Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TV & wayang gamba


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
TV & wayang gamba


dicopy semata-mata!!


~~
Waktu kanak-kanak dahulu, aku sangat teruja dengan televisyen dan wayang gambar. Seingat aku dulu, mula-mula ayah membeli tv warna ketika aku dalam darjah dua. Bila pulang ke sekolah aku akan menonton tv rancangan kegemaranku iaitu ultraman. Sebenarnya dah lama cerita ultraman nie.. sejak zaman aku sampai sekarang ada lagi. Tapi zaman dulu kalau tengok ultraman,, sepertinya akulah yang menjadi ultraman itu.


Oh ya! Suatu hari aku pulang dari sekolah aku menonton tv… aku rasa pelik, tapi aku tak perasan erkmm dalam lama-lama tu aku baru perasan yang ayah telah membeli televisyen baru yang berwarna.. punyalah suka hati aku waktu tu… tak lengah lagi berita itu menjadi buah mulut aku di sekolah esok. Sebab masa tu rumah aku je yang ada tv warna.. maka lepas tu rancangan ultraman telah menjadi kegemaran tetap sampai aku menyuruh kawan-kawanku dengan panggilan “AYATA” sempena dengan nama Ultraman Ayata. Sesapa yang tak mau panggil aku AYATA, esok tokleh datang umah aku tgk tv warna.. pi ler tgk tv hitam putih kat rumah depa sendiri.

Itu di rumah ayahku ketika kami duduk di Kluang Johor. Bila cuti sekolah nenek datang untuk mengambil aku bercuti ke kampung. Di kampung televisyen masih lagi belum meluas. Umah nenek tak de tv. Tak ramai orang kampung ada tv masih tu. Kalau ada pun kat umah orang-orang kaya dengan tv berkaki kayu. Kalau bebudak kampung nak tengok, maka terpaksaler skodeng dari celah-celah dinding kayu atau menjengah kat tingkap. Hanya di balai raya sahaja yang ada tv untuk tontonan kanak-kanak seperti aku. Dulu-dulu pagi-pagi mana ada siaran.. paling awal pun siaran tv bermula pukul 4 petang. Kalau pukul 4 mula tgk tv, pukul 2 dah ada dah kat balai raya sebab nak cop duduk depan tv..hehehe. Itu pun selalu tgk “Sesames street” erkmmm nak tengok ultraman bukan hari-hari ada.

Bila hari tayangan ultraman, maka bebudak kampung pun berkumpul ler di Balai Raya. Balai raya plak tu berkunci… lambat sket je Tok Adon ( nama orang yang jaga balairaya) datang bukak tv, bebudak lain dah memanjat balai raya, riuh bukan main!!. Erkmm lepas tu dapat tgk ultraman punya ler kusyuk!!! bila teringat balik memang ketawa sendiri.. siap ada member jual kerepek dan kacang pedas kat balai raya time tgk ultraman.. Nenek siap bekalkan “gula tarik” iaitu gula gula yang nenek aku buat sendiri. Memang happy zaman dulu.. bukan ultraman je masa tu… cerita lain seperti Hulk, Mr Amerika dan He-man.. memang kegemaran bebudak masa tu.

Di kampung pula zaman dulu ada wayang gambar oleh jabatan penerangan. Selalu-selalu malam minggu pada hujung bulan, adaler van yang datang memberitahu malam tu ada tayangan gambar. Zaman dulu tayangan gambarnya kat tengah-tengah padang dan pakai layar kain putih. Maka orang kampung ni duduk ler beramai-ramai kat padang tgk wayang guna kain putih yang dibentang dulu. Ada yang duduk bersimpuh ada yang duduk bertinggung, suka hati sebab tiket free!!

Kalau di kampung aku dulu, selalu-selalu tayangan gambar ni di buat kat estet. Kira tak jauh juga dari kampung. Sebabnya di kampung tak de padang besar macam kat estet. Dan selalu selalunya cerita yang ditayangkan itu cerita-cerita tamil yang dilakonkan oleh “MGR” yang misai melentik. Ekrmm zaman dulu cerita tamil pun ramai yang datang tengok. Maka lepas maghrib berduyun-duyun ler orang kampung ke padang estet untuk menonton wayang free. Aku pun ikut sama.

Dengan pak sedara aku, berbekalkan kelapa komeng untuk dijadikan alas duduk, berbasikal ler kami ke estet untuk tengok wayang. Nostalgia betul, naik basikal yang tempat duduk belakangnya besar. Ramai orang kampung pergi, maklumler mana ada hiburan zaman dulu.

Nak cerita orang India kat estet tu pun dengki juga sebab bila orang kampung datang, padang tu jadi sesak. Aku pun bertinggung hujung-hujung padang je nak tengok. Oleh kerana orang kampung aku ramai datang tempat India nie tengok wayang, maka ada ler beberapa India yang dengki ni kenakan orang kampung. Apa kerjanya? Ada ler malaun-malaun India, yang dengki dengan berak kat tengah-tengah padang. Bila dah berak tu, dia tutup dengan daun-daun. Memang orang kampung selalu terkena. Dan bukan seketul dua tapi banyak taik-taik India tu kat atas padang. Yang suweynya bila malam, mana nak nampak taik India kat atas padang tu. Maka ada ler suara-suara maki hamun bila terpijak taik-taik India ketika nak carik pot-pot baik untuk tengok wayang free. Hehehe kalau terpijak ok lagi.. tapi yang terduduk atas taik atau terpegang waktu nak bentang tikar lagi ler suwey!!! Hehehe bila malam, orang ramai dan wayang nak mula, mana perasaan dengan taik yang India berak tu. Semua orang nak cepat duduk nak tgk wayang.. sesapa yang malang tu memang kena ler taik yang India berak kat tengah padang tu.. heheheh


Sebenarnya ada betul gak India tu kenakan orang kampung sebab bila pagi padang tu berselerak dengan kertas surat kabar atau plastik-plastik keropok. Tapi dah macam tu sebenarnya seronok. Jalan reramai naik besikal ke sana. Riuh jangan cerita ler, nak-nak time hero tamil tu bergasak.. ada gak yang menangis time part-part yang sedih.


Ituler ceritanya zaman dulu yang meningggalkan nostalgia. Adik-adik aku yang bawah tak rasa zaman-zaman tu. Skang nie pun zaman dah canggih, dah ada Astro dan banyak cenel. Zaman aku dulu tv1 dan tv2 jelah.. tv 3 pun masih tu baru lagi. Kenang-kenang balik kadang-kadang ketawa bila sembang dengan nenek yang menempuhi zaman ubi keledek hingga ke zaman KFC…



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:
RE: TV & wayang gamba


Erk...tapi kan..kan..??


ada tentera..KLuang Johor..erk..


tempat aku lah..wo0it..² phiat...k0 dapat cite ni kat ne..


aku nak tahu ar beb!..hik hik hik ...



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard