Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sebak, sedih, pilu & ngilu
shamex5

Date:
sebak, sedih, pilu & ngilu


Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di
hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.
Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima
kenyataan
yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima
hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah
silamku
dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka.
Aku  menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa
dengan

mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan
wanita
yang
bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi...tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya..
Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke
kiri, tak
bisa
juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh
tuhan...mengapa
ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua?
Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini?
Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini?
Tidakkah mereka  mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya?

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di
dadaku.
Tanpa ku sedari, aku  meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam,
kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"...ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam 
hatiku
seraya berkata "eleh...sudah gaharu cendana pula...sudah tahu
bertanya pula
orang tua nih".
Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk 
kebaikan
kau juga.
Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata
Milah
nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan
Man,
Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami,
mak,
ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo...umur tu dah
berapa....
kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk
kau tu
sekali?
Mangkuk ayun punya anak".

Aku terkedu tak terkata.


Moral of the story : tak tahulah kalau ada yang tua bangka tu still
dok
gentel bantal busuk malam malam. Malulah sikit!!


__________________
baby

Date:

wakakawakaka....boleh tahan gak lawak ni.tapi dah biasa dgr ar....cari ar idea lain.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard