Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungan bersama.....ISTERI NAUZUBILLAH


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
Renungan bersama.....ISTERI NAUZUBILLAH


Kisah ni agak panjang sedikit.
Anyway, take Ur time b'coz it really2 good story.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh
tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana
itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu
seronok.

" Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya
duduk.

" Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi
tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah
Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia
dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya
Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja
muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.

" Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak
hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia
menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah
itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

" Entahlah..." katanya perlahan,

"lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha,
perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, "
kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke
serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat
melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya.

" Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
kawasan orang bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis,
masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula
hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang
cantik juga berubah murung, kusut

" Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya,
setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan
berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh
akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan,
bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga
ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut
kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti
kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang
bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di
belakang , tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara
berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut
mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya
seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin
hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti
di penuhi darah beku.

" Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
Kenapa dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya
tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin
membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak
wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu
juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja
dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara
moden,"tambah Arifin.

"Insya-Allah...."Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah
dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?"

"Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada
saya. Saya tanya kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang
dah sakit memang macam tu," kata Arifin.

Saya Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk
kerumah Arifin pada malam esoknya.

" Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang
dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia.
Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke
bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada
terbaring mengiring mengadap ke dinding.

" Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang
bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza
sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan
kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza Cuma
tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya
sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".

" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

" Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup
nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan.
"Keluar lendir bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan
Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang
seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana
ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya
bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran,
saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga
mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

" Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum
meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah
parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin
tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun
tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya
melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz," katanya,

" sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"

"Kenapa?" pantas saya bertanya.

" Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan
ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun
kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan
darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "kenapa?"
Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah
berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di
tundukkan dengan ilmu hitam."


Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak
kira lah semasa saya bertugas diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza,
hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat
hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada
saya.

Dia minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya
beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya
jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut
nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan
orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya.
Budi bahasa pun elok.
" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata
saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya
pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan
jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang,
kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat
disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab
menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan
saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik.

" Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin
dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik.
Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan
meninggal dengan mudah.

" Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia?
Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,"
jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya
nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu
Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu
kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa
sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila
kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya
sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang
tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga
rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada
saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."Namun demikian, kata Arifin, lendir
dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...


__________________
jangan menyampah merata-rata...! wachaaaa!


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

wah~! memang menarik cerita nie...

huh..Betapa Zalim ye pompuan tu...

Kotor~!! cara perlakuan ye..

Uwwaa~! nape hati aku sedey nieeeeee~!!!!!!!



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

pengajarannya ialah

1.Ilmu hitam adalah haram......tak baik mengamalkannya kerana mn diri

2.Isteri tidak boleh menduakan suami........

3.Maaf antara satu sama lain adalah perkara mulia..



__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

ada 1 cerita menurut Nabi Muhamad yg pernah bersabda "jika Allah membenarkan seseorang itu menyembah pada manusia,maka aku akan menyuruh isteri menyembah pada suaminya" (if i'm not mistaken la..lebih kurg mcm ni ayat dia).

dlm islam,suami diletakkan di darjat yang tertinggi..tanggungjawabnya berat..hormatilah mereka..

 



__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

klu hormat pada suami yg baik kira berbaloi r, tapi klu terpaksa hormat pd suami yg mcm penyamun tarmos, bleh tercabut jantung d buatnyer.



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

iskkkk...iskkk...sungguh tak senonoh beliau itu...

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

satu cerita pedoman utk renungan para isteri..suami darjatnya terlalu tinggi..n perlu diingat syurga isteri kan terletak dibawah telapak kaki suami..

__________________
kEsEpIaN iTu SaTu KeInDaHan YaNg MeRuNtUn JiWaKu..


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

masyaallah...........terimalah taubat kami. x kira suami / isteri dua2 kena  dekatkan diri pd agama agar x melakukan apa jua dosa.



-- Edited by NAZA at 05:15, 2007-01-28

-- Edited by NAZA at 05:17, 2007-01-28

__________________
GeMeENNNN


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

huhuhuu wat a nice story.....uik saper minah rempit nieyh ahli baru kew?

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

yup..geng baru...

salam kenalan wat teman2 sumer........

__________________
jangan menyampah merata-rata...! wachaaaa!


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

Saya rase kalo sayer berada di kedudukan arifin(Insya-Allah dijauhkan) saya tidak mungkin akan memberikan kemaafan kepada isteri yang curang sehingga sanggup menyerahkan kehormatan kepada lelaki lain bahkan on the spot saya jatuhkan talak tiga . ....Bukan aper, mane-maner lelaki dalam dunia inipun jika dier dapat tau isteri yang disayangi, dilindungi dan dicintai memberikan yang "itu' kepada jantan lain...,bermula dari hari itu jiwanya tidak akan tenteram kecuali dia melepaskan isteri curangnya itu dari hidupnya.

Mengucapkan selamat tinggal bukan bererti mengalah dengan hidup, tetapi mengucapkan hai dan helo kepada peluang di kehidupan mendatang.



__________________
Astral travel


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

tak terbalas budi suami, walaupun nanah diseluruh badannya kamu jilat.... renungkanlah...


__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 93
Date:

Nur_Aisyah wrote:

ada 1 cerita menurut Nabi Muhamad yg pernah bersabda "jika Allah membenarkan seseorang itu menyembah pada manusia,maka aku akan menyuruh isteri menyembah pada suaminya" (if i'm not mistaken la..lebih kurg mcm ni ayat dia).

dlm islam,suami diletakkan di darjat yang tertinggi..tanggungjawabnya berat..hormatilah mereka..



AKU NIE KAUM SUAMI...SO AKU NAK TANYA AKU PERNA TGK KISAH BENAR DAN DRAMA....
ADA SUAMI SURUH ISTERI MINUM ARAK DAN JUAH TUBUH(PELACUR) SO ADAKAH SUAMI MCM INI KENA HORMAT.......TP ZAMAMN SEKARANG SI ISTERI TAK BERAPA HORMATSUAMI CONTOHNYA...KELUAR UMAH TAK BAGI TAHU SUAMI...KELUAR MKN BERSAM KAWAN LELAKI SEMASA KERJA TANPA PENGETAHUAN LAKI...SO APA PENDAT ENGKAU ORG SEMUA.



__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

ELEHH LOu CAKAP BEBAIK SIKIT

SO PENDERAAN ISTERI TU DILAKUKAN OLEH SIAPA??
SUAMI PUN BOLEH JADI CURANG JUGAK
LELAKI PUN BOLEH JADIK GEDIK JUGAK DAN MACAMMACAM LAGI

THE END IS LAKI POMPUAN SAMA JERRR
TAKYAHLA MEMPERSOALKAN PASAL GENDER

wuhu!


__________________
I hate some of them. I hate people who i love.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

pusing2 crite pon jwpn nye semua nye tu terletak pada diri memasing..baik lelaki mahu pun perempuan..tu pasal jgn jd cam lalang..ditolak ke kanan ikut ke kanan..ditolak ke kiri ikut ke kiri..pastu akar nye pun x kuat..xyah la nk blame salah sesape..tu semua nye alasan nk cover diri..



__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 385
Date:

isk3 kotornye pompuan tuh..huhu..NAUZUBILLAH...
ermm tol tuh..xleyh nk blame sesape..kne jage dri msg2...
cmne nk tau org tu baik ke x eh??bukan nye leh bace ati org cm bace komik

__________________
sep..sep..sepp..tom..tom..bakk


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

cis... masyaallah...

mmg kotor betoi pompuan tu...

tp Allah maha adil..

setiap perbuatan akn menerima balasan... 



__________________
.::: BABY I'M BACK :::.


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:


Assalamualaikum....

memang sedih cerita nie dan banyak pengajarannya...
Jadi kiata yang masih hidup nie ambil iktibar...apa yang boleh kita buat adalah titipkan doa utk Allahyarham supaya dosanya dapat diampuni Allah Yang Maha Pengampun....

Setiap dosa ada balasannya di dunia ataupun akhirat....Tunggu.......



__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

masaallah inilah yang dikatakan azab ALLAH SWT.....didunia pun sudah diperlihatkanNYA..tapi masih lagi kaum hawa khususnya para isteri2 masih ada yg berani melakukanya lagi..ingatlah wahai isteri2 sekalian...no

__________________
zul


Senior Member

Status: Offline
Posts: 284
Date:

cite ni da pnh di-translatekan kepada drama kan ? fasha sandha blakon . tk silap aku , awal tahun ni gak la . best :)

__________________

i like to move it move it



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

lum bace lagi...
mase dah semakin suntuk...
mwa..hah...haaaa!!!

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hmm betol2 menberi pengajaran....

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 866
Date:

dah bca dah...
MasyaAllah....
apa sudah jadi..
Selamat berpuasa.

__________________

"ZeitGiest"



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

sungguh busuk perlakuan tidak bermoral tuuu.....errr... haku haram tak bace pon.... pe kesahnya nih...??? tuan tanah yg post kasi koling haku tolong story sket....

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

sedihlar...huhu..
tp dulu masa sy praktikal dulu pun ada jugak jmpa kes mcm ni...
cite dia mcm ni...aunty tu tinggal kat depan bilik sy...
masa tu sy dah terdesak nak cr bilik sewa...
so, sy ambil je bilik 2...kebetulan bilik sy depan bilik aunty tu...
aunty tu baik lar..
tp yang sy hairan,kenapa ada 2 org lelaki yang macam bergilir2 masuk bilik dia..
maksud sy, bila sorang ada...sorang xda...
cuma 2 je...xda 3,4,5,6 atau yang lain...
so,sy confius skit lar....jd,sy tanya kakak yang sebelah bilik tu..
yang mana 1 suami dia...
pastu kakak tu bagitau lar...suami dia yang gemok2...
sy yang bz body ni tanya lagi lar...
apek cina yang slalu dtg tu sape...??
kakak tu ckp skandal aunty tu..
so,sy fhm la skit2....
hehe...
tp lepas bbrapa minggu sy heran,laki dia dok kat luar tp apek tu kat dlm..
x ke laki dia rasa jealous atau sakit ati tgk isteri dia dgn org lain depan2 mata dia lagi tu...
aku x puas ati aku tanya kat kakak sebelah tu..
kakak sebelah tu dah lama tinggal kat tmpat tu n tahu byk cerita org kat sana..
last2 baru kakak tu bgtau yang suami aunty tu dah aunty tu guna-gunakan...
sebab tu suami dia mcm org bodo je bila dia ada laki lain...
cara dia buat suami dia tu sama lar mcm cara niza buat suami dia...
kesian tol sy tgk suami aunty tu...dia baik dan slalu bg mknan laut kat kami sebab suami dia keje laut...
tp sy x mkn lar...hehe..
x brani n alah pada seafud...
skrg sy dah chow dr tempat tu...x tak tahu lagi perkembangan diaorang..


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

cian pakcip cine tu..huhuu sadis2

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Senior Member

Status: Offline
Posts: 129
Date:

perh!!!seram....mudah2n ble ak da berkhawin..ak bkn r tergolong dr golongan isteri diatas..amin..

__________________

"sh0ot f0R thE m0oN,evEn iF u miSs,u'lL laNd am0Ng thE sTaRs"
______________________________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard