Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ADIK PINDAH LAGI! (1)


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
ADIK PINDAH LAGI! (1)


Hasil Karya: Azrin Syah
 
Apa? Aku tak percaya dengan kata-kata mak tadi. Pindah lagi! Tapi ayah dah janji kami akan menetap di sini. Ayah pun dah nak pencen. Habis macam mana dengan aku. Aku dah tak sanggup berjumpa kawan baru lagi. Cukuplah 4 tahun aku di alam menengah di negeri jelapang padi ini. Aku sayangkan tempat ini.. rumah ni, sekolah, kawan-kawan… Sebenarnya dari dulu lagi keluarga kami asyik pindah randah sebab tugas ayah. Tapi masa tu aku pun kecik lagi.. tak kisah sangat. Bertukar sekolah dah menjadi perkara biasa. Pendek kata belum sempat tulis nama kat buku latihan.. kena tukar sekolah lagi. Sekarang aku dah besar.. dah kenal alam remaja. Malah aku ada ramai teman karib yang berkongsi segala.. suka dan duka.
“Tapi mak…”

“Tak ada tapi-tapi… kemaskan barang.. minggu depan kita dah kena keluar..”

“Ayah… adik tanak ikut. Adik nak tinggal sini..”

“Adik jangan degil.. ayah janji nih paling last.. kita balik KL okey.. adik
kan suka pergi shopping.. kat sana pun ramai kawan.. Adik..”

“Ayah tak faham! Adik suka duduk sini…adik sayang tempat nihh..”

Aku menghempas daun pintu. Biarlah ayah nak marah. Aku memang degil. Tu pun sebijik perangai ayah. Degil. Hitam katanya hitamlah.

********************************************

Aku dah nekad. Ayah nak pukul, pukullah. Aku tak kisah. Baju aku semua dah aku sumbat dalam beg. Aku tetap mahu tinggal di sini. Merempatlah kat mana-mana.

“Adik!”

Aku tersentak.

“Eh.. abang…”

“Nak pergi mana nih?”

“Syy.. laa kenapa tak tidur lagi?”

“Cakap kat abang .. nak pergi mana nih.. oo adik nak lari ya..”

Perasaan cemas aku dah beransur hilang. Abang aku nih buat suspen pulak.

“Ya lah.. kenapa.. adik nak pergi nih.. jangan halang tau..”

“Pergilah dik.. kalau tak sayangkan kami..”

Serta-merta langkah ku terhenti. “Kenapa abang cakap macam tu. Bukannya adik.. ayah yang tak sayang adik. Sanggup buat adik kecik hati. Ayah tipu adik. Tahun nihkan adik nak periksa. Macam mana dengan pelajaran adik nanti. Abang lainlah memang kerja kat
sana..”

“Adik.. ayah ada sebab nak duk KL. Bukan ayah sengaja buat macam nih. Sebab ayah sayangkan kitalah ayah buat keputusan duduk
sana terus. Ayah sakit, dik. Susahlah kalau berulang alik ke KL tulah nasihat doktor di sini. Penyakit ayah perlu rawatan pakar. Duit pencen ayah nanti berapalah sangat. Nak tanggung adik yang banyak karenah nih lagi…”

“Ayah sakit?”

Aku bagaikan terkena panahan petir. Serta-merta aku meluru ke kamar ayah. “Ayah.. ampunkan adik… adik tak tahu.. adik dah sakitkan hati ayah.. adik yang salah..”

Ayah yang masih belum tidur hanya tersenyum sambil membelai rambut ku. Mak yang terjaga turut menepuk bahuku yang mula menangis.

“Kenapa ni dik..kalau adik nak duduk sini ayah tak kisah.. besok ayah daftarkan adik masuk asrama, okey.. dah.. jangan nangis.. adik mana suka nangis.. adikkan anak ayah yang kuat..”

“Tak nak.. adik nak ikut.. mana-mana ayah pergi pun adik takkan merungut lagi. Bawaklah adik sekali, ayah.. mak..”

*********************************************

“Dengar-dengar hari nih ada budak barulah. Perempuan pulak tu….”

“Ye ke Boy.. mintak-mintak ler cun.. boleh ler buat collection baru..”

“Tu jer keje korang… nak berplayboy pun tunggu ler abis periksa. Keje pun belum, tahu berlagak dengan harta mak bapak je.”

“Eh.. kau nih kenapa Semah. Ewah-ewah.. lepas frust dengan aku tuduh yang bukan-bukan pulak ekk.. dulu bukan main rindu-merindu..”

“Diamlah..”

Aku tergelak melihat Semah yang tembam terkedek-kedek berlalu. Memang kitorang romeo sekolah. Siapa tak kenal Shanks dengan Aboy. Mak we mana yang tak naik angau bila melihat kereta bertukar-tukar setiap hari. Time makan pun tak lepak kantin.. cari stall yang ader kelass baru berselera mengadap makan tengahari. Breakfast pembantu rumah dah sediakan kalau tak burger.. pizza pun jadi.

“Syy.. cikgu datang. Bangun!”

Hahaha.. kelakar tak… aku jugak yang jadik ketua kelas, ketua pengawas, kapten bola, presiden kelab karate, semua aku lah. Pendek kata cuma tugas mendidik je aku belum khatam. Kalau tak dah lama aku jadik guru besar.

“Selamat pagi, cikgu.”

“Pagi. Duduk. Oh.. ya sebelum terlupa, saya nak beritahu hari nih awak semua dapat kawan baru. Sekarang dia tengah isi form kat pejabat. So.. saya harap awak semua jangan buli dia. Dengar tak Shanks?”

Ekk.. aku pulak. Bila pulak aku buli budak baru. Aku cuma bagi salam perkenalan khas agar dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Alah macam minggu silaturrahim tu.. Tapi kalau awek cun ..hmm.. to be considered lah.. Bukannya apa.. aku
kan gentleman… Aku teringat yang mangsa terakhir aku si Aboy nihlah. Sejak dia masuk kami sudah tidak menerima rakan kelas baru. Kalau ada pun.. pengetua hantar ke kelas lain…. tapi yang nih kenapa pulak.. special kes lah kot. Mesti lawa nih…

“Mak oii… memang lawa Shanks….”

Aku pun ternganga. Nih bukan mak we..

“Saya Syazwanie panggil Syaz boleh.. Wan pun boleh..”

“Panggil Wanie boleh tak?”

Tanpa disuruh aku menyampuk. Namun aku lihat air mukanya berubah seketika.

“Cikgu saya duduk mana?”

Ish tak pedulikan aku pun. Segera dia lalu di sisi aku tanpa sepatah kata.

“Adui..”

Satu kelas mengetawakan aku. Sial. Dia tersengih mengejek. Entah kenapa trick aku kali nih tak menjadi. Senjata makan tuan. Aku urut kaki yang sakit disepak. Teror jugak dia nih biasanya ramai yang tersadung jika tidak berhati-hati melewati aku. Tapi, dia ni lain. Memang lain.

“Selamat datang Cik Wanie…”

Aku hulurkan salam perkenalan. Biasalah politik.

“Saya Shahril Mahfuz. Panggil Shanks je.”

“Panggil Sahak boleh?”

Tak kusangka. Sekali lagi seluruh kelas mengetawakan aku termasuk Cikgu Laila yang body cun macam kerengga tu. Sabar je lah. Tunggulah.. hari kau akan tiba.

***************************************

“Kenapa Shanks….masam je dari tadi?”

“Tak de apa-apa mak cik….
nasik dah masak?”

Ada kat dapur tu…tapi biasanya Shanks jarang makan kat rumah..”

Laa banyak tanya pulak orang tua nih. Orang dah lapar gila nih.

“Semalam mummy tunggu Shanks balik.
Kan birthday dia ...” Mak cik bersuara sambil menghidang lauk.

“Alah..
kan ada uncle Syed temankan. Shanks ada ke tak de sama je….” Aku tersengih melihat mak cik tergeleng-geleng.


“Ha.. semalam ada orang pindah kat sebelah rumah ni. Satu family…mak cik nampak ada yang sebaya dengan Shanks. Eloklah tu berkawan.. taklah sunyi sangat,
kan?”

