Kriukkkkk..(bunyi basikal tua di kayuh). Kelihatan seorang pakcik yg berumur lanjut mengayuh basikal yang sudah uzur. Buktinya boleh dilihat dari warna dan bunyi basikal itu. Walaupun sudah berumur agak lanjut, tetapi tenaga Pak Ejim umpama tenaga orang muda yang berumur awal 30an. Penduduk kampong memang tahu kelebihan Pak Ejim. Apa rahsianya?
Kadang kala orang kampong terlihat Pak Ejim menyapu halaman rumah di malam hari. Ketika mata penduduk kampong mula layu dibuai angan2 sebelum tidur, ketika itulah terdengar halaman disapu. Terganggu pula rasanya tetapi itulah tabiat Pak Ejim. Ada kala pulak terlihat Pak Ejim membajak sawah seorang diri di tengah hari. Ketika orang berehat makan kerana tidak tahan dengan panas matahari, ketika itu terlihat Pak Ejim melakukan kerja2 bersawah dengan penuh minat tanpa mengira rasa letih.
Isteri Pak Ejim? Oh…dah lama meninggal dunia..kerana itulah Pak Ejim bekerja siang malam hanya untuk menghilangkan bosan duduk sendiri. Anak2? Kesian Pak Ejim kerana Pak Ejim tiada anak2. Walaupun isterinya ada lima tetapi seorangpun tidak mampu memberikan zuriat kepada Pak Ejim. Isteri Pak Ejim yang terakhir Mak Demah pernah mengandung tetapi keguguran bila usia kandungannya mencecah 4 bulan. Sejak itu Mak Demah tidak pernah mengandung lagi....Kesian Pak Ejim…tapi mengapa????