Aku dibesarkan di kotaraya yang penuh dengan kesibukan, kesesakan,dibanjiri dengan manusia yang sering mengejar masa...Sebagai gadis yang baru menginjak ke alam remaja lebih2 lagi hidup di bandar besar mengajar aku erti kebebasan dan keseronokkan. Memiliki teman sehati sejiwa pula menambah erti kehidupan yang penuh keriangan.Kekayaan orang tuaku membuatkan aku tidak pernah kekeringan wang saku apatah lagi aku hanya anak tunggal .
Namun kadang2 aku merasa kesepian lantaran kesibukan papaku sebagai bussinessman yang memiliki syarikat hartanah yang kukuh dan sering berulang-alik ke luar negara.Di tambah ketiadaan mama dek meeting sana-sini dengan persatuannya. Apatah lagi mama dilantik sebagai presiden yang memerlukannya memberi komitmen. Aku anaknya yang terpinggir kasihsayang telah hanyut dibawa arus peredaran zaman. Dunia moden ciptaan barat yang menjadi ikutan remaja kini lebih2 lagi remaja seperti aku. Papa menghantar aku ke International School, katanya lebih bagus untukku. Aku menurut saja kehendak papa . Di situlah aku mengenali Serina ,gadis Serani yang petah berbicara sinonim dengan anak seorang peguambela terkemuka yang namanya sering terpapar didada akhbar dengan rentetan kejayaannya. Juga bersahabat baik Puspa yang memiliki sense of humor,pecah perut kami dengan lawak bersahajanya.Orangtuanya juga tidak kurang hebatnya, memiliki chalet yang diusahakannya bersama di Pantai Chenang, Langkawi. Aku pula Carolina ,gadis kacukan Melayu-Inggeris yang mewarisi kecantikan mamaku.Pelajar2 lelaki mana yang tidak mengenali aku ,mendapat tahta ratu sekolah sejak 4 tahun berturut-turut.Membuat aku dicemburui ramai pelajar perempuan yang lain. Surat2 cinta ,surat berantai datang silih berganti. Namun aku tetap aku....tenang menghadapi itu semua.
Suatu hari aku dikejutkan Puspa bahawa esoknya seorang pelajar lelaki akan bersekolah disini dan ditempatkan sekelas dengan kami. Biasanya dialah menjadi penyampai tak bergaji kepada rakan sekelas disamping tugas melawak yang tak henti2.Katanya lagi kedua orangtua mereka saling mengenali. Parent budak lelaki tu berasal dari Korea tapi sudah lama menetap di Sarawak . Dia juga adalah sepupu kepada pelakon Winter Sonata yang menjadi pujaanku si Bae Yong Jun.Aku tidak dapat melelapkan mata malam itu memikirkan cerita sensasinya...dengan ekspresi wajahnya yang bersungguh-sungguh.
Pagi tu awal2 lagi aku dah terpacak kat kelas setelah dihantar driver papaku. Tak pernah aku sebegini awal sampai ke kelas hanya gara2 si Puspa punya berita hangat...menambah keinginanku mengenali pelajar itu. Ketika kami asyik bersembang tiba2 pintu bilik terbuka,guru kelas kami, teacher Mr. Tan datang ditemani seorang pelajar baru. Memang sah la tu...emm tak kurang handsome orangnya juga ada iras2 pelakon kesayanganku.Betullah cerita Puspa pada sangkaanku.Tiba saat memperkenalkan diri, kulihat Puspa dan Serina ketawa berdekah-dekah sambil menahan perut...aku semakin keliru dengan gelagat mereka.
Mr. Tan itu memperkenalkan pelajar itu yang berasal dari Sarawak. Tepat seperti yang Puspa ceritakan padaku.Kini giliran pelajar itu introduce dirinya."My name is... Winter son of Atai...bla...bla...bla..."aku tidak dapat mendengar ayat2nya selepas itu lantaran menahan perasaan marah bercampur dengan geram.Rupanya Puspa dan Serina dah berpakat awal2 nak mengenakan aku....merah padam mukaku menahan malu...rasanya nak kucubit2 budak berdua tu.....tapi kerana merekalah aku rapat dengan WINTER son of ATAI........sampai sekarang.....kini... dan... selamanya.
~~ ataupun dalam bahse malaysia nye.. winter ak atai..