Tina bagaikan baru tersedar dari lamunan.. Bahawa ada seorang lagi gadis disitu.. Segera dia merapati gadis itu..
“Assalamualaikum” tegur Tina.
“Wasalam” jawab Ika menyalami gadis di depannye itu
“Awak Ika?” tanya Tina.
“Yer saya Ika, awak?” tanya Ika hairan macam mana gadis itu tahu namanya. Gadis yang memanggil tunangnye sayang.
“Saya Tina, kawan Alfa. Awak tunangnye kan” bual Tina mesra.
“Ye saya.. ” Ika masih xpaham dengan situasi sebenar dari mana Tina muncul, papa.. Mama dan tiramisu..
“Maaf kerana ganggu Ika, mari saya kenalkan papa ngan mama saya” tarik Tina
“Oapa mama, ini Ika, tunang Alfa” ujar Tina tenang. Cube mengkaver dirinya. Tersasul panggil Alfa sayang di depan gadis itu.. Erm.. Panggilan untuk Alfa dari dia satu masa dulu..
Papa, mama Tina tersenyum pada gadis di depannya. Cantik. Ika menyalami kedua-dua orang tua itu.. Dalam hati nye masih tersimpan seribu persoalan.. apakah hubungan Alfa dengan Tina.. Kerana nama Tina tak pernah terkeluar dari mulut Alfa. Hum.. Walaupun gadis itu nampak tulus mengaku hanya kawan..
“Ika” tetiba ada suatu suara menyapanye.. segera dia berpaling..
“Dia dah sedar.. tapi.. hilang ingatan.. ” sayu suara Ika, matanya berkaca. Ajib terus menerus bertanya pelbagai soklan lagi kepada Ika, namun konsentrasi Ika menghilang. Dia seakan tidak mendengar soklan-soklan Ajib. Yang bermain di fikirannya hanyalah Tina dan Alfa..
“Ajib, will u excuse me for a while? Ika nak pegi jumpe kawan Alfa tu, Tina,” tanpa menjawab soklan Ajib, Ika terus minta diri untuk bersemuka dengan Tina.
“Tina… boleh kita bercakap sekejap?” soal Ika serius menatap wajah comel Tina. Tina mengekori Ika keluar dari bilik Alfa.
“Awak nak tanya saya pasal Alfa kan? Apa hubungan saya dengan Alfa.. tunang awak? ” soal Tina terus ketika Ika menghentikan langkahnya. Bulat mata Tina merenung wajah Ika. Ika mengangguk perlahan.
“Saya minta maaf.. Saya tahu tak patut saya bertindak begitu depan awak. Tapi saya tak dapat tahan perasaan bila lihat keadaan Alfa,” lembut Tina berkata-kata cuba mengkaver kesilapan perilakunya.
“Apa hubungan awak dengan tunang saya?” tanya Ika terus tanpa memperdulikan bunga-bunga bahasa yang diberi oleh Tina.
“Saya.. kekasih Alfa.. I mean bekas kekasih.. mungkin.. ” sahut Tina jelas dan nyata.
“Apa maksud awak.. mungkin? ” soal Ika x puas hati.
“Erm.. Ntah Ika, saya pun tak pasti” jawab Tina perlahan.
“Apa maksud awak Tina.. Otak saya dah krem ni, jangan la awak tambah beban di hati saya lagi, plzz” ujar Ika merayu.
“Uhm.. Jangan risau Ika, saya bukan perampas, saya takkan ambil Alfa dari awak. Tentang hubungan saya dengan dia dah lama terkubur, usah diungkit lagi cerita lama, biar saya pendam perasaan nih jauh di sudut hati ni, nak merampas bukan cara saya. Lupakan semua tuh.. Baik kite fikir macam mana nak pulihkan ingatan Alfa” ujar Tina.
Ika hanya mengeluh, di saat ini dia memerlukan seseorang untuk berbicara.
“Ika, are u ok?” tetiba je Ajib muncul balik.
“I’m ok Ajib..” kate ku.
“Lex la.. Alfa takde saye kan ader..” Ajib bergurau.
“Ermm..” aku malas nak layan.. time macam ni bleh plak mamat nih nak gurau ngan aku.. dah la tetiba je muncul.
“Ika.. saye gurau je.. jangan la awak marah.. dah la.. tak payah risau.. banyak lagi cara nak selesai kan problem nih.. takda masalah yang tak bleh selesai..” pujuk Ajib.
Hati ku merasa lega sedikit bila Ajib memujuk ku.. walau pun masih ader saki baki lagi masalah ku.. lebih² lagi pasal Tina.. kenapa bleh Tina plak yang Alfa ingat.. kenapa bukan aku.. aper istimewa nye perhubungan mereka berdua. .sedangkan aku bakal menjadi isteri nya.. aku mula rase tak percaya akan aper yang berlaku.. aku mula rase hubungan aku ngan Alfa hanye setakat nih saje bile bekas makwe dia berjaya memulihkan ingatan dia walaupun sedikit.. sepatut nye aku yang dapat pulihkan ingatan dia.. aku nih tunang nye.. istimewa sangat ker hubungan dia ngan si Tina dulu.. kalu betul aku sedia mengundurkan diri aku..
Aku mengelamun di kerusi tetamu dalam hospital kesorangan.. jauh dari bilik Alfa.. aku tak mau di ganggu.. tetiba arwah Ariff muncul semula dalam fikiran ku.. isk.. kenapa setiap lelaki yang mendampingi aku akan berlaku tragedi sebegini.. aper salah aku.. adakah diriku ni pembawa sial untuk setiap lelaki yang berdampingi aku.. secara tiba² aku rase bersalah.. pada Ariff.. pada Alfa.. kalu dia orang tak kenal aku nih mungkin tak jadi cam nih..
Ya Allah..aper yang aku pikirkan nih..
Sungguh romantik hubungan Alfa dan Tina. Siap panggil ‘papa’, ‘mama’ lagik… sedangkan aku dengan Alfa hanya panggil saya, awak jer. Dan lagi.. kenapa aku tak pernah tahu Alfa suka tiramisu? Tak pernah pun Alfa sebut pasal tiramisu, kalau dia suka… aku pun boleh buatkan. Entah la… mungkin Alfa sengaja taknak ingat kisah lama, dia, Tina dan tiramisu.. Walaupun Tina dah cakap dia takkan ambil Alfa balik, hati aku tetap gundah. Alfa hanya ingat Tina sebab diorang dah melalui zaman percintaan yang mungkin lebih lama, lebih indah dan lebih romantik sedangkan hubungan aku dan Alfa.. tidak mempunyai sejarah untuk dikenang.. jangankan tiramisu, tiram cicah susu pun takde!! Waaa…..
Di hujung kerusi panjang di taman hospital, Ika menangis sorang-sorang…. Tiramisu oh tiramisu
Tiba-tiba.. nokia 6600 nya berbunyi lagu aku cinta kau dan dia. Ika terkejut dan terus bertambah siat di atinya mendengar bait-bait lagu tu.. direnungnya permukaan skrin handphone itu. Tertera nama Ajib.. Hem… budak nie lagi… baru aku nak berdukacita mesti dia ada!!
Ika buat-buat bodoh jer sambil melayan lagu itu walaupun duka di atinya bertambah-tambah ketika mendengar handphone itu berbunyi. Tak cukup sekali,dua kali, tiga kali sampai akhirnya ika terpaksa mengoffkan terus kerana Makcik berkerusi roda yang sedang bersiar-siar ngan anak dia tidak jauh dari Ika mula mengeluarkan handphonenya pula..Hem…ingat aku nak tayang true tune aku ler tu..orang tengah jiwa parah nie… Fikirannya mengimbas kembali peristiwa sebentar tadi. Mungkin Alfa hanya teringat orang yang berada dihadapannya saja kot.. fikir Ika memujuk ati.. aku tak ada kat depan dia, Tina yang ada kat situ,sebab tu dia ingat Tina, tak ingat aku… tambahnya lagi. Ya..!! Ya…!! Tanpa sedar Ika menjerit keriangan kerana dirasakan telah menemui jawapan tindak balas Alfa sebentar tadi. Dia masih mencintai aku…
Ika bersorak sorang-sorang sambil ketawa riang.. tapi segera di diamkan mulutnya apabila Makcik tadi dan anaknya merenung ke arah dia.. Ika tersenyum simpul.. hehe… mesti diorang ingat aku tersilap hospital… kekeke… Ika segera duduk bersimpuh di atas kerusi panjang tu.
Hatinya berbunga-bunga keriangan di atas segala penyelesaian yang dia dapat tadi.. hem.. aku nak pegi beli cendol ler kat Alfa.. tiramisu?? Ahh… makan ler apa yang aku beli… dengan aku dia makan cendol jer selalu… Ika berkata dalam ati sambil kakinya melangkah ke perkarangan luar hospital. Sesampainya di kedai, segera dia memesan cendol dan ais kacang, bungkus. Sebungkus cukup ler. Aku dan Alfa leh syer.. hehe.. mana tau rasa bekas mulut aku.. dia ingat terus kat aku… kekeke…
Ika tersenyum sorang-sorang sambil matanya berkeliaran memerhatikan pelusuk kedai tu. Eh..Makcik tu ada gak ngan anak dia.. Ika berkata sedikit terkejut. Matanya bulat memerhatikan kedua beranak yang sedang menjamu selera tu. Pesakit pun leh keluar gak rupa-rupanye yer. Dia menundukkan sedikit kepalanya agar mereka tidak menyedari kehadiran dia. Sambil itu fikirannya melayang lagi kepada Alfa.. hem… jadi cam tu pulak.. baru ingat kata nak kawin.. mak dah bising… hai… hilang ingatan pula..
Ika seolah-olah menyalahkan takdirnya. Minah Mafia dah pun kawin, hidup bahagia ngan hubby dier kat luar negara. Ika teringat pula pada kawan lama itu.. tapi suami dia kejer apa ya?? Kaya raya… dok kat luar negara lak tu… ntah-ntah jual dadah kot?? Kekeke… Ika ketawa sesorang dalam hatinya…. tak baik tul aku nie… hehe… Sesudah beli cendol dan ais kacang, Ika terus melangkah pantas ke bilik rawatan Alfa.
“Phewittt…” siul abang tukang kebun yang hensem iras Leonardo Dicaprio. Ika tersentak dan menoleh…. cehhh… tukang kebun pun hensem!
“Dah tu cik adik jalan macam ribut ni kenapa ? Abis terangkat kain tuh… cube jalan elok-elok kan manis… hah… ais kacang tu nak bagi kat abang ker? Meh la…” kata Leonardo tiruan itu.
“Ummpphhhhssss….” Ika memuncung lalu terus berjalan pantas. Sesampainya di bilik Alfa, Ika rasa macam nak pengsan. Tina tengah suapkan Alfa nasi lauk unta kari. Alfa pulak nampak selera sungguh makan suapan Tina.
“Alfa, ni saya belikan ais cendol untuk awak… awak kan suka makan ni… dulu kita selalu pegi kedai mamak, sekali awak tibai, sampai mamak tu hangin satu badan sebab awak sorang habiskan sumer stok cendol dia. Ni saya belanja awak ni, makan la…” kata Ika sambil menghampiri Alfa dan Tina. Walaupon malu, tapi dia tebalkan muka demi Alfa.
“Errr… sori la Ika, Alfa takleh makan cendol ni, manis… doktor tak kasi makan…” kata Tina pula. Ika langsung sedih.
“Tapi tadi awak bagi dia makan kek?” balas Ika.
“Tak la… tadi tu saya tunjuk jer, nak kasi Alfa ingat balik kat saya… sebab dulu kitorang memang ada sejarah dengan tiramisu ni… sebab tu dia boleh ingat.” balas Tina.
Ika semakin sedihhh… Alfa pulak tanpa mempedulikan Ika terus melahap nasi lauk unta kari dengan lajunya..
“Burppp” bunyi kekenyangan Alfa.. Buruk tui bunyi..
“Dah kenyang Alfa?” tanya Tina dengan nada perlahan. Mamat nih macam xpernah makan..
“Dah.. Tapi kalau ade lagik, bley jerk” kata Alfa.. Wah betul-betul perot dinosar dia nih.. Sengih Tina.
Ika masih disitu memerhati pasangan itu dengan perasaan hiba.. Air cendol tuh makin cair.. wap-wap kesejukan pun dah keluar.. ais dah betukar jadi cair.. Cair meleleh… Isk isk isk.. Dia nampak Tina di melemparkan senyum padanye.. Tak paham akan maksud senyuman gadis itu..
Tina segera merapati Ika.
“Ika..” ujar gadis itu lembut. Ika hanya memandang tersenyum pahit.. segera Tina menarik tangan gadis itu, membawa Ika kepada Alfa.
Alfa memandang Ika dengan wajah yang kosong. Tanpa apa-apa perasaan.
“Alfa, ni Ika nih, tunang Alfa ingat x?” ujar Tina lembut.. Cube mengembalikan memori Alfa terhadap Ika..
“Hum…” hanya itu yang mampu Tina sebut.. Semalam mak dan ayah Alfa datang menjenguk lagik seperti biasa… Tapi keadaan yang serupa.. Dia memang xingat pada sesiapa pun.. Heran..hilang ingatan melampau nih..
Tina menarik Ika, jauh dari Alfa..
“Ika, jangan sedey key. Tina tinggalkan Alfa ngan Ika.. Cube citer kat dia sumer bende yang kowang pernah harungi bersama-sama.. Kalau ada gambo or apa-apa yang boleh mengambalikan ingatan dia.. Lagi bagus.. Jangan putus asa.. Bagi dia masa.. Key” ujar Tina lagi.
“Baiklah Tina.. Terima kasih kerana menolong” ujar Ika terharu.