Banyak sungguh laporan mak cik aku nih. Macam wartawan. Bila pulak mummy aku bagi assignment kat dia tah. Tapi aku sayang dengan dia nih. Mana taknya.. dari baby lagi dia jaga aku. Sampailah sekarang.. perangai aku pun dia faham sangat.

“Lawa ke mak cik…”

“Ehh.. ke situ pulak dia nih…mak cik belum cakap lagi lelaki ke perempuan…”

Aku tergelak kecil.

“Naik bilik dulu lah…penat.”

“Ha.. main game lah tu…mandi dulu, Shanks.. pastu sembahyang..”

“Mmm…”

Aku menghempaskankan tubuh ke tilam. Peh.. kalau pejam mata mesti terus terlelap. Air cond pun dah tak sejuk. Nak kena hantar pegi servis nih. Aku menyalakan rokok. Lepak kat beranda pun best.. ambik udara nyaman.. pastu baru mandi. Banyak betul excuse aku,
kan…?

Eh.. budak tu macam kenal….Aku menyambar senapang berisikan peluru plastik. Tak kiralah kena nih sure nangis punya. Its time for revenge. Tunggu sampai dia betul-betul kat depan pagar dan…. aku membidik.
Gol!!!

“Adoi!!! Oi bangang…”

Hahaha.. kena aku memang terer. Nihlah berkat mengasah bakat kat PS hari-hari.

Bestkan..  Oi,tomboy! Apehal menceroboh rumah aku nih. Tak puas hati lagi ke..”

“Siapa yang tak puas ati sekarang.. turunlah kalau berani.”

“Baik.. kau tunggu..”

Pantas aku berlari turun.

“Assalamualaikum…”

Eh.. bila pulak ada bawak bodyguard nih.

“Waalaikumsalam…. pak cik nih cari siapa?”

Aku menjeling si tomboy yang tersengih di sebelah. Cis…

“Pak cik baru pindah sini…semalam si Milah ada tolong pak cik. Nih datang nak ucap terima kasih kat dia. Terimalah buah tangan yang tak seberapa ni.. pak cik tahu Shahril suka durian,
kan..”

Ewah.. ada komplot nampaknya. Dah tahu nama dan kegemaran. Nih mesti laporan khas dari mak cik Milah ..

“Terima kasih.. kejap ya pak cik..Saya panggilkan mak cik. Mak cik… oo mak cik..”


Mak cik Milah tergesa-gesa mendapatkan kami. Tangannya berlumuran tepung. Agaknya tengah uli roti.

“Ha..Shanks.. diorang nihlah yang pindah semalam…ni Pak cik Hussein, yang ni pulak anak bongsu dia, Syazwanie…”

“Dah kenal mak cik..satu kelas…”

“Ha.. eloklah tu.. boleh study sama-sama….”

Hish.. control.Shanks.. takkan dikenakan aku lagi. Hari nih memang suweylah.

“Masuklah..”

Aku mempelawa. Bukannya apa pak cik nih pun aku tengok baik. Bersih aja muka. Si tomboy nih pulak dari tadi senyum mengejek. Geramnya.

“Tak apa lah, nak. Banyak lagi belum kemas. Senang-senang nanti jemputlah ke rumah, Shahril.”

“Insyaallah….”

“Kami balik dululah Milah. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam…”

Aku menjijit durian. Mesti fresh lagi.. Mak cik cakap diorang singgah kat dusun on the way ke sini. Peh.. cam nih hari-harilah aku pegi
sana. Macamanalah diorang boleh dapat anak cam si Syazwanie tu aku pun heran. Dah le tak der rupa pompuan.. eh.. rupa tu ada sikit tapi gaya tu… out. Dengan rambutnya, stail jalan tu… wuih.. aku pun kalah. Saham dia pun cepat naik.. walau baru satu hari kat sekolah. Tu yang buat aku tak puas ati.


*************************************


“Kenapalah dia anti sangat kat aku ha….”

Syazwanie mengunyah sandwich yang ibunya bekalkan.

“Tahlah.. tapi biasanya budak baru semua kena ragging dulu..e ngkau tak pulak..”

Syazwanie mengerut dahi. “Pembuli rupanya… kalau aku tahu, aku ajar dia cukup-cukup.”

“Alah.. dia bukan jahat sangat.. saja suka-suka..memang dah macam tu.. biarkanlah.. kau jangan layan sangat dia tu.. si Shanks tu berpengaruh kat sini.. cikgu pun respek dengan dia… senakal-nakal dia tu.. dia jugak yang harumkan nama sekolah… belajar pun pandai…”

“Hmm..lantaklah.. jangan kacau aku sudah..”

“Uii.. As.. dah dapat pak we…”

“Apa yang kau merepek nih bodoh..” Syazwanie berdiri sambil bercekik pinggang. Asmawie di sisinya menggeletar.

“Sapa bodoh… betul lah.. kau nih jantan.. dia ni pulak lembut.. sama padanlah..”

Ketawa berderai. Syazwanie mengetap bibir. Dia tenung mata Shanks dalam-dalam. Penumbuk digenggam erat.

“Sudahlah tu Syaz.. jom masuk..” Rayu Asmawie sambil menarik-narik lengan baju. Syazwanie menepis.


“Oi mangkuk.. kau ingat nih sekolah bapak kau.. boleh buat sesuka hati.. kitorang tak kacau kau.. baik kau blah.. kalau tak..”

“Kalau tak apa? Nak report polis?”

Dush..!

Shanks terduduk. Pipinya membengkak. Aboy dan Malik terpinga-pinga. Dari kejauhan langkah Syazwanie dikejar seseorang.

“Sial….”

Shanks menumbuk tanah.


******************************************


“Awak tak apa-apa?”

Ehh.. sapa pulak nih. Aku memang tak der apa-apa. Yang tak sihat tu.. si Sahak yang bertenggek bawah pokok dengan kuncu-kuncu dia tu. Apa dia fikir ada nama.. ada rupa.. ada duit boleh buat sesuka hati.. ni Syaz lah…

“Saya Hani…saya nampak awak belasah Shanks tadi. Berani betul awak ya…”

“Tak de apalah.. saya nih ada baran sikit…sebenarnya tak sengaja tu.. nanti saya kena mintak maaf balik lah dengan dia…”

Aku cover line.

“La.. macam lah semua tak kenal si Shanks tu…terima kasihlah sebab tumbuk dia. Dia tu memang suka kacau orang..”

Aku renung wajah gadis di depan. Dia tersipu-sipu. Pipinya kemerahan. Memang cun.. ayu. Patutlah si Sahak kacau. Ahah.. siap kau aku ada plan baru.

“Hani.. saya ada idea best punya… untuk kenakan si samdol tu..”

Aku berbisik.. Hani kejap mengangguk kejap mengerut dahi.

“Set.. Ehh.. jom masuk kelas…”

Hani melangkah ke kelas 5A2. Kelas perdagangan. Aku masuk kelas akulah..

“Syazwanie Hussein…cikgu Roslan mahu jumpa..”

Ish.. kenapa pula… Aku tergesa-gesa mengikut langkah Munah, junior merangkap penolong pengawas. Aku dah boleh mengagak….

“Duduk…. Awak tahu kenapa awak dipanggil ke sini..”

“Tak tahu, cikgu….”

Serta-merta mataku menangkap tubuh yang sedang enak bersandar. Cis tukang report.. Si manja rupanya…

“Oh.. pasal si Sahak nih ke cikgu. Baiklah.. saya sedia terima hukuman. Rotanlah saya tak kisah. Yang penting saya tak salah..”

Aku melihat Shanks terkejut beruk melihat begitu lancang aku berkata-kata.

“Ooo.. baru masuk dah tunjuk samseng ye… awak nak saya rotan, baik… Shanks.. awak boleh masuk sekarang…”

“Tapi cikgu…”

Shanks kehilangan kata-kata. Lantas perlahan-lahan melangkah keluar.

Selepas memastikan dia sudah pergi, aku tersengih mencapai rotan di tangan cikgu Roslan.

“Kau ni dik..kenapa nakal sangat…pak cik cakap kat ayah baru tau..”

“Alah.. tak sengaja pak cik.. dia tu memang mengada-ngada. Adik janji tak buat lagi, okey..”

“Kali nih je tau. Adik jugak yang suruh rahsiakan pertalian kita nih. Tapi adik jangan carik pasal….apa kata orang kalau mereka tahu.”

“Adik betul-betul mintak maaf…betul tak buat lagi dah.. adik masuk dulu…. terima kasih cikgu..”

Aku mengenyit nakal. Cikgu Roslan merangkap bapak saudaraku hanya menarik muka. Ah.. dia pun macam ayah..nampak je garang tapi hati baik.


*************************************************


Semenjak kes tempohari dah dua bulan kami tak bertegur . Memang kalau ada pun mesti gaduh. Aku pun dah rasa tak sedap hati. Kerana dendam, dia yang aku bencikan dirotan. Aku rasa bersalah sangat. Niat aku mulanya hanya ingin menyakat tapi tak sangka menjadi kes besar. Di juga teramat bencikan aku. Sekarang dengan Hani sekali dia sapu. Kawan-kawan semua belot. Syazwanie pulak jadi sanjungan. Tak ku sangka aku mempunyai ramai musuh dalam selimut. Sekarang semua tinggalkan aku. Boringlah aku macam nih. Kat rumah aku sunyi, kat sekolah kena pulau.

“Shanks.. kenapa menung je nih.”

Aku mendongak. Sepasang mata merenungku.

“Tak der per Boy. Macam nihlah aku
kan………” Aku tersenyum tawar.


“Ceritalah kat aku Shanks. Bukan kita baru kenal. Pasal mummy lagi ke..”

Aboy mengambil tempat di sebelahku. Aku menggeleng.

Daddy ada call?”

Ada.” Aku menjawab sepatah.

“Dia cakap abis periksa nanti duduk aja dengan dia. Sambung belajar kat
sana.”

Air muka Aboy berubah. Dia memang satu-satunya sahabatku yang memahami. Dia tahu semua masalahku. Pasal aku yang dari kecik lagi nih menjadi perebutan parents aku pun dia tahu. Aku pun dah hampir 18 tahun.. nanti aku terpaksa buat pilihan siapa yang aku harus pilih. Sedih, bukan?. Inilah aku. Nampak je punyai segala.. memang mummy dan daddy sayangkan aku.. tapi aku letih di tarik ke
sana sini. Semua berlumba-lumba memberikan perhatian supaya aku menyebelahi mereka. Aku pening. Nasib baik ada mak cik Milah dan Aboy. Mereka je lah tempat aku mengadu. Mana parents aku? Busy. Carik duit untuk Shanks. Terima kasih banyak-banyak. Shanks tak perlu tu semua. Shanks sunyi.

“Sebatang..”

Aboy tersenyum sambil menghulur tangan. Aku menghulur sekotak Dunhill.

“Jangan tensen sangat Shanks. Periksa dah dekat. Result percubaaan kau pun teruk. Kenapa boleh jadi cam nih..”

“Aku tak tahulah Boy…selama nih macam mana banyak masalah pun aku boleh settle tapi, entahlah. Kali nih aku rasa tertekan sangat.”

Excuse me, ada lighter?”

Aku dan Aboy berpandangan.

“Apa kau buat sini..”

Aku geram melihat kemesraan mereka. Syazwanie selamba menyalakan rokok. Report kat bapak kau baru tau.

“Saja boring-boring, jomlah join sekali…Hani nih nak shopping skit. Aku temankan je..”

Aku lihat Aboy terlopong. Aku pun nak ternganga tapi tak jadi. Cis tak sangka gadis pujaan aku minat kaum dua alam. Rugi woo…Hani tu memang cun.. body dia.. fulamakatak.. cam model.. ala-ala J Lo, siapa yang tak angau.. manja-manja lagi tu.. mana aku tak cair..lagi satu.., cuma dia sorang saja bolayan bila aku ayat…. aku pun hairan. Tu yang aku tercabar sangat bila si tomboy nih kacau daun. Dapat pulak tu. Siapa yang tak marah? Siapa yang tak tercabar kelakian.. cewah..

“Sabar Shanks….”

Aboy cemas melihat aku berdiri tiba-tiba. Rileklah.. aku bukannya nak ajak dia bertumbuk. Dayuslah kalau aku pukul pompuan.

“Jom balik.. main game lagi best….”


***********************************************


Yes! Menjadi plan aku. Cantik. Padan muka kau Sahak. Aku dah kotakan janji. Apa kau nak buat sekarang. Awek pujaan kau aku rembat. Member kau semua datang kat aku.. ops, harus diingat, bukannya aku main taktik kotor macam kau.. diorang sokong aku kenakan kau. Tulah.. sapa suruh tunjuk samseng tak bertempat. Sekarang pelajaran kau pulak tunggang terbalik. Tu kau punya pasal. Bukan aku punya hal, hahaha. Cis gelak jahat pulak.

“Apa senyum sorang-sorang nih dik….”

Hish abang aku nih.. selalu tak bagi salam.

“Taklah.. adik teringat masa adik nangis-nangis tak mahu datang sini…tapi sekarang adik rasa best pulak..”

“Tu lah.. tak kenal maka tak cinta …”

Apa pulak melalut abang aku. Memang dari hari tu lagi dia sibuk gosipkan aku dengan si Sahak. Bluek.. tak hingin. Geli.

“Adik telipon..”

Laung mak dari ruang tamu.

“Okey, coming.. excuse me, abang.. hehe..”

Nih lah orang cakap, saved by the bell.. ye tak.

“Siapa, mak..?”

“Hani..”

La.. dah malam nih, apa budak ni nak.

“Helloo..”

“Hi sayang, dah tidoo?”

Meremang bulu roma aku. Apa kena budak nih. Dah gatal sangat ke.

“Rindulah….”

Ah.. sudah…mati aku. “Oi.. bebetullah Hani.. kena merenyam sangat nih..
kan kita berlakon je.. ingat ?“

“Alah.. kalau bebetul pun apa salahnya….Hani tak boleh tidoo nih.. entah kenapa rindu sangat..Dengar suara pun cukup.. baru boleh study…”

Mak..ayah tolong..!

“Okey.. sayang pergi tidoo dulu.. esok jumpa okey…sweet dreams…” Terpaksalah mengeluarkan kata-kata manis. Kalau tak sampai besoklah nih jawabnya.

You too.. I luv you.. muah..”

Aku menghempas ganggang. Gila. Bala sudah datang. Bencana alam. Mati aku cam nih. Silap aku ke.. ? Tapi, bila pulak aku layan dia lebih-lebih. Orang angau kalau dilayan dengan aku sekali sakit jiwa dibuatnya. Idea datanglah cepat.. selamatkan aku…


********************************************************


Honey…”

Aku tersengih melihat gadis itu mencebik.

“Ha.. Syaz kirim salam.. dia tak sihat so, dia suruh I
temankan U.

Bulat mata gadis itu merenungku. Terkejut? Aku pun terkejut dengan saranan si tomboy yang aku bencikan tu. Tapi demi perjanjian damai kitorang.. aku mengalah.. eleh bukannya luak pun.. tugasan yang diberikan padaku.. nilah.. ayat budak nih sampai cair, senangkan?

“Boleh blah..”

Sambil menjelirkan lidah dia berlalu. Aik..tak memberi peluang langsung.

Honey.. my dear.. please. Hari ni je. Lepas ni I janji.. tak kacau U lagi. Last chance okey. I bukannya nak tackle U.. Cuma nak jernihkan keadaan je. Come on…takkan tak sudi.. I merayu nih..” Aku buat muka sebik. Aku lihat muka dia pun dah berubah. Yess! Kancil masuk jerat.

“Okey.. but promise…kali nih je.. I dah attached to somebody else.”


Promise..!”

Aku mengangkat sebelah tangan tanda ikrar. Dia tergelak kecil. Sungguh manis.. macam lollipop. Hehe.

So.. shall we?” Aku mengiringi ke kereta yang sedia menunggu. Memanglah.. tunggu aku yang drivelah.. biasalah kan pemandu berlesen P.. Professional..


***************************************




__________________
yong


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

kalo citer berepisod letak lam 1 topic aje..x payah jauh² cr..

__________________
"nama saya Rain~"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard