simpan no sy.’
Alah sayunya nada aku baca message dia nie. Wajar ke tak aku balas? Atikah Tanya diri.. Ah balas jelah..

‘oooo kamu…maaf sy tak simpan no kamu..tapi jangan marah yerk..nanti kena jual..he.he.he’
Send.

Tak lama kemudian lagu AADC kembali berkumandang.
‘Sapa la saya nak marah kamu,tak da hak pun,tak pelah by the way ,I just want to wish you Good Luck’

‘Eh jgan mcm tuu..eh jangan sedih , ok.’ .Send

Lagu AADC berkumandang. Pantas Atikah membuka..Ah Report menandakan message nya sampai,dipadam. Nokia masih dipegang, lama kemudian diletakkan diatas meja kembali. Jemarinya kembali menyelak nota,sesekali nokia dijelingnya..ah senyap seribu bahasa. Dari nota tulis, beralih ke buku rujukan, sesekali telinganya sentiasa peka akan bunyi-bunyian yang ada disekelilingnya. Dari meja tulis, beralih berbaring di katil…. Akhirnya..ah dia takkan membalas. Kesimpulan yang nyata.

Selesai solat Subuh, Atikah ke bilik Hana.Melawat teman seperjuangan.
” Woi…Hana ..” Teman yang sedang berteleku di meja study disergahnya.” Kau nie kalau ngantuk ,buat cara ngantuk…ha tido” sebiji bantal diletakkan di hadapan bukunya.

” Alah aku tak ngantuk la” dicampak kembali bantal ke katil. ” Aku Cuma nak rehatkan mata jer” Cermin mata yang terletak dihidungnya ditanggalkan. Yelah tu rehatkan mata, dah nak tersungkur je aku nampak.

” Hana..Hana kau nak tau satu citer tak..?”

” Ha apa dia..”
Wah minah nie….. bulat mata Syahana menujah wajah Atikah. Atikah senyum.

” Nombor misteri….yang aku dapat kat gerai makan senja semalam …”

” Ha..ha aku tau tu…. Sapa punya nombor?”
” kau teka..?”
” Aku teka…dia.” Syahana senyum,senyum yang Atikah tak tau maksudnya. “Dia kan…” meminta kepastian dari temannya yang masih senyap tak mengangguk dan tak pulak mengeleng yang pasti ada kerutan didahinya.

” Kenapa dia message aku…” Soalan itu diajukan pada Syahana malah pada dirinya.Sejak dia membuat kesimpulan ,soalan itu menjelma.

” Ha itu tandanya….” Syahana senyum.. “tandanya dia ingatkan kau..” kali ini senyum nipis itu berubah kepada sengihan..aduh ikhlas ke minah nie..ke kau ketawakan aku.

” Nonsense …setelah setahun. “dibiarkan ayatnya mati. “okeylah aku nak tidur..” bantal yang sejak tadi ditindihnya,dipeluk erat. Betul-betul musykil

Hati yang Hilang

Apasal aku nie dah tak waras apa..? buku dihadapannya direnung kosong. Diary setia dicapainya lalu diselaknya perlahan-lahan setiap helaian menceritakan perjalanan hidupnya. ‘ Hari nie bosan..memang bosan tak tau nak buat apa hem tunggu lah petang sikit ..mungkin ada aktiviti menarik.’ Diselaknya lagi

‘ Hari nie aku dikenalkan dengan seseorang… pandangan pertama ..em baik orangnya, pendiam..ish apasal aku jumpa orang pendiam je..taknak.taknak.. Esha kata orang tu nak berkenalan..erm aku sambut.. dan Salam Perkenalan juga dari saya ..Atikah buat awak,Helmi..’

Diselaknya lagi… ‘ Pandangan Helmi berlainan… buat aku takut., message pun dah tak macam dulu.. gurau-gurau….tapi kali nie serius…. Hah buat aku takut nak buat lawak ..rasa macam ada yang tak kena..tak pelah si Helmi nie ada masalah kot…, nasihat aku take a good rest dan tenang-tenangkan fikiran…adoi ngantuknya malam nie.. Selamat malam.’

Diselaknya lagi… ‘ Iqa…wake up… wake up Atikah… lupakan dia…Lupakan dia..’ Tulisan yang penuh dua mukasurat itu direnungnya. Dikala itu hatinya mula tersentuh. Diary ditutup. Atikah berbaring, sambil merenung syiling konkrit yang berwarna putih gading itu. Why..? why ..soalan itu dah hampir 3 tahun tak berjawab. Why …kenapa aku jadi macam nie..mana Atikah yang dulu…Atikah yang bersemangat waja.. Atikah yang tak mudah goyah… Atikah yang tak pernah tunduk pada insan yang bernama lelaki.Atikah yang tak pernah ambil pusing pada pandangan orang… Atikah kini Atikah yang lain..sampaikan Atikah sendiri masih tercari-cari dirinya…why..why..kenapa.. jerit Atikah, namun yang dengar jeritannya Cuma saraf-saraf dan sel-sel di dalam tubuh-badannya dan mindanya.Gila kau nak jerit malam-malam nie..kena sampuk apa.tambah-tambah time final exam macam nie.

… mampukah aku melupakannya.. soal Atikah dalam diri.
… kenapa tiba-tiba kau muncul di saat aku cuba mengapai bayang-bayang ku kembali..bayang-bayang yang mengasing jauh dari tuannya… masih segar diingatannya message yang dia terima petang kelmarin.
Adakah kau cuba menguji aku..menguji tahap kesabaranku..menguji kemampuanku untuk melupakan dirimu… Ya Allah..Pantas Atikah bangun, diraub wajahnya. Jam Ungu dimeja dicapainya, tepat jam menunjukkan pukul 12.10 pagi, ah Solat Isyak.. dicapainya bakul barangan mandian lalu dijinjingnya ke toilet, cuci muka dan kemudian berwudhuk.

Setia.

Fail tebal di hadapannya di selak cermat. Pembentangan hampir 2 jam itu memenatkan.Tak ada kata putus..dicampakannya pen yang tak berdosa, ke dinding indah bercat biru.

” Relax ..iqa”, Azhan membongkok mengutip pen yang dicampakkan teman yang seangkatannya. ” Nah ..tenang-tenangkan fikiran..” mug hitam dihidangkan dimeja yang sedikit berserabut. ” Kita minum ..dulu..” lagak macam dalam iklan pulak si Azhan nie.

Atikah senyum.. Azhan teman sepejabat yang boleh dikatakan intim dengannya, pandai ambil hati dan menyenangkan, bak kata orang selesa la. Mana tidaknya, disini hanya dia , Suria,dan Azhan dari perut ‘U’ yang sama. Jadi ‘klik’ la.. almaklum kalau dengan Mokhtar, Sulaiman, Azian, Lim, Sathiya,dan beberapa orang staf lagi kalau berkumpul, suka benar cerita pasal Universiti mereka, Senior la, Super Senoir la..Super-super senior pun ada. Lagi pun dia dan Azhan dari Jabatan yang sama, kebanyakkan kerja bincang bersama, buat bersama.. kira pangkat partner la nie.

” Hai.. sayang” Mokhtar menyapa, Ha mamat nie adalah cerita yang nak dibawanya. Pantang kalau aku dan Azhan berdua berborak, berbincang semeja, mesti dia nak join sama. ” Baru sekarang I dapat tengok you ,Iqa. Hai kalau layan client tu tak baliklah I kat pejabat nie , tak tidur malam lah I malam nie.” Mokhtar kenyit mata.
Atikah sambung menulis, jangan dilayan ‘pakcik’ sorang nie. Azhan dah lama berlalu ke mejanya tak jauh pun , bertentangan dengan meja Atikah.

” Iqa, hujung minggu nie jom kita pergi kenduri Siti nak.”

” Ooo.. Siti kahwin ye hujung minggu nie, patutlah dah beberapa hari tak jumpa dia kat desk receptionist tu, saya nak pegi tapi bukan dengan awak Mokhtar.” Atikah menggiat, sambil membuat memek muka bosan.

” Alah jomlah.. at least dapat gak tempias, untung-untung tahun depan kita pula kawin”

memang dasar buaya ..getus Atikah dalam hati ” Awak nie Mokhtar, awak tu kan tunangan orang..awak tak ingat?”

” eh lupo eden..” Mokhtar sengih, digarunya kepala yang tak gatal. ” Hai kalau I tak betunang dulu kan bagus, memang I sambar U, jejak jer u kat pejabat nie. I kejar U Iqa.”

“..aa.. banyak lah kau punya kejar” Suria mencelah. “Iqa, akak rasa baik kau kahwin dengan si Azhan ni cepat-cepat.. taklah si Mokhtar buaya tembaga darat nie kacau kau lagi.” Petah mulut Suria berbicara. Disaat itu, matanya tertembung dengan mata disebalik cermin mata bujur bulat milik Azhan. Pandangan yang tajam milik Azhan, Atikah kerut dahi..tak mengerti. (Whats up?) isyarat tangan ditujukan pada Azhan. Namun hanya dibalas dengan pandangan yang Atikah tak tahu maksudnya, dan sebaris senyum yang cukup membuat hati wanita lain cair memandangnya.Tapi bukan Iqa. Atikah tunduk. Luka hatinya tak mampu diubati, dirasakan dirinya telalu bodoh menanti buah pada pokok yang sudah pasti tak kan berbuah..apa punya perupamaan da. Tapi adakah hatinya dilukai oleh dia, tidak, dia terlalu baik untuk melukai hatinya dan Atikah pasti hatinya dilukai oleh dirinya sendiri.Tangannya terlalu pendek untuk mengapai sesuatu yang sukar dan mustahil untuk gadis yang sederhana sepertinya gadis kampung, dan kerana kedegilannya itu dia terluka sendiri.. Atikah megeluh.. dan keluhaannya hanya bergema disanubarinya.Siapa lah gadis bertuah tu ye.. gumamnya perlahan. Setahun yang lalu, setelah mendapat berita pertunangan Iqbal,hatinya tak menentu, gembirakan dia atau sebaliknya. Masih terngia-ngia amarah Syahana dimalam itu, ” Iqa..dia dah nak bertunang”

” E..ye.. tahniah..” ikhlas ucapan itu keluar dari bibir mungilnya

” Ha..tahniah? iqa I repeat again, Mohd Iqbal..akan bertunang.. bertunang Iqa..! dan dia nak jumpa kau..” jerit Esha ketelinga Atikah. Geram melihat teman yang tidak berperasaan itu.

” So..” Atikah bertanya malas.

” So..? so Iqa.!” Sebijik bantal dicampak kewajahnya.tangkas Atikah menyambut.
” yelah.. dia dah jumpa dengan jodoh dia..baguslah tu, tapi kenapa nak jumpa aku pulak.. hye macam mana korang contact hah.. aku tak tau pun..” Atikah tarik muka.. ohooo mereka nie penah berhubungan yee.. Atikah ketap bibir.

” ala.. ” Esha dan Syahana berpandangan sesame sendiri.
” dia nak jumpa kau Iqa.. ” Syahana bersuara perlahan.

Atikah pandang kosong ke wajah Syahana. ” Untuk apa?.. nope.. no way..”

” Kau nie..adoi geram pulak aku dengan dia ni Hana.” Esha kepal tangan.

” yang korang nak marah-marah ni buat apa..relax aaa.. orang dah jumpa jodoh kita kena doakan kebahagiannya..betul tak.. lagi pun, aku dah tak ada feel apa-apa dekat dia.. hampir 6 tahun” sambil 6 batang jarinya tegak “..aku ingat dia dah lupakan aku nie…si pengacau..” Atikah menambah, dia tergelak lucu.

“pergi lah iqa..mungkin ada sesuatu yang dia nak sampaikan kat kau” Esha bersuara perlahan, cuba memujuk.

“untuk apa.. lama gila tak jumpa.. tapi bila nak dekat bertunang nak jumpa aku pulak..buat apa??” Atikah bersuara tegas

“he was your first love right?” Syahana duduk tenang di sisinya.

” No ..lah sapa kata.. he was’t my first love okey.. correction.. aku Cuma suka kat dia.. adore dia..tapi bukan cinta pertama, aku memang nak orang macam dia,tapi tak semestinya dia.. lagi pun kita tak tahu apa tu Cinta ..dan kita tak tahu bila kita jatuh Cinta..” Atikah senyum ..dirasakan itu lah jawapan yang paling tepat untuk memperbetulkan kesilapan yang bertahun-tahun tidak diperbaiki.

Syahana geleng kepala.. “Iqa jangan bohong pada diri sendiri Iqa. Kalau tak, kenapa kau tolak semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup kau selama ini… kerana apa Iqa.. ini membuktikan yang kau tak boleh lupakan dia.. betul tak? tak boleh singkirkan dia dalam hati kau ?” Syahana puas.

Atikah diam. Dipandangnya wajah Syahana, beralih kepada Esha.. ” Kau orang nie macam tak puas hati jer…?..oo.nak aku merayu ker.. ha ..Iqbal jangan tinggal kan saya.. saya suka kat awak..” perli Atikah.. ” Ah lupakan lah.. itu kan kisah silam.. kita doakan dia bahagia okey.. kau orang pulak doakan aku jumpa seseorang yang sanggup menyahut tepukan aku nie..” Atikah betepuk tangan..Atikah senyum.. ye ke itu jawapannya, kerana dia sendiri tak pasti akan perasaannya disaat menerima berita itu, yang pasti hatinya kosong,kosong-sekosong kosongnya..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard