Kembali dari pasar… Ape lagi berpencak silat aku kat dapo.. Iyarkhh.. Huahh.. Ekkk. Ayarkhh.. zuss zass.. Akhirnyaaa.. Nah.. Siap masak lemak cili api daging salai.. Khailan belacan.. ngan tempe goreng berempah. Heheh.. Aku tersenyum sendirian.. Puas hati.. Pandai gak aku masak. Uihh banyak lak tuh.. Bleh jemput Aju dan kucingnya makan kat rumah ni kang.. Opsss.. Dah kui 12 la. Kene anto cecepat ni ke rumah Pakcik Resat…
Sesampainya kat rumah orang tua tuh.. Ada bini Pakcik Resat jek sensorang tengah memasak. Yang lelain ntah dimana katanya. Berborak lama la gak aku dengan bini dia tuh.
“Makcikk.. Gune toilet.. Ehh bilik air jap. Tak tahan la “aku minta izin sambil tersengeh2.
“Silakan la.. Belah bilik si Ariff tu” sambil muncungnye menghala ke kanan. Dengan laju aku ke toilet tuh…opsssss….. Kejap!. Aku terberenti jap dan mundur beberapa tapak..
‘MCEZIX / ARIFF - jangan sembrono masuk bilikku!!!’……. Terpampang tulisan tuh di pintu bilik Ariff.. Hilang rase nak terkencingku.. nak pitam plak ada la..
“Makkkkkk…cccik.. Ermm ni bilik sape?” tanyeku agak gagap untuk mengesahkannya…
“Bilik si Ariff le tuh…nape Ika..?”
“Abis tuh sape Mcezix nih?.. nape nama dia ader kat pintu? Maknanyer nih bilik Mcezix ler kan.. tapi kalo nih bilik Ariff, macam mana bleh jadi bilik Mcezix plak?” kataku ngan paniknyer. Aku pon dah tak paham apa yang aku cakap nih. Mungkinkah Mcezix nih kongsi bilik ngan Ariff, dorang sepupu kot. tapi apa yang fikiran ku kuat mengatakan, Ariff ngan Mcezix adalah orang yang sama. Tak mungkin.. cemaner bleh jadik cenggitu plak. Aku memandang mak cik Cinda yang masih pening ngan soklan merapu aku tadi. Baru sajer mulutku nak bertanyer mencari jawapan pasti.. aku terdengar satu suara di pintu memberi salam..
“Wasalam” jawab aku sambil toleh kearah suara tu..”Ooo.. abang Tokei rupanye..”
“Hai Ika..” Tokei berbahasa basi..
Setelah selesai semua kat rumah Pakcik Resat aku pun balik.. oo.. Mcezix ngan Ariff orang yang same.. aku dah tau segalanye.. memang ditakdirkan jodoh aku ngan Ariff.. aku dah bleh terima Ariff sebab dia adalah Mcezix.. tapi sayang sekali aku telah kecikan hati dia.. ni semua salah faham.. errmm.. malam ni aku akan beritau yang aku dah kenal Mcezix adalah Ariff.. aku akan beritau dia yang aku dah terima dia..
Malam yang ditunggu dah tiba.. tapi name samaran Ariff iaitu Mcezix tak der dalam Yahoo Messenger.. ermm mungkin dia betul² merajuk ngan aku.. takpa.. aku akan tunggu ko sampai bebila.. Dah tiga hari tiga malam aku tunggu Ariff online tapi tak muncul².. aku mula risau.. malam ni aku rase berbeza.. tak seperti malam kelmarin ngan malam semalam.. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran ‘Mcezix’ muncul..
Aku tanpa membuang masa terus menegur Ariff.
Ika : Ariff.. Saya dah kenal sape awak.. mane awak pergi malam tu hari..
Mcezix : Bagus la awak dah kenal sape saye.. mungkin Allah nak tunjukan.. err.. Ika maaf saye tak dapat masuk malam tu hari..
Ika : Awak kat maner..? Kenape awak tak call saye..?
Mcezix : Maaf.. saya tak sempat menghubungi awak.. maaf..
Ika : Tak kisah la.. awak sihat..?
Pertanyaan aku tergantung kat situ.. Ariff tak menjawab pertanyaan aku.. dan tiba-tiba senyap.. aku menunggu ngan sabar namun tetap Ariff tak menjawab..
Mcezix : Ika.. Saya bukan lagi seperti dulu, Ika. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
Ika : Kenapa?
Mcezix : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk YAHOO MESSENGER mahu bertemu dengan awak, ingat?
Ika : Awak teruk ke?
Mcezix : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai.. saya hilang darah yang banyak.. saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
Ika : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Mcezix : Tidak ada siapa. Saya masih di sini.. menanti orang membantu saya.
Ika : Maksud awak?
Mcezix : Saya sudah meninggal dunia, Ika. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ika. Tolonglah.
Aku tersentak dan lantas meninggalkan komputerku dengan rasa takut yang amat sangat. Aku berlari menuju rumah Ariff . Memang Ariff seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan..
“Makcik Ariff mane?” aku menanya..
“Makcik pun risau ni.. dah tiga hari dia tak balik rumah..” Makcik Cinda jawab sambil menangis..
Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, aku berkata kepada Makcik Cinda supaya mencari Ariff di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, aku pun ikut Makcik Cinda,Tokei ngan Pakcik Resat. Airmataku mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Ariff muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 22 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Aku melipat akhbar tersebut. Aku berjanji tidak akan mengunjungi YAHOO MESSENGER lagi. Dalam diam aku mengakui Ariff memang menyayangiku. Kerana dalam keadaan begitu Ariff masih cuba mahu berbual denganku walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa Ariff sudah tiada lagi.
Sudah hampir 2 minggu aku bersedih.. Perasaan bersalah masih menyelubungi diriku.. Aku menganggap akulah punca kemalangan membawa maut Ariff.. Kalau tidak kerana dia pergi ke cc semata-mata hendak chatting dengan aku tentu Ariff masih hidup.. Tapi siapalah aku hendak menolak takdir.. Ajal dan maut di tangan Allah.. Kita hanya mampu merancang.. 2 minggu tanpanya kurasakan bagai hari-hari yang tidak bermakna.. 2 minggu jugakla aku membiarkan komputerku tidak dipasang.. Selama 2 minggu jugak aku menjalankan aktiviti harianku bagaikan seorang insan tanpa perasaan.. 2 minggu keluarga Ariff bersedih atas kematian anak lelaki mereka.. 2 minggu jugakla aku tidak menjenguk ke rumah mereka.. Aju datang kerumahku berkali-kali melihat keadaan aku yang bagaikan mati anak.. Dialah yang datang memberi nasihat dan mengembalikan keyakinan aku untuk terus menjalankan hidup aku seperti biasa.. Yang sudah pergi biarkan pergi.. Allah lebih menyayanginya.
Mana mungkin aku dapat melupakannya dalam masa yang singkat ini.. Perkenalan yang baru hendak membuahkan bibit-bibit cinta diakhiri dengan tragedi yang sukar aku terima.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Aku memujuk diri agar redha dengan apa yang berlaku.. Siapalah aku disisinya.. Sekadar seorang insan yang baru disayangi.. Berbanding dengan keluarga yang telah mengenalinya dan menyayanginya selama 22 tahun.. Aku mengesat air mata yang hampir kering.. Air mata yang sesekali mengalir tanpa dipinta bila mengingatkan peristiwa malang itu.. Aku harus tabah.. Pujukku kepada diri sendiri.. Life must go on.. Aku perlu memulakan hidup baru.. Demi Ariff..
Hujung minggu itu mak abahku datang menjengukku setelah agak sebulan lamanya aku tidak pulang ke kampung. Hilang sikit rasa sedih dihati melihat wajah kedua orang tuaku. Tapi bile petang setelah kepulangannya.. hidupku kembali sama.. suram.. malap.. Sepi.. Bagaikan mentol cahaya lampu bulat 10 watt..yang hanya hanya mampu untuk menerangi diriku sendirik. Tafakurku..munajatku kepada mu ya Allah agar kau tetapkan imanku.. Kuatkan semangatku, tunjukkan aku jalan yang lurus..lorongkan aku kepada kebenaran.. Dan kau tabahkan hatiku. Semogaku diriku tetap tabah menghadapi perjalanan dan liku2 hidup ini.. Amin…
Pagi itu setelah dua bulan pemergian Ariff…
“Hai ika, Assalamualaikum…” aku disapa oleh seseorang dari belakang. Aku toleh ke arah datangnya suara tersebut
“Wa’alaikumsalam.. Alfa. Apa khabar?” aku menjawab salam pemuda itu dengan sedikit senyuman. Baruku teringat agak lama juga aku tidak pernah terserempak dengan lelaki itu. Mana taknya.. Selepas pemergian Ariff.. aku lebih banyak menumpukan perhatian kepada pengajianku. Sementelahan lagi peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi. Pertemuan petang itu bersama Alfa yang ku kira kebetulan ini memutikkan semula kemesraan yang telah terhenti sebelum ini antara kami. Pelbagai cerita kami kongsikan bersama petang itu. Sekurang-kurangnya aku terhibur juga petang itu dengan lawak jenakanya. Hermmmm agak lama juga aku tidak gelak sebegini sejak pemergian Ariff. Ariff.. Kenapa nama lelaki itu yang masih muncul di hati dan bibir ini? Hermm..
“Kenapa Ika.. Termenung saja tiba2.. Apa yang mengganggu perasaan Ika tuh? Ada ape-ape yang Alfa buat x kena ke?” Alfa mematikan lamunanku sebentar tadi..
“Ohh.. Maaf.. Tak ada apa. Lupakan jek yer..” aku terasa bersalah pula membuatkan dia serba salah. Aku memandangnya dengan senyuman untuk menunjukkan tiada apa2 yang berlaku. Namun air muka Alfa sedikit berubah. ‘Macam mana ni’ desisku dalam hati. Untuk tidak terusan peristiwa itu mengganggu kehidupan ku dan merosakkan kemesraan yang baru nak berputik itu, petang itu jua ku luahkan kepadanya kisah tragis Ariff. Alhamdulillahhh.. Lega rasenya.. Mujur juga Alfa memahami malahan memberikan semangat kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini.
Malam itu sesudah kami berdua singgah sebentar bersolat maghrib di masjid berhampiran.. dan makan malam bersama, Alfa telah menghantarku sehingga ke muka pintu rumah. Aku membalas pemergiannya dengan senyuman sebagai mengucapkan terima kasih di atas budi baiknya hari itu menemaniku sepanjang petang.
Tapi dari kejauhan ku terlihat kelibat Tokei anak Pakcik Resat memandangku dengan pandangan sayu di tingkap rumahnya semasa Alfa menhantarku sebentar tadi. Aku hanya mampu menghadiahkannya sebuah senyuman yang ringkas sebelum menutup pintu rumah.
‘Biarlah… Apa nak jadik pun aku kan tetap tabah..’ tekadku di dalam hati.
Malam pun berlalu… Cengkerik pun masih setia memainkan iramanya menemani malamku..
Hari ini aku mulakan dengan hidup baru.. yang pergi tetap akan pergi.. Yang datang patut di sambut dengan gembira.. setiap pertemuan ada perpisahan… hidup mesti diteruskan.. walaupun pahit.. aku cube nak membuang semua kenangan bersama Ariff, tp tak bermakna aku lupakan sumer.. Tapi aku tak mahu hidup aku dibayangi oleh dia.. huhuhuhuhu.. kekecewaan dan kesedihan membuat aku lebih tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang..
Aku bersiap ke kelas seperti biasa.. cuma yang berbezanya.. aku ceria hari ini. Ramai gak member-member tegur.. Aku nampak lain. Yes! Aku kene ceria…lagipun exam tak lama lagik.. Kene study.. Banyak yang aku ketinggalan dah ni..petang tuh macam biasa lepas abis kelas.. Aku terus pulang ke rumah.. Ermm barang-barang dapur pun dah tinggal skit.. takperla mlm nih keluar gi Carrefour.. Beli barang dapur.. Ajak Aju la.. mana tau dia nak pi jugak.. lantas aku dail no Aju.. “Assalamualaikum, Aju”
“Wassalam…ko ika.. Apsal telefon aku” tanya Aju.. kurang sopan betul la budak nih.. huhuhu..
“Ko nak gi Carrefour tak mlm nih?” Tanya aku…
“Aku takleh arr, mlm nih aku kene gi rumah bakal mentua aku” ujar Aju.. Erm ye tak ye.. Jugak.. Member aku nih dah nak kawin rupenya..
“Klo macam tuh takper ar”
“Wokeh.. lain kali yer” pujuk Aju
“Ok. Bye.”
“Bubye”
Ntah le.. Sejak akhir-akhir nih aku rasa macam aku makin sopan.. Pakcik Resat pun dah alim sekarang nih.. takde macam atromen dah.. Maybe sedar kot.. Hidup nih akan mati gak.. Umur dia pun dah lanjut.. Makcik Cinda plak aku tengok makin ari makin lawa.. Nih mesti takut laki kene kebas.. Kakaka… Sejak aku dengar Pakcik Resat nak kawin lain tuh.. Makcik Cinda dah pandai melawa. .so far sejak kematian Ariff.. takde dengar pasal kawin lain dah..Tokei pun dah nak kawin bulan depan.. Aju pun bulan depan.. Tarikh masing-masing dah di tetapkan.. Aju kawin seminggu lepas Tokei kawin.. Aku nih jer la.. huhuhu..
Bosan arr keluar sorang-sorang.. aa.. Erm.. xper la.. Dah terdesak ni.. Tibai jer la.. lantas segera aku bersiap-siap.. keluar dari rumah selepas sembahyang maghrib.. Setibanye aku terus memilih barang dapur yang hendak dibeli.. sedang aku memilih aku perasan.. macam kenal je lelaki tuh.. perempuan tuh jugak.. Kalo xsilap tuh Alfa Romeo.. Ngan Farisya.. budak kelas aku.. erm..
Aku terus menegur couple ni..
“Hai Alfa.. hai Sya.. mesra nampak.. membeli belah ker.. berdating kat sini..?” saje je aku kacau.. tp dalam hati cam sakit sangat di permainkan.. nasib baik aku belum terlambat..
“Ika!!” Alfa Romeo tersentak di tegur ika..
“Abang Romeo kenal Ika ker..” ujar Sya nak kepastian. “Ika.. ni la dia tunang Sya yang Sya cerita kan dulu..” sambung Sya seraya memperkenalkan tunang nye kepada ika..
“Sya! Stop it!! Kita dah lame putus.. kita takde ape² lagi..” tengking Alfa Romeo..
“Abang!!” Sya cam tak puas hati ngan Alfa Romeo lalu blah dari situ sebab rase malu ngan Ika.
“Ika tadi tu………..”
Sementara itu, Sya telah pun meninggalkan Alfa dan Ika…
‘Huh!!” Rengusnya di dalam hati….
“Kita dah putus !” Terngiang ngiang lagi tengkingan Alfa tadik di telinganya.
“Macam aku nih sampah.. kalau dah putus yang ajak aku keluar saper suruh.. bila cakap macam tu nak marah pulak…” Ngomelnya sendirian…”Sekali dia tak sudi…. seribu kali aku tak ingin huh !! ” sambungnya lagik…
“Opocot!!”
“Ika… Dengar sini… Ika….” aku biarkan Alfa menjerit di khayalak ramai di pusat membeli belah tuh sedangkan aku dengan pantas mengangkat kaki menyelusup di celah-celah orang ramai untuk menghilangkan diriku..
‘Kenapaaaaaa…kenapaaa la aku takde mejik. Kalau la aku ada mejik.. Memang dah lama aku mejik si Alfa tuh jadik Gen2. Ingat aku nie apo?.. Bebi doll?…Ishh….’ aku mengungut sayu dalam hati. ‘Arhhhh pedulik… Memang aku kan nak idup sensorang. Selamba lorr..’ aku memujuk diriku sndirik.
Hari berlalu pergi..aku teruskan kehidupanku bagaikan student lain. Lagipun minggu ini minggu peperiksaan. Aku nak buktikan pada mak abah aku anak pompuan dia yang boleh diharap!.. Deringan telefon juga tak pernah aku angkat kecuali daripada keluargaku saja. Malasssss… Nak dengar suara orang lain. Aku tak nak serabutkan pikiranku lagi.. Alfa ke.. Sya ke.. Pakcik Resat sekeluarga ke.. Ape ke… Biarlaah. Mereka ikut jalan mereka dan aku ngan jalan aku sndirik.. Abih belaja nih kang.. Sebelum dapat keputusan aku nak balik kmpung. Tanam la ape-ape yang patut kat tanah serelung abah tuh.. Anggur ke.. Apple ke.. Mata kucing ke.. Mana tau boleh jadik kayo ngan gelaran petani moden singkat tu kangg… Heheheh..
Hari ni paper last.. tak sangka lak aku, cepat betul masa berlalu, dah nak grad pun.. pasnih ingat nak keje plak.. Jadi petani moden ker? Kekekeke.. Teringat plak aku yang aku berangan ari tuh. fikir-fikir balik tak sesuai aku jadi petani, aku amik kos komputer nak jadi petani plak.takper la.. Wat masa ni aku nak rest. Kemas sumer buku-buku yang ada.. rasa penat lak study untuk final kali nih. Erm.. minggu depan Tokei nak kawin, minggu lagi satu Aju plak. Aku tak beli hadiah lagik nih.. so memandangkan dah takde benda nak wat.. Aku pun amik keputusan nak keluar gi midvalley beli present untuk Tokei ngan Aju. .beli skali la, senang skit.. Adui..sorang lagik aku ari nih keluar.. Member lain sumer dah balik kampung masing, aku gak yang tercangak kat sini, sebab nak tunggu Tokei dan Aju kawin dulu..malas nak ulang2 balik kampung. Lagipun aku xde kepentingan kat sana, mak ngan ayah plak baru jer datang semalam.. Ni plak sekarang nih aku nak try carik keje mana ada masa nak balik kampung lagik.. aku segera bersiap.. Pakai baju kurung je la. Malas nak pakai jeans. Nampak ayu skit.. huhuhuhu.. aku harap tak jumpa la sape-sape yang aku kenal dah.. Asyik terserempak jerk.. Busan. .huhuhu.. doaku dalam hati. Lepas beli belah barang untuk perkahwinan Tokei ngan Aju.. aku pun balik rumah.. penat tapak kaki aku jalan kat midvalley.. aderkhh..
Setiba di kawsan perumahanku, aku nampak Makcik Cinda ngan Pakcik Resat, amboi-amboi kemain mesra lagik. Erm.. selain mereka ada lagik dua kelibat.. seorang lelaki, seorang perempuan.. Yang lelaki tuh Tokei agaknye, yang perempuan tuh tak pasti le plak. Aku makin dekat dengan rumah ku sambil memerhatikan rumah Pakcik Resat, bakal menantu agaknye, mesra je aku tengok.. Eh eh…
“Assalamualaikum…” aku memberi salam bila agak hampir dengan mereka.
“Wa’alaikumsalammm… Oh Ika meh sini… Boleh le kenal dengan orang baru…” Kata Pakcik Resat tersenyum lawo.
“Ini lah isteri baru Pakcik.. Kenalkan.. Minah namanya. Tentu Ika kenal sebab dia pun belajar kat kolej sama ngan ika. Dia glamer ngan nama Minah Mafia kalau kat kolej..” Pakcik Resat perkenalkan isteri barunya dengan senyum riang.
Gulppp.. Isteri baru Resat.. Lok alohhhh ngatkan bakal isteri Tokei tadi.. MasyaAllahhh jadik gak orang tua ni kawen.. Namun aku berwajah selamba sambil menghulurkan salam kepada perempuan bertudung litup itu.
“Ehh.. Ini tak salah kite pernah jumpe kat CC kan…” aku masih teringat lagi peristiwa seorang pemuda bermandikan coke sedikit masa lalu masa aku berjumpe dengannya di CC berhampiran kolej.
“Iye sis.. Saya lah tuh.. Tapi sekarang tak boleh lah panggil nama saya Minah je.. Kene panggil Makcik Minah.. maklum la.. Isteri baru abang Resat kan..” ujar wanita ayu bertudung litup tu manja sambil menjeling suaminya tuh. Ohh.. Bahagianya depa..
“Hehehe.. Okey.. Makcik Minah.. Btw Pakcik Resat.. Tahniahhh kerana dapat isteri baru. Makcik Cinda.. Tahniah dapat madu baru. Mesti Makcik nak dapatkan payung Siti Khadijah kan.. Cayalah Makcik..” Makcik Cinda hanya tersenyum malu ke arahku.. Ku lihat tokei juga tersenyum melihat telatah kedua-dua mak barunya tuh yang mengkaver malu memasing..
Oleh kerana hari beransur maghrib.. aku minta diri meninggalkan keluarga bahagia itu pulang ke rumahku. Dalam hatiku berbahagia melihat kebahagiaan Pakcik Resat makin pulih selepas kematian Ariff. Ariff… Nama tuh juga yang masih melekat di minda ini.. Mega merah pun berarak.. Menuju ke malam.. Sepi pun berulang sesepi hatiku.. Hmm.. Siapa yang tak terasa sepi? Mana taknye, aku rasakan insan-insan di sekelilingku semuanya sudah berteman. Aju, Tokei.. Bahkan Pakcik Resat pun dah buleh kawin lagi skali.. sedangkan aku??? Arrgh.. Sungguh tensen hatiku yang walang ini. Mengapa aku tak jumpe2 lagi sesiapa yang sesuai. Di keheningan malam ini.. Tiba-tiba aku teringat kepada arwah Ariff yang telah lama meninggalkan ku. Dan tiba2 jua hatiku rindu pada gurau sendanya. Ariff…..
Aku rehat2.. di anjung rumahku.. sambil menikmati keindahan malam.. Tiba2 pulak,, pintu rumah ku diketuk.. dengar ucapan beri salam…
“Assalamualaikum” macam kenal suara tuh.. ha ah suara Pakcik Resat..
“Wasalam” ucapku sambil bukak pintu.. Mak aih.. Satu keluarga datang, Makcik Cinda, Pakcik Resat, Tokei, aik Minah Mafia pun ada.. Naper lak nih.. datang ramai-ramai kat rumah aku nih?
“Maafkan kami Ika” ujar Pakcik Resat.. loh tetiba plak Pakcik Resat nih naper lak.. yang lain hanya tergelak kecil.
“Kenapa plak Pakcik nih, ada wat salah ker?” tanyaku hairan..
“Sebenarnye, Minah Mafia nih bukan isteri Pakcik. Dia nih anak sedara Pakcik, datang sini nak tolong kenduri Tokei nanti, kiranya sepupu Tokei la. Saje nak kenakan ko, ko lupe ke, ari nih kan 1 April” ujar Pakcik Resat dengan sengihnye…
“Aduih la, mati-mati saya percaya. Nasib baik saya tak salah paham.” ujar ku. Hampesh betul Pakcik Resat nih.. Ade ke lawak April fool cenggitu..dah tu satu family plak tuh terlibat.
“Sory Ika. Bukan idea aku, idea Makcik Cinda nih” ujar Minah Mafia. Makcik Cinda hanya tersenyum sambil memeluk mesra lengan suami dia.. Ewah ewah nyampah aku…
“Ko caye wat apa Ika.. Pakcik dah bersumpah akan setia kat Makcik Cinda ko yang cun nih seumur hidup Pakcik.. Pakcik takkan carik yang lain” ujar Pakcik Resat sambil tersenyum kat Makcik Cinda.. bahagianye mereka.. Sungguh romantik Pakcik Resat, bertuah laa Makcik Cinda dapat suami cam Pakcik Resat tu. Hmm… Mungkinkah Arwah Ariff seromantik abahnye? Terkenangkan aku pada Arwah Ariff pulak…. Isk….
Setelah lebih kurang 1 jam di rumahku… Pakcik Resat sekeluarga pun pulang ke rumah. Hari pun berlalu pergi.. tahun pun berganti.. Begitulah kisah jiran aku seorang tuh Pakcik Resat dan keluarganya.. Ntah apalah khabarnye sekarang. Anaknye si Tokei tu pun dengarnya dah kawin. Selepas malam tuh.. Mak aku menelefon abah sakit kuat. Aku meninggalkan terus rumah itu dan keluarga Resat untuk pulang ke kampung. Aku kini sekarang pun dah bekerja di bandar kuantan. Biarlah aku carik angin dan pengalaman baru.. Memori bersama Ariff dan keluarganya akan ku susun rapi di ingatan..
Tiba-tiba je jam loceng aku bunyi.. ringgg ringg ringg.. Pukul 6.30 pagi.. astaga.. mimpi aku rupenya.. panjang sungguh mimpi aku kali ni.. Ya Allah. Terlalu pajang mimpi itu.. sejak kematian Mcezix.. ari ni baru le 1st time aku mimpi. Panjang plak tuh, dan takde kene mengena dengan hidup aku.. aku tersenyum sendirian.. mimpi di mana aku aku pergi Carrefour terserempak dengan Alfa Romeo dan Farisya, mimpi Pakcik Resat nak kawin lagik.. ntah apa2 la..
Lantas aku segera menunaikan kewajipan aku sebagai umat Islam, dah bersiap ke kelas. Lepas habis kelas aku ingat nak pegi library kejap, banyak yang nak aku ulangkaji. Dengan bersemangatnya aku mula melangkah masuk ke library, memilih buku-buku yang hendak dipinjam. Sedang aku memilih aku terpandang sepasang manusia. Erm Minah Mafia dan sebelahnya ada seorang lelaki. Minah Mafia lantas teringat mimpinye semalam. Di mana Minah Mafia menjadi isteri muda Pakcik Resat.. huhuhuhu tak sesuai langsung. Lalu ku tegur wanita itu.
“Hai Minah Mafia” tegurku..kali terakhir aku jumpa dia kat cc…
“Hai Ika” tegurnya sambil tersenyum. Lelaki di sisinya juga turut tersenyum.
“Macam mana ngan life sekarang?” tanyaku sekadar berbasa basi..
“So far ok. Kenalkan nih suami Minah Mafia, Zack” ujarnya malu-malu..
“Saya ika” aku kenalkan diri aku. Tak sangka Minah Mafia pun dah kawin. Fuhh nasib baik mimpi aku xjadi kenyataan, kalau tak kesian kat Makcik Cinda.
“Lama dah, actually masa kite terserempak dekat cc tuh saya ngan Zack dah pun kawin, seminggu.” ujar Minah Mafia. Zack mengiyakan. Wah bahagia betul aku nampak mereke. Aku mintak diri kerana ari dah pun lewat..Minah Mafia dan Zack pun aku nampak seperti tak mahu diganggu. Aku hanya tersenyum melihat pasangan itu..semoga berbahagia..
Erm.. exam dah berlalu.. kenangan bersama Mcezix pun dah berlalu.. biarlah.. Pakcik Resat dan keluarga pun sama gak.. masing-masing redha dengan ketentuannya. Aku dan Alfa still macam dulu. Kawan baik. Aku selesa berkawan dengannya. Ari nih ari kawin Tokei.. Alfa dah berjanji untuk pergi bersamaku. Katanya Minah Mafia ngan suaminya Zack pun ada skali. Actually Zack ngan Alfa kawan baik sejak kecil lagi. So rapat le. Dan sejak tau mereka berkawan baik, hubungan aku ngan Minah Mafia pun bertambah erat. Aku banyak buat rujukan darinya..
Tepat pukul dua, Alfa tiba di rumahku bersama dengan Minah Mafia dan Zack.. meriah sungguh rumah Pakcik Resat. Sambut menantu la katakan.. Majlis pernikahan Tokei berlalu dengan meriahnye walaupun dibuat secara sederhana. Selepas majlis itu berlangsung kami pun pulang ke rumah masing-masing. Teringat aku semasa Tokei bersanding td.. bagai pinang dibelah dua.. pasangan Pakcik Resat dan Makcik Cinda pun gembira menyambut menantu. Kalau ada Ariff, mesti lagi meriah.. Ariff.. kenapa la susah sangat aku nak hilangkan dia dari ingatan aku. Padahal kami bukan pasangan bercinta pun.. tapi entah setiap kali aku terpandang keluarga Pakcik Resat memang aku akan teringat pada Ariff. Terlalu banyak kenangan bersama. Astaga buat apa dikenang orang yang telah meninggal dunia. Kite yang hidup kene teruskan perjuangan..semoga roh Ariff dicucuri rahmat.. Al fatihah.. amin…
Hari pun berlalu pergi.. tahun pun berganti.. Begitulah kisah jiran aku seorang tuh Pakcik Resat dan keluarganya.. Ntah apalah khabarnye sekarang.. Sehari selepas tuh.. Mak aku menelefon abah sakit kuat. Aku meninggalkan terus rumah itu dan keluarga Resat untuk pulang ke kampung. Rumah tuh aku dah pun jualkan kepada Aju. Aju melangsungkan perkahwinannya, tak sempat aku nak hadiri, kerana sibuk menjaga ayahku. Dia paham, cume seminggu selepas itu baru aku berpeluang melawat Aju dan suaminya, dan diwaktu itu ak mengambil kesempatan menguruskan penjualan dan pertukaran hak milik rumah itu..
Aku kini sekarang pun dah bekerja di bandar Kuantan. Biarlah aku carik angin dan pengalaman baru.. Memori bersama Ariff dan keluarganya akanku susun rapi di ingatan.. Hari demi hari yang berlalu bagaikan tak terasa. Diam tak diam hampir setahun aku bekerja di Kuantan. Aku masih jua sendiri. Kesibukan bekerja menghalang ku dari memikirkan pertemuan dan percintaan. Begitu lah aku.. Masih setabah dulu. Dan masih jua mengingati seseorang yang telah sekian lama jauh dariku..
Hari nih aku keje cam biasa.. rutin yang sama buatkan aku sedikit bosan ngan kehidupan ini.. rindu aku ngan zaman sekolah dulu, tak der masalah yang akan menyerabutkan kepala otakku ini. Paling teruk pun assignment yang berlambak-lambak, namun ramai yang teman yang sentiasa membantu. Kini, setelah dewasa, aku rasa kesunyian, rasa terpinggir, tiada lagi teman rapat, tiada lagi Ariff.. ahh!!! Balik-balik nama tuh juga yang aku rindui.. stiap kali sepi datang menyinggah, nama tuh tak pernah lekang. Cinta itu sememangnye pelik..
Tiba di pejabat, aku terus menuju ke mejaku. Nasib baik aku tak lewat lagi ari nih. En. Arip, bos aku yang cam muke kebau tercekik speaker tuh dah tentu tak kan lepaskan aku. Lagi-lagi lepas amaran keras yang aku dapat semalam. Sedang aku berlakon sibuk, tetiba Peah, minah yang duduk depan meja aku tuh datang menyendeng.
“Oooit Ika, aku ada citer baru nih” kata Peah yang merupakan wartawan bebas kat ofis nih.
“Aper lagi nih Peah, aku ngan sibuk ler” kataku ngan malasnyer.
“Ala.. citer best nih.. rugi ko tak dengar. Aku dapat tahu, tak lama lagi, ofis kita nih dapat bos baru” Peah berkata-kata sambil memuncung-muncungkan mulutnya, saje nak kasi nampak real sket.
“Abis mana plak orang tua garang tahap mahadewa tuh nak pegi” aku bertanya sekadar berbasa basi.
“Saper? Oh En. Arip ker? Mana aku tau.. kena buang keje kot” kata Peah ngan celuparnya.
Hmmm.. aku bukan leh caya sangat cakap pompuan nih. Kalau sepuluh benda dia cakap, biasanya doblas mesti tak betul. Bos baru? Kalau betul saper yer? Camana rupenyer? Garang cam En. Arip tuh ke? Ahh banyak betul soklan aku nih. Abaikan jeklah.. benda nih pun tak pasti lagi..
Dua hari lepas aku nampak muka En. Arip tuh blur semacam jerk.. Punggah sumer kotak-kotak yang ada dalam bilik dia.. busy jerk.. dan memang dalam jangka masa tuh dia tak kaco serta mengamuk langsung kat kami.. heran heran… tapi bile si Peah tuh datang tempat aku pagi tadi.. baru aku tau.. En Arip kene turun pangkat.. memandai je buang keje si Peah nih.. Sebabnya aku tak tau sebab bende tuh jadi rahsia syarikat.. Aku pun malas nak amik tau.. Asalkan dia blah.. Tuh pun dah kire nikmat kat aku.. Syukur sangat blah la cepat En Arip woi dan esok ptg kami akan ada majlis perpisahan untuk En Arip aderkhh nak blah pun nak wat majlis lagik.. Kecoh tuh.. Dah le esoknye plak ada majlis menyambut bos baru huhuhuhu arghh tak kisah arr janji tak kaco aku
Petang tuh, nak kata syahdu tak gak.. En Arip mintak maaf kat kami sumer aiseh.. terharu plak dia mintak maaf kat kami.. aku ingatkan orang tua nih takde perasaan nak mintak maaf.. hari tu berlalu macam tuh jerk.. hari esok… nak sambut bos baru lak…
Majlis dah siap.. cume tunggu bos baru datang.. Lambat tul arr.. aku banyak keje lagi terbengkalai nih.. Busan tau tunggu-tunggu orang nih
“Assalamualaikum semua… ni bos baru kamu.. kenal kan” ujar Pengarah syarikat aku.
“Assalamualaikum semua” ujar bos baruku.. suara tuh dah lama aku tak dengar.. Lalu aku teliti muka tuh, seakan percaya n tidak percaya…
Huh.. pak cik Resat ker tuh?.. aku menggosok mataku beberapa kali.. aper kejadah plak dia buat kat sini.. jadi bos aku? Biar benar… tipuu… katakan ini cumer mimpi.. katakanlah… bila semakin dekat, aku perhatikan lagi… ceh… dia pakai topeng otromen rupenyer… mati-mati aku ingat pak cik Resat tadi… ampes betul ler bos aku nih… dah tak der gimik lain ker nak buat… IQ tahap anak sedara aku… Bos baru aku tuh berjalan dan menyalami sumer staff yang ada kat situ.. bila sampai kat tempat aku, tetiba dia berhenti…
“Ika tak kenal saya ker?” tanyer dia.
“Ermm.. ntahler.. saya tak der kawan muke cam otromen nih…” aku jawab ngan panik, saper yer? Suara dia memang aku kenal.. tapi siapa?
“Hihihi.. sajer jek nak buat gimik kat Ika.. tuh yang pakai topeng otromen nih… terkejut tak?”
“Terkejut? Tak der ler plak sangat.. tapi saper En nih? Naper tahu name saya?”
“Ok ler, kalo Ika tak dapat teka gak… saya bukak jek topeng nih k… ready… jangan tutup mata tau… three, two, one……jeng jeng jeng……”
Uiks.. terkejutnyer aku.. cam tak cayer jek ngan mata nih.. rase cam nak pengsan kat sini gak… haruskah aku pengsan di hadapan bos baru aku ini? Memang sumpah mati idup balik aku tak mempercayai mataku sendiri. Macam mana dia buleh ada kat sini? Jadik bos aku pulak tu… Dan yang paling aku tak tahan… nape dia bertambah-tambah hensem nie??? Isk….
“Alfa Romeo…..” bisikku perlahan….
Pertemuan aku dan Alfa Romeo tadi masih lagi menganggu fikiran aku.. tak sangka sekian lama baru jumpa dia lagi.. Aderkhh kenangan lalu.. kembali menghiasi kotak pkran ku… Aghhh… Tapi yang tensennya macam mana dia buleh jadik bos aku pulak nie? Mesti laa aku kena buli dengan dia. Macam mana aku nak menumpukan konsentrasi kat kerja macam ni?.. 1001 soalan berlegar2 dalam kepala otak geniusku ini….
“Dah ar tuh Ika.. tutup mulut tuh.. jangankan nyamuk, pos ofis pn muat tau…” teguran Alfa mengejutkan aku.. ngan pantas aku menutup mulutku yang tadi ternganga luas…
“Ermmm…er…ar…a…ap…apa…” “Apa saya buat kat sini?” kata Alfa menyambung percakapanku yang tergagap-gagap tuh. Ngan malunyer aku mengangguk…
“Hihihi.. lor kan saya bos baru awak.. saya kerja kat sini ler.. tak kan tuh pun tak dapat tangkap” kata Alfa ngan selamba. Ces.. mamat nih memang cube nak carik gaduh… tauler ko keje kat sini.. tapi naper sini? Kan ker besar lagi Malaysia nih. Kalo tak cukup.. banyak lagi negara lain ko leh pergi. Naper mesti sini? Naper mesti bandar Kuantan? Senang cakapler.. naper mesti ofis aku?…
Tak sempat aku nak bertanyer lebih lanjut, Alfa dah berlalu pada meja lain. Sebelum tuh sempat dia kenyitkan matanya kat aku… iks.. skali lagi aku rase cam nak pengsan. Satu hari suntuk aku duk termenung kat meja, sumer keje aku terbengkalai. Alor.. sebenanyer slamer nih bukan wat keje sangat pun. Cume ari nih berbeza, sebab aku tak main internet cam biasa, aku cume termenung teringatkan Alfa Romeo. Sumer kenangan lalu kembali menghantui diriku.. semua luka lama yang telah cuba ku balut kemas, kini berdarah kembali….