Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dialah Di Hati (9)


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Dialah Di Hati (9)


Sementara itu di pihak Najib….

“Fisa.. Tengok tuh Ika dengan Alfa. Nampaknya panjang umor mereka. Baru kite sebut dah muncul pun diaorang. Diaorang tuh nampak loving couple lagik heheh” ujar Najib perlahan sambil mengacukan mulutnye menunjuk ke arah pasangan Alfa dan Ika yang sedang membelakangi mereka berdua. Serentak itu juga Ika menoleh ke arahnya dan Fisa pula memalingkan mukanya melihat ke arah yang ditujukan oleh Najib. Kelihatan wajah ayu Ika memerah dan agak terperanjat. ‘Makin ayu kau Ika… Patutlah kalau Alfa tertawan’ puji Najib di dalam hati. Dia juga telah merasakan kehadiran Ika sebentar tadi bile dadanya tetiba berdebar dan merasakan kehadiran Ika berhampiran dengannya. Cuma dia tak tau di mana Ika. Rupenye sangkaannya tepat kini dan Ika berada di restoran yang sama dia berada kini.

“Heheheheheh… Terperanjat muke Ika, Ajib macam orang nampak juon. Mesti pas nih aku disoal siasat punyelah” Mengekek ketawa si Fisa. ‘Uih minah nih ketawa.. Mengilai cam pontianak harum sundal malam heheh’ Ajib senyum dan berkata sendirian melihat hilaian Fisa tetiba.

“Apa-apa pun thanks Fisa ceritakan pasal Ika kat aku. Aku paham kini kenapa dia pengsan bila nampak aku. Cuma aku tak paham kenapa…..errr kenapa.. Errr takde apa-apa lah. Mungkin kelak aku tau sendiri kot jawapannya” ujar Ajib setelah usai hilaian si Fisa.

“Cuma apa sih Ajib?” jawab Fisa tak puas ati. “Kenapa.. Ko bagitahu aku lah.. Kalau tak aku sumpah ko kang jadik vespa baru ko tau… Huhuhuhu” Tawe si Fisa lagik…

“Cuma… Aku tak paham kenapa ko mengilai cam pontianak harum sundal malam. Tu jek.. Kah kah kahhh…” aku mengenakan fisa. Tak terluah rasenye persoalan tentang debaran hati ini tiap kali memandang wajah Ika. Akan ku telah sendiri jawapannya mungkin. Dua tiga mata di restoran tuh terus memandang kami bila terdengar gelakanku yang agak kuat tuh. Fisa lak memuncungkan terus bibirnya tanda geram ngan komenku tadi.. ‘Heheheh kiut lak ko Fisa wat muke cenggitu’ desis ku dalam hati.

“Eh Ajib.. Tapi aku harap ko jangan lak ganggu Ika ek bila ko dah tau nih tentang citer ni” Fisa memecahkan kesunyian sebentar tadi.

“Nape lak… X boleh ganggu ke?.. Abih ko nak suruh aku ganggu ko ke?.. Heheh kalau aku nak ganggu gak Ika tuh.. Heheh awek cun tuhhh.. Lembut.. Manis.. Santun.. Humble.. Mana boleh aku tak ganggu” Aku cube memancing jawapan lebih tepat dari Nafisa.

“Aku rasa cukuplah pengalaman lalu Ika dengan Ariff yang telah tiada. Tak perlulah ko sandarkan wajah ngko yang agak seiras dengan Ariff nih untuk memancing Ika Ajib. Kau dan Ariff walau seiras tapi x mungkin sama. Atau.. Ko nak Ika terima ko bukan kerana kau tapi kerana Ariff??.. Ko nak ke?.. Bagi aku yang lalu biarkan berlalu. Kesian aku kat dia. Bagilah dia sikit ruang kebahagiaan ekk…” Fisa menjawab persoalan ku tadi.

Ku biarkan berlalu persoalan ini. Cuma apa yang hatiku tak paham kenapa jantungku.. Hatiku selalu berdebar tiap kali aku kan bersua dengannya. Tak mungkin… Tak mungkin…

“Eh fisa… Ko kata Ariff pergi sebab kemalangan kan? Dan aku nih memang betui seiras Ariff?” laju tetiba mulut nih menyoal Fisa.

“Yup muke ko ngan Ariff memang agak seiras. Aku tau pun sebab sebelum aku kemari memang umi Ika ada tunjuk gambar Ariff. Sama tau, aku pun terperanjat. Ape yang umi ceritakan memang dia pergi kerana kemalangan. Nape Ajib?” jawab Fisa ngan muke selamba.

“Err… Dah lama dia pergi..errr.. Bila tuh?” Najib menyoal balas.

“Ntah ekk… Apsal ko nih tetibe jek tanye yang bukan-bukan” Fisa membalas plak.
“Ermm…..aku cuma..”Najib tak dapat memberi jawapannya.dia kelihatan seakan-akan resah. Segera dicapai minuman jusnya dan mula menyedutnya tanpa mempedulikan Nafisa yang masih memandangnya. Nafisa merenungnya dengan pandangan yang kurang erti.

“Apa…ko nak menyamar konon-konon nyer ko nie Ariff yang baru bangun dari kubur?” Nafisa membuat serkap jarang. Najib terus tersedak dan terus meletakan kembali jusnya. Nafisa sengih geli hati. Buruk betul minum. Kan dah padan muka… kutuk dia dalam hati..

“Apa pulak fikir cam tu… kalau betul aku nak tipu dia aku bangun dari kubur, takkan wajah aku still hensem cam nie. Mesti dah termakan oleh ulat-ulat tu dulu dalam kubur tu,” Nafisa mencebik mendengar kata-kata Najib. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah pasangan Ika dan Alfa yang sedang asyik menikmati hidangan. Najib pula hanya menayangkan sengihan cukup makannya tu sambil mengelap jus yang berbaki di tepi bibirnya.

“Kau kata ler kau gi cari dari Sandoval dalam citer secreto di amor tu,mesti dia percaya nyer.” Nafisa ketawa mengilai cam pontianak harum sundal malam lagi. Najib hanya mengeleng.

“Aduh Fisa.. aku sendiri tak tau crite secreto tu cam ner..kehahaaa..bukan aku pernah tengok pun” terang Ajib.

“Fisa..sebenarnye ko tak tau.. ader satu rahsia yang masih aku simpan sampai sekarang.. sebab tu aku tanye ko cengitu pasal Ariff yang seiras cam aku.. aper pun aku perlu tengok gambar dia dulu baru aku beritau.. aku perlukan kepastian.. sebab nye rahsia tuh aku blom pasti lagi sama ader betul ker tak betul..” crite Ajib bersungguh�.

“Rahsia aper tuh Ajib..?” Fisa menanya.

“Tunggu la dulu.. dah la.. pi makan.. sejuk plak makanan tuh..” Ajib macam malas nak cerita..

“Hai Fisa.. Ajib..boleh kami join same..?” Alfa ngan Ika datang untuk duduk dengan Ajib dan Fisa..

“sila Alfa, kak Ika..sila..” laju je Fisa.

“Aper yang korang crite kan ni” tanye ku pada Ajib ngan Fisa memulakan perbicaraan.

“Tak de la kak Ika..borak cam biase je..” Fisa membalas pertanyaan ku.

“Fisa bila sampai.. X bagitau akak pun nak kemari.. Ooo… Sejak bile lak dah kenal rapat ngan Ajib nih” usik ku pada Nafisa. Termalu-malu tiger Fisa dibuatnya. Alfa dan Ajib hanya tersengih cam kerang yang dijual sekilo singgit.

“Fisa baru sampai kejap tadi la kak, terus ke opis akak tuk carik akak. Xsempat telefon nak datang sini sebab kelam kabut semalam baru dapat surat tawaran intebiu kat Kuantan nih esok. Sampai opis akak jek Nasib baik terjumpe Najib ni ha.. Dia ajak temankan makan lak tetiba. Katanya ada hal nak di sembangkan. Tu yang Fisa ikut tuh.. Akak nihhh… Kitorang baru kenal gak la.. Masa kejadian abang Alfa bercanda ngan kerbau tuh…” terang Fisa panjang lebar. Hahahaha.. Sume orang tergelak bila kejadian mandi kerbau tuh terpacul kat mulut Fisa….

“Err.. Alfa, Ika.. Fisa.. Rasanya Ajib kene mintak diri dulu la ek ” Celah Najib tetiba.

“Apsal Ajib cepat sangat. Kitorang dah bayarkan sekali korang makan la.. Lek la.. Baru nak sembang” jawab Alfa pantas. ‘Arrghhh biarlah dia pergi Alfa.. Kenapa di tahan.. Jantungku nih dah sakit nih tahan gelora’ bisik Ika perlahan dalam hati. Serentak semua memandang Najib.

“Bukan pasal bayaran la Alfa. Cuma aku ni kan pekerja baru. Kene la beri contoh baik sket… Lagipun En. Raja tuh nak jumpe aku jam 2 petang ni kang. Sori la ekk. Lenkali kite bual panjang….” Najib meminta diri… ‘Fuhh sori ganggg. Aku terpaksa buhung sunat sket. Tak tahan sih nak kaver jek bile cakap berdepan ngan Ika nih. Sakit dada dibuatnya menahan debaran dada nih…” Najib berbisik di dalam hatinya.

“Ok la Ajib. See u soon” Alfa melepaskan Ajib dengan senyuman. Namun jelas di penglihatanku riak wajah yang berbeza di wajah Alfa. Kami bertiga terus bersembang di restoran tuu.. Dalam masa yang sama gelora di dada ini makin berkurangan satu demi satu….

‘Hish.. hish.. Hish.. penat ler berlari nie.. Tapi aku tak boleh berenti selagi aku masih dekat ngan restoran yang Ika ader…’ aku berkata sendirian…aku masuk kedai mamak.

“Mamak kasi teh O ais satu ngan rooooo…” aku terstop untuk mintak benda yang kejam tuh… ROKOK sebab ko lerr aku kene gie operate dulu… “Mamak teh o ais jer la….ooo sat.. Bungkuih sekali roti canai teloq na mamak?” eh terer plak aku guna loghat penang muahaha…tak sampai 3 minit mamak tuh dtg ngan teh o ais… Per lagi sedut lerr… Sruut ssrruuttt abis dah…fuh lega, hmm aku nyer jantung pun dah ok dah nie… Ok balik opis ler…

“MAMAK KIRA!!!” lepas bayar aku terus blah. Sesampai aku di opis.. Aku nampak kelibat En Raja..

“Assalamualakum En. Raja… Eh?” aku nampak En. Raja pegang tangan Ikis.. Ooo rupanya diaorng nie ada affair.. Baru ler aku tau… Muahaha banyak nyer benda jadik kat aku.. Satu satunya perkara yang aku tak tahan ialah naper hati aku mesti berdegup kencang bila dekat ngan Ika… mesti sebab penderma hati nie… Aku rasa macam nak check jer sapa yang derma hati kat aku… hari minggu nie aku nak pegi Hospital.. Nak tau gak record penderma aku… Jeng jeng jeng

“Hah… Najib, kenapa awak dok mengelamun depan bilik saya nie, kalau awak nak duduk termenung lama-lama, pergi bilik termenung hujung sana. Jangan nak menyemak buat muka seposen awak kat depan bilik saya nie!!” sergahan En Raja mengembalikan Najib ke dunia asal.dia termangu-mangu.

“Hah? Apa En Raja? En Raja nak jumpa saya?” Najib bertanya. En Raja di hadapannya hanya merenungnya dengan tajam. Sambil itu dia mengusap-ngusap misainya yang melentik ke atas itu. Ikis pula hanya tersenyum malu-malu kucing. Najib memandangnya dengan ekor mata.. Hissh… Orang tua nie jugak yang dia mahu… aku yang gojes nie dia tak pandang plak… hehe..

“Bila saya kata nak jumpa awak? Saya sibuk sekarang nie, tak der masa nak layan awak. Now,back to your own work!!” Najib menggangguk walaupun di dalam hatinya cam nak ditumbuk-tumbuk jer muka En Raja tu. Huh… memang dasar Iblis tu orang tua nie.. nasib baik ler ko tu big boss kat sini, kalau tak, mesti dah lama ko bertukar alamat ke dunia lain.. Huh! Najib merunggut dalam hati. Dia melangkah keluar dari bilik En Raja. Ikis masih di dalam. Entah apa yang diorang sambung buat aku tak tahu, malas nak ambik tahu… Najib masih membebel dalam hati. Dia masuk ke dalam biliknya. Berapa timbunan fail dipandangnya sepi… Hem… malas tu nak buat kerja. Hatinya masih berfikir tentang perkara yang sama. Tiba-tiba melintas di hadapannya sepasang kekasih Alfa dan juga Ika. Sedang berbual mesra. Di belakangnya pula si Fisa, sedang bercakap dengan henset. Najib hanya memandang dari dalam biliknya.

‘aku tak dapat menafikan lagi, aku memang cemburu nih!!!’ kata Ajib dalam hati.
Kenapalah si Ika ni terjumpa Alfa dulu. Ni yang buat aku nak menyamar konon-konon kembar Ariff ni….tiba-tiba muncul mentol lampu yang bersinar-sinar atas kepala Ajib. ‘Tak sanggup aku nak mempermainkan perasaan perempuan nie…’ tetiba Ajib teringat bekas aweknyer yang meninggal akibat kemalangan jalanraya.

“Wey Ajib ko buat keje ker ko lapar lagi?” tetiba jer Alfa tegur… Amboi mamat nie mesra plak ngan aku… tau plak aku lapar.. setakat tegur jer? Makan-makannyer mana? Baru sebut..

“Nah ambik nie… Aku belanjer. Aku tau ko tak mau dok lama kar restoran tadik.. Ko rasa kurang selesa kan?” Eh mamat baik plak ngan aku… Layan jer la boss aku gak.

“Uih tima kasih ler En. Alfa… Kfc tomyam ler pulak.. Pastu siap zinger lagi..memang favourite saye nie” terluir beb tengok zinger huhuhu.

“Ko makan ler dulu kang sejuk tak best..tak pun..jom gie bilik aku kita makan sekali hahaha aku pun bawak bekal gak..makan ngan awek susah ler kene cover siot” Alfa bagitau aku.

“Ooo En. Alfa..”belum abis ayat aku. Alfa dah pintas.

“Aper ni Ajib cakap keje satu opis jangan panggil aku En. Alfa lak.. Rasa cam nak riak plak aku…hehehe anggap aku cam kawan ko jer la” ujar Alfa. Ko nak jadik kawan aku yer? Sat hang… Aku cakap penang baru hang tau muahaha

“Oo ok laa kalau macam tu jom kita pi makan kat bilik hang..ayaq aku bancuh kat hang sat lagi muahaha” aku buat terus cam kawan kampung aku…rindu plak kat kampung… Tapi yang best tuh makan lagi.. Alfa rupanyer ko pun pelahap jugak orangnyer yer.. Aku ada gak geng kat sini…

Di bilik Alfa…

Dua mug hot chocolate siap dihidangkan, menemani santapan kami untuk kali kedua tengahari itu. Sambil makan-makan kami seronok bersembang.

“Weh… x salah ke time kije, aku layan ko makan-makan nih???” soal Ajib.

“Sape nak marah? Ko kan entertain boss…” balas Alfa sambil tergelak besar.

“Ye laa nanti ada pulak kata aku amik kesempatan” tingkah Ajib.

“Tak laa… Bukannye hari-hari kite wat macam ni kan? Rilek aaa…” kata Alfa. “Ajib… Ape pendapat ko pasal Ika?…” tetiba Alfa melontarkan sebaris pertanyaan yang bagai tak termampu untuk Ajib menjawabnya.

“Aku rasa dia tu baik orangnya. Apsal pulak? Ko berkenan kat dia ker” secara spontan Ajib menjawapnya.

“Memang la aku berkenan ngan dia..kalu tak wat aper aku tunang ngan dia..kami berdua dah bertunang..” balas Alfa Romeo. Ajib ternganga..silap� katak puru pun bleh masuk ke dalam mulut Ajib.

“Kenape..tak percaya ye…?” soal Alfa lagi.

“Suka ati ko ler, apsal ko tanya kat aku?” Najib terus tunduk sambil mengoyak ayam kfcnya. Rasa macam koyak ati sendrik plak.

“Takderla. Saja nak tanya. Okey tak dia ngan aku kau rasa?” Alfa buat muka gatal sambil tersengih-sengih. Najib hanya terdiam. Hem… Nanti kalau kata takpe dan, dia kata aku jeles lak…ishhh..dia nie cam saja nak sakitkan hati aku jer! Najib memandang tepat ke arah Alfa yang masih tersengih-sengih.

“Okeyler ko ngan dia aku tengok. Sama-sama manusia.” Najib membalas akhirnya.

“Yerlah. Takkan aku nak kahwin ngan singa laut kot. Hang nie lah….” Alfa ketawa terbahak-terbahak. Najib turut sama ketawa. Teror gak mamat nie buat lawak. keke.

“Eh, okeylah, i have to go now” Najib berkata sambil bangun. Saja nak melarikan diri dari topik ini. Alfa hanya mengganguk.

“Jangan lupa satgi kita ada mesyuarat pasal projek gabungan dengan Intan Holdings tu” Najib hanya menggangguk.

“Habiskan tu… tulang-tulang semua tu,” Najib pula bersuara sambil tersengih. Alfa turut sama tersengih sambil matanya mengekori bayangan Najib yang baru saja meninggalkan biliknya sebentar tadi.. Hem.. dia menghembuskan nafas perlahan-lahan..

Sementara itu di pihak Ika pula.

“Haii… termenung sakan? Ingat sapa?” Hanieys menegur. Ika nampak terkejut dengan sapaan itu. Segera dikuntumkan senyuman mekar kepada office girlnya itu dan menggeleng. Hanieys hanya tersenyum sambil berlalu pergi meninggalkan Ika yang masih termanggu-manggu. Isshhkk… apsal ler aku asyik teringat nie… dia berkata sendirian… pertemuannya dengan jiran lama sebentar tadi selepas menghantar Fisa ke tempat temuduga benar-benar mengembalikan ingatannya ke kenangan silam.. dia mengimbas kembali saat-sat itu.

“Ika…!” aku menoleh. Siapa yang memanggil nama aku? Bisik hati Ika. Kelihatan seorang wanita yang sudah agak berumur tersenyum tidak putus-putus di hadapannya. Ternyata masih ayu walaupun telah dimamah usia. Ika merenung seakan-akan tidak pecaya.

‘Makcik Cinda…!!” segera mereka berpelukan. Erat dan mesra.terasa seperti ingin menitiskan air mata sesudah sekian lama mereka tidak berjumpa.

“Ika buat apa kat sini, kerja kat sini ker?” Makcik Cinda bertanya sesudah meleraikan pelukan. Ika hanya menggangguk sambil memandang muka wanita di hadapanya itu. Serta merta wajah Pakcik Resat, Tokei, Minah Mafia dan juga… Ariff @ Mcezix terbayang di mindanya.

“Makcik buat per lak kat sini? Datang temuduga ker?” Ika pula bertanya sambil mengesat matanya.

“Isshh…tak derla. Makcik datang nie sebab start esok Makcik uruskan kafe tempat nie. Owner lama tu tak nak dah. Tu yang Makcik dapat tu. Makcik minta nak jadi tukang kebun sebenarnya,t api diorang bagi kejer cafe lak, terima jerla.” panjang lebar Makcik Cinda menerangkan. Ika tersenyum lebar.
“Tukang kebun buat aper Makcik, bukan ada class pun. Nanti muka Makcik burn lak kena panas.” dia menambah.

“Eh… mana Pakcik Resat, tak der pun. Tak datang ker? Rindu ler kat dia ngan vespa dier…haha” Ika memusingkan kepalanya mencari bayangan Pakcik Resat tapi tidak ada. Serta merta wajah Makcik Cinda redup. Ika memandang kehairanan.

“Sebenarnya Pakcik Resat kau tu baru saja….”

“Haa… bila dia meninggal Makcik, sakit apa Makcik? Ya..allah kenapa Ika tak tau Makcik, sabar Makcik, sabar…!!” Ika terus memeluk Makcik Cinda rapat-rapat. Terasa sedih menusuk ke pelusuk hati nya .Pakcik Resat… kau dah pergi menghadap illahi seperti anakmu itu…ish…ish…

“Issh.. sabar Ika, ko nie, dari dulu lagi tak berubah-ubah,” Makcik Cinda meleraikan pelukan Ika. Ika kehairanan. Wajah Makcik Cinda kelihatan merah.

“Bila masa aku kata dia mati? Aku tak habis cakap lagi, ko dah potong. Dia baru jer gi dengan Tokei ke sarawak melawat si aju ngan suami dia tu haa. Kelmarin diorang pergi,ko nie gelojoh tul ler Ika.” Ika tersengih malu..merah padam mukanya. Hehe… mana aku tau… idup lagi rupanya Pakcik Resat yer…hehe..

“Abis mana Minah Mafia.” Ika bertanya. Tak mau lagi dirinya terus dikutuk oleh Makcik Cinda.

“Minah Mafia sekarang ngan suami dia kat london, suami dia keje kat sana, so Minah ikut skali la.. Happy couple diorang tuh. Slalu gak berutus emel ngan Makcik, maklum la dunia it sekarang nih, xterbatas” ujar Makcik Cinda tentang anak sedaranye tuh..

“Ooo so bila agaknye dia nak balik ek” tanya Ika, bahagia betul member aku tuh..aku gembira untuk dia.

“Tuh Makcik xtau la tapi slalu gak diorang ajak Makcik gi sana, dengar kata hujung bulan nih Minah ngan hubby dia nak melancong kat Paris and then singgah katJ jap tengok bunga sakura..Minah dok ajak, katanya perbelanjaan hubby dia tanggung tapi xleh la, Pakcik Resat ko tuh bukan bleh.. Mata keranjang gak tuh.. Tua-tua pun xsedar diri. Cume sekarang nih Makcik rasa bahagia la skit, Pakcik Resat ko tuh makin romantik.. secreto de amor tul” cerita Makcik Cinda tentang bahagianya dia dengan Pakcik Resat yang muka ala-ala macam vespa tuh.

“Tokei lak ngan sapa sekarang nih Makcik?” tanyaku.

“Hek leh ko nih Ika..buat² lupa plak..yang mase hari perkahwinan Tokei tuh ko menyebuk kat sane tuh aper.. masih tak kenal lagi ngan isteri tokei..” jawab makcik Cinda..

“Ye ker..hehe..”aku malu.

“Tapi Tokei dah tak bersama lagi dengan isteri nye tuh..mereka dah berpisah setahun yang lepas..begitula crite nye pasal Tokei, Ika..” terang Makcik Cinda. Hah!!..aku terperanjat.

“Habis yang Pakcik Resat ngan Tokei melawat aAju tuh nak wat aper..?” tanye ku kembali.

“Dia orang melawat suami Aju kemalangan.. kate si Aju suami nye koma.. dan macam takde harapan untuk terus hidup.. kalu hidup pun 99% akan lumpuh seluruh badan..” jawab Makcik Cinda sayu.

“Ya Allah!!” lagi sekali berita mengemparkan yang aku dengar dari mulut Makcik Cinda..

Truttt trutt trutt..

Enpon Makcik Cinda bunyik, Makcik Cinda sekarang nih pakai hanpon dah, kaler ijo lak tuh.. Minat sungguh kaler ijo… Canggih polyphonic lagik.. Tapi hancur guna ringtone vespa ijo lakiku.. dari band mana ntah.. eii xbest langsung ringtone… xper la asalkan dia suke.. Makcik Cinda tengok nombor yang tertera di enpon nye.. Tertera nama ‘hubby terchenta’

“Ello yang” jawab Makcik Cinda tanpa segan silu.

“Ello sayang, abang ada bawak berita buruk nih” kedengaran suara Pakcik Resat dihujung talian.

“Berita apa abang?” Tanya Makcik Cinda.

“Suami aju… Dia meninggal pagi tadi…” ujar Pakcik Resat menahan sebak.

“Innalilah…. Aju macam mana?” Makcik Cinda hanya terkilan sebab xdapat ikut sama pergi melihat Aju.

“Dia nampak sedey tapi katanya dia redha, Tokei tengah pujuk dia tuh” ujar Pakcik Resat.

“Abang.. bawak Aju datang sini balik bang… jangan tinggalkan dia seorang.. dia perlukan orang untuk bagi sokongan kat dia tuh…” bercucuran air mata makcik Cinda.

“Isk..isk..kenape nih Makcik Cinda..kenapa..?Aper yang telah berlaku..? What epen? Mengapa sebegini rupa Makcik Cinda terkejut..? Jawabla.. jawabla..?” aku plak yang emosional nak tahu aper telah belaku.

“Suami Aju dah meninggal pagi tadi..” sayu je nada suara Makcik Cinda.

“Innalillah….” itu je yang terkeluar dari mulut ku…terasa simpati ngan nasib Ajurina jiran sebelah rumah ku dulu…

Tiba²..terdengar suara yang lantang memangil ku..

“Ika..oh Ika..”jerit Najib..

“Ye” balas Ika.

“Ajib ader benda nak bincang ngan Ika pasal projek yang akan kite handle nih..” terang si Najib.

Selepas Najib habis cakap secara tak langsung Makcik Cinda terus menoleh kearah Najib pekerja baru tuh.

“Hantuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!” terus Makcik Cinda pengsan.

Najib hanye tercengang melihat Makcik Cinda jatuh pengsan.. satu office kecoh apabila Makcik Cinda nih pengsan setelah melihat Najib. Aku segera memapah Makcik Cinda, Nasib baik kecik and slim je Makcik Cinda ni, kalau tak penyek aku. Ajib pun tolong sekali. Masih terpinga-pinga.. Sejak akhir-akhir nih ramai sangat yang pengsan. Apa plak le kali nih agaknya..

Setengah jam kemudian Makcik Cinda sedar, Ajib masih lagi di sisi Makcik Cinda. Telihat je muka Ajib, Makcik Cinda terus memeluk Ajib. habis baju Ajib kene hingus Makcik Cinda. Aku hanya mampu terdiam dengan tindakan Makcik Cinda, aku hanya membiarkan.. Mungkin Makcik Cinda terlalu rindukan anaknya..

“Ariff sayang..mana kau pergi, mak rindu sangat kat ko” rintih Makcik Cinda.. sayu kudengar suaranya.. sebak menahan rasa.

Ajib hanya terkesima, membiarkan dirinya dipeluk oleh Makcik Cinda, bile terdengar nama Ariff disebut oleh Makcik Cinda, dia baru teringat akan citer Nafisa, paham akan situasi Makcik Cinda. Kalau Ika yang peluk lagik best.. Kah kah kah apa aku nih poyo jerk, orang tua tuh tengah seedy..

“Makcik…dia bukan Ariff Makcik” akhirnya Ika bersuara meleraikan keadaan. Ajib hanya menganguk kecil. Makcik Cinda segera leraikan pelukannya..

“Kau bukan Ariff. Anak aku…anak aku Ariff dah meninggal…” Ujar Makcik Cinda bagai baru tersedar dari tidur yang panjang.. tangisan Makcik Cinda mula kedengaran lagik.. Bagaikan kanak-kanak kecil. Aku hanya mampu mententeramkan hati Makcik Cinda, padahal hati aku sendiri sebak bila teringatkan Ariff..

Alfa yang baru sampai mula-mula xberapa paham dengan situasi tapi bila terpandang akan Makcik Cinda, dia mula paham..segera dia mendekati Makcik Cinda dan Ika..

“Makcik Cinda…” tegur Alfa lalu bersalaman dengan Makcik Cinda.

“Alfa…ape kabo nak?” soal Makcik Cinda.

“Sihat… ” jawab Alfa sepatah.

“Makcik ingatkan tu arwah Ariff. Rupenye bukan…isk seiras btol ngan Ariff” luah Makcik Cinda setelah dapat mengawal diri. “Hmm…Makcik nak balik dah ni” ujarnya lagi.

“Biar saya hantar Makcik ek?” kata Alfa. Makcik Cinda ngangguk. Sejurus kmudian, si Alfa pun nganto Makcik Cinda balik…

Sementara itu di opis……..

“Ika.. Sape tuh..”Ajib nak jawapan kepastian sape Makcik tadi.

“Tu la mak Ariff yang muka dia same cam ko” jawab ku.. isk.. macam mana aku boleh ramah plak ngan Ajib nih.

“Ooo.. baru aku tau… aku nak sangat tengok gambar Ariff nih. .betul ker muka dia sebijik macam aku..” kate Ajib kembali. Malas aku nak layan dia..karang aku plak jatuh pengsan..aku terus pergi ke meja ku.

“Eh Ika.. nak kemane tu.. aku ader benda nak bincang ngan ko la..” terang si Ajib.

“Nih hal peribadi ker hal kerja yang ko nak bincang ngan aku..?” balas ku..rase nye aku dah mula boleh terima akan kewujudan si Ajib nih.. walaupun hatiku bergelora teringat kan Ariff bila nampak muka si Ajib nih.

“Hal peribadi nih…” kate Ajib selamber.

“Hah!! Ko biar betul.. sekarang nih mase kerja.. ko nak crite hal peribadi.. tak moh la aku..” balas ku mengelakkan diri ku dari Ajib.

“Hohoho..aku gurau je la Ika..hal peribadi aku akan crite kan kat ko mase balik nanti..pastu aku akan hantar ko balik..” terang si Ajib.

“Ok..baik la..” aku setuju ngan rancangan dia.

“Yes.. nanti balik aku ambik ko..” Ajib seronok pelawaan dia di setujui oleh Ika.

‘Adehh.. macam mana aku bleh setuju ni..’ rungut ku dalam hati.. aku mula menyesal atas persetujuan aku nak keluar ngan Ajib.. macam mana nak buat.. kalau cancel nanti dia cam tak percaya plak kat aku lagi.. buat janji pastuh cancel.. kenapa aku bleh terpukau nih.. aduhh.. menyesal nye… Alfa… tolong aku.. aku dalam delima nih…

Di dalam kereta Alfa.

“Makcik, saya tanya sikit boleh??” sambil memandu Alfa berpaling dan tersengih manja ke arah Makcik Cinda.

“Tanyalah banyak mana pun Alfa… asal ko jangan suruh Makcik bayar dah ler…” jawab Makcik Cinda dengan jujur.

“Hehehe… tima kasih. Sebenarnya saya nak tanya nie….anu….er……”

“Apa yang ko nak tanya ni nak oi? Anu…anu….napa?”

Alfa telan air liur sendiri.nak tanya ke tak eh?Segan lak aku..

Truuutttt….. Truttt… Henpon Alfa berbunyik…

“Sapa pulak nih.. tak penah tau pon no phone nih..ekskius me yer Makcik”Alfa meminta kebenaran dengan sopan.

“Hello..assalamualaikum..” Alfa jawab panggilan tuh.

“Hello..Waalaikumsalam… hai awak.. kenal tak saye nih” kedengaran lunak suara seorang perempuan.

“Huu?? Sape nih..tak cam plak suara cik adik” jawab Alfa.

“Ala..baru 5 tahun tak jumpa dah lupe ker…dah ade orang baru??” jawab perempuan tuh lagik.

“5 tahun..?? Orang baru?? Ermm…” Alfa kehairanan.

“Nih Tina laaa… dah lupe kat awek lame ker??” pompuan tuh bersuara lagi.

“Tina???” teng teng tenggg….

Serta merta kenangan pahit Alfa bersama bekas kekasihnya kembali menghiasi kotak fikiran.. Alfa teringat peristiwa di mana si Tina sempat mengejar seorang lelaki yang kacak gile dan berkenalan dengan lelaki itu walopon Tina sedang menikmati minuman dengan Alfa disalah sebuah kedai mamak sewaktu mereka belajar di United Kingdom dulu.. terguris perasaan Alfa mengenangkan tingkah laku Tina yang tak menghormati dirinya sebagai seorang pakwe.. bukan itu saje malahan Tina seorang yang kebaratan.. langsung tiada ciri kemelayuan menyebabkan Alfa mengambil keputusan untuk berpisah dengan aweknye itu..

“Ooo Tina.. bile balik Malaysia?” tanye Alfa.

“I baru jer sampai nih… sampai jer kat rumah terus I telefon u, mane I dapat no phone u jangan tanye ok??” balas Tina.

“Ooo…skarang nih I tengah driving.. so I rase kite cakap next time laa yerkk” Alfa bersuara dengan serius.

“Ok..I paham.. mesti u dengan awek u kan… kim salam laa kat orang sebelah yerkkk” balas Tina dengan sinis.

“Ok jap I sampaikan salam u.. Makcik…kawan saye kim salam kat Makcik..” Alfa meyampaikan salam kepada Makcik Cinda. Makcik Cinda pon jadik blur.. dengan slamber ya ya menjawab salam tersebut walaupon tak tau sape yang kasik salam.

“Waalaikumsalam.. kim salam balik kat tuan empunya badan yang kim salam tadik yer Alfa” balas Makcik Cinda.

“Ok mak cik…haa Tina..nih orang sebelah kim salam kat u” kata Alfa

“Waalaikumsalam… humm.. ok laa Alfa.. u pon tanak cakap ngan I kan..malam nih I call u ok?? Tata..miss u” Tina meletakkan gagang telefonnye itu. Alfa kembali terbayang2 kenangan2 bersama Tina..

“Kenapa laa ko muncul kembali wahai Tina…” dengus Alfa sendirian.

Tiba-tiba..kedengaran deringan polifonik yang berlagukan “dekat padamu” nyanyian yusry”

“Bunyi ape lak nih..” kata Alfa Romeo sambil mencari punca bunyi tersebut.

“Ooo nih enset Makcik bunyi…ekskius me yer Alfa” jawab Makcik Cinda dengan riak wajah yang riak skit dari Alfa kerana henponnya lagi hebat dari Alfa. Tertera nama Ika pada screen hensetnye itu

“Helluuu Ika… wats up my dear..” Makcik Cinda menjawab panggilan.

“Hello Makcik.. nih bukan Ika.. nih Ajib..” Ajib bersuara cemas.

“Haa nape Ajib… nape pakai enset Ika nih.. abih kredit Ika kang..” jawab Makcik Cinda.

“Tak Makcik.. urgent nih… terpaksa guna enset Ika sebab ade no phone Makcik.. nih nak bagitau.. Ika pengsan skali lagik..” Ajib bersuara dengan laju.

“Hahhh?? Astaghfirullah hal azim.. Ika nampak muka seiras si Ariff lagi ke??? Sape pulak muke spesen ngan ko nih Ajib??” Makcik Cinda semakin cuak. Alfa menjeling Makcik Cinda.

“Ehh tak Makcik…si Ika tiba-tiba jer jatuh pengsan masa kitorng jalan-jalan kat tasik tadik” balas Ajib.

“Ooo kantoiiii….gi dating kat tasikk yerkk…” Makcik Cinda ngubah tonasi suaranya.

“Makcik..serius laa skit…saya pon taktau cammane si Ika tuh pengsan.. tiba-tiba jer.. rasenye takde ape yang mencurigakan pon kat sane. So skarang saya dah bawak Ika kat hospital. Sekarang doktor tengah wat pemeriksaan, Makcik datanglah cepat yerk..kat hospital nih” ujar Ajib berdialog panjang.

“Wokeyy.. Ajib tunggu sane.. Makcik suruh si Alfa nih gi sane skarang jugak..” Makcik Cinda membalas dengan serius.

“Ok Makcik.. chow cin cau.. assalamualaikum” Ajib mengucapkan kate terakhir.

“Waalaikumsalam” jawab mak cik Cinda.

“Kenape Makcik..” tanye Alfa dengan cemas.

“Jom Alfa kite ke hospital..si Ika pengsan lagik..dia ade kat hospital..” Makcik Cinda bersuara cuak.

“Huh??? Wokei Makcik.. kite pergi skarang juga” tanpa bertanye panjang Alfa terus memecut ker hospital.

Sesampainya di hospital tersebut. Ajib terus mendapatkan Alfa dan Makcik Cinda.

“Macam mane si Ika” tanye mak cik Cinda.

“Ika kena tahan kat wad. Doktor nak jumpe waris Ika.. saya dah call mak Ika mungkin esok baru sampai sebab kete mak Ika tayar pancit. So rasenye mak cik jer laa jumpe doktor tuh” balas Ajib.

“Macam serius jer bunyik… ini yang Makcik risau nih.. moh laa kite sama-sama jumpe doktor” Makcik Cinda bersuara.

“Jom!!” Alfa dan Ajib serentak bersuara.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard