SHAH ALAM 16 Dis. – Pelakon filem veteran, Aziz Sattar, 81, tidak dapat menyembunyikan rasa gementar ketika diijabkabulkan dengan pasangannya, Hashimah Delan, 48, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pagi ini.
Aziz atau nama sebenarnya Abdol Azez Satta tetap merasai debaran itu biarpun beliau dikenali ramai sebagai seniman legenda yang telah berlakon dalam 37 buah filem sejak tahun 1952.
Menurut pelakon yang seangkatan dengan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu, ternyata pengalaman bernikah buat kali ketiga selepas 26 tahun menduda itu begitu mendebarkan hatinya.
“Kalau shooting (penggambaran) filem senang sedikit kerana saya hanya perlu bercakap sahaja. Tetapi yang ini (upacara akad nikah) lain.
“Saya memang rasa gementar tetapi apabila ada orang seperti Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah (adinda Sultan Selangor) dan rakan-rakan yang lain, semangat saya jadi kuat,” katanya pada sidang akhbar selepas berlangsungnya majlis pernikahannya.
Anak kelahiran Pekalongan, Surabaya, Indonesia itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid tersebut, Khairuddin Haiyon, 44, pada kira-kira pukul 11.40 pagi dengan mas kahwin RM100 dan wang hantaran RM5,000.
Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah dan Datuk Ismail Hudson merupakan saksi pernikahan itu, manakala Hashimah pula diwalikan oleh adik bongsunya, Syukri Delan, 22,
Aziz yang ditemani empat adik beradiknya dari Singapura, Ghazali, 76, Zaini, 72, Umaya, 69, serta Aminah, 67, membawa lima dulang hantaran dan ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan.
Pelakon yang sudah mempunyai tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit itu berkata, buat masa ini beliau dan isterinya belum mempunyai perancangan untuk cuti berbulan madu.
“Pelakon Betty Banafe beritahu saya, ada orang yang mahu menaja honeymoon (bulan madu) kami tetapi saya belum beri jawapan lagi.
“Tetapi kalau boleh, biarlah kami honeymoon di dalam negara sahaja kerana kita pun ada banyak tempat menarik dan indahnya.
“Kalau diizinkan Allah, saya mahu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah,” ujarnya yang baru selesai berlakon filem terbarunya berjudul Anak Halal.
Seramai 500 jemputan terdiri daripada sahabat handai, rakan artis dan peminat hadir menyaksikan pernikahan pelakon filem komedi Seniman Bujang Lapok itu.
Antara artis seangkatan Aziz yang hadir ialah Datuk Jamil Sulong, Datin Rosnani Jamil, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado, Datuk Ahmad Jais, Zaiton dan Ruminah Sedik.
Pada sebelah malamnya pula, pasangan pengantin itu turut diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 500 tetamu.
tahniah..tahniah..(mcm la pak aziz nampak aku ucap tahniah ni..hihi) best juga dia ni kawen byk tol sponsor..aku kawen nnt mcmana la agaknya yer..ehem3...
fuiiyyo0o00o~!!! dah berum0r pun masih Dapat kawen sey~!! teng0k tu Asya~!! tua2 pun leh kawen lah!! Macam aweks..mesti satu hari nanti awekS Kawen gak tau~!!
Aweks_HapPy wrote: fuiiyyo0o00o~!!! dah berum0r pun masih Dapat kawen sey~!! teng0k tu Asya~!! tua2 pun leh kawen lah!! Macam aweks..mesti satu hari nanti awekS Kawen gak tau~!!
UMOR AJA TUA TAPI NAFSU MUDA......BAGUS JUGA PAK AZIZ....NIE SESIAPA NAK ILMU PARGI JUMPALAH PAK AZIZ.....AWEKS BILA PULA NAK KWEN...KEDAH KAWEN....
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
Aweks_HapPy wrote: fuiiyyo0o00o~!!! dah berum0r pun masih Dapat kawen sey~!! teng0k tu Asya~!! tua2 pun leh kawen lah!! Macam aweks..mesti satu hari nanti awekS Kawen gak tau~!!
cik aweks,selagi diri ko tu memenuhi ciri2 pompuan gediks,takkan kawen ko nnt..percaya la ckp aku nih..cuba ko tgk cermin mata ko tu,dah tebal semacam menunjukkan ko nih mmg dah tua punya..dah x laku..apa kata cik aweks pergi ke butik Gab hari ni,kita make over cik aweks..kita mekap2 cik aweks,nmpk mcm erra fazira sket..
Aweks_HapPy wrote: Ishk!...labu Labi nie..awek slom kawen lah!!..ishk2..sape lah nak kat aweks (pergh~!! merendah gile diri nie.....nak pr0m0te lah tu) ehehe..kenape labu labi?? labu labi ada calon tok aweks kew?
adalah colongnya tapi awek nak yang tua ke yang muda.............
kalau dengan.....boleh ke kah.kah.kah...tapi labu_labi nasihatkan kena cari org mcm datuk k tu bagusss.
__________________
carilah diri sendiri,,,jika kenal diri kita sendiri pasti selamat dunia dan akhirat.....
Aweks_HapPy wrote: Ishk!...labu Labi nie..awek slom kawen lah!!..ishk2..sape lah nak kat aweks (pergh~!! merendah gile diri nie.....nak pr0m0te lah tu) ehehe..kenape labu labi?? labu labi ada calon tok aweks kew?
adalah colongnya tapi awek nak yang tua ke yang muda.............
kalau dengan.....boleh ke kah.kah.kah...tapi labu_labi nasihatkan kena cari org mcm datuk k tu bagusss.
Kalau dengan??? ishk2..ayat tergantung~!.kang aweks gangtung labu kan~! ishk2...datUk K??? tak nak ar~!! misai tebal sangat!...tak bape suke!